Pages

2021-01-20

Berhenti hidup dalam proving mode


Terlalu kerap kita menilai diri kita dari sudut bagaimana orang lain treat kita, atau seberapa success kita, atau seberapa perfect kehidupan kita.
The problem is, semua tu boleh berubah.
Kalau kau base nilai diri dari cara orang treat kau, then one day kalau people buat sesuatu yang menyakitkan hati, kau akan rasa diri kau dah tak bernilai.
Orang sekarang kata - dah tak relevan.
Macam tu lah juga kalau kita letakkan nilai diri pada achievement, like how much money we make, apa jenis kereta kita pakai, apa title yang kita pegang.
Katakanlah satu hari nanti salah satu ni hilang atau business terpaksa bungkus, atau hilang pekerjaan (hilang kerja, kuasa pun hilang), our sense of value will go down too.

Some people always rasa ada yang kurang pada diri.
Selalu rasa diri tak cukup bagus, sentiasa bawah dari orang lain, rasa insecure, rasa rendah diri, etc.
Salah satu sebabnya sebab kau letakkan nilai diri kau pada achievement.
Zaman sekarang kan gitu - kalau kau ramai followers, cantik, banyak likes, rumah cantik, always makan sedap-sedap, laki kau hensem, anak kau comel - barulah berjaya.
Kalau kau takde salah satu ni, serta-merta kau rasa insecure.
Hidup kau akhirnya sentiasa dalam keadaan mengejar sesuatu tak sudah-sudah.

Look.
Your value should be based solely on the fact that kau adalah ciptaan Pencipta Terhebat.
Cara orang lain layan kau tak akan mengubah nilai diri kau.
Apa yang orang kata tentang kau sikit pun takkan mengurangkan apa yang kau ada.
Kalaupun dulu kau pernah buat salah dan sekarang dah berubah, that too doesn't decrease your value.
Past is past. That's what you did, that's not who you are.

Kau boleh beli rumah yang lebih besar, beli kereta yang lebih mewah, dan naik pangkat langkau 3-4 tangga gaji, but that doesn't make you more valueable.
Apa yang kau ada tu hanya menambahkan net worth, bukan self-worth.
Nilai diri kau tetap sama macam zaman kau duduk flat murah dan takde title dulu.
Tak dinafikan nama dan kedudukan boleh bagi lebih banyak pengaruh, tetapi tak menjadikan diri lebih bernilai.
Walaupun kau seorang stay-at-home mother yang katanya "tak buat apa-apa kerja", well, kau mungkin takde influence of a CEO, but kau boleh ada nilai diri yang sama.

Takde kaitan lansung nilai diri kita dengan apa kerja kita, berapa pendapatan kita, atau siapa yang kita kenal (kabel).
Those are all superficial. Those things can change.
Zaman sekarang, manusia hidup dalam proving mode.
Always rasa ada keperluan untuk membuktikan kepada semua bahawa kita juga somebody.
Nak-nak lagi dengan haters, tak kisahlah haters alam maya ke, alam realiti ke.
Orang-orang macam ni lagilah kau tak payah buktikan apa.
Tak payah risau sebab dorang akan cari tahu juga hal kau.
Kau dok dendiam buat hal kau je sudah sebab apa juga kau buat, baik kau tunjuk atau tak, dorang tahu juga akhirnya.

Hidup dalam proving mode ni letih.
Because there is a constant struggle dalam hidup kau yang mana kau sentiasa nak outdo, outperform, outdrive, and outdress orang lain.
Cuba kau lepaskan semua tu.
It's very freeing sebenarnya bila kau tak payah membuktikan apa-apa kepada sesiapa pun.
Trust me. It takes the pressure off, sebab badan guna banyak tenaga untuk terus bersaing and to prove, to impress.
Hidup dalam proving mode umpama kau bergerak atas treadmill yang tak pernah stop.
As soon as kau berjaya prove to someone yang kau ok, kau akan nampak ada orang lain yang perlu kau impress.
It's a never-ending cycle.
Kau kena turun dari treadmill tu.
Memang betul kau work hard but you are going nowhere. Faham tak agak-agak?