Pages

2021-01-25

Pembantu rumah

Rata-rata kat newsfeed FB semalam orang dok share artikel ni.
Rasanya almost 90% kat komen mem-bash the artikel 😆.
Kebanyakkannya kata takde yang pelik pun, kalau dah namanya ada helper, anak-anak dan rumahtangga memang lebih terurus.
Dalam erti kata lain, parents yang ada helper ni, tak merasai challenge menjadi "real parents". Begitulah agaknya.

Group A : parents with helper
Group B : parents without helper

Aku Group A.
Seawal Redza 40 hari bibik Yani dah sampai.
Memang kitorang dah start pencarian bibik since kandungan mencecah 4 bulan.
Dah lah takde pengalaman jadi ibu, takde pengalaman hire bibik, tapi nak handle 2 benda ni serentak.
Masa tu rumah masih menyewa kat USJ21. Apartment tingkat 7.
Lepas bersalin, 2 minggu berpantang di Bangi, lepas tu balik rumah mok sambung jaga.
Mak Aji masih berkerja waktu tu jadi takleh cuti lama sangat.
Mok jaga aku masa berpantang tapi mok jaga Redza je, untuk aku, aku kena jaga diri sendiri.
Aku yang masak, aku mengemas.
Masa tu ingat badan dah kuat boleh buat macam-macam kerja, sekali jahitan terbukak.
Banyak bergerak dan lasak punya pasal.
Apa taknya, siap menyental jamban bagai.
Dia punya perit jahitan terbukak Allah je lah tahu.
Tak memasal masuk balik hospital and kali ni kena pantang betul-betul.
Tapi tak lama, sebab bibik Yani pun sampai.
Mok tolong monitor bibik berkerja around 2 minggu lepas tu mok pun balik Tganu.

Maka bermulalah serumah tinggal berompek - aku, En Wan, bibik and Redza.
Redza tido dengan aku masa aku berpantang kat Bangi je.
Sejak mok ambik alih, Redza tido dengan mok.
Bila mok balik, Redza tido dengan bibik sampailah bibik Yani balik ke Indonesia.
Maknanya 2 tahun Redza tido dengan bibik. Tak tido dengan kitorang.

Bangun pagi, main-main dengan Redza kejap before gi kerja, pastu terus ke ofis.
Tempoh 2 tahun pertama, aku tak balik malam.
Kadang-kadang je outstation.
Jadi, aku masih ada masa dengan Redza, walaupun dia tak tido dengan aku.
Rumah, alhamdulillah memang terjaga.
Balik rumah, lauk dah siap masak, rumah bersih, baju dah siap basuh and bergosok.
Tak pernah lagi aku mengelap rumah, basuh toilet, mandikan anak sejak ada bibik.
Aku balik kerja, Redza dah wangi 🥰.
Nasib baik masa ni media sosial belum boom lagi, kalau tak, akulah orang yang pertama dikecam, “Mak apa gini? Tau beranak je. Esok besar anak tu pandai cakap Indon!”

Alhamdulillah ia tak berlaku begitu.
Masa Redza celebrate 1st birthday, kitorang baru berpindah ke rumah sendiri.
Ini pun masuk dalam plan sebelum ada anak.
Sebelum mengandung dah start beli rumah.
Awal-awal kawen kitorang tak pi holiday, banyak telan airliur bila window shopping.
Masa ni dah start dengan perbelanjaan ketat demi nak hire bibik, bayar habis balance loan kereta, downpayment rumah and start saving untuk renovate rumah terus.
Orang kata terpaksa pilih untuk ‘bersakit-sakit dulu’.
Lepas tu bersenang-senang sikit sebab bibik bantu banyak urusan rumah.

Aku setuju, bila ada pembantu, kerja rumah lebih terurus.
Aku appreciate ketenangan jiwa dan minda.
Serabut kalau balik kerja penat-penat nak terus ke dapur, mengemas rumah, membasuh, melipat.
Hat ni terus-terang cakap memang bukan aku. Aku tak sekuat itu.
Ada mak bapak yang jenis willing balik kerja sambung buat kerja di rumah.
Aku tak. Aku pemalas.

Balik rumah dah penat, untuk aku berfungsi dengan baik, aku perlu recharge secukupnya. Maknanya, rehat.
Bila aku dapat berehat, insyallah banyak perkara jadi lebih teratur.
Contohnya, balik rumah, dapat rehat kejap, dapat mandi rilek-rilek, dapat solat dengan tenang, dapat makan berdua sembang-sembang dengan En Wan kat dapur tanpa gangguan (sebab Redza dah dibagi makan) — semua ni mengembalikan tenaga.
Lepas makan, baru tengok Redza, main sama, ajar flash card, ajar menulis, mewarna, ajar mengaji.....then tido.
Esok pagi sebelum pi kerja, bawak Redza round-round kereta pusing taman singgah kedai beli air kotak and jajan.
Rutin pagi everyday memang gitu sampai mamak kedai tu dah hafal nama Redza.

Aku setuju bila ada pembantu, mak-mak lebih 'tenang' dan kurang bertempik.
Kalau nak bertempik pun maybe bab menyiapkan homework.
Boleh dikatakan waktu malam, memang Redza habiskan masa dengan kitorang.
Ajak main, ajak belajar, ajak bersembang.
Tapi waktu tido, bibik akan panggil. Redza tido dengan bibik Yani.
Lepas bibik Yani balik, kitorang lambat sikit dapat new bibik, dalam 3-4 bulan gitu Redza terpaksa tinggal kat nurseri.
Tido malam dengan kitorang.
Masa ni aku jarang masak.
Anak pun baru sorang, jadi rumah tak bersepah pun.
Lagipun aku kan naga jadian, aku pekik sekali, terus mainan semua dah ada balik dalam bakul.

Dalam tempoh takde bibik ni, aku and En Wan sepakat bab makan — tak sempat masak, we makan luar.
Basuh baju 2 hari sekali.
En Wan basuh, sidai dan angkat.
Aku lipat, susun and gosok.
Kemas rumah and mengemop hujung minggu.
Time aku mengemas, En Wan jaga Redza.
Perjanjiannya begitu.
Alhamdulillah, dapat new bibik.
Walaupun ada bibik yang hazabedah, tapi rumah ni sentiasa ada bibik untuk membantu.
Bibik aku yang nombor 2 tu je yang hazab, yang lain ok.

Redza umur 4-5 tahun, aku dah run own company.
Masa ni memang kebanyakkan tugas di rumah aku terpaksa lepaskan pada bibik and En Wan.
Ini moment kritikal untuk aku membina kerjaya.
Keluar gelap, balik gelap. Keluar Redza belum bangun, balik Redza dah tido.
Sebab tu, kalau kita nak hidup kita macam A, ada benda yang kita kena korbankan.
Kalau kita nak hidup cara B, ada perkara yang kita kena telan.
Allah tak bagi kita hadap yang best-best semata.
Maka toksah jeles bila orang lain rumahnya teratur, anak-anaknya bersiap, makan pakai terjaga — kerana you have no idea apa yang dorang terpaksa korbankan.
Boleh jadi kalau peluang yang si A dapat, bila diberikan kepada kita, best macamanapun kita mungkin tak boleh carry.
Contoh mudah, dulu ramai kata “Alah, kau bolehlah tak kerja, bolehlah nak masak macam-macam”.
Now, hampir semua orang 'duduk rumah', berapa kerat yang konsisten masak pagi petang siang malam?
Aku memang tak hari-hari. Kadang masak tengahari aje, membawak sampai ke malam.
Taknak makan kalu, pi order.
Jangan harap aku nak masuk dapur 2-3 kali sehari.

Aku syak kebanyakkan yang tak happy dengan parents yang ada pembantu adalah kerana dorang penat di rumah, most kerja kena buat sorang.
Kalau dirinya dibantu, insyallah semua pun tenang-tenang je.

Mak Aji Group B.
Sebelum ada Ibal, kitorang (aku and Ima) tinggal nurseri.
Tak ingat sangat macamana mak bapak aku uruskan rumah tanpa helper.
Helper Mak Aji tu jiran kampung (arwah Kak Kiah).
Kejap je dia jaga kitorang. Umur aku 9 tahun dia dah tak kerja dah.
Umur 9 tahun aku dah start gosok baju-baju kerja mak bapak aku.
Sebakul, ya! Bukan sehelai dua.
Setiap Sabtu, aku dah tahu rutin aku masuk bilik bawah tu 3-4 jam menggosok baju kerja mak bapak aku untuk seminggu.
Gosok sekali baju skolah aku and adik-adik.
Betapa tawakkalnya Mak Aji merelakan anak Darjah 3 gosokkan baju kerja.
Kalau terbakar baju tu, nasiblah.

Bukan tu je, setiap orang dah ada kawasan jajahan.
Jajahan aku adalah tingkat bawah, dari gate sampai ke pintu dapur.
Ima, jajahannya tingkat atas.
Bermakna, aku kena pastikan ruang hall, dapur, laman dalam keadaan bersih.
Kalau kotor atau berabuk, Mak Aji taulah nak pekik siapa.
Masalahnya, disebabkan mesin basuh kat bawah, maka membasuh dan menyidai kain dah jadi bawah jajahan aku jugak.
Nasib je dulu masak tak payah, kalau tak, masak pun aku jugak agaknya.
Umur 9-10 tahun aku dah pandai trim rumput guna gunting rumput besar tu, dah pandai trim pokok bunga and basuh longkang depan.
Kalau si Ibal berak kat toilet bawah, itu akuuuuu jugak kena basuhkan berak sebab dia berak kat kawasan jajahan aku. Kau rasa?
Si Ima kalau Ibal nak berak, dia jerkah adik dia “Pegi berak kat bawah!”.
Mencecet-cecet si itam tu berlari ke toilet bawah.

Aku respect Mak Aji mendisiplinkan anak-anak dia dalam bab ni.
Rumah Mak Aji takde kesan conteng.
Anak-anak umur 7-9 tahun dah boleh jaga diri sendiri and uruskan rumah.
Dia balik kerja, semua dah bersih, Ibal dah dimandikan.
Mak Aji tinggal masak je.
Style Mak Aji ni aku takleh buat. Aku tak sampai hati.

Redza dari mula sekolah sampai habis Darjah 6 tak basuh kasut skolah sendiri, semua bibik buatkan.
Gosok baju sendiri apetah lagi.
Masuk asrama semua kena buat sendiri. Huru-hara kejap hidup dia.
Alhamdulilah reti dah now.
Yang paling best, sejak duduk asrama dah pandai makan ikan.
Kalau tak dulu, tak ayam, sotong.

Maknanya, mana-mana group pun kita, samada A and B, at the end of the day, tetap berpatah-balik pada bagaimana kita manage the house.
Ada je orang yang ada pembantu tapi rumah dia tak kemas mana pun, kerana attitude suka menyepahkan rumah tu ada.
Perbandingan antara mak-mak ni memang takkan pernah habis.
Dari zaman aku beranak Redza, sampai dah nak menopos, masih lagi mak-mak dok compare siapa lebih hebat menata rumahtangga.
Ada je celah yang dia nak compare.
Siapa menetek paling lama, siapa lebih mithali, siapa lebih menyumbang ekonomi, siapa lebih power didik anak, anak siapa khatam awal, anak siapa terer cakap omputih — gasaklah kalau itu membahagiakan.
Aku kalau dah masuk bab compare-compare ni, takpelah gua gerak dulu.