Pages

2020-09-30

Melaka, outstation


Dah hari Rabu.
Tetapi hari ni aku baru nak cerita apa yang berlaku sejak Sabtu lepas.
Ku gagahkan juga update blog hari ni sebab followers kat IG dah start PM "Lamanya Kak Di tak update blog".
Sebenarnya takdelah lama sangat, baru 6 hari.

Sabtu lepas aku ke Melaka, outstation.
Kali ni tak bawak En Wan sebab Rayyan ada hoki class, lagipun aku rasa En Wan pun macam tak sedap hati kot nak follow wife dia berkerja.
Macamlah aku tak pernah bergerak sorang kan.
Dulu lagi lah ke hulu-hilir EVERYDAY, siap boleh stop kejap kat Shell membuta 30 minit.

Last week aku ke UTHM again, tapi put a nite kat Melaka untuk preparation.
Quite pack juga last week sebab Sabtu-Ahad outstation, lepas tu Monday-Selasa dah run Retort Technology class.
Agak kelam-kelibut nak settlekan banyak benda sebelum ke Melaka tu.
Sebelum ke Melaka sempat masakkan siap-siap lunch untuk orang kat rumah, dinner tu pandai-pandai korang la.
Keluar dari rumah 2pm, sampai hotel [Ayer Keroh] pukul 6pm!
Gila bapakkkkk punya jem.
Dia punya jem bermula dari exit Gamuda [sebelum exit KLIA lagi], santakkkkk ke exit Tampin/Simpang Ampat masih lagi terhenjut-henjut.
Lepas exit Tampin traffik dah ok sikit tapi approaching exit Ayer Keroh dia buat hal balik.
Mujurlah aku memang masuk exit Ayer Keroh, gasak kau situ nak tersekat lama mana pun.

Mati-mati aku ingat ada construction ke, ada accident ke, rupanya baru aku tahu every weekend PLUS hiway jem.
Ramai orang balik kampung agaknya.
Lepas ni dah tau dah, toksah buat apa-apa planning on weekend.
Lembik bijik aku duduk dalam kereta berjam-jam.

Wajah penat + ceria sebab setelah sekian lama tak outstation bersendirian, now kebebasan itu dapat dinikmati semula. Kahkahkah.
Naik berminyak muka aku makan jem.
Kebulur jangan cakaplah.
Disebabkan perasaan yang bercampur-baur, terus order teh tarik.
Dah berbulan lamanya aku stop teh tarik, terbabas juga Sabtu lepas.
Puas hati dapat teh tarik, hilang penat aku.

Sabtu lepas aku tengah heavy flow period, so kau boleh imagine tak betapa lemaunya aku?
In fact, aku dah terasa melayang-layang dah.
Kawan aku cuak dah tengok aku dah pening-pening, terus dia pi check in hotel siap-siap sementara aku tunggu kat Old Town.
Rupanya hotel tu belakang Old Town je.
Settle makan, terus masuk bilik. Parking pun cun je dapat betul-betul main entrance hotel.


Bila orang lain makan, kau pun nak makan tapi sebenarnya kau terlalu penat, akhirnya aku pilih meratah rendang je.
Tak sedap.
Entahlah, not sure memang tak sedap ataupun aku too tired.
Yang pasti, teh tarik sedap.

Hotel dia cantik, tapi aku keletihan maka tak dapat menikmati kecantikannya.
Walaupun lemau, posing mesti mau power.

Bilik dia cantik, puas hati, especially katil and bantal sangat menepati elemen sebuat hotel 5 bintang.
Katil tiggi pulak tu, menjengket aku naik.
Sesiapa yang claim jual bantal hotel tu kalau boleh please indicate bantal hotel berapa bintang korang jual sebab bantal hotel 5 bintang sangat sedap ya.
Aku dah berapa kali test "bantal hotel" tapi hampa, tak seperti bantal yang aku harapkan.

Lepas mandi, aku dah flat habis, terus terlelap walaupun orang tengah azan Maghrib.
Tersedar around 8.15pm, aku cakap dengan kawan aku kita order je lah, aku malas nak drive keluar lagipun hujan lebat malam tu.
Aku memang always rasa hotel punya Club sandwich, jadi apa kata kita try hotel ni punya pulak.
Oh by the way, aku duduk AMES.
Eh tapi lepas tu keluar jugekkkkk, pi makan kat Chaq Corner.
Kalau boleh nak makan seafood malam tu tapi cuaca tak mengizinkan, jadi kitorang stop kat mana tempat yang paling dekat and kelihatan macam sedap.

Malam tu pekena char kuey tiaw kerang and satey.
Lepas tu kitorang boleh singgah McD lagi oii.
Ayda tapau Double McChicken, aku tapau 9pcs nugget! Kahkahkah.
Memang sehati sejiwa. Tekak level neraka!

Padahal esok nak kena gerak awal ke UTHM, tapi malam tu bersembang sampai pukul 1.30am.
Tak lena tido aku malam tu sebab berdebar nak meeting the next day + too tired sampai tak lena tido.

Malam tu ada kisah.
Tengah-tengah malam aku dengar Ayda panggil aku "Diii..."
Aku jawab "Ya..",

Pastu dia panggil lagi "Di..."
Aku jawab lagi "Yaaa"

Panggil lagi "Dii..."
Aku pelik kejadah apa dia ni, tapi aku jawab jugak kali ni panjang sikit harakat aku "Yaaaaa.."

Sambil tu aku bangun kot lah dia ni kena hempap ke apa ke kan.
Aku kan dah bukak contact lens. Mata aku ni dia punya rabun bukan calang-calang.
Nak kena tenung dekattttt kat muka Ayda tu baru aku boleh nampak bijik mata dia bukak ke tak.
Rupanya dia berdengkur! Hanat punya pompuan.
Aku dah macam orang bodoh malam-malam buta meratib "Yaa..", "Yaa...", "Yaa..."
Rupanya aku cakap sorang-sorang.
Pagi esok tu memang kena bahanlah dengan aku. Sampai nak terkecing member gelakkan diri sendiri.

Esoknya aku bangun awal gila sebab givap nak tido.
Aku bajet balik rumah jelah tido, kasik settle kerja ni dulu baru lena.
Kena breakfast awal sebab 7.30am dah kena gerak sebab meeting pukul 9.30am
Sebenarnya kalau gerak 8-8.15am pun sempat lagi, Ayer Keroh and Pagoh bukan jauh sangat.
Tapi memandangkan semalam punya jem masih melekat dalam kepala, lebih baik gerak awal to be on the safe side.

Tak boleh makan banyak-banyak sangat karang tengah meeting perut buat hal, naya.
Jadi, makan je lah roti.
Tak pernah-pernahlah aku makan satu round je buffet kat hotel
Hari tu terasa rugi pulak duduk hotel best tapi tak sempat nak enjoy the food and facilities.
Takpelah, kau bukannya pi bercuti kan.
Time bercuti kau asik nak memerap dalam bilik, time kerja sibuk kau nak enjoy facilities bagai.

Tak pakai BATA kali ni u ollsss.
Terpaksa aku pakai kasut tinggi sikit demi sebuah meeting.
Macamlah ada orang kisah kasut kau kan.

Alhamdulillah meeting went well.
Balik dengan kerja yang menambun untuk disettlekan, perlu pilih satu date khas untuk menyiapkan syllabus sahaja.
Berkampung la situ mengadap syllabus dari pagi sampai malam nanti.

Dari UTHM terus balik PH dengan harapan jalan lancor, tetapi masih jem.
Singgah RnR Ayer Keroh punyalah ramai umat ya ampunnn, macam balik beraya masing-masing.
Nasib baik tak se-jem masa datang, cepat jugaklah aku sampai rumah.
Sampai je rumah terus melepek, mandi dan tido.
Rasanya sebelum 9pm aku dah padam.
Sedar-sedar dah 5am.
Terus bangkit sebab nak kena kejar ke akademi untuk Retort Technology Class pulak.
Hat ni esok-esok aku cerita.


2020-09-24

Ada perkara yang kau jangan [elakkan] buat pada majikan


Sebelum aku menceceh dengan lebih lanjut, aku nak share dulu review Dim Sum kat Cyberjaya Resort & Spa yang aku pergi 2 hari lepas.
Ini kali pertama aku pi sini makan Dim Sum.
Sebelum ni dah pernah datang untuk staycation.

Aku tak pandai makan Dim Sum, untillah gathering Dusty Pink yang lepas, kawan-kawan aku ajak lepak Dolly Dim Sum Avenue K.
That was the first time aku makan dim sum dengan betul-betul.
Patutlah ramai suka, rupanya sedap dan mengenyangkan.
Dim Sum ni macam sushi lah, nampak macam tak kenyang, tapi bila dah makan, sendawa macam nak rabak mulut.
Hari tu aku pi sana dengan partner in crime.

Hari tu makan disponsor oleh Ayda.
Aku bersyukur gila, so far semua kawan-kawan aku enjoy food.
Jenis yang kalau jumpa, phone letak tepi, whatsapp masuk pegilah mati, fokus kami hanya pada makanan.
Kawan-kawan aku jenis yang kalau jumpa, jangankan kata nak belek henfon, terus lupa masing-masing bawak laki sama.
Sampai laki kena tanya "Dah ke?"
Mujur tanya, kalau tak, tak reti balik masing-masing.

Kitorang ambil buffet, RM59/pax.
Macam biasa, post Covid-19, buffet dah bertukar cara.
Caranya, semua dim sum dalam buffet list akan dihantar ke meja kita.
SEMUA ya, semua.
So kau boleh imagine tak betapa penuhnya meja kitorang dengan makanan?
Tapi masih boleh refill, dah nama pun buffet, kan.
Cuma caranya kau panggil waitress untuk refill order.
Seronok jugak kekdah ni, tak payah aku kejap-kejap bangun.

Hampir semua dim sum yang ada di hotel ni aku dah makan di Dolly, but I must say Dolly lagi sedap kat tekak aku.
Takde la kata yang Cyberjaya Resort ni tak best. Best, cuma aku lagi suka Dolly punya dim sum.
Dalam banyak-banyak hidangan hari tu, aku paling suka Park Choy.
Itulah satu-satunya yang kitorang refill.
Hari tu tak ramai orang sebab weekdays, selesa.
Kalau weekend ramai, silap-silap kena buat reservation dulu.
Sama je lah macam Dolly, kena buat reservation, kalau tak, beraturlah kau situ.

Ini nama restorannya - Verandah.
Parking depan lobby, pastu kau masuk lobby and keluar balik ikut pintu belah kanan.
Boleh nampak restoran tu kat luar kawasan lobby.

One thing yang aku suka kat Cyberjaya Resort ni tempat dia cantik untuk bergambar.
Contohnya macam gambar ni, cantik kan? Kahkahkahkah.


Ok habis review Dim Sum.
Yang sebenarnya aku nak cakap pasal satu benda ni.
This is also perkara yang aku and Ayda discuss hari tu masa mencekik Dim Sum.
Kitorang masing-masing run own company, jadi kalau bersembang memang tak lari dari cakap pasal business and management.

Attitude.

Untuk adik-adik and anak-anak yang sedang mencari kerja atau baru bekerja, attitude kena jaga.
Jangan ingat sijil akademik tu dah cukup besar.
Dalam dunia kerjaya, once kau dah masuk kerja, sijil akademik tu dah boleh simpan.
As majikan, kita dah tak nak tengok tu lagi.
Yang kita nak tengok adalah performance and attitude.
Apa yang kita belajar memang membantu urusan kerjaya, tetapi bukan semua.
Yang kau belajar tu dulu kebanyakkannya teori, tetapi di tempat kerja segalanya praktikal.
Nak tengok kau boleh perform ke tak adalah di tempat kerja, toksah cerita dah kau dulu best student ke apa ke, itu majikan taknak tahu.
Sebab dalam ofis tu bukan kau sorang je yang pernah menempa sejarah kejayaan akademik.

Ada some staff, bila dia rasa dia belajar tinggi, maka dia betul.
Dunia akademik and kerjaya berbeza ya.
Especially bila kau masuk dalam industry, pengalaman and skill sangat penting.
Antara fresh graduate with flying colors dalam engineering, dengan engineer yang berpengalaman, industry prefer yang berpengalaman.
Antara graduate bidang perkayuan dengan tukang kayu yang berpengalaman 20 tahun dalam kerja-kerja kayu, pasti orang pilih yang berpengalaman.
Jadi, bila kita fresh, walaupun kita ada master degree, itu tak membuatkan kita lebih hebat dari mereka yang dah berpengalaman.

I tell you, even orang yang ada ilmu teori dalam bisnes, kalau dia tak terjun buat bisnes, buat sales, buat marketing - dia masih lagi tidak dianggap sebagai subject matter expert.
Maaf ya, ini bukan post nak memperlekehkan orang yang bukan dalam industry, tapi nak highlite kepada fresh graduate bahawa skill dan pengalaman sama-sama penting.
Toksah lah jaja kehebatan sijil akademik kau 24 jam.
Kalau dalam meeting with subject matter experts, tak payah cananglah kehebatan ilmu teori tu.
Bukan apa, malu sendiri nanti.

Masa aku mula-mula join sales, aku memang betul-betul fresh.
Walaupun aku ada double cert, aku dah ada pengalaman kerja dengan Kementerian Sains, dengan Prudential, dengan one more company [as customer service exec], tapi bila join sales, aku letakkan diri aku as 'budak bodoh'.
Aku tak memandai-mandai walaupun manager aku bukan biotech background dan dia juga SPM grad saja, tapi aku respect pengalaman dia.
Awal-awal masuk kerja, aku banyak follow dia pi jumpa customer.
Masa dia tengah bincang-bincang dengan customer, aku diam.
Takde de aku nak memandai-mandai betulkan salah dia [if any], apetah lagi nak bagi cadangan.
Bukan nak suruh korang jadi dungu, tapi sebagai 'orang baru', kau mungkin ada pengalaman bekerja, tetapi urusan dan protokol di tempat kerja baru kau belum expert lagi, jadi belajarlah bertenang, ya.
Simpan kau punya berlagak tu dulu.

Selalunya, on the way back dari jumpa customer, dalam kereta barulah aku bagi cadangan pada manager aku.
Jaga air muka bos kita [walaupun dia pun makan gaji].
Respect dia sebagai senior.
Manusia ni semua sama, kalau kita buat baik, dia akan buat baik pada kita.
Kalau kita jaga air muka dia, dia akan jaga air muka kita.
Awal-awal bekerja ni takyah nak tunjuk pandai sangatlah, kalau kita betul-betul pandai, masanya akan tiba.
Waktu tu, kau tak payah canang kau hebat, orang tengok performance kau pun orang tau kau hebat.

Benda ni aku pernah tengok beberapa kali.
Masa aku kerja dulu pun, ada je colleague yang suka tunjuk pandai time meeting.
Selalunya jenis ni, bab bercakap memang pandai bagi kat dia tapi sales tak jalan.
Aku sendiri tengok pun malu. Konfiden sangat cara bercakap tu.

Lagi satu, kalau majikan bertanya, please give an answer.
Jangan buat muka ketat, jangan angkat bahu sebagai jawapan, dan yang paling NO, jangan buat diam.
Bukan hanya kau kelihatan sangat biadap, tetapi juga sangat bodoh.
Majikan tanya, jawab dengan memandang muka majikan.
Bukan nak suruh kau sembah majikan tu, tapi ADAB.

Lagi satu, kalau majikan bagi task untuk dibuat, jangan sesekali mintak majikan pass kerja tu pada orang lain.
"Kalau mintak si anu buatkan boleh tak, sebab saya ada satu tender nak kena kejar".

NEVER DO THAT.
Majikan lebih tahu siapa yang layak untuk buat satu-satu kerja.
Contohnya macam staff aku, ada sorang tu dia hanya ada sijil [kalau tak salah], tapi everytime kitorang join event, aku assigned dia as key person walaupun ada staff lain yang berlulusan ijazah.
Sebab apa?
Sebab dia tahu jenis produk, dia tahu inventory, dia tau price list, dia tau kod produk.
Dia tau operation flow of the company.
Aku sendiri tak ingat price list.

Dia macam ni lah, umpama kau nak panggil contractor renovate rumah.
Mana ada satu orang buat segalanya. Dia mesti akan sub punya.
Yang bahagian tiles, ada pakar tiles.
Yang ikat batu, ada pakarnya.
Yang mengecat ada pakarnya.
Anggap saja bila majikan pilih kau buat sesuatu task, kau adalah expert di bahagian tu.
Jangan anggap itu sebagai beban tapi compliment.

Lagi satu "Tu bukan kerja saya".
Ini aku paling pantang.
Memang la dalam job scope awal-awal masuk kerja dulu tak tertulis pun kau kena buat kerja tu.
Tapi, now you have been here for 2 years [contoh], kau takde rasa nak grow ke?
Kau masih nak buat kerja yang sama?
Kalau tak menerima tugasan baru, mana nak datang grow?
Bila dah grow, masa tu lah bonus naik, gaji naik, pangkat naik.
Ini tak, kerja memilih tapi bab merungut pasal gaji, bonus, serah kat kau.
Kalau kau tak willing to go beyond your role, jangan question bila ada orang lain dapat lebih.
Especially dalam industri, we are doing business.
Kalau ada pekerja yang willing to grow, willing to learn, itu yang kita capai dulu.
The more skill sets you accumulate, the more indispensable you are.




Whatsapp SINI untuk minta pricelist anniversary.


2020-09-21

Trend merahkan muka


Semalam aku up status kat IGS berbunyi gini :

Lately ni aku kerap nampak gambar-gambar budak muda berselfie atau buat tik tok dengan muka yang merah-merah sekitar pipi, hidung, sometimes dagu!
Aku jadi pelik, ini trend mekap sekarang ke?
Lansung tak ter-register dalam kepala aku itu adalah filter.
Tapi ramai juga yang reply IGS aku tu, katanya itu adalah mekap ala-ala Korea.
Tak, aku faham nak nampak glowing, tapi dah kenapa merah sampai ke hidung and dagu [?].
Aku pi Korea tak nampak pulak ada Korean yang mekap merah-merah satu muka.
Masing-masing dah macam kena selsema teruk je nampaknya.
Sikit lebih kurang dah la, tak payahlah beria merah sampai ke hidung sampai ke dagu.
Macam tengah resdung pun ada, macam baru lepas bersin pun ada. Konfius aku.

Maybe itulah trend orang-orang muda sekarang yang orang tua macam aku tak boleh nak faham.
Takpelah kalau dah gitu trendnya, teruskanlah.
Dulu kan, zaman belasan tahun [tahun 90-an], masa trend rap wujud, mak bapak kita mesti menyampah tengok style pakai baju gedobos, bahu rebeh, T Shirt labuh sampai ke lutut, seluar jeans besar [tak payah potong, biorkan dia menyapu lantai].
Zaman tu fashion tu kira paling stylo-lah [except gantung CD kat leher. Yang ni sampai sekarang aku takleh brain].
Kau takkan jumpa jeans skinny fit zaman tu. Semua kedai jual jeans gedobos ala-ala KRU sahaja.
Tu nak cerita betapa besarnya impak KRU dalam kehidupan kami yang remaja di tahun 90-an.
Sebab tu sampai sekarang walau dah mencecah 40-an, kalau drive tetiba keluar lagu KRU, dia punya menggeletis satu macam.
Sampai sekarang lagu KRU tepi bibir aku je.
Pakkal KRU-nya pun dah tak larat nak terkinja-kinja atas pentas, kalau tak, aku join.

Masa aku sambung belajar kat Sarawak, aku lebih bebas bergaya.
Maunya tak kalau baju-baju dah boleh sendiri.
Memang ikut peredaran zaman lah jawabnya.
Dah tentu T Shirt lengan rebeh sampai ke bahu dan jeans gedobos ada dalam koleksi.
The thing is, bukan aku sorang ya yang pakai gini, ramai lagi anak dara pakai macam ni.
Balik semester break, mak bapak aku dah mula tak berkenan dengan cara pakaian aku.
Ye lah, kau pompuan kot, anak dara, cara-cara berpakaian sopan pun takde sape nak tekel, lagikan pakai macam jantan. Kahkahkah.
Pak Aji ok lagi. Kerjaya dia sebagai kaunselor Jabatan Pendidikan buatkan dia lebih rasional dan cuba memahami jiwa remaja.
Tapi Mak Aji, NEVERRRRRR.
Sakit nau mata dia everytime aku sarung T Shirt and jeans besar.
Masa tu kebanyakkan baju aku adalah hoodie.
Eh kata KRU, haruslah hoodie. Kamonnnnnnnn.

"Kau rasa cantik pakai macam ni?"

Pedihhhhhhhhh.
Panas je aku asyik-asyik dia kondem fashion aku.
Lepas tu mulalah bandingkan aku dengan anak-anak kawan dia, pakai semua macam pompuan, aku macam jantan katanya.
Takut nau aku jadi liar.

Tu belum masa zaman Beverly Hills 90210.
Lengan baju T Shirt tu kalau tak lipat 3 tak Luke Perry la wehh.
Walau macamanapun, kalau pi kenduri kendara aku tetap pakai baju kurung.
Pi rumah makcik-pakcik tetap pakai baju yang sopan.
Karang terkeluar pulak bijik mata Mak Aji menjegil mata kat aku.

Before that, around year 1995 kot, KRU release lagu NEGATIF [boleh gugel].
Dia punya lirik memang menyampaikan hasrat hati aku betul.
Seronok aku ada yang tolong menyuarakan apa yang terpendam dalam hati.
Nak rebel tapi takut kena lempang, jadi kita pakai lagu je lah. Hahahaha.

Now, bila zaman dah berubah, aku sedang cuba memahami trend zaman sekarang, termasuklah trend pipi, hidung and dagu merah.
Walaupun aku tertanya-tanya juga di mana lojiknya hidung and dagu merah adalah lambang sebuah kecantikkan, tapi takpelah, ini zaman korang kan. Korang saja yang faham.
Cuma kalaulah boleh dipakai kata-kata aku ni, apa kata bior pipi je lah merah, toksah la sampai ke dagu sekali merah.
Kalau yang putih-putih tu ada ampun lagi, ini yang kulit ala-ala aku, tapi nak jugak ikut trend merah-merahkan pipi, hidung, dagu - dah rupa macam baru lepas kena belasah je aku tengok.

Tapi tak sangka kan, masa berlalu secepat ni.
Nasib baik lagu-lagu rock kapak masih diputar kat radio [walau aku tak dengar radio tapi aku tahu ada], kalau tak, aku dah lost dan kemurungan dihimpit trend baru.
But again, enjoy your era ya, anak-anak. This is your turn. 
Aku pernah muda, jadi aku faham ke-excited-annya menikmati trend-trend terkini.
Maka, silakannnnn. Biar ku dengan jeans biruku. Ahgitewww.

By the way, bawah ni sambungan review lipstik.
2 minggu lepas review 6 batang lipstik, hari sambung lagi sikit.
Tapi maybe blur sikit sebab file ni besar, aku compresskan.






2020-09-19

Kerja dulu, sembang kemudian.


Pagi-pagi tadi lepas Subuh aku lepak scroll-scroll LinkedIn and saw this :

Bila baca pengalaman mereka-mereka kat atas ni mencari kerja, terasa betapa bertuahnya aku.
Ada orang [mereka] lebih susah mencari kerja, terpaksa ketuk-ketuk pintu ofis orang untuk tanya kerja kosong, terpaksa grab apa je kerja yang some of kita tak pandang pun.
Alhamdulillah, aku tak ada pengalaman mencari kerja sesusah ni, mungkin bahagian aku adalah perjalanan kerjaya aku untuk sampai ke tempat sekarang.
Ada orang, bahagiannya adalah struggle mencari kerja, ada orang bahagiannya liku-liku membina kerjaya.
Aku rasa aku yang kedua.

Bila ingat-ingat balik, sejak habis belajar, aku mudah dapat panggilan kerja.
Kiranya struggle mencari kerja tu hampir tak ada tetapi struggle di tempat kerja, ada.
Mostly struggle mencari sales. Maybe inilah satu-satunya 'kepayahan' aku dalam bab kerja.
Walau aku tak merasa ketuk pintu ofis cari kerja kosong, tapi aku merasa ketuk dari satu pintu lab ke satu pintu lab untuk promote barang makmal.
Kena pandang lekeh tu biasa dah, dah lali.
Kerja jual barang katakan, yang kat dalam makmal tu semua bakal Professor gamaknya, tu yang pandang muka aku macam nak taknak je.
Jadi, struggle membina kerjaya tu aku ada pengalaman.

Again, mereka-mereka yang aku screenshot ni semua bukan calang-calang orang dah now.
Kau nak kenal orang yang hebat-hebat, try la lepak LinkedIn, very inspiring.
To them, hardwork and hardship is nothing. Everyone is empowering each other.
Menawhile, di suatu sudut di dalam Facebook..... 

.......tak habis-habis mengeluh pasal gaji.
Kerja tak lagi, dah sembang haruk pasal gaji.
Kau kerja dulu pastu tengok boleh pergi ke tak.
Silap-silap diploma tu kalau bernyawa pun dia malu dengan performance kau.

Aku rasa kebanyakkan dari kita tak dapat kerja yang sepadan dengan course yang kita ambil, betul tak?
However, apa yang kita belajar dapat kita apply dalam pekerjaan kita.
Macam aku, dulu aku ingatkan kerja aku wajib dalam lab.
Ye lah, biotech grad nak kerja kat mana lagi, haruslah dalam lab.
Tapi pekerjaan pertama aku as RA di Kementerian Sains. Mana ada lab pun dalam ni.
Rupanya aku sebagai RA yang membantu memilih proposal-proposal yang layak untuk dibawa ke meja perbincangan.
Semua proposal tu adalah dari bidang biotech research.
Walau aku tak masuk lab, tapi ilmu aku dalam bidang tu membantu.

Masa kerja Medical Underwriter pun, aku tak pernah tau kerjaya macam ni wujud.
Like, apa bendanya Medical Underwriter ni?
Lepas masuk kerja baru aku tau memang post ni perlukan orang yang ada background medic atau bio-medic sebab kau akan meluluskan proposal orang.
Kalau orang tu ada darah tinggi, kencing manis, obesity - semua ini kau belajar masa kat U dulu - walaupun tak jadi dokter tapi ilmu kau tu diperlukan untuk decide samada polisi insuran tu boleh diluluskan atau tak.
Nampak macam takde kaitan pun dengan course yang aku belajar dulu, tapi sebenarnya ada.

Pernah ada satu kes tu, orang ni nak apply insurans.
Dalam proposal semua clean, takde admission, takde medical history, segalanya tip top.
Lepas beberapa bulan polisi lulus, agen datang nak buat claim.
Tengok medical report, patient ada lump kat breast.
Apa kau ingat senang-senang nak claim gitu?
Dari size lump kau tu kita boleh tahu kau dah ada lump sebelum kau mohon polisi lagi.
Macamana kita boleh tahu? Sebab kita belajar semua ni dulu, kita tahu pada cycle bila lump ni boleh membesar.
Takde maknanya after a few months lump kau boleh sebesar tu, mesti sebelum kau mohon polisi lagi kau dah tau kewujudan lump ni.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, jangan ingat kita ambik engine maka kita wajib jadi engineer, belum tentu lagi.
Adakalanya, a small portion of apa yang kita belajar dululah yang menjadi asbab kerjaya kita sekarang.
Kerjaya in sales & marketing pun macam tu juga.
Sekali pandang, semua orang boleh kerja jual barang. Tak payah blaja tinggi pun takpe, janji pandai cakap.
BELUM TENTU LAGI.
Setakat pandai menceceh tapi merepek, nak buat apa.
Kau nak jual barang teknikal kena ada ilmu.
Supaya kalau kena soal dengan Profesor nanti takdelah nampak bengap sangat.

Dulu aku pun segan jadi sales ni.
Rasa macam sia-sia je score, akhirnya kerja jual barang.
Bila aku dah berada dalam line tu, baru aku tau ilmu aku belajar dulu sangat berguna.
Sebab bila kita ada ilmu, kita boleh pergi lebih jauh.
Bukan setakat promote barang makmal, tapi aku boleh organize workshop untuk mengajar orang extract DNA, sintesis oligo, buat halal analysis.
Maknanya dengan ilmu yang kita belajar tu kita boleh create ruang untuk grow, tak semestinya kena buat benda tu je sampai mati.

Sebab itulah jangan kecilkan scope pekerjaan kita.
Tak payahlah nak sembang pasal gaji sangat.
Kau kerja dulu, tengok boleh lepas probation ke tak.
Lepas tu kita sembang balik.


2020-09-16

Nak sangat staycation yang rare!


Tersebutlah kisah sebuah kejadian yang berlaku pada 15 September 2020, selepas breakfast di mamak, En Wan berkata "Terasa nak tidur hotel lah. Jom?"
Takde ribut, takde petir, tetiba ajak staycation 1 malam kat hotel.
Aku ok je, takde hal, cuma aku ada kemuskilan dengan perancangan adhoc macam ni.
Bukan aku hidup 19 hari dengan En Wan ni, dah 19 tahun dah pun.
Paham sangat dah perangai dia kalau buat agenda terkejut-terkejut macam ni, ujung-ujung memang mengejutkan sangat.
Lepas breakfast dia masuk ofis pagi tu dengan meninggalkan pesanan "Siap. Lepas Zohor kita gerak".

Aku pun sambung buat kerja macam biasa kat rumah, dah siap Zohor baru dia balik.
Masa ni dah siap pack baju segala, tapi aku masih lagi tak tau ke mana arah nak pergi ni.

"Tido mana?"

"KL lah".

Tapi dia tak nak bagitau lagi nama hotel.
Ni yang buat aku rengsa je.
Dalam kereta aku warning dia siap-siap, kalau dia bawak aku lagi pi hotel ceruk-ceruk, siap! Aku ambik grab, balik.

"Takkanlah. Abang tau taste awak macamana".

Dah sampai KL, dari laluan hiway, sampai laluan persekutuan, sampai masuk ke lorong kecik, hinggalah ke ceruk!
Aku dah panas hati dah ni.

"Tak, yang berahsia sangat ni, kita nak pi mana sebenarnya? Dah masuk Chow Kit bagai. Ni nak bawak pi Lorong Haji Taib ke apa?"

Nak bawak aku pi duduk Red by Sirocco rupanya.
Dari depan takdelah teruk sangat hotel ni, tapi aku tak berkenan persekitaran dia - kat ceruk-ceruk.
Ntah kenapa ntah dia ni suka nau bawak aku pi ceruk.
Aku bagitau kat dia aku tak suka persekitaran tempat ni.
Kalau aku masuk bilik nanti dan bilik tu tak kena dengan keperluan aku, aku keluar. Gasak kau situ.
Dia konfiden bilik yang dia pilih memang best.
Dia cakap request bilik sebelah President Room [sebelah je u olls, bukan bilik presidennya. Kahkahkah]

Dia suruh aku tunggu dalam kereta sebab nak settlekan check in.
Dalam kereta aku gugel pasal hotel ni, oklah not bad. Rating pun tinggi.
Cuma persekitaran hotel yang tak menyelerakan, tapi bilik nampaknya boleh tahan.

Depan sikit dari hotel ni ada mall, lupa dah apa nama mall tu.
En Wan dah plan, lepas check in kitorang nak keluar makan kat mall tu, lepas tu balik semula ke bilik.
Lepas Isyak nanti keluar balik ke mall tu untuk midnight movie pulak.
Memang tak jauh sangat, boleh jalan kaki je ke mall tu cuma kau kena langkau ceruk-ceruk kedai je lah.
Dia punya plan tu macam dah susun baik dah.

Lama dia kat dalam hotel tu, sampai aku kena alih kereta 2 kali sebab block kereta orang.
Tapi aku malas nak kacau dia, karang bertekak pulak.
Lagipun nak berehatkan fikiran katanya, jadi aku nak duduk senyap-senyap membangkitkan mood bercuti.

Dia call "Kejap eh?"
Aku syak orang ramai check in, ok takpelah.
Dalam setengah jam lepas tu dia masuk kereta.

"Takpelah, Di tak suka hotel ni. Abang dah cancelkan".

Eh???

Aku "eh?" sebab pelik.
Sumpah pelik sebab En Wan ni bukan sejenis yang 'lembut hati' bab-bab ni
Belum pernah lagi kalau aku bertekak pasal hotel dia willing nak cancel booking. Tak pernah lagi.
Dia seboleh-boleh akan berkeras nak duduk hotel yang dia dah booked
Tapi semalam lain, dia cancelkan semata-mata kerana aku tak suka [??]. Uishh, lagi pelik!

After desak-desak barulah dia bercerita.
Masa masuk hotel tu, katanya lobby kosong. Jangankan kata guest, staff pun takde.
Kat front office ada PC je, tapi kelibat manusia takde.
Dia call hotel, ada orang angkat.
Orang tu suruh tunggu 10 minit.

10 minit??

En Wan kata kenapa lama sangat sebab dia block kereta orang kat luar, tak nak lama-lama sangat.
Kejap lepas tu staff tu sampai, dia say sorry and bagitau hanya dia sorang je yang bertugas hari tu.

Kau bayangkan DIA SORANG je staff hotel pada hari tu?

Rupanya hotel tu macam ada gaya-gaya nak tutup dah.
Most pekerja dah diberhentikan, dia adalah antara yang tinggal [entah-entah dia boss].
Bila dia cakap macam tu En Wan mula tak sedap hati.
Ye lah, kalau dah dia je sorang yang berkerja, apa nasib kitorang yang bermalam kat situ nanti.
Kalau jadi apa-apa ke, tak ke naya.
Jangan cakap la nak room dining, definitely out of the story dah.

En Wan tanya "Esok breakfast ada tak, sebab saya book sekali dengan breakfast".
Dia kata ada, tapi akan dihantar ke bilik.
Memang takde la aku nak percaya, entah-entah kau beli kat mamak depan hotel ni.

En Wan dah dihambat rasa bersalah tak nak menambahkan rasa bersalah kalau esok tetiba makanan yang sampai tak senonoh. Jadi, dia request untuk cancel booking.
Agaknya staff tu pun faham situasi hotel tak meyakinkan untuk accept guest, jadi dia benarkan En Wan cancel booking.
Lepas cancel booking, staff tu cakap "Nasib baik juga Encik cancel. Kalau tak, saya pun tak tau macamana nak kemaskan bilik encik nanti. Cleaner pun sorang je tinggal". 

Scary gila weh.
Aku dengar En Wan bercerita nak gelak pun ada, seram pun ada.
Aku usik dia "Staff tu sebenarnya wujud ke tak? Entah-entah abang cakap sorang-sorang tadi". Kahkahkah.
Wah, bukan main lagi Diana mengusik orang. Kena kat kau baru tau demam.

Rupanya itulah ceritanya yang buatkan dia cancel booking.
Aku dah agak dah, tak mungkin la laki aku nak kensel booking semata-mata bini dia tak berkenan.
19 tahun hidup bersama weiii, paham sangat dah perangai.

Lepas kensel booking, menggelabah nak cari new hotel.
Aku ajak dia duduk Ritz Carlton [kahkahkah].
Dia marah aku "Duduk setakat KL nak bayar mahal-mahal. Baik pi bercuti betul-betul".
Ok fine! Dah tu sekarang hotel mana kau nak bawak aku ni?

Percaya ke tak, En Wan mati-mati nak ajak aku duduk area Chow Kit/Kampung Baru?
Entah hape yang dia berkenan sangat nak duduk Chow Kit ntah. 
Nak mengimbau memori dengan awek lama ke hape.
Dia booked Hilton Garden Inn at Chow Kit.
Aku layankan je sebab dah nak pukul 5pm, penat dah aku tersadai dalam kereta ni.

Sampai area hotel, terus park kat basement.
Cari tangga ke lobby semua takde. I mean semua pintu ke lobby ditutup!
Eh takkan la aku kena keluar ke depan berjalan kaki ikut ram?
Aku pun call hotel, rupanya betul, semua laluan pintu ke lobby dari basement DITUTUP.
Guest kena panjat ram and berjalan kaki ke main entrance, boleh?
Eh bolehhhhhhhhhh. Apa salahnya.
Lalu berangkutlah kitorang dengan beg baju segala jalan kaki naik ram masuk ikut pintu depan hotel.

Lobby dia kecik je. Ini memang aku expect dah sebab nama hotel pun 'Hilton Inn' kot.
Jangan fokus kat Hiltonnya, fokus kat perkataan INN-nya tu. Hahahah.
Tapi yang buat aku macam "erghh" bila kat lobby ada satu rack, kat situ dia susun maggi, biskut, ubat gigi, and Durex.
Durex and maggi sama banyak.
Lantas aku terfikir - hotel di Chowkit + Durex - sesuatu sangat kan? Hahahaha.

Masa nak check in, aku terasa apesal lobby ni panas.
Slow-slow En Wan datang kat tepi aku "Tunggu kejap eh, ada trips [electrical shuts off]".
Terus aku pandang dia macam....tak settle-settle lagi ke dugaan kita hari ni?
Kat situ juga aku sembur kat En Wan.

"Kalau bawak Di pi Ritz Carlton tadi dah settle dah. Nak pi makan pun senang area situ. Nak shopping pun senang. Ni entah apa yang dia berkenan sangat nak duduk kat Chow Kit, tempat makan takde, nak berjalan pun jauh".

Senyap member kali ni. Jarang dia nak mengalah awal.
Ni kes memang rasa bersalah sangat lah ni.

Dapat bilik. En Wan kata dia boom Queen Deluxe facing KL Tower. 
Siap request tingkat paling tinggi. Nak sejukkan hati bini la tu.

Inilah bilik yang dia booked. Dalam gambar gini la rupanya.
Oklah lega sebab cantik. Bilik air pun see thru [motif??].
Tingkat 22, tinggi.
Masuk-masuk bilik, aku terkesima. Eh, apesal bilik ni kecik?

Kitorang dapat bilik single okeh!
Ini macam punya kecil katil, memang nak suruh aku tidur bertindih atas En Wan ke hape.
Aku tanya En Wan, kalau ginilah biliknya, baik kita balik sekarang.
Dia dah sepatutnya tahu syarat nak bawak aku tido hotel, hotel itu mestilah :

[1] Katil at least sebesar katil aku. Katil aku kat rumah king size. Kalau katil rumah aku lagi selesa, baik aku duduk rumah je.
[2] Bantal hotel mesti lagi selesa dari bantal aku.
[3] Toilet mesti ada hose.
[4] Aircond mesti at least setara sejuknya dengan aircond bilik aku.

Wow kemain demand lagi si Diana. Macamkan kau kluster kayangan!
Hahaha, jangan kecam dulu. Ada explanationnya.

Dia camni, kalau katakan keadaan terdesak contohnya tersekat kat jem berjam-jam macam tak nampak gaya traffik akan pulih maka terpaksa cari tempat tido untuk bermalam. 
Ok yang ni aku tak kisah macamana pun keadaan bilik kecuali, toilet mesti ada hose.
Tetapi, kalau kau plan bawak aku keluar dari rumah for saja-saja atau bercuti, lepas tu kau expect aku duduk di bilik yang kurang selesa dari bilik aku kat rumah, haaa yang ni aku tak boleh tolerate.
Baik aku duduk dalam rumah je. 
Kau ajak aku keluar, lain kali plan tu biar yang senonoh sikit.

Berbalik kepada kejadian bilik single tu, En Wan dah bengang.
Aku suka bila dia dah bengang macam sebab itu tandanya dia sendiri kesal tak dengar cakap aku.
Dia turun ke lobby and argue apesal tempah bilik lain dapat bilik lain?
Boleh pulak hotel tu kata bilik tu dah takde.
Aku pun tak tau lah apa maksudnya dengan TAK ADA - samada sold out atau itu gambar lama. 
Maybe bilik lama yang dah tak wujud.
Malas dah En Wan nak argue, dia mintak upgrade ke bilik yang besar sikit.
Ada, tapi twin bed. Takde hal, asalkan besar.

Masa dia turun ke lobby tu aku dah terbakor dalam bilik.
Jadi, nak mengurangkan api yang menggelegak ni, aku Asar dulu.
Elok je aku sarung telekung, En Wan masuk "Jom! Kita tukar bilik. Cepat!".
Kan hotel tu tengah trip, jadi kad bilik tak function, kena guna master key.
Aku terpaksa keluar dari bilik tu masa tu jugak sebab guard dah tunggu nak bawak kitorang ke bilik lain.
Maka, berondoh-randah lah aku dengan telekung turun lift.
Aku pandang muka aku dalam cermin lift, terasa diri ini sangat sardin sekali dengan bertelekung bagai.

Akhirnya duduk bilik ni. Twin bed tapi jauhhhhhhhh lebih selesa sebab luas.
Segalanya ok - aircond sejuk, TV clear, water heater well-functioned, ada iron and board sekali.
Kiranya legalah, after ber-hustle dan ber-shuffle macam nak rak setengah hari, dapat bilik yang tak hazab sangat.
Masuk je bilik, aku terus solat.
Tapi masa ni letrik masih belum ada, jadi En Wan ajak keluar cari makan.

Nak cari makan tu satu hal lagi, sebab kat area situ takde kedai makan yang selesa dan menepati selera.
Kau bayangkan kedai-kedai makan area Chow Kit, apa ajelah yang ada. Gerai banyaklah.
Aku bukan memilih tapi macam yang aku kata tadi, kau yang ajak aku staycation, biarlah planning tu senonoh.
Takkan staycation masih nak ajak aku makan gerai kot. 
Tak cukup-cukup lagi selama ni seminggu 2-3 kali kita mentekedarah kat warung and gerai?

Again, En Wan dihambat rasa bersalah.
Memang kaw-kaw kali ni dia kena dengan aku.
Aku tanya "Awak ajak saya duduk sini agak-agaknya planning tu nak ke mana? Kalau akhirnya pi Bukit Bintang untuk cari makan, baik duduk kat Bukit Bintang je tadi". 

Lalu beliau membagi alasan "Di tak tak pernah jalan-jalan Chow Kit. Abang ingat nak bawak Di jalan-jalan sini. Pastu gi Kampung Baru. Abang nak tunjuk tempat abang selalu pergi masa blaja kat UTM".  

Halah halahhhhhh syahdu pulak aku mendengar.
Pastu dia sambung "Tapi kalau Di tak selesa, kita makan tempat lain. Di nak gi mana?"
Aku sebenarnya kesian tapi saja aku buat keras hati. Bukan selalu dapat menang gini wei.

"Nak makan TGIF kat Pavillion"

"Ok boleh, tapi nak pi sana jem. Lambat sampai. Kita naik monorel"

Aku pandangggggg je muka dia.
Ni bukan apa ni, ni sah dah plan awal nak ajak aku duduk area Chow Kit sebab nak bawak aku pusing KL dengan monorel. Macamlah aku tak paham tektik dia.
Malas dah aku nak argue, aku cuma berdoa dalam monorel nanti ada tempat duduk. 
Kalau kena berdiri, memang keluar api mulut aku ni.
Aku syak En Wan pun berdoa benda yang sama. Kahkahkah.

Menapak boleh tahan jugak la dari hotel ke stesen Chow Kit.
Selama ni kalau berjalan berdua, especially kalau naik/turun tangga En Wan memang tahu aku akan pegang tangan dia.
Kali ni tidak ya, tidak! [wahh drama gitu].
Lintas jalan pun aku tak pegang tangan dia.
Kesian pulak En Wan kejap-kejap tertoleh-toleh nak pastikan aku ok.
Kat tangga monorel pun dia kejap-kejap terstop nak tunggu aku hulur tangan. Kem salammmmmm.

Nasib baik dalam train dapat tempat duduk.
Aku punya kepala memang keras hari tu, aku sengaja duduk lain seat dari dia. Duduk sebelah orang lain. Kahkahkah.
Ya Allah kejamnya aku. Kesian pulak En Wan, dia duduk seat lain tapi dekat dengan aku.
Berhenti kat stesen apa ntah, tapi area Lot 10, Pavi semua tu.
Berjalan kaki menuju Pavi.
Dapat TGIF terus padam api aku.
Senang je nak pujuk aku, bawak gi tempat makan.

Berjaya mengepaw TGIF.
Padahal ada je kat Sunway Piramid tu, tapi saja je nak menyakitkan hati dia.
Masa tengah makan tu terasa gak bersalah, sebab aku tahu En Wan tak berapa suka western.
Selalunya kalau pemilihan tempat makan, memang aku serahkan pada dia sebab tekak aku boleh je masuk hampir semua benda.
Tekak dia je yang memilih sikit.
Aku ni lauk 2 hari lepas pun aku boleh bedal.
Tapi semalam aku memang buat aku punya keras hati, biar lepas ni dia serik nak buat planning 'surprise' gini.
Tapi masa tengah makan ni dah sembang gelak-gelak dah. Aku dah cool.

Ha tengok, ceria kan aku? Hahahaha.
Of cos la ceria sebab dapat makan makanan yang aku suka.

Memang takde apa pun nak dicari kat dalam Pavi ni.
En Wan ada gak tunjuk-tunjuk aku, "Tu Shu Uemura awak, taknak beli apa-apa ke?"
"Kedai bra awak ada dalam ni, nak cari ke?"

No, takde.
Aku kalau dalam kepala nak makan, memang makan je aku cari.
Kau tunggu besok kalau aku kata nak shopping.
Masa tu memang semua benda aku cari. Masa tu kau mengeluh, siap!

Lepas makan, terus keluar Pavi and singgah Uniqlo kat depan tu nak cari T Shirt Redza, lepas tu terus balik.
En Wan plan lepas Isyak nak ajak aku keluar balik, tapi kali ni naik kereta [berani dia nak ajak aku naik train lagi?]
Nak ajak aku tengok movie.
Lepas aku mandi, dah Isyak semua, aku terasa letih sangat.
Bukan letih apa ni, penat marah dari siang.
En Wan pun setuju takyah tengok movie, maka melepak la kitorang berdua dalam bilik sembang-sembang.

Aku memang gini sebenarnya kalau duduk hotel.
Aku tak berapa appreciate beach and pool atau apa-apa outdoor activity.
Memang aku suka lepak dalam bilik, tengok TV atau baca buku.
That's why bilik hotel sangat penting, biar yang selesa sebab aku akan habiskan masa yang banyak dalam bilik.

Lama betul aku tak naik train, padahal sebelum kawen and sebelum ada anak, inilah medium transportation aku ke tempat kerja. 
Kesian pulak tengok malam-malam masih ada yang baru balik kerja, sampai tersengguk dalam train.
Tu belum yang kena berdiri.
Allah, aku tengok pun terasa letih.
Sesiapa yang pergi kerja naik train, I feel you. Aku pernah lalui moment tu.
Semoga satu hari nanti semua dapat kerja 3 minit je dari rumah, boleh naik moto je pi keje.

Malam tu aku tido awal, 10.30pm dah padam.
Tapi kejap-kejap terjaga, bukan takleh tido tapi sebab nak terkencing. Aircond sejuk gila. 
 
Pagi ni woke up fresh, lepas makan terus nak balik.
Nak stay pun takde benda nak cari kat KL ni, baiklah aku balik.
Makan ok, takde la mewah sangat dengan makanan setiap sudut tapi semua benda ada.
Ada cereal, ada dim sum, ada nasi, ada mee, ada egg kaunter, ada pastry - semua yang sepatutnya ada pada sebuah hotel yang selesa ada kat Hilton Inn.

Cuma tu lah, aku rasa mana-mana hotel pun dah tak allow guest ambik sendiri makanan.
Sama macam Hilton kat Melaka hari tu, di sini pun staff yang ambilkan makanan.
Kita tinggal tunggu je kat depan kaunter tu.
Honestly, bercuti di waktu Covid-19 ni dah tak seseronok dulu.
Nak ambil makanan pun naik segan nak bangun 2-3 kali.
Karang staff tu pelik "Dia ni tak reti kenyang ke? Dari tadi muka dia mintak makanan".
Dah la I sejenis enjoy food, tadi bangun 2 kali je [selalu lebih okeh]. 
Segan nak mintak makanan banyak kali.

Staycation kali ni dah macam endurance race, banyak nai pancarobanya.
En Wan kata semalam segalanya macam tak menjadi.
But today, aku boleh gelak-gelak bila ingat balik semua kejadian semalam.
Kalau segalanya smooth dah tak rare la memories tu kan.
Nak sangat memory yang rare? Hah, ambik kau.


2020-09-15

Draft Malaysian Standard GMP for Food


Semalam aku attend Draft Malaysian Standard GMP for Food.
Objektifnya untuk revised semula draft Good Manufacturing Practice yang baru, khas untuk food.
Sebelum GMP ni di-published, respond dari orang-orang dalam industry adalah penting.
Karang kalau dah publish dah takleh buat apa, nak kena tunggu 10 akan datang pulak kalau nak revisit.

Berbahagia aku semalam takyah drive ke sana.
Pergi, En Wan hantar. Balik, tumpang orang.

Ayda duduk tepi, jadi aku pass kat dia je untuk bacakan soalan aku.
Aku tanya 2 soalan [via Ayda].
Yang pertama tentang training.

Maybe ada yang tak tahu, dalam Good Manufacturing Practice, setiap business yang involve food preparation atau food processing atau food packaging atau food storage atau transportation, yang ada pekerja, the business owner kena provide training to the staff supaya pengurusan follow guidelines GMP.
Salah satu clause tentang training ni dinyatakan bahawa training programmes should be ROUTINELY REVIEWED AND UPDATED, where necessary.
Maknanya, selain kena ada budget untuk buat marketing, establishments mesti ada budget untuk buat training for staffs.
Kalau takde siapa yang competent boleh bagi training, that's when kena outsource trainer luar.

So, salah satu question aku untuk clause ni adalah "Setiap kali selepas training mesti ada assessment untuk tahu kefahaman audience terhadap training. Adakah assessment itu mesti follow standard tertentu dari Jabatan Standard Malaysia atau assessment dibuat bergantung pada keperluan establishment?".

Lega betul rasanya bila panel bagitau trainers ada full control untuk assessment.
Bukan apa, sebab aku trak berapa suka sangat audience aku nanti menjawab soalan macam kertas exam.
Especially bila audience kita adalah dari kalangan orang-orang yang dah bekerja, mana dorang minat nak jawab-jawab soalan ni semua.
Aku lebih prefer assessment tu nanti datang dalam bentuk role play, group project, design flowchart, etc.

Overall this draft sangat-sangat bagus untuk orang industry especially in food business.
Boleh ke sini, baca dulu first draft 38 pages, pastu kalau ada apa-apa soalan atau cadangan, boleh hantarkan.
Sementara belum publish ni, bolehlah nak hantar cadangan ke apa ke, kalau dah publish esok, kau kena adhere je dengan garis panduan.

Bila aku ingat-ingat balik kan, topik Food Safety ni semua aku pernah belajar dah dulu.
Dan inilah topik yang paling aku mengantuk sekali.
Nak menghabiskan 1 masa, boleh rabak mulut aku menguap.
Kalau 2 masa, rasa nak nangis.
Topik Food Safety bagi aku sangat dry, lebih kepada pengurusan yang bagi aku benda ni common sense kot.
Apa yang susah sangat sampai nak kena blaja?
Now tak sangka aku akan kembali carry this topik dan sesungguhnya Food Safety sangatlah penting and demand dia sangat tinggi now sebab benda makan memang takkan habis.
Manusia takkan habis makan.
Jadi, food safety adalah topik yang sentiasa kena di-revised.
Nak-nak lagi musim Covid-19 macam ni, segala handling and processing semua terpaksa diubah.
Jangankan kata food production, kita nak beli makanan pun dah ada new SOP now.
Salah SOP, boleh mati. Tak mati sebab foodborne illness, mati sebab Covid-19.
Tapi takpe, insyallah aku akan tinggikan pitching aku bila mengajar esok, biar semua tak mengantuk dan terus takleh tido sampai malam.

Lepas tu apa tuan-tuan?
Lepas tu makan le apa lagi.
Dah semakin maju dah menu seminar-seminar macam ni.
Aku dah tak jumpa karipap and kuih seri muka time morning braek.
Masa aku kerja kat MOSTI dulu, dua benda ni wajib ada.
Semalam morning break mee goreng, chicken drummets, chicken sandwich, tuna sandwich, chocolate muffin.
Kopi and teh tak main la cokia macam dulu.
Kopi dia siap ada pilihan cappucino, espresson, and 2-3 jenis lagi pilihan kopi [aku tak minum kopi].
Teh dia english breakfast, chamomile, earl grey, peppermint, siap ada hirisan lemon lagi.
Ini sudah bagussss. Memang payah nak mengantuk kalau makanan sedap gini.
Lunch pun not bad siap dengan kuih and dessert.
Well organized, alhamdulillah.

Aku tak tau pun talk semalam siap ada makan sekali.
Beria aku dah plan nak makan kat Mitsui, rupanya ada makanan.
Tetapi itu tidak merencatkan plan nak ke Mitsui ya, lepas habis meeting tetapppppp ke Mitsui.

Yang sebelah Ayda ni orang kuat Chatime [QA/QC], sama-sama join the talk semalam.

Mitsui pun dah maju rupanya.
Patutlah asal aku lalu depan Mitsui aku pelik apesal penuh je parking kat Mitsui ni, korang cari apa dalam ni?
Sebab aku pernah masuk sekali sini, that was tahun 2015.
Masa tu tak banyak kedai kot, kedai makan pun takde sangat, punyalah boring.
Tak faham kenapa ada orang nak datang sini.
Eh rupanya boleh tahan juga, cuma fast food tak banyak, ada Kenny Rogers je.
And dalam ni kan semua barang branded jadi tidaklah menjadi tempat tumpuan melepak.
Kau datang sini untuk beli barang then balik.
Pastikan datang sini bawak duit lah, kalau tak kau stress nanti sebab barang boleh tahan best tapi tak bawak duit, memang sakit hati.

Semalam lepak DOME je.
Dah lama sangat aku tak masuk DOME.
Last aku masuk DOME kat KLCC nun, zaman free hair lagi.
Rupanya DOME pun dah update new menu. Kek dia pun best-best.

Semalam pekena carrot cake, chocolate cake [serius sedap!], chicken pie and chicken pizza.
Gitu haaa dia punya minum petang, tekak taknak kalah kauu.
Pizza dia sedap, very cruncy. Ala-ala piza Domino thin crust tetapi dengan ambience yang lebih class sambil tengok kapal terbang mendarat. Ahgitew.

Kali pertama aku masuk DOME tahun 2000, masa ni baru habis blaja, dah kerja di MOSTI, belum kawen.
Ada get-together dengan budak-budak chatroom ALAMAK.
Maklumlah sebelum ni mana pernah terlepas kandang pi gathering gini, sekali dapat peluang, hah kauuu.
Feeling orang have-have gitu makan kat DOME padahal gaji RM1200 je. Henfon pun tak mampu beli. Kahkahkah.
Nak order pun tak reti masa ni. 
Aku tunggu je orang sebelah order dulu.
Nak menyebut nama makanan pun terkial-kial. 
Penyudahnya aku order oren juice je. Play safe. Biar tak nampak bengap sangat. Mbhahahaha.
OMG  the good old days. Ntah hape la yang aku pikir zaman ni.


Seorang Diana kalau dapat peluang bercakap memang tak cukup guna mulut, tangan kena naik sekali.
Kalau boleh pakai kaki, agaknya dengan kaki sekali naik.

By the way, hari tu ada yang tanya kat page XZIZ Biotech, takde ke nak buat training bersekali dengan suntikan typhoid.
Memang ada plan, tapi kita nak buat selepas Retort Training selesai 28-29 September ni.
Kalau ada sesiapa berminat nak join Food Handling Training + suntikan typhoid sekali [best price, kalau pi sendiri ke klinik mahal] + certificate food handling, please isi form di bawah, nanti team aku akan whatsapp korang. Isi dulu form ni :

1. Nama :
2. Email
3. Phone :
4. Product/Service/Business :

2020-09-11

Pahala yang kejar dia



Ini post IGS aku 2 hari lepas.
Berjujuk DM aku terima lepas aku tulis post ni.
Kebanyakkannya tanya "Kes apa Kak Di?"
Takde apa, ini hanya general statement saja.
Actually ada hal yang buatkan aku teringin nak tulis pasal tu, takpe, yang ni di hujung entry nanti aku akan bagitau apa puncanya.
Yang pasti, bukan tentang aku. Aku alhamdulillah aman-aman saja.

Aku tak anggap diri aku public figure, cuma bila kau dikenali, kau sebenarnya invite more enemy tanpa kau sedar.
Ramai sebenarnya rakan-rakan blogger yang masih lagi membaca tulisan-tulisan aku.
Sampaikan aku dah terlupa dorang ni pernah ada blog.
Now dorang dah tak berblogging lagi.
Bila aku tanya why, dorang cakap "Give up".
Kebanyakkannya dah malas nak berurusan dengan online criticisms.
Betapa gigihnya orang mengkondem, kan?
Agaknya kalau kegigihan yang sama digunakan untuk cari duit, dah bertaraf multi-millionnaire dah.
Malangnya, aku yakin tak. Silap-silap akaun ASB pun tak capai max saving lagi.

Aku berblogging sejak 2006, takdelah lama mana, baru je lagi.
Waktu aku start blogging, blog belum jadi medium yang hebat.
Masa tu orang masih seronok main MySpace and Friendster [mana pegi menatang ni?].
That's why zaman aku berblogging awal-awal dulu mana ada advertisement segala.
Kecam-mengecam pun belum ada sangat waktu ni.
Tapi bloggers pada waktu itu ada crowdnya yang tersendiri. Tak ramai tapi ada.
Sempatlah aku hang out dengan 2-3 orang blogger otai [yang sekarang semua blognya dah berkubur].
Masa tu pi mana-mana pun aman-aman je, takde orang kenal.

Looking back, lebih sedekad yang lalu, kalau kita nak share penulisan kita dengan public, kita perlu manfaatkan media cetak.
Aku rajin hantar tulisan aku kat newspaper and magazine.
Kat paper pernah keluar sekali ruangan aduan.
That was 15-16 tahun lepas kot, aku hantar aduan pasal kucing-kucing kat kedai makan [kahkahkah].
Then ada 2-3 kali tulisan aku keluar kat majalah.
Bukan tulisan cerpen, tapi pantun yang aku cipta [saja asah skill berpantun zaman skolah].

Nak keluarkan tulisan untuk bacaan public bukannya senang, ada gatekeepers yang filter tulisan to the public.
But today, kita ada akses yang tak terkira banyaknya kepada berbilion orang di seluruh dunia.
All you need is a laptop with Wi-Fi.
However, this opportunity comes at a cost.
Tulisan kita dapat diakses oleh ramai orang dari pelbagai latar belakang, dengan pendapat yang berbeza.

Masalahnya, bila pandangan kita berbeza dengan orang lain, inilah salah satu punca kenapa public figure ramai 'musuh'.
When you write a topic people care about and have different opinions on, sinilah punca segala bentuk hatred.
Itu tahan lagi, sebab pandangan manusia memang berbeza.
Yang teruk kalau kita tak buat apa pun, tapi tetap mengundang haters.
Contohnya, kau sangat successful. Atau sangat kaya. Atau life kau sangat best.
Sampai kau pun tak faham dah kenapa apa yang aku buat semua kena kritik?
Ok, kalau dah sampai ke tahap ni, asal apa kau buat semuanya tak kena di mata dia, jangan pilih untuk giveup, tapi pilihlah untuk buat dek.
Give them some entertainment, because clearly that's where they find their happiness.
It's YOU. YOU are their happiness.

Tak semua yang ada pandangan berbeza dengan kita adalah haters, some of them adalah critics [but most of them are haters].
Kita boleh membezakan antara haters dan critics.
Dari komen dorang kita boleh nampak samada they hate you or they just disagree with your opinion.
Jangan terlalu cepat meloncat bila orang lain ada pandangan berbeza, but of course pandangan itu mestilah disampaikan dengan cara yang berhemah.
Because kalau cara penyampaian tak beradab, apa yang disampaikan akan diterjemahkan dengan maksud yang salah juga.
Hakikatnya, actual haters don't hate you, they hate themselves.
Lansung takde kena-mengena dengan kau pun, so kenapa kau yang nak kena give up?

Berani cakap belakang adalah tabiat lama.
Dari sebelum wujud komputer lagi memang orang kita suka cakap belakang-belakang, tak berani nak cakap depan-depan.
Macam tu lah juga dengan dunia cyber.
Kebanyakkannya berani mengutuk, mengkondem, menghina, sebab masing-masing ada di sebalik screen.
Screen komputer ni ada 'kuasa' menjadikan manusia bercakap [menulis] apa yang dorang suka and do things they would never do to a real live person.
Cuba suruh cakap depan-depan, takde maknanya dorang berani.
Ada yang jenis lagi tak berani, pi buat close group untuk kutuk orang beramai-ramai dalam tu.
Pandai pulak buat closed group, takut kena saman kekdahnya. Ini lagi hampeh.
Aku berani jamin kebanyakkan negative feedback ni takkan wujud kalau kau face-to-face dengan dorang.

Inilah yang aku cakap dalam post aku yang lepas, pasal Neelofa tu.
Ramai orang teringin nak jadi terkenal, nak ke mana-mana dapat perhatian, tapi tak ramai sanggup berdepan dengan kritikan dan hencapan public.
Yang kita nampak semua yang indah-indah je tapi di sebalik yang indah tu ada airmata si public figure menanggung.
Sebab itu, jangan mudah sangat mengutuk, sikit-sikit nak cari salah.
Kalau tempat dia tu dapat kat kita, silap-silap mati bunuh diri sebab tak tahan dengan cemuhan orang.

Inilah harga yang perlu dibayar bila menjadi orang yang dikenali.
Takde apa yang free dalam dunia ni, semua berbayar.
Nak famous, harganya adalah bersedialah setiap langkah kau orang perhatikan.
Orang tunggu masa nak hentam je.
Itu lumrah menjadi orang yang dikenali, nak tak nak kewujudan kau mencetuskan kegelisahan kepada orang-orang yang insecure.
Bila dorang dah start gelisah tak senang duduk, dorang akan pastikan kau pun tak senang duduk sama.
Jadi, terpulanglah pada kau nak "duduk sama" dengan dorang ke tak. 
Nak ke duduk sekali?
Kalau taknak, then buat dek. Jalan terus.

Satu benda aku nak cakap ya.
Orang-orang yang dikenali ramai ni, ada kelebihannya.
Satu kali dia buat baik dan perkara baik tu jadi ikutan, jariah pahalanya berpanjangan.
Dalam hadis dah cakap kalau buat sesuatu yang baik yang menjadi ikutan, akan dapat pahala yang sama tanpa dikurangkan sedikit pun.
Some public figure, orang nak mintak sumbangan masjid ke, nak mintak sumbangan wakaf ke, sampai collaborate dengan dorang tau.
Dorang boleh jadi endorser untuk program wakaf.
Tu makananya apa?
Maknanya, pahala berlari mencari dorang. 
Yang kau? Berebut cari dosa. Taunya nak mengutuk tak sudah-sudah.

Punca aku menulis IGS tu pasal ni lah, tapi ini aku baru ada kelapangan nak menulis.
Tapi tulis kat LinkedIn. Kat LinkedIn kurang sikit respondnya, jadi tak payah aku nak eloborate panjang.

Ini bukanlah kawan rapat, tapi kawanlah jugak, aku kenal.
Kesian juga bila ada yang mengutuk dia.
Biasalahkan bila kau jadi motivator, kau help motivate and change people's life.
Alih-alih bila kau sendiri gagal mempertahankan rumahtangga sendiri, memang mengundang kecaman.
Ramai yang tunggu nak bash kau waktu ni.
Masa kau berjaya dengan kerjaya, tak ramai yang cherish.
Tapi bila kau gagal, eh rupanya ramai "followers".
Bukan main berjemaah lagi mengutuk.

Dari musibah dia, aku belajar bahawa menjadi orang yang dikenali, menjadi orang yang berjaya, menjadi orang yang hebat - tak datang dengan senang.
Bukan saja proses nak menjadi hebat tu saja yang berliku, tapi setelah jadi hebat lebih banyak lagi ujiannya.
Tapi memandangkan itu jalan yang dah dipilih, maka itulah yang terpaksa dilalui.
Kerana di dalam rahim ibu, kita dah berjanji dengan Allah bahawa kita sanggup.
Maka buatlah dengan Lillahitaala, mudah-mudahan walau ujian datang hebat, kita dapat lalui dengan tenang.

By the way, a little shout-out tentang GREENAARD dah berada di Farmasi Living Health :




2020-09-09

Itulah bezanya influencer dengan tak.

Ya, ini IGS aku semalam.
Terpandangkan ada orang share artikel ni.
Macam biasalah, benda-benda positive macam ni bukan semua orang berlapang dada untuk terima.
Ada aje yang nak kondem.

"Pakai stokin baru 2 hari dah kecoh, aku pakai stokin lebih 20 tahun dah"

"Apa yang peliknya pakai stokin? Dah memang aurat yang kena ditutup"

"Pakai stokin tapi tabarruj"


Ya, aku tau kau lebih awal pakai tudung, lebih awal pakai stokin, lebih awal pakai pakaian syari'i.
Dan kau juga lebih baik dari dia.
Tapi, nak tunjuk itulah bezanya antara influencer dengan tak.
Influencer ni kalau makan biskut lutut cecah teh O bodo pun besok biskut tu boleh sold out satu Malaysia.
Bukan macam kau, gigih tayang melepak kat restoran langit ketujuh pun takde sape nak ambik tahu.

Orang macam Neelofa ni dan public figure yang lain, ke mana dia pergi, apa dia buat, apa dia pakai, memang akan jadi perhatian sebab mereka ni ada crowd yang besar.
Crowd nak tengok dia, jadi tak hairanlah kalau segala apa yang dia buat akan jadi perhatian.
Yang kau tak payahlah bitter sangat.
Kalau meluat, jangan tengok, jangan baca.
Ni tak, meluat tapi baca. Meluat, tapi hadap.
Otak mana otak?

Kadang aku pelik, why some people can be so bitter and resentful of other people’s successes?
Neelofa ni ramai yang tak suka sebab dia too success.
Dia seolah-olah ada segalanya.
Tapi hakikatnya kita tak nampak apa yang dia lalui di belakang yang dia tak tunjuk.
Contohnya macam sekarang ni, pakai stokin pun ada yang kecam.
Kau ada pakai stokin orang kecam? Tak, kan?
Aman-aman je hidup kau, pakai stokin ke tak pakai ke, takde orang kisah.
Tapi dia, hal stokin pun buatkan macam-macam orang kata ke dia.
Jadi, belajarlah berlapang dada. Setidak-tidaknya bersyukurlah hidup kau aman dari diperhatikan 24 jam.

Allah tak pernah bagi semua orang ada segalanya. Never.
Kalau Allah bagi semua orang ada segalanya, maka tidak ada sifat keadilan Allah di situ.
Hakikatnya, di sebalik "segalanya" yang kita nampak dengan mata kasar, ada airmata yang kita tak nampak.
Sometimes, orang yang kita nampak ada "segalanya", bukannya takde masalah, tetapi dorang memilih untuk fokus pada apa yang mereka ada berbanding apa yang dorang tak ada.
Apa yang dorang ada tu dorang make full use, and because of that, nikmat Allah bertambah padanya.
Yang kita ni asyik fokus pada apa yang orang lain ada, tu pasal hidup kita gitu-gitu je.
Masalah tak pernah selesai-selesai sebab kita pilih untuk pandang nikmat orang sampai lupa nak syukuri apa yang kita ada.
Entah-entah nikmat kita jauh lebih besar, tinggal lagi kita tak pandai guna.

Pernah tak dengar quote "If you can't beat them, join them"?
Not necessary kena berkawan rapat dengan mereka, setidak-tidaknya support.
Kalau tak boleh support, at least tak payahlah tunjuk kau punya busuk hati tu.
Jangan halang orang nak berjaya, jangan halang orang nak maju, jangan halang orang nak buat baik.
Please be happy for other people, your time will come.

By the way, tak semua benda kita mampu buat sorang.
Ada perkara yang Allah tak bagi kita buat, Allah bagi orang lain buat.
Ingat nak jadi influencer ni senang ke hisab dia esok?
Kalau benda baik yang dia buat jadi ikutan, alhamdulillah pahala jariah berpanjangan, termasuklah kita yang support ni pun akan dapat saham sikit.
Tapi kalau benda buruk yang dia buat dan jadi ikutan, dosa jariah pun berpanjangan.
Jadi, toksah rasa sakit hati sangat bila orang lain dapat perhatian, anggap saja Allah nak mudahkan hisab kita esok.

Aku terfikir, orang-orang yang always bitter dengan kelebihan orang lain ni, hidup dia teruk sangat ke?
Atau adakah dorang ni tak pernah rasa susah sampaikan nak hidup ada segalanya 24 jam?
Atau dorang tak pernah rasa kalah, always menang, tu pasal payah sangat nak terima ada yang lebih bagus dari dorang?

Kalaulah apa yang aku sangka ini betul, maka now aku ada reason yang lebih banyak untuk mensyukuri life aku.
Sebab aku dah terbiasa dari kecil orang ejek basikal aku buruk, baju aku buruk, kulit aku hitam.
Baju aku tak pernah pebih cantik dari orang lain walau macamana cantik pun baju tu pada pandangan aku.
Kalau pi beraya dengan sesiapa pun, baju yang aku sangka dah cukup cantik tu rupanya paling tak cantik antara semua.
Aku pernah dihina depan-depan muka sebab aku datang beraya rumah kawan dengan baju buruk.
Sampai mati aku takkan lupa ayat dia "Apa ni baju buruk?"
Depan-depan semua orang dia hina aku.
Tipulah kalau waktu tu aku tak sedih.
Sampai sekarang kalau ingat-ingat balik apa yang orang buat aku, memang sedih.
Tapi macam yang aku cakap tadi, apa yang Allah beri, semuanya ada sebab.
Jadi aku anggap itu cara Allah ajar aku untuk berlapang dada, belajar sabar, supaya satu hari nanti bila ada orang yang lebih bagus dari aku, aku tak dengki dan sakit hati.
Sekurang-kurangnya itu dah menyelamatkan aku dari merana dek busuk hati sendiri.

Jangan tak tahu, kita ni sebenarnya bukan susah kerana tak pandai, atau tak kaya, atau tak cantik, atau tak beruntung macam orang lain. Tak.
Kita susah kerana kita merana dalam diam dek hati sendiri yang busuk.
Selalu berdengki, sangka buruk, sakit hati dengan orang lain.
Itu yang buatkan kita terasa life kita tak beruntung macam orang lain.
Yang sebenarnya life kita ok-ok je, tapi dek kerana busuk hati sendiri, hidup terasa susah sangat.

Memang bukan satu hal yang senang untuk diterima bila tengok kawan sekerja naik pangkat, ada orang berumah besar, kawan FB berjaya dengan bisnesnya - benda-benda ni buatkan kita tertekan dan sakit hati — and part of you would really like to see them fail.
Kita terasa mereka tak layak dapat semua tu.
Kita yakin kita jauh lebih hebat.
Kita menyampah setiap kali nampak atau dengar orang bercakap bagus tentang orang lain.
Terasa tak sabar nak tengok dorang jatuh.

Kalau kita ada perasaan begini, itu menggambarkan betapa rendahnya nilai diri kita.
Betapa kita sebenarnya dah tertinggal belakang.
Betapa kita sebenarnya memang belum bagus.
No, ini bukan menjatuhkan semangat, tetapi ini sebenarnya peluang untuk jadi lebih baik.
Check and balance datang dalam pelbagai bentuk.
Tak semestinya tunggu ada orang tegur baru kita nampak yang kita belum bagus.
Kadang-kadang Allah tunjukkan perbandingan dengan cara berbeza.

Contohnya macam berita Neelofa ni, kenapa dalam banyak-banyak berita, berita tu terkesan pada kita?
Kenapa dalam banyak-banyak hal, isu stokin buat kita panas hati?
Pasti ada perkara yang Allah nak kita reflect.
Tahu tak, bila kita merenung diri dan muhasabah kesilapan diri, itu adalah pahala?
Allah suruh kita berfikir dan merenung diri sebab nak bagi pahala mudah, malangnya kita gunakan kesempatan tu untuk tambah dosa dan tambahkan sakit hati sendiri. 
Macamanalah tak merana hidup tu.
Hidup kita semua ni sebenarnya tidaklah sesenang mana, jadi janganlah tambah penyakit menambahkan susah.
Cubalah aman-amankan hati tu.

By the way, today ada 9-9 Sale.
Ada 2 option kat sini, refer gambar bawah.


[sorry, takde borang tempahan, tiba-tiba malas buat]

Siapa yang takde akaun atau point tak cukup, boleh ambik option ke-2.
Yang ada point tu, boleh ambil option 1.

9-9 SALE HANYA VALID DI WHATSAPP SAHAJA, KAT WEBSITE TAKDE.


2020-09-07

GreenAard di Living Health Pharmacy



Gambar seorang Diana di depan Farmasi Living Health.
Alhamdulillah, selepas product presentation di farmasi ni bulan lepas, pihak farmasi berminat dan bersetuju untuk beli GreenAard.
Ini bukan tumpang letak barang ya, tetapi memang pihak farmasi beli. 

Yang specialnya, di farmasi ni, mereka ada full set of pharmacist and dietitian dan mereka-mereka yang pakar tentang uabt-ubatan.
Jadi, they know what they sell.
Selain dari itu, dorang juga ada provide test seperti Complete Lipid Profile untuk check Total Cholesterol.
Jadi, sesiapa yang ada tanda-tanda kolesterol tinggi dan berminat nak cuba Nutrijuice, korang ada pilihan untuk ke farmasi ni untuk buat test.
Kita ada pakej Cholesterol check and Nutrijuice sekali.
Ini antara impian aku.
Aku always membayangkan one day GreenAard a wide range of health product dan boleh provide pakej macam ni.
Takpe, kita start dengan collaboration dulu.
Oh by the way, owner of this farmasi adalah seorang pharmacist juga, bukan some random business person, jadi this farmasi is real.

Semua produk GreenAard ada di sini, kecuali Bio-Cellulose Mask and Herba Rahsia Rimba.
Harga sama je macam beli dengan HQ, cuma kelebihannya untuk orang-orang yang berhampiran boleh dapatkan produk GreenAard dengan cepat.
Di samping tu hanya di sana saja kita ada Pakej untuk check cholesterol dan beli Nutrijuice sekali.
Kebanyakkan yang beli nak beli Nutrijuice ada tanda-tanda high cholesterol tapi bila aku suruh pi buat test dulu, ramai yang taknak, nak beli terus Nutrijuice.
So bila kita wujudkan pakej ni di Living Health, this is a good opportunity untuk korang buat quick test.
Harapnya lepas ni ada banyak lagi peluang GreenAard collaborate dengan farmasi-farmasi lain, insyallah.
Aku memang looking forward benda-benda macam ni.
Memang passion sangat-sangat bab kalau bab DNA, food and health products.

Farmasi Living Health ni ada satu lagi cawangan di Kajang.
Buat masa sekarang hanya cawangan Ecohill saja ada produk GreenAard.


Balik dari farmasi dah alang-alang lalu depan IOI City Mall takkan nak bagi tabik hormat je kot, harus ke dalam mengukur keluasan tanah.
Sebenarnya tekak aku teringin nak makan Dolly Dimsum.
Aku sebenarnya tak pernah teringin nak masuk Dolly Dimsum sebelum ni, tak tau pun apa kenikmatannya dalam tu.
First time masuk masa gathering geng-geng Dusty Pink Tits hari tu, terus terjebak takleh move on.
Sehingga ke hari ni aku dah lost count berapa kali aku makan sini.
Dengan En Wan sekali dah naik suka dengan Dolly Dimsum.
Ini tengah menaip ni pun ada terasa macam nak pi lagi.
Padahal kalau nak ikutkan makanan dia itu-itu je, tak banyak pilihan pun.
Tapi sedap-sedap.
Aku belum rasa semua makanan, tapi hampir kesemua dah rasa.

Suka aku bila En Wan dah terjebak, senang aku nak ajak datang lagi next time.
Jarang makanan yang aku suka kena kat tekak dia. 
Ni kali dia pun suka, alhamdulillah sangat-sangat. 


Dah lama aku tak review soalan-soalan yang aku dapat tentang GreenAard.
Actually ini bukan testimoni, tapi highlite tentang keperluan mengambil GC Plus.
Rasanya ramai yang keliru dengan body weight and body fat.
Kebanyakkan kita 'taksub' dengan angka pada penimbang.
Bila badan turun naik sikit dah gelabah.

Jangan gelabah dulu, sebab kalau berat badan naik 1-2kg dalam tempoh 1-2 hari, most likely itu adalah berat air, bukan lemak.
Nak naikkan lemak sebanyak 1-2kg memerlukan kita makan 10,000 kalori sehari, dan ini sangat impossible untuk dibuat.
Jadi, jangan panik dengan angka kat penimbang.
Berat badan kita ni consists of air, tulang, lemak and otot.
Belum tentu lagi lemak yang banyak, entah-entah air.

Ada sorang blog reader aku bagitau badan dia tak overweight pun tapi pinggang dia more than 32 inci.
32 inci untuk women is a NO, ya.
Kalau pinggang lebih dari 32 inci, itu petanda visceral fat tinggi.
Kadang-kadang badan kita nampak macam ideal weight, hakikatnya at some part of the body ada flabby skin here and there.
Inilah yang dinamakan skinny fat. Kurus tetapi banyak lemak.
Rupanya otot mengecut, bukan lemak yang mengecil.
That's why penting untuk check body fat. As long as body fat dalam range yang normal, angak pada skala tak penting.
Toksah aim terlampau kurus sangat, lainlah kalau kita model. Itu memang keperluan.
Ini karang kurus tak tentu hala tau-tau menopos awal.

Buat masa ni, di Farmsi Living Health belum ada mesin untuk test body fat, insyallah soon katanya.
Tapi, worry not.
Body fat ada kaitan dengan trigliserida [salah satu komponen dalam kolesterol].
Kalau trigliserida tinggi, boleh jadi itu punca kenapa berat badan susah turun.
Jadi, kalau korang ke Living Health Farmasi, boleh buat complete lipid profile test.
Kalau trigliserida tinggi, boleh beli terus Nutrijuice and GC Plus, insyallah.

Nah ni cuci telinga jap dengar suara aku :