Pages

2020-09-19

Kerja dulu, sembang kemudian.


Pagi-pagi tadi lepas Subuh aku lepak scroll-scroll LinkedIn and saw this :

Bila baca pengalaman mereka-mereka kat atas ni mencari kerja, terasa betapa bertuahnya aku.
Ada orang [mereka] lebih susah mencari kerja, terpaksa ketuk-ketuk pintu ofis orang untuk tanya kerja kosong, terpaksa grab apa je kerja yang some of kita tak pandang pun.
Alhamdulillah, aku tak ada pengalaman mencari kerja sesusah ni, mungkin bahagian aku adalah perjalanan kerjaya aku untuk sampai ke tempat sekarang.
Ada orang, bahagiannya adalah struggle mencari kerja, ada orang bahagiannya liku-liku membina kerjaya.
Aku rasa aku yang kedua.

Bila ingat-ingat balik, sejak habis belajar, aku mudah dapat panggilan kerja.
Kiranya struggle mencari kerja tu hampir tak ada tetapi struggle di tempat kerja, ada.
Mostly struggle mencari sales. Maybe inilah satu-satunya 'kepayahan' aku dalam bab kerja.
Walau aku tak merasa ketuk pintu ofis cari kerja kosong, tapi aku merasa ketuk dari satu pintu lab ke satu pintu lab untuk promote barang makmal.
Kena pandang lekeh tu biasa dah, dah lali.
Kerja jual barang katakan, yang kat dalam makmal tu semua bakal Professor gamaknya, tu yang pandang muka aku macam nak taknak je.
Jadi, struggle membina kerjaya tu aku ada pengalaman.

Again, mereka-mereka yang aku screenshot ni semua bukan calang-calang orang dah now.
Kau nak kenal orang yang hebat-hebat, try la lepak LinkedIn, very inspiring.
To them, hardwork and hardship is nothing. Everyone is empowering each other.
Menawhile, di suatu sudut di dalam Facebook..... 

.......tak habis-habis mengeluh pasal gaji.
Kerja tak lagi, dah sembang haruk pasal gaji.
Kau kerja dulu pastu tengok boleh pergi ke tak.
Silap-silap diploma tu kalau bernyawa pun dia malu dengan performance kau.

Aku rasa kebanyakkan dari kita tak dapat kerja yang sepadan dengan course yang kita ambil, betul tak?
However, apa yang kita belajar dapat kita apply dalam pekerjaan kita.
Macam aku, dulu aku ingatkan kerja aku wajib dalam lab.
Ye lah, biotech grad nak kerja kat mana lagi, haruslah dalam lab.
Tapi pekerjaan pertama aku as RA di Kementerian Sains. Mana ada lab pun dalam ni.
Rupanya aku sebagai RA yang membantu memilih proposal-proposal yang layak untuk dibawa ke meja perbincangan.
Semua proposal tu adalah dari bidang biotech research.
Walau aku tak masuk lab, tapi ilmu aku dalam bidang tu membantu.

Masa kerja Medical Underwriter pun, aku tak pernah tau kerjaya macam ni wujud.
Like, apa bendanya Medical Underwriter ni?
Lepas masuk kerja baru aku tau memang post ni perlukan orang yang ada background medic atau bio-medic sebab kau akan meluluskan proposal orang.
Kalau orang tu ada darah tinggi, kencing manis, obesity - semua ini kau belajar masa kat U dulu - walaupun tak jadi dokter tapi ilmu kau tu diperlukan untuk decide samada polisi insuran tu boleh diluluskan atau tak.
Nampak macam takde kaitan pun dengan course yang aku belajar dulu, tapi sebenarnya ada.

Pernah ada satu kes tu, orang ni nak apply insurans.
Dalam proposal semua clean, takde admission, takde medical history, segalanya tip top.
Lepas beberapa bulan polisi lulus, agen datang nak buat claim.
Tengok medical report, patient ada lump kat breast.
Apa kau ingat senang-senang nak claim gitu?
Dari size lump kau tu kita boleh tahu kau dah ada lump sebelum kau mohon polisi lagi.
Macamana kita boleh tahu? Sebab kita belajar semua ni dulu, kita tahu pada cycle bila lump ni boleh membesar.
Takde maknanya after a few months lump kau boleh sebesar tu, mesti sebelum kau mohon polisi lagi kau dah tau kewujudan lump ni.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, jangan ingat kita ambik engine maka kita wajib jadi engineer, belum tentu lagi.
Adakalanya, a small portion of apa yang kita belajar dululah yang menjadi asbab kerjaya kita sekarang.
Kerjaya in sales & marketing pun macam tu juga.
Sekali pandang, semua orang boleh kerja jual barang. Tak payah blaja tinggi pun takpe, janji pandai cakap.
BELUM TENTU LAGI.
Setakat pandai menceceh tapi merepek, nak buat apa.
Kau nak jual barang teknikal kena ada ilmu.
Supaya kalau kena soal dengan Profesor nanti takdelah nampak bengap sangat.

Dulu aku pun segan jadi sales ni.
Rasa macam sia-sia je score, akhirnya kerja jual barang.
Bila aku dah berada dalam line tu, baru aku tau ilmu aku belajar dulu sangat berguna.
Sebab bila kita ada ilmu, kita boleh pergi lebih jauh.
Bukan setakat promote barang makmal, tapi aku boleh organize workshop untuk mengajar orang extract DNA, sintesis oligo, buat halal analysis.
Maknanya dengan ilmu yang kita belajar tu kita boleh create ruang untuk grow, tak semestinya kena buat benda tu je sampai mati.

Sebab itulah jangan kecilkan scope pekerjaan kita.
Tak payahlah nak sembang pasal gaji sangat.
Kau kerja dulu, tengok boleh lepas probation ke tak.
Lepas tu kita sembang balik.