Pages

2020-09-09

Itulah bezanya influencer dengan tak.

Ya, ini IGS aku semalam.
Terpandangkan ada orang share artikel ni.
Macam biasalah, benda-benda positive macam ni bukan semua orang berlapang dada untuk terima.
Ada aje yang nak kondem.

"Pakai stokin baru 2 hari dah kecoh, aku pakai stokin lebih 20 tahun dah"

"Apa yang peliknya pakai stokin? Dah memang aurat yang kena ditutup"

"Pakai stokin tapi tabarruj"


Ya, aku tau kau lebih awal pakai tudung, lebih awal pakai stokin, lebih awal pakai pakaian syari'i.
Dan kau juga lebih baik dari dia.
Tapi, nak tunjuk itulah bezanya antara influencer dengan tak.
Influencer ni kalau makan biskut lutut cecah teh O bodo pun besok biskut tu boleh sold out satu Malaysia.
Bukan macam kau, gigih tayang melepak kat restoran langit ketujuh pun takde sape nak ambik tahu.

Orang macam Neelofa ni dan public figure yang lain, ke mana dia pergi, apa dia buat, apa dia pakai, memang akan jadi perhatian sebab mereka ni ada crowd yang besar.
Crowd nak tengok dia, jadi tak hairanlah kalau segala apa yang dia buat akan jadi perhatian.
Yang kau tak payahlah bitter sangat.
Kalau meluat, jangan tengok, jangan baca.
Ni tak, meluat tapi baca. Meluat, tapi hadap.
Otak mana otak?

Kadang aku pelik, why some people can be so bitter and resentful of other people’s successes?
Neelofa ni ramai yang tak suka sebab dia too success.
Dia seolah-olah ada segalanya.
Tapi hakikatnya kita tak nampak apa yang dia lalui di belakang yang dia tak tunjuk.
Contohnya macam sekarang ni, pakai stokin pun ada yang kecam.
Kau ada pakai stokin orang kecam? Tak, kan?
Aman-aman je hidup kau, pakai stokin ke tak pakai ke, takde orang kisah.
Tapi dia, hal stokin pun buatkan macam-macam orang kata ke dia.
Jadi, belajarlah berlapang dada. Setidak-tidaknya bersyukurlah hidup kau aman dari diperhatikan 24 jam.

Allah tak pernah bagi semua orang ada segalanya. Never.
Kalau Allah bagi semua orang ada segalanya, maka tidak ada sifat keadilan Allah di situ.
Hakikatnya, di sebalik "segalanya" yang kita nampak dengan mata kasar, ada airmata yang kita tak nampak.
Sometimes, orang yang kita nampak ada "segalanya", bukannya takde masalah, tetapi dorang memilih untuk fokus pada apa yang mereka ada berbanding apa yang dorang tak ada.
Apa yang dorang ada tu dorang make full use, and because of that, nikmat Allah bertambah padanya.
Yang kita ni asyik fokus pada apa yang orang lain ada, tu pasal hidup kita gitu-gitu je.
Masalah tak pernah selesai-selesai sebab kita pilih untuk pandang nikmat orang sampai lupa nak syukuri apa yang kita ada.
Entah-entah nikmat kita jauh lebih besar, tinggal lagi kita tak pandai guna.

Pernah tak dengar quote "If you can't beat them, join them"?
Not necessary kena berkawan rapat dengan mereka, setidak-tidaknya support.
Kalau tak boleh support, at least tak payahlah tunjuk kau punya busuk hati tu.
Jangan halang orang nak berjaya, jangan halang orang nak maju, jangan halang orang nak buat baik.
Please be happy for other people, your time will come.

By the way, tak semua benda kita mampu buat sorang.
Ada perkara yang Allah tak bagi kita buat, Allah bagi orang lain buat.
Ingat nak jadi influencer ni senang ke hisab dia esok?
Kalau benda baik yang dia buat jadi ikutan, alhamdulillah pahala jariah berpanjangan, termasuklah kita yang support ni pun akan dapat saham sikit.
Tapi kalau benda buruk yang dia buat dan jadi ikutan, dosa jariah pun berpanjangan.
Jadi, toksah rasa sakit hati sangat bila orang lain dapat perhatian, anggap saja Allah nak mudahkan hisab kita esok.

Aku terfikir, orang-orang yang always bitter dengan kelebihan orang lain ni, hidup dia teruk sangat ke?
Atau adakah dorang ni tak pernah rasa susah sampaikan nak hidup ada segalanya 24 jam?
Atau dorang tak pernah rasa kalah, always menang, tu pasal payah sangat nak terima ada yang lebih bagus dari dorang?

Kalaulah apa yang aku sangka ini betul, maka now aku ada reason yang lebih banyak untuk mensyukuri life aku.
Sebab aku dah terbiasa dari kecil orang ejek basikal aku buruk, baju aku buruk, kulit aku hitam.
Baju aku tak pernah pebih cantik dari orang lain walau macamana cantik pun baju tu pada pandangan aku.
Kalau pi beraya dengan sesiapa pun, baju yang aku sangka dah cukup cantik tu rupanya paling tak cantik antara semua.
Aku pernah dihina depan-depan muka sebab aku datang beraya rumah kawan dengan baju buruk.
Sampai mati aku takkan lupa ayat dia "Apa ni baju buruk?"
Depan-depan semua orang dia hina aku.
Tipulah kalau waktu tu aku tak sedih.
Sampai sekarang kalau ingat-ingat balik apa yang orang buat aku, memang sedih.
Tapi macam yang aku cakap tadi, apa yang Allah beri, semuanya ada sebab.
Jadi aku anggap itu cara Allah ajar aku untuk berlapang dada, belajar sabar, supaya satu hari nanti bila ada orang yang lebih bagus dari aku, aku tak dengki dan sakit hati.
Sekurang-kurangnya itu dah menyelamatkan aku dari merana dek busuk hati sendiri.

Jangan tak tahu, kita ni sebenarnya bukan susah kerana tak pandai, atau tak kaya, atau tak cantik, atau tak beruntung macam orang lain. Tak.
Kita susah kerana kita merana dalam diam dek hati sendiri yang busuk.
Selalu berdengki, sangka buruk, sakit hati dengan orang lain.
Itu yang buatkan kita terasa life kita tak beruntung macam orang lain.
Yang sebenarnya life kita ok-ok je, tapi dek kerana busuk hati sendiri, hidup terasa susah sangat.

Memang bukan satu hal yang senang untuk diterima bila tengok kawan sekerja naik pangkat, ada orang berumah besar, kawan FB berjaya dengan bisnesnya - benda-benda ni buatkan kita tertekan dan sakit hati — and part of you would really like to see them fail.
Kita terasa mereka tak layak dapat semua tu.
Kita yakin kita jauh lebih hebat.
Kita menyampah setiap kali nampak atau dengar orang bercakap bagus tentang orang lain.
Terasa tak sabar nak tengok dorang jatuh.

Kalau kita ada perasaan begini, itu menggambarkan betapa rendahnya nilai diri kita.
Betapa kita sebenarnya dah tertinggal belakang.
Betapa kita sebenarnya memang belum bagus.
No, ini bukan menjatuhkan semangat, tetapi ini sebenarnya peluang untuk jadi lebih baik.
Check and balance datang dalam pelbagai bentuk.
Tak semestinya tunggu ada orang tegur baru kita nampak yang kita belum bagus.
Kadang-kadang Allah tunjukkan perbandingan dengan cara berbeza.

Contohnya macam berita Neelofa ni, kenapa dalam banyak-banyak berita, berita tu terkesan pada kita?
Kenapa dalam banyak-banyak hal, isu stokin buat kita panas hati?
Pasti ada perkara yang Allah nak kita reflect.
Tahu tak, bila kita merenung diri dan muhasabah kesilapan diri, itu adalah pahala?
Allah suruh kita berfikir dan merenung diri sebab nak bagi pahala mudah, malangnya kita gunakan kesempatan tu untuk tambah dosa dan tambahkan sakit hati sendiri. 
Macamanalah tak merana hidup tu.
Hidup kita semua ni sebenarnya tidaklah sesenang mana, jadi janganlah tambah penyakit menambahkan susah.
Cubalah aman-amankan hati tu.

By the way, today ada 9-9 Sale.
Ada 2 option kat sini, refer gambar bawah.


[sorry, takde borang tempahan, tiba-tiba malas buat]

Siapa yang takde akaun atau point tak cukup, boleh ambik option ke-2.
Yang ada point tu, boleh ambil option 1.

9-9 SALE HANYA VALID DI WHATSAPP SAHAJA, KAT WEBSITE TAKDE.