Pages

2026-03-05

Medical Card: Medical card is the biggest scammer


Aku memang suka la everytime nampak post macam ni:

Bukan sebab kelakar. Tapi sebab statment tu biasanya datang daripada dua jenis orang.

Yang pertama, yang tak pernah ada medical card.
Yang kedua, yang tak pernah baca polisi tapi rasa paling faham.

Aku mulakan argument hari ini dengan realiti paling basic iaitu kos perubatan. 

Kos perubatan zaman ni bukan macam 20 tahun lepas. Dulu masuk hospital (private) maybe cukup bawak beberapa ribu. Sekarang? Surgery biasa pun boleh cecah lima angka. ICU sehari boleh sampai beribu ringgit. Cancer treatment jangan ceritalah. Boleh jadi ratus ribu. Ini realiti sebenar yang berlaku kat hospital seluruh Malaysia.

Antara banyak-banyak inflasi, inflasi perubatanlah yang paling tinggi daripada inflasi biasa. Kalau inflasi biasa around 2-3%, inflasi perubatan can hit 10-15% SETAHUN. So jangan terperanjat kalau medical card makin lama makin mahal. Kau tangguh ambil tahun ni, tahun depan harga caruman kau dah lain. Sebab kos ubat meningkat. Kos teknologi meningkat. Kos kepakaran meningkat.

Hospital bukan badan kebajikan. Dorang ada kos operasi, gaji staf, peralatan yang berteknologi tinggi. 20 tahun lepas aku jual biotek kits kat HUKM, PPUM, HUSM. Satu mRNA kit pun dah RM2-3K. Kau rasa hospital pakai 1 kit je ke? 

Patient ramai. Setiap kali ambil darah, semua tu nak kena pakai blood test kit. Setiap kali buat sputum test, nak pakai DNA extraction kit. Belum lagi dengan PCR. Rasa-rasa dapat lagi tak harga kit yang sama macam 20 tahun lepas? Tak dapek.

Kalau testing kit pun dah naik harga, no wonderlah kos perubatan pun meningkat. Jadi bila orang kata medical insurance atau takaful ni scam, scam yang macam mana eh?

Scam tu maksudnya kau bayar, tapi tak dapat apa-apa. Dan memang niat dari awal nak menipu. Tapi dalam takaful, semuanya jelas dalam polisi. Apa yang dicover, apa yang tak cover. Waiting period. Exclusion. Annual limit. Lifetime limit. Semua ada black and white. Kalau orang tak baca dan tak faham, itu salah siapa?

One major issue in our society is, kita beli polisi medical card macam beli baju raya. Tengok-tengok gitu je, terus sign. Tak baca detail. Bila claim sangkut sebab condition excluded, terus tuduh scam.

Scam atau kau yang tak buat homework?

Contoh paling biasa, pre-existing condition. Kau dah ada penyakit sebelum ambil polisi, tapi tak declare. Lepas tu bila claim kena reject sebab memang dalam polisi tertulis penyakit sedia ada tak dilindungi, kau tuduh agen penipu, kau kata takaful scam. Hello, itu bukan scam. Itu kau yang tak baca kontrak.

Please. Jangan sorokkan apa-apa from agen. Health declaration kena buat. Jangan ingat boleh sorok. Penyakit boleh bersangkut-paut. Kau tak declare penyakit A, tiba-tiba one day dapat penyakit B. Bila buat test, doktor found out kau ada penyakit A. Dan penyakit A tu pulak takkan muncul dalam sebulan dua. Selalunya dah muncul 1-2 tahun sebelum tu. Dahhhh tak memasal medical card kena hold.

Kita ni kalau beli rumah, baca SPA berpuluh muka surat. Kalau beli kereta, sanggup study interest rate. Tapi bab kesihatan yang boleh makan ratus ribu, malas nak baca detail. Kendian bila berlaku apa-apa, salahkan semua. Yang tak salah kau sorang.

Kalau ada RM200K cash standby untuk emergency medical, takpe. Memang tak perlu medical card pun kalau sanggup keluarkan savings setiap kali emergency. Tapi realitinya, majoriti takde emergency fund sebanyak tu. Yang ada pun maybe cukup untuk 3-6 bulan gaji. Itu pun mujur ada.

Medical card is basically a safety net for medical expenses. Konsep dia mudah. Kau bayar caruman secara konsisten untuk protect diri daripada kemungkinan kos besar yang tak dijangka. That's all. Sama macam kau pasang insurance kebakaran. Harap rumah tak terbakar. Tapi kalau jadi, kau tak bankrap. Takkan sebab rumah tak pernah terbakar, nak kata fire insurance tu scam?

Mentaliti “Aku bayar every month tapi tak pernah guna, rugi” - that’s a very surface-level mentality. Itu macam kau bayar insurans kereta every year tapi tak pernah accident. Adakah kau marah sebab tak accident? Bukan ke patut bersyukur sebab tak guna pun polisi tu?

Medical card BUKAN savings account. That’s just protecting yourself from risk. Ramai orang salah faham beza investment dan protection. Takaful TAK bagi kau untung. It keeps you from hitting rock bottom when things go wrong.

Hospital kerajaan? 

Pun bagus. Siapa kata tak bagus. Kita pilih private hospital tak bermaksud hospital kerajaan tak bagus. Kita cuma nakkan pilihan. 

Realitinya, capacity hospital kerajaan ada limit. Waiting list untuk sesetengah prosedur boleh jadi panjang. Pernah tengok orang terpaksa jual harta sebab bil hospital? Ada yang kena habiskan limit kad kredit. Ada yang pinjam sana-sini. Sometimes the emotional pressure hits harder because of duit, bukan sebab penyakit tu.

And lagi satu, hospital kerajaan bukan free. It is heavily subsidised by kerajaan. Maksudnya, cukai yang rakyat bayar tu yang topup kos sebenar. Realitinya, one surgery kos sebenarnya puluhan ribu, tapi pesakit bayar cuma ratusan atau less than that. Baki tu kerajaan tanggung. Itu dipanggil subsidi, bukan free. Dan subsidi tu pun ada limitnya.

Sistem kesihatan awam Malaysia memang antara yang terbaik di Asia dari segi kos. Tapi hospital kerajaan tanggung beban besar. Pesakit ramai. Kes banyak. Pakar terhad. Katil tak cukup. Mesin limited. Bila orang cakap “pergi je hospital kerajaan, free”, dia ingat hospital tu boleh tampung semua orang ke?

Realitinya? Waiting list.

Untuk prosedur tertentu yang bukan emergency, ada yang kena tunggu berbulan. Ada yang lebih setahun. Kalau kes kau kritikal dan emergency, ya, kau akan di-treat segera. Sistem kita memang kuat pada emergency care. Tapi kalau kes kau kategori “boleh tunggu”, readylah untuk tunggu.

For some conditions, contohnya kanser, masa adalah faktor survival. Lambat beberapa bulan boleh bagi impak besar pada outcome. Ramai tak terfikirkan benda ni sebab belum pernah lalui.

On top of that, hospital kerajaan ada kategori kelas. Kelas ketiga paling murah, bilnya rendah. Tapi kau maybe kena share wad ramai-ramai. Privacy minimum. Suasana bising. Ahli keluarga datang pun ada limit. Ada orang ok je dengan itu. Itu pilihan masing-masing. Tapi ada orang yang nakkan keselesaan, nak bilik sendiri, nak suasana yang lebih tenang.

Kat hospital kerajaan, kalau nak kelas satu, kena bayar lebih. Tak semurah kelas ketiga tapi still rendah daripada private hospital, tapi BUKANNYA FREE. Jangan ingat semua benda kerajaan provide tu zero cost.

Orang yang panggil medical insurance scam selalunya belum pernah duduk kat situasi tu. Benda ni macam payung. Masa tak hujan, orang rasa tak perlu. Bila dah hujan, baru kelam-kabut cari.

Yes, memang ada kes claim susah. Ada dispute. Ada technical issue. But that doesn’t mean the entire system is a scam. Dalam mana-mana industri pun ada kes terpencil. Bank pun ada kes fraud. Does that mean all banks are scams? Tak.

Masalah sebenar selalunya ialah salah jual (mis-selling) atau salah faham produk. Ada orang beli basic plan tapi expect coverage tinggi. Ada yang pilih deductible tinggi sebab nak caruman murah, lepas tu merentan bila kena bayar sebahagian kos sendiri. Itu semua pilihan struktur pelan yang berbeza.

Aku nak tanya. Kalau esok kau di-diagnosed dengan sakit dan kos rawatan RM300K, kau nak bayar cash atau nak keluarkan medical card?

Kalau pilih cash sebab mampu, that's fine. Tapi kalau savings kau sekarang tak sebanyak tu, pastu ada hati nak panggil medical insurance scam, tak tahulah tahap IQ kau ni less than 48 agaknya.

Bab kesihatan, tiba-tiba semua jadi berkira. Biasanya orang hanya tersedar bila ada kes emergency. Semua orang sihat, sampai satu hari jadi tak sihat. Benda ni takde siapa dapat jangka. Penyakit sekarang tak pilih-pilih orang. Yang rajin bersenam pun boleh sakit. Kadang sebab genetik. Kadang faktor luar kawalan. Kita tak boleh sekadar berharap semuanya baik-baik saja. Dalam pada berharap, usaha kena ada.

Kalau ada orang masih nak kata medical card tu scam, aku cadangkan buat kira-kira berapa kos surgery. Berapa kos ICU sehari. Kira kos bypass surgery. Berapa kos chemotherapy satu cycle. Lepas tu banding dengan caruman tahunan. Buat kiraan betul-betul. Then pikir balik ini scam, atau sebenarnya kau yang tak faham nilai protection tu.

En Wan EVERYDAY visit client kat hospital lately. Aku tengok hari-hari dia update visit client ni, client tu. Terus aku berasa syukurlah masih sihat. Aku tak rasa orang yang ada medical card berasa nak duduk kat tempat client-client En Wan yang tengah sakit ni. Ada ke?

Kadang bukan produk yang scam. Tapi cara fikir kita yang belum matang. Of course takaful bukan satu produk yang 100% sempurna, tapi setakat hari ini, itu adalah pilihan yang paling logik. Nak ambil atau tak, itu pilihan. Tapi panggil medical card the biggest scam tanpa memahami, that is so stupid.

Dia senang je. Tak suka, tak payah ambil. Tapi jangan argue dengan benda yang kau sendiri tak faham. One day kau mungkin akan cari bila terpaksa. Semua benda nampak mudah bila tengah sihat. Bila dah duduk dalam situasi sakit, perspektif selalunya berubah dengan sangat cepat. 

Yang paling tak boleh brain orang yang ada kemampuan ambil medical card, tapi sengaja tak nak ambil sebab rasa “takkan jadi pada aku”. Bila jadi, buat crowdfunding. Masa bayar caruman rasa membazir. Tapi masa mintak derma orang ramai, tak rasa membebankan pulak. 

Ini bukan kecam orang susah. Ini tegur orang yang mampu, tapi pilih untuk tak be ready, lepas tu label medical card scammer. Eh kauuu.




Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)