Pages

2026-03-04

Ada sesiapa yang dah start tengok Our Dazzling Days?


Ada sesiapa yang dah start tengok Our Dazzling Days?

Aku dah. Slow-slow start know-know dah banyak episod dah aku tengok. Tengok tenang-tenang sebab dah prepared dengan scene-scene luar jangka sebab dah tengok dak-dak Weibo review. Kali ni luar biasa meletup drama ni. Kat China 0% (ZERO PERSEN) komen negatif about this drama. Hot Search Our Dazzling Days mendominasi Weibo and Douyin. Dah tentulah nama Johnny paling disebut-sebut.

Nampaknya kekuatan Punishment 2, Pegasus 3 and Our Dazzling Days berjaya men-silent-kan suara-suara haters. Mati kutu masing-masing kali ni sebab permulaan 2026 dah berderet projek Johnny release and ketiga-tiganya meletup.

Dimulakan dengan Punishment 2. Drama ni tamat. Dan semua tahu this drama break 10,000 heat index. Success.

Filem Pegasus 3, hari pertama tayang dah pecah threshold box office. Selepas hit RMB500 juta, barulah production start tayang Pegasus kat luar negara. Kalau tengok post atas ni, Malaysia tak termasuk. Takpe, kita tunggu kot-kot masuk Netflix. 

Pegasus membuktikan dorang boleh pecah box office hanya DALAM NEGARA SENDIRI. Belum campur kutipan tayangan negara lain esok. Boleh ke mengatasi kutipan Operation Red Sea (2018) USD500 juta? Operation Red Sea was breakthrough Johnny di layar perak, sekaligus menang Best New Actor di Asia Film Award.

Kiri Johnny in Operation Red Sea.
Kanan Johnny in Pegasus 3.

Pegasus ni sebenarnya cerita serious tapi main lead semua pak lawak. Jalan cerita kemain serious tapiiii skripnya lawak. Dengan muka dorang yang sardin bila bercakap, aku yang tengok dah terbahak-bahak, aku tak tahu camana dorang survived filming cerita ni.
 


Contohnya klip atas ni. Empat orang tu tunggak utama Pegasus dari Pegasus 1 lagi. Muka serious tapi skrip lansung tak serious. Korang mesti tak paham celah mana yang kelakarnya klip sebelah. But I is kenot. Sebab dah tahu flow cerita dari Pegasus 1. Dah faham sangat cara dorang cuba nak bersembang serious tapi ayat-ayat dorang cakap tu menganjing sama sendiri sebenarnya 😆.
 
Ok now nak cakap pasal Dazzling Day. Aku dah start tengok. Episod 4 boleh dikatakan semua yang tengok mesti menangis. Aku pun sama tak terkecuali. Padahal sebelum layan drama ni dah tengok video that heartbreaking scene kat Weibo. Tengok klip pun dah sedih. Rupanya bila follow jalan cerita dari awal lagi merembes. Sakit dada aku kalau tengok drama Johnny. Heavy betul emosi dia.

Mula-mula dulu masa tahu Johnny akan carry watak Xiaoman, ramai haters yang kutuk. Sebab novel ni popular kat sana. Orang memang tunggu siapa yang bakal terjemahkan watak Xiaoman ni. Bila kata Johnny je, haters ambil peluang mengutuk. Dorang kata Johnny tu dah 30-an, tak logik carry watak high school. Tapi bila keluar drama ni hah kauuuu, senyap sepi masing-masing. Tak berkutik sorang pun let alone kondem Johnny berlakon watak budak high school.

Maka, betullah pilihan penulis novel tu. Patutlah dia sendiri kata hanya Huang Jingyu boleh carry watak ni. Sungguh! Johnny can carry watak budak high school. Tak perlu mekap muda. Dia jadikan watak tu dengan tukar cara bercakap, dengan gaya muka dan perangai remaja yang nakal dan keanak-anakan. Masa dia tido dengan baju yang arwah nenek, Allahhhhh....sebak aku. Suara dia tu yang aku kagum. Macamana dia boleh jadikan ton suara tu macam budak yang sedih nenek dah mati. Power!



Part ni sedih. Lepas nenek Xiaoman mati, dia jadi sebatang kara. Tapi disebabkan dia ni memang baik, satu kampung menjaga dia. Dia membesar dengan makan di rumah orang. Everyday orang kampung hantar makan. Ada je orang yang jemput dia makan atau datang bawak makanan untuk dia. Setiap kali orang hantar makanan Xiaoman bagitau kat arwah nenek bekal-bekal yang dia dapat. Aduii, macam disiat-siat jiwa aku 😭. Johnny menjiwai watak sangat-sangat. Menangis je aku tengok. Kena tengok malam drama ni, tengok siang karang makruh.

Part dia buat macam-macam kerja untuk survive, inilah agaknya rasa menjadi anak yatim. Terpaksa buat baik dengan semua orang, terpaksa jadi baik dengan ramai orang sebab kau dah takde sesiapa untuk bersandar. Terpaksa buat macam-macam kerja untuk kekal hidup. Nasib baik orang kampung and kawan-kawan sayang dia.

Part Xioman berhijrah ke Japan, pastu kena scam dengan black market,jadi pelayan kat restoran Jepun, and lepas tu terjebak dengan boxing, somehow macam sama je dengan perjalanan sebenarnya Johnny. 

Johnny dulu pun berhenti high school, berhijrah ke Shanghai (3 hari perjalanan dengan train dari hometown), buat macam-macam odd jobs termasuklah jadi waiter, then belajar martial arts (jiu-jitsu) sampai menang Shanghai Championship. Johnny sepatutnya bertanding di Jepun, tapi at the same time dia dapat offer berlakon. Bayaran RMB20K. Dia perlukan duit tu sebab atok sakit. Jadi dia lepaskan tournament di Japan dan terima offer berlakon. The rest was history.
 


Oh part ni merembes. Tekanan emosi and mental Xiaoman sangat heavy. Dahlah dari kecil ditinggal mak bapak. Masa sekolah menengah nenek meninggal. Hidup sebarang kara. Buat macam-macam kerja untuk kekal hidup. Kena scam dengan black market di negara orang. Terpaksa break dengan girlfren sebab taknak gf hidup susah dengan dia. Semua ni akhirnya buatkan Xiaoman hilang ingatan kejap. Dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Sumpah, aku yang sakit jiwa tengok drama ni.

Xiaoman lepaskan Xiaodan pergi belajar. Dia tak nak sekat Xiaodan sebab Xiaodan pandai. Kalau dia mintak Xiaodan stay, that's not fair for her. Lagipun Xiaodan anak orang senang, sedangkan dia anak yatim, takde kerja yang bagus. Xiaoman ni kekuatannya rajin dan baik. Orang kampung semua suka dia. Kawan-kawan sayang dia. Cuma dia takde luck dalam life. Lepas satu, satu nasib malang datang.

Inilah ciri-ciri lelaki green forest. Dia tahu dia takde apa-apa yang boleh menyenangkan gf, jadi dia let her go supaya gf dapat kehidupan yang lebih baik. Tak macam kau, nak anak orang tapi expect susah sama-sama. Perempuan yang taknak hidup susah dengan kau, kau cakap dia materialistik. Waklu.

Macam kisah Johnny lepaskan ex-gf dulu. Lepas drama Addicted meletup, Johnny kena banned sebab drama tu ada unsur gay. Dia kena banned dari semua TV and endorsement. Nak kembali jadi model pun tak dapat, kena reject. Semua takut nak ambil dia sebab taknak kena boikot. Johnny ambil small-small role asalkan ada job.

Masa dia ambil job filem Opreration Red Sea, dia kena duduk Morocco 6 bulan. Masa ni la ex-gf mintak break dan kawen dengan orang lain. Johnny cannot offer apa-apa waktu tu sebab dia tengah susah. So he let her go (tapi now merentan nak Johnny balik. Boleh blah!). Maybe sebab tu Johnny can carry watak Xiaoman dengan success. Dia macam dapat relate kisah dia dalam drama ni.
 
Drama Our Dazzling Days ni nampak je macam kisah cinta padahal tak. Dia lebih kepada macamana Xioman dari anak yang playful, berubah jadi resilience bila hilang segalanya. Tentang menjadi kuat, berani dan berdamai dengan takdir.
 


Mula-mula aku sedih bila dia lepaskan Xiaodan, tapi bila dia start kenal Chun Chun aku sedar this is life. Sometimes kita rasa macam kita sesuai dengan si A, until keadaan dan situasi berubah. Bila jumpa si B, baru kita nampak sebenarnya kita lebih serasi dengan B. Maybe cinta dengan B tak sekuat cinta dengan A tapi situasi dengan A dulu dah tak valid lagi. Tengoklah drama ni, mesejnya sangat berbeza.

By the way, semalam dah start hawa-hawa tak puas hati dari fans Arthur Chen.

Macam ni, serentak Our Dazzling Days keluar, drama Love Story in the 1970s pun keluar sekali. Pelakonnya Arthur Chen and Sun Qian. Rating tak tinggi mana. Jauhlah kalau nak compete dengan Our Dazzling Days. Arthur Chen ni traffic actor, jadi boleh agaklah kekuatan fanbase dia macamana. So bila drama ni rating tak tinggi, fans start membandingkan female leadnya iaitu Sun Qian dengan female lead Our Dazzling Days, iaitu Guan Xiotong.

Dorang kata Sun Qian lebih pandai berlakon. Guan Xiotong tu cantik je lebih. Disebabkan Xiotong cantik maka ramai tengok Our Dazzling Days, padahal drama Love Story in the 1970s lebih best. KATANYALAH. Nak terkencet aku baca. Konfiden betul puak-puak ni. Tu yang aku menyampah dengan fans kepada traffic actor. Semua fans traffic actor gila.

Kenapa dorang bandingkan Sun Qian dan Guan Xiotong?

Sebab, kalau nak bandingkan Johnny dengan Arthur, memang umpama sembelih tengkuk sendirilah. Takkan boleh nak letakkan Arthur Chen and Johnny Huang sebelah-menyebelah pun. JAUHHHH bertiang-tiang. Tu pasal dorang bandingkan between the two female lead. Dorang taklan berani petik nama Johnny. Konfem dak-dak Whale Guardian susun achievement, siap statistik dia bagi. Menangis kau baca karang.

Oklah, nak bandingkan Sun Qian dengan Guan Xiotong?

Sun Qian pernah jadi female lead Johnny dalam drama Love Song in Winter. Masa tu Sun Qianlah paling kuat kena hencap. Orang kata dia berlakon kejunglah, kayulah, takde chemistry dengan Johnnylah. Alih-alih sekarang Sun Qian pandai berlakon pulak dah? Alih-alih now dengan Arthur dan-dan Sun Qian lebih strong chemistrynya berbanding couple Johnny-Guan Xiotong?

Nak tahu kenapa Sun Qian nampak strong chemistry dengan Arthur?

Sebab, nak jadi female lead Johnny kau kena match screen energy Johnny. Johnny punya screen energy sangat strong, acting dia sangat powerful. Kalau female lead tak strong, Johnny akan overshadow kau dan kau akan nampak KAYU! In other words, Arthur punya screen and acting skill match dengan Sun Qian, tu pasal nampak dorang macam sesuai sangat. Sama-sama MEDIOCRE. Aku nak je buat post gini kat Weibo, bagi sedar diri sikit puak-puak tu. Tapi takpelah, bulan puasa ni aku nak tenang-tenang.

Kesian Guan Xiotong. Tak memasal kena compare hanya kerana Our Dazzling Days meletup. Padahal Xiotong ni ok-ok je acting dia. Takde la power sangat sebab genre dia selama ni memang love genre. Genre light-light. Kiranya sesuailah dia berlakon Our Dazzling Days, sebab watak dia light je. Cuma bila sparring partner kau Johnny nampaklah macam dia tak pandai acting.

Tapi kalau nak be fair to her, Our Dazzling Days lagi banyak tekankan watak Xiaoman. Ini kisah hidup dan perjalanan hidup Xiaoman dari zaman sekolah, anak yatim, dibela nenek, kemudian nenek mati, dan dia terpaksa merantau untuk kelansungan hidup. Watak ni berat, Johnny memang boleh carry. Yan lain-lain dalam tu kalau kayu takpelah, sebab cerita ni bukan fokus kat kau pun.

Drama Cat & Thieves.

Another drama Johnny set to release by iQIYI. 5 tahun diperam. Ini kisah crime-detective. Aku tak tahu lah if lembaga penapisan dorang sensitif. Kemain lama menapis drama ni sampai 5 tahun. Banyak vulgar words, maybe sebab cerita ni pasal gengster. Harap-harap releaselah tahun ni. Nak sangat tengok Johnny versi 5 tahun lepas.

Oh ini lagi satu news gempar. Bulan ni Johnny bakal start filming new drama. Patutnya dia couple dengan Jin Chen. Ramai orang tunggu gandingan dorang lepas kena gossip kat Milan hari tu. Tapi Jin Chen pulak ada kes accident kereta, jadi diganti dengan Bao Shangen.

Bila dengar bakal bergandingan dengan Bao Shangen aku dah rasa budak ni bakal jadi lauk. Bao Shangen tu baru 23 tahun. Pengalaman berlakon tak banyak lagi. Harap cantik je. Kau nak gandingkan budak ni dengan Johnny, bahaya. Kerjaya Bao Shangen baru nak bermula. Dibuatnya nampak kayu berlakon dengan Johnny, tak memasal je gelap masa depan kerjaya kau. Akhirnya agensi Bao Shangen tarik diri. Agaknya agency pun tahu, nak berlakon dengan Johnny kena strong acting, kalau tak memang ampuih kena overshadow.

The latest now is Wang Yuwen!

Kalau Wang Yuwen aku setuju. Dia ni takde la cantik sangat, tapi dia berlakon ok. Dengan Johnny tak perlu female lead yang cantik-cantik sangat sebab orang yang tengok cerita Johnny nak tengok jalan cerita. Janji kau tak kayu, konfem ON. So now kita tunggu event launching new drama from Johnny.

By the way, WeTV sedang bersiap sedia nak release drama WINNER tahun ni jugak. Padahal baru je habis shooting 3 minggu lepas. Tahun ni fans kenyang dengan projek Johnny nampaknya.