Pages

2025-12-26

Medical Card: Komisen tu BUKAN duit client yang ditarik keluar daripada akaun. Ini memang sebahagian daripada kos marketing syarikat.


Aku nampak post ni hari tu. Jawapan ringkas aku begini, ya.

Honestly, kalau medical card naik jadi RM269, benda pertama kena tengok bukan harga, tapi tengok coverage. Medical card ni benda yang kau betul-betul perlukan bila keadaan sangat terdesak. RM269 mungkin nampak mahal, tapi kalau coverage dia besar, annual limit tinggi, dan takde exclusion, itu sebenarnya murah untuk apa yang dia protect.

Tapi kalau rasa RM269 tu memang genuinely membebankan setiap bulan, then downgrade atau tukar plan lebih rendah pun tak salah. JANGAN TERMINATE! Kalau kau stop terus, literally kau kembali jadi uninsured. Kalau tiba-tiba kena masuk hospital, satu malam dah boleh telan RM2-3K. Masa tu baru rasa RM269 tu sebenarnya nothing.

Plan RM70 sebulan? Boleh je. Tapi kena pikir logik. 

Caruman kecil bermakna coverage juga kecil, ward biasa-biasa, limit pun rendah. Kalau itu je yang mampu, ambil dulu, takpe, tak salah. Sekurang-kurangnya ada basic protection. So my POV, kalau mampu, kekalkanlah medicakl card atau mintak agen adjust sikit. Kalau rasa berat, please downgrade, tapi jangan stop entirely. 

Kalau RM70 je mampu, ambiklah daripada langsung takde. Tapi jangan tengok harga je, kena tengok apa yang dia cover. Kalau sabit nak bayar murah tapi time nak guna esok banyak benda yang tak cover, itu jauh lebih merugikan. Medical card ni bukan pasal mahal ke murah, tapi bila sakit, perlu keluar ribu-ribu atau tak.

Hari tu ada orang buat post bengang. Dia ambil medical card pastu nak surrender sebab tak larat bayar. Aku tak ingat berapa lama dia ada medical card, tapi dia bengang sebab surrender value yang dia dapat hanya RM3K. Tak berbaloi dengan apa yang dia bayar selama ni katanya. Pastu dia babit-babitkan duit caruman buat bagi reward kat agen. 

Ok bab ni aku suka nak jawab panjang. Benda macam ni takleh jawab sikit-sikit nanti jadi argument. Kena tulis panjang sikit so that senang nak faham.

Ramai orang tak faham tentang isu surrender polisi (medical card). Ramai ingat bila bayar caruman every month, especially bila tak pernah claim langsung, duit tu akan tersimpan kat satu tempat dan boleh diambil semula kalau tak pernah claim). Dah bayar bertahun-tahun, bila surrender dapat hanya RM3-4K, dorang rasa tertipu. Macam unfair katanya.

Rasa marah tu actually comes from not understanding how it works, bukan sebab syarikat takaful menipu. That's why aku nak explain kat sini how policies actually work. Where your caruman bulanan go, why the surrender value is low, and kenapa reward agen langsung takde kaitan dengan caruman client.

Pertama sekali semua kena faham yang takaful BUKAN TABUNG SIMPANAN yang hasilkan keuntungan tetap. Sistem takaful is pooling money. Caruman tu dikumpulkan dalam satu tabungan besar. Siapa yang dapat musibah, akan terima claim dari situ. 

Ini sistem perlindungan risiko. Bila someone bayar caruman, dia sebenarnya bukan masukkan duit dalam tabung untuk dirinya sendiri, tapi berkongsi risiko bersama pemegang polisi lain. Kalau someone sakit, kemalangan, meninggal atau ditimpa apa-apa musibah, caruman yang dibayar oleh semua pemegang polisi lain digunakan untuk bayar claim.

Konsep ini sama macam kita bayar security guard kat taman perumahan. Kalau rumah kita tak berlaku kecurian, boleh ke kita ambil balik duit tu? Tak. 

Kita bayar insuran rumah, kalau rumah kita tak terbakar boleh ke kita dapat duit balik? Tak. 

Kita bayar bukan untuk claim balik. Kita bayar sebab kalau sesuatu terjadi, ada pihak yang akan settlekan masalah kita. Medical card juga macam tu. Kita bayar untuk risk management, bukan mengumpul kekayaan.

Caruman yang kita bayar every month without failed tu actually get split into a few different components. Dalam polisi protection atau polisi term, almost semua caruman pergi kepada kos perlindungan. Dalam polisi investment-linked, hanya sebahagian kecil saja masuk “saving” dalam bentuk unit amanah. Kebanyakan caruman digunakan untuk bayar medical rider, hospitalisation benefit, and total permanent disability protection dan macam-macam lagi.

Selain itu, setiap polisi ada mortality charge yang makin meningkat ikut umur. Bila umur meningkat, risiko kematian atau penyakit also meningkat, dan kos perlindungan pun meningkat sama. Jadi dari tahun ke tahun, a big chunk of your caruman is really going toward covering the rising cost of your protection. Bila kos perlindungan makin tinggi, bahagian yang tinggal untuk cash value makin kecil.

Inilah antara sebab orang yang bayar bertahun-tahun tapi tak pernah claim dapat cash value yang rendah. Bukan syarikat ambil duit tu tapi duit tu dah digunakan untuk perlindungan sepanjang tahun-tahun yang kita bayar. Walaupun tak pernah claim, risiko TETAP WUJUD and the company is still providing that coverage for you. 

Perlindungan yang company bagi tu bukan free. It gets paid every month from the caruman you are already contributing. Jangan pernah terfikir bila tak claim, duit tu kekal. Tak. Duit tu dah dibelanjakan untuk bayar kos perlindungan sepanjang tempoh polisi berjalan.

Katakan kau bayar RM190 sebulan selama 9 tahun, the total amount paid adds up to around RM20K. Kalau polisi tu gunakan majoriti caruman untuk perlindungan, tak peliklah kalau cash value yang tinggal sekitar RM3-4K. Itulah cara polisi insurance-linked bekerja. Bahagian saving dalam polisi tu bukan macam kita simpan dalam ASB. Ni bukan fixed deposit. Ni cuma LEBIHAN selepas tolak cost of insurance. Kalau cost of insurance setiap tahun tinggi, maka lebihan tu kecil, dan cash value pun kecil.

Dalam plan investment-linked, caruman tak fixed sebab kos perlindungan meningkat setiap tahun ikut umur. Awal-awal ambil polisi, umur masih muda, risiko pun rendah, jadi caruman murah. Tapi bila umur meningkat, walaupun secara automatik pelan tu masih berjalan, kos di belakang tabir dah makin mahal. Untuk tampung kos itu, syarikat kena deduce lebih banyak unit daripada cash value. Bila cash value tak cukup untuk tampung kos meningkat tu, barulah syarikat hantar notis bahawa caruman perlu dinaikkan. Bukan tiba-tiba naikkan harga suka-suka.

Orang ingat bila caruman naik seolah-olah syarikat nak kaut untung. Padahal kenaikan tu bukan profit. It’s to make sure your policy doesn’t lapse. Bila caruman tak naik, cash value akan dipotong sikit demi sikit. Bila cash value habis, polisi akan tamat secara automatik. Jadi sebenarnya, notis kenaikan caruman adalah amaran bahawa polisi berada dalam bahaya dan perlu diselamatkan. 

Tapi tu lah, ramai tak faham benda ni. Always assume kenaikan is ketidakadilan, especially pada orang yang tak pernah buat claim. Sedangkan dalam dunia takaful, takde claim tak bermaksud kos perlindungan tak wujud. Kau cuma bernasib baik je selama ni.

Semalam aku visit lagi sekali colleague En Wan yang dapat kanser. Yang aku cerita dia 27 tahun with medical card, sihat tak sakit. Tapi 2 bulan lepas dapat kanser. Imagine kalau kita berada di tempat dia. Semalam aku gi tengok, dia dah makin lemah. Dia kata sekarang kalau duduk, bangun nak kena ada orang tolong. Nasib baik juga duduk private hospital, sentiasa ada nurse jaga, doktor masuk everyday even on weekend just untuk bercakap-cakap bagi semangat. Keluarga boleh datang anytime berlonggok dari siang ke malam beramai-ramai takde masalah. Boleh orang teman sebab bilik sangat besar selesa untuk peneman tumpang tido, siap ada meja untuk bekerja kalau peneman perlu work from hospital.

Bak kata dia, semua ni mungkin takkan pulihkan her sakit, tapi meringankan banyak beban. At least dalam waktu-waktu sekarang dia boleh tumpukan pada healing and treatment tanpa fikir kos. Her medical card ada benefit contributor protector yang mana dalam keadaan tak boleh lagi bekerja seperti sekarang, dia tak perlu bayar caruman lagi. Polisi kekal aktif sampai bila-bila. 

Kita memang tak nak sakit, nauzubillah. Tapi kalau berlaku, sekurang-kurangnya ada persediaan yang boleh meringankan beban. Kalau boleh, bila sakit tak nak pikir bab kos. Kita nak pikir apa option yang doktor ada supaya kita boleh buat treatment.

Lagi satu isu yang selalu jadi bahan umpatan marhaen is reward and trip agen. Ohhh kalau bab ni kemain ramai menyindir kononnya agen pakai duit client. Konon kalau client tak bayar, tak merasalah agen-agen holiday obersea. Sombong nau kau, kan. Masalahnya kalau betul takpe gak. Ni dah lah sombong, bodoh pulak tu.

Meh sini aku cerita. Reward atau trip agen TAK GUNA duit caruman client. Syarikat takaful ada bajet reward, komisyen dan marketing. Ini bukan duit yang datang daripada caruman. Duit caruman kita yang RM190 sebulan tu untuk kita saja. Bonus and reward adalah duit hasil dari investment company. 

Malaysia ni ada Bank Negara as pengawal selia. Setiap sen yang dibayar oleh client mesti digunakan ikut garis panduan yang sangat ketat. Syarikat tak boleh sesuka hati ambil caruman client untuk belanja agen pergi holiday.

Trip agen adalah hasil daripada performance agen tu sendiri. Bukan semua agen dapat reward. Dari 20,000 agen seluruh Malaysia, tak sampai 2000 yang dapat reward setiap tahun. Setakat tak sampai 2000 orang tu boleh sangat syarikat nak belanja, tak pakai duit caruman client pun. Mana-mana company memang ada bajet marketing untuk spend kat agen/employee kalau hit target. Company kereta, company farmasi, company aku pun ada bajet marketing. Janganlah risau. Duit caruman kita tak menghantar agen ke Switzerland pun. Caruman kita semua pergi ke tabung risiko (risk pool), management fee and protection cost yang ditetapkan Bank Negara. Bukan ke akaun reward agen.

Tak tahulah kenapa dengan mindset zaman sekarang. Asal bos tukar kereta baru, ohhh boss salah guna duit company. Asal founder kaya je, ohhh customer mengkayakan founder. Asal agen gi trip overseas, ohhh itu dari duit caruman client. Sebenarnya orang-orang macam nilah yang always merasa entitled. Jenis macam nilah yang membeli hanya masa sale. Dah dibagi sale mintak free gift lagi. Dah dibagi free gift mintak free postage. Inilah orang-orangnya. Dia always rasa ada hak kat semua benda.

Agen tak dapat komisyen seumur hidup pun dari caruman kita. Kalau caruman kita RM300/bulan, agen punya komisyen RM21 je, nok. Kalau sebulan tu dia jual 10 polisi, dapatlah RM210. Duit minyak sendiri, duit tol sendiri, duit parking sendiri. Takleh claim pun. Yang RM210 sebulan ni yang kau memekak-mekak sangat. Dengan komisyen RM21 tu la agen turun naik hospital settlekan medical report kau, menunggu setengah hari doktor isi requirement form, pastu naik jumpa management kalau perlu appeal kau punya kes. Tu harganya RM21. Kau nak buat kerja macam ni?

Tu pasal agen kadang malas nak appeal bila kes kau sangkut, sebab tak padan dengan komisyen pun sebenarnya. Ramai agen hanya nak jual hibah saja sebab tak payah berlelah. Tak payah servicing. Tunggu mati je esok baru buat kerja. Maka bila dapat agen yang baik, jangan naik tocang please? 

Jangan ingat duit caruman kita masuk poket agen. Komisen tu BUKAN duit client yang ditarik keluar daripada akaun. Ini memang sebahagian daripada kos marketing syarikat. Sama macam syarikat keluarkan duit untuk kos iklan TV, kos billboard dan kos promosi. Bezanya syarikat takaful guna agen as saluran marketing, jadi agen dibayar untuk kerja itu. Tak pakai duit kau pun nyahhhh.

Ini aku nak bagitau satu pelan. Pelan ni sebenarnya ada lama dah tapi maybe ramai tak tahu.
Critical Illness Compensation Plan namanya.

Kalau korang tak nak ambil medical card pun takpe. Boleh ambil ini saja. Pelan ni akan activate bila ditakdirkan dapat penyakit kritikal. Contohnya:

Heart Attack
Strok
Kanser
Kidney Failure
PMajor Heart Surgery
Organ Transplantation
Liver failure
Total permanent disability

...ada 30-50 lagi critical illness.

Bila kau dapat penyakit-penyakit ini, dalam keadaan disahkan tak boleh bekerja lagi, takde sumber pendapatan, korang akan dapat pampasan dari pelan ni. Colleague En Wan yang dapat kanser tu her medical card ada ambil this pelan juga. Jadi, now medical card dia tak perlu bayar lagi sampai bila-bila, dan dapat duit pampasan dari pelan critical illness ni.

Nak buat apa dengan duit ni?

Duit ni boleh buat hire care taker. Care taker cecah RM5K/sebulan, ya. Jangan main-main. Boleh beli katil. Beli wheelchair. Beli tank oksigen. Beli supplement. Ni semua pakai duit sendiri. Bila dah sakit belanja makin besar. Masa tu nanti baru nampak apa fungsi protection plan ni semua.

Siapa yang dah ada medical card, boleh tambah benefit Critical Illness Compensation Plan.
Siapa yang tak nak ambil medical card (sebab nak pakai hospital kerajaan), tapi nak ambil Critical Illness Compensation Plan saja pun boleh.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
(MDRT 2024, 2025, 2026)