Kelmarin aku tulis pasal faraj tak perlu wangi sangat. Then ada orang tanya kenapa Herba Rahsia Rimba tu ada cara penggunaan lain-lain untuk lain-lain kelompok pengguna? Dia order Herba Rahsia Rimba dari admin and admin tanya samada dia dah kawen ke belum.
Aku tahu mesti ada yang pelik dah kenapa admin mesti tanya dah kawen ke belum, apa kaitan ye tak?
Kalau kita perasan, banyak produk kesihatan wanita kat luar sana bagi cara makan yang standard. Tak kira kau baru lepas bersalin ke, belum kahwin ke, tengah period ke, semua dia bantai "BOLEH". Hakikatnya, suplemen yang melibatkan herba TAK BOLEH dimakan dengan cara yang sama, dos yang sama oleh semua orang. Hat ni ramai tak tahu. Aku pun tak tahu apesal seller bantai semua orang boleh makan dengan cara yang standard.
Tak boleh, ya. Sebab herba hutan ni sifatnya panas, tak macam herba dapur like halia, bawang putih, or pepper. Ni semua herba dapur. Herba hutan ni kalau makan tak kena gaya, badan jadi tak selesa sebab hormon huru-hara. Herba Rahsia Rimba (HRR) dari dulu sampai sekarang kita perlu pastikan pengambilan ikut biologi badan. Setiap fasa hidup wanita berbeza. Hormon lain, kitaran period lain, keperluan rahim lain, keadaan darah lain, jadi tahap penyembuhan dalaman pun lain. Logiknya cara pengambilan pun kena lain.
Siapa nak ambil HRR, kalau dia ibu berpantang kena ambil 14 hari berturut-turut. Kalau dia wanita dah berkahwin, kena mula pada hari ke-7 haid. Kalau dia anak dara, tak payah ambil everyday. Masa period kena stop ambil. Semua arahan ni ada logik saintifik di sebaliknya.
Kalau korang loves knowing the why, atau memang pengguna HRR, this post is for you. I will show you how detailed and carefully HRR is formulated for women.
Untuk faham kenapa cara makan berbeza, kita kena tahu dulu apa yang herba-herba dalam HRR boleh buat. Contohnya, dalam HRR ada Urena lobata. Yang ini ada kesan pelancar period. Bukan ubat period, tapi dia bantu supaya darah tak tersekat. Sebab tu siapa ada irregular period, boleh try HRR.
Hari tu dalam post faraj tak perlu wangi, aku ada sebut pasal phytoestrogen. Dalam HRR ada bahan aktif ni. Phytoestrogen is a hormon tumbuhan yang menyerupai estrogen. Hormon wanita paling sensitif is estrogen. Bila estrogen tak seimbang, mood kau kacau, period kau kacau, keputihan kau melambak. So cara kita nak balancekan estrogen adalah dengan tambah phytoestrogen. Phytoestrogen ni bukan estrogen macam dalam badan kita tapi struktur dia sama menjadikan dia can immitate real estrogen. Jadi, bila ambil HRR dia boleh seimbang estrogen. So that mood ok, tenaga stabil and period lebih teratur.
Dalam HRR ada komponen bioaktif. Ini rahsia wanita bersalin zaman dulu. Komponen bioaktif boleh kecutkan rahim selepas bersalin dan keluarkan sisa darah nifas. Tak semua herba boleh bagi kesan ni. Ini memang untuk pemulihan postpartum. Ramai perempuan ada isu chronic low-grade inflammation dalam pelvis yang jadi reason period pain and jangkitan faraj. So this komponen bioaktif stabilkan tisu faraj and kurangkan period pain. In other words, komponen bioaktif jaga bab inflammation.
Dalam mana-mana produk kesihatan dalaman wanita, seller lebih fokuskan kepada seks. Kasi rapat, kasi ketat, kasi ghairah. HRR TAK PERNAH fokus bab ni walaupun dia ada bahan untuk semua tu. Dalam HRR memang ada Serapat (Kacip Fatimah). Ini “queen” herba wanita. Tapi kita tak highlight bab ni sebab dari perspektif sains, kalau hormon estrogen ok, keputihan takde, period lancar, dengan sendirinya libido kau naik. Libido ni sebenarnya side effect natural bila kesihatan dalaman kita stabil.
Ramai seller tak faham mekanisme badan perempuan. Dorang cuma tahu jual. Mintak mahaplah kalau terasa ya, sebab aku tengok banyak dah macam ni. Padahal dari sudut biologi, libido naik bila hormon stabil. Jadi, hormon tu kena perbetulkan dulu. Estrogen, progesteron, testosterone. All of these things play a role in your sexual interest. Kalau estrogen drop, faraj jadi kering. Bila kering, kau sakit waktu bersama. Secara tak lansung, libido pun jatuh. So tak guna sembur-sembur nak bagi ghairah kalau basic hormon pun tak stabil.
Lagi satu bila faraj takde jangkitan dah pH faraj normal, badan jadi lebih responsive. Keputihan yang tak normal, berbau kuat, gatal-gatal - all of this messes with woman’s comfort zone. Bila ada discomfort, naturally badan in shutdown mode. Badan kita kena comfortable baru desire muncul. Kalau tak selesa, macamana nak rasa ghairah. Sebab itu dos and timing sangat penting. Herba bukan macam vitamin C makan bila-bila pun ok. Herba ni bekerja ikut kitaran biologi.
Now aku explain kenapa ibu bersalin yang nak makan HRR kena mula pada hari ke-30 selepas bersalin?
Ok, bila baru bersalin, rahim dalam keadaan trauma. Ada luka dalam rahim, ada pendarahan dalaman, ada sisa-sisa darah nifas, dan hormon masih kelam-kabut sebab tiba-tiba estrogen & progesteron merudum selepas bersalin.
So kenapa mula hari ke-30?
Untuk bagi ruang badan heal dulu. Hari 1–30 rahim tengah sibuk bekerja. Kalau herba yang ada sifat mengecutkan rahim masuk terlalu awal, boleh menyebabkan pendarahan lambat stop and badan jadi terlalu letih. Sebab itu HRR tidak disarankan terus makan selepas bersalin. Tunggu rahim cool down dulu. Lepas 30 hari, rahim dah mula mengecut secara stabil. Usually minggu ke-4 luka dalaman banyak dah sembuh, darah nifas pun makin kurang. Waktu ni hormon slowly naik semula and badan lebih stabil. Masa inilah HRR boleh bantu pulihkan.
Kenapa kena ambil 14 hari berturut-turut?
Sebab selepas bersalin badan perlukan pemulihan intensif. Kalau makan selang-selang, lambat kesannya. Badan kena bersihkan darah yang tertinggal, badan kena tolong kecutkan rahim dan naikkan semula tenaga. Hormon kena stabil dengan cepat. Tisu dalaman kena kuat semula. That's why HRR bagi dos konsisten 14 hari berturut-turut. Itu fasa pemulihan paling aktif. Lepas 14 hari baru boleh ambil selang-selang.
Ramai tanya kenapa yang dah berkahwin dengan mula ambil HRR pada hari ke-7 period? Kenapa bukan day 1?
Jawapannya, sebab herba HRR ada ramuan yang boleh ubah cara darah bergerak. Dalam HRR ada bahan aktif yang lancarkan darah, yang kuatkan rahim dan yang stabilkan estrogen. Bila kita tengah period, (selalunya heavy flow hari 1–6), waktu ni rahim luruhkan endometrium. Badan banyak hilang darah. Hormon tengah turun naik. Rahim tengah sensitif to anything that can trigger contractions. Kalau makan masa tengah heavy bleeding, boleh buatkan haid lambat habis, atau lebih sakit. Sebab itu HRR tetapkan mula pada hari ke-7. Waktu ni darah dah light sikit. Dah nak habis.
"Tapi kenapa ambil 7 hari berturut-turut?"
Sebab fasa selepas haid (follicular phase) adalah masa terbaik untuk stabilkan hormon, untuk kuatkan rahim, untuk penghasilan telur dan betulkan mood and tenaga. Estrogen naik pelan-pelan kat fasa ni. Phytoestrogen dalam HRR akan sync dengan peningkatan estrogen. Lepas 7 hari baru ambil selang-selang sampai period seterusnya. Waktu ni badan tak perlukan lagi rangsangan hormon everyday. Kalau terus ambil everyday, nanti hormon jadi “terlampau”. Bila hormon dah terlampau breast jadi sakit.
Anak dara!
Nak ambik HRR boleh, tapi tak perlu ambil everyday.
Sebab perempuan yang belum berkahwin biasanya hormonnya lebih “muda”. Rahim juga lebih sensitif. Period cycle selalunya lebih pendek, sometimes tak menentu. Korang punya badan pun tak pernah melalui proses hamil atau perubahan rahim yang major. Sebab tu HRR tak bagi dos intensif. Kalau ambik everyday, estrogen jadi kacau-bilau. Bila kacau-bilau, period cycle jadi lebih pendek. Boleh trigger senggugut juga. Jadi kena ambil HRR selang-selang. Hari ke-7, ke-9, ke-11....seterusnya. Makan selang-selang ni cukup untuk kuatkan rahim, betulkan cycle and kurangkan keputihan. Takkan sampai mengganggu cycle. Lagipun anak dara tak perlukan pengecutan otot rahim yang kuat. Jadi dos selang-selang is just nice.
Bila makan HRR, time period MESTI STOP. Ini peraturan paling strict.
Sebab masa period, rahim sedang tengah luruhkan dinding endometrium. Badan tengah fokus keluarkan darah lama. Masa ni rahim sensitif pada kontraksi tambahan. Kalau masa ni kau ambil HRR, boleh buatkan bleeding jadi lebih heavy. Period jadi lebih lama. Bila period panjang, kau cepat letih. Bila letih, mood swing. Jadi, STOP makan HRR masa period. Sambung semula hanya pada hari ke-7.
Cara pengambilan HRR sebenarnya sangat logik dari sudut sains. Aku ringkaskan kat sini so that korang senang nak tengok kenapa aku kata logik:
Selepas bersalin - rahim needs more intense recovery dose sebab trauma and hormon lembik.
Dah berkahwin - perlu dos sesuai untuk stabilkan hormon, ikut progression kitaran haid.
Belum berkahwin - ambil dos yang rendah saja sebab hormon masih muda and rahim tak perlu stimulation yang kuat.
Masa period - stop ambil HRR sebab rahim tengah bekerja.
Semua ni sangat selari dengan biologi badan perempuan. Mana boleh bedal "Sesiapa pun boleh makan. Boleh je!"
Herba ni bukan jajan. Tak boleh makan sama banyak setiap hari untuk semua orang. Kita rumuskan HRR ikut biologi, bukan ikut suka.
