Sambungan post aku pasal kena ejek hitam. Ramainya yang komen "Kesiannya Kak Di. Kak Di tak stress ke?"
Dik, zaman 80-90an mental health tak wujud, ya. Hahahaha. Kau kena hadap semua tu, pandai-pandai nak hidup. Zaman sekarang je ramai nau yang mental health. Dapat kat mak aku mengadu mental health mental health ni, mental aku dikerjakan.
“Sakit hati tak bila diejek-ejek hitam?”
Tipulah kalau tak sakit hati. Sedih. Pedih. Semua ada. Dah macam nak kena anxiety pun ada everytime perkataan hitam, manggis, Kumari keluar dalam buku teks. In seconds aku tahu, sekelas akan pandang aku. Aku boleh predict situasi tu. That anticipation tu macam anxiety yang datang walaupun kau tak buat salah.
Tapi masa tu aku still boleh gelak. Aku still boleh duduk makan semeja dengan orang yang ejek-ejek aku. Aku treat benda tu macam gurau-gurau. Actually lebih kepada memujuk diri sendiri untuk anggap saja itu gurauan. Sebab tak nak keruhkan keadaan. Aku tak nak ada sentap-menyentap sebab hari-hari kita pegi sekolah, hari-hari akan jumpa orang yang sama. Kalau aku berdendam, boleh ke aku seronok ke sekolah? Jadi aku pejamkan jelah mata bab ni. Walaupun dalam hati sebenarnya sakit, rasa nak bagi penampar je.
Aku proud dengan diri sendiri sebab aku kuat. Kuat dari segi tak balas. Kuat dari segi tak create scene. Kuat dari segi tak nak pikir sangat hal tu. Tapi kuat tak bermaksud tak rasa apa-apa. Kuat tu maksudnya aku tahan sedih and act macam takde apa berlaku sebab aku nak tenang-tenang saja.
Kalau aku nak memberontak, apa je yang aku dapat? Nak mengadu kat cikgu? Nak mengadu kat mak bapak? Nak boikot? Sape nak layan aku punya boikot. Aku bukan anak orang terkenal. Mak bapak aku bukan siapa-siapa. Takde siapa nak layan aku punya mengadu. Silap-silap aku kena pulau.
Dulu ada kejadian 3 orang student Darjah 6 kena tegur dek cikgu sebab buat persembahan menari pakai baju yang kurang sesuai. Actually bukanlah kurang sesuai. Gaya dorang masa tu ikut trend kumpulan Kristal (yang sebaya dengan aku mesti kenal kumpulan Kristal, 3 orang perempuan).
Bila 3 orang student ni mengadu kat parents, the parents datang jumpa cikgu and nak saman cikgu. Aku tak berapa pasti apa sebenarnya yang triggered parents nak saman. Tahun 80-an saman cikgu itu wujud, ya. Cuma masa tu belum ada media sosial jadi tak viral.
Yang aku nak highlite ni adalah, kes tu dapat perhatian sekolah sebab apa? Sebab parents kepada budak-budak ni adalah somebody. Anak lawyer, anak pensyarah bertitle Prof. Tahun 80-an jawatan-jawatan ni sangat besar dalam masyarakat. Dan dorang ni of course kaya-kaya. Rumah banglo semuanya.
Maksud aku kat sini, kalau kau ada kelebihan begitu, bolehlah kau nak mengadu. Kalau kau ditempat aku, B40, mak bapak cikgu and kerani sahaja, bukan siapa-siapa - sila telan je segala bentuk double standard dan ejekan orang pada kau. Fokus sajalah untuk belajar sampai pandai. Itu saja pilihan untuk kau.
Masa tu aku tak ada apa nak dibanggakan. Cantik? Tak. Kaya? Tak. Anak somebody? Jauh sekali. Yang aku ada cuma satu benda iaitu aku pandai sikit dari average. Sikit je lah. Tapi biasalah, bila kau ada banyak kekurangan, orang akan highlight kekurangan tu supaya kelebihan yang sikit tu orang tak nampak. Jadi kulit akulah yang jadi bahan.
Aku ni bukan setakat kena ejek warna kulit. Basikal aku orang ejek buruk. Beg sekolah orang ejek buruk. Kereta bapak aku pun orang ejek. Dah lali. Bayangkan dari Darjah 1 sampai Darjah 6 konsisten aku kena ejek hitam. Aku pun tak ingat macamana aku boleh bertahan and make dunno dengan semua tu selama 6 tahun. Tapi satu benda yang aku proud dengan diri sendiri, aku tamatkan Darjah 6 leaving behind two things. First, aku wakil Malaysia ke Fukuoka, Japan. Second, aku dapat TKC. Terasa diri ini Naomi Campbell yang sedang melangkah keluar dari sekolah rendah dengan penuh bergaya. Kahkahkah.
Orang pernah ejek baju raya aku. Dikatanya buruk. Masa tu aku terkejut juga. Sebab baju yang aku pakai tu baju raya.
“Apa ni datang rumah orang pakai baju buruk?”.
ZAPPPPP. Macam kena siat kulit aku dengar dia kata gitu.
Sedih? Tak juga. Lebih kepada terkejut. Aku macam terpikir eh betul ke baju aku ni buruk? At the same time aku terpikir, ohh patutlah aku jarang dapat invitation ke open house, maybe sebab aku “lain”. Vibe majlis tu nanti jadi kurang best kalau aku ada. Aku macam akan merosakkan seri majlis dengan baju yang tak up to standard. Elok-elok majlis tu kayangan, terus nampak macam majlis orang-orang awam bila aku ada.
Ada sorang kawan ni pakai baju shocking pink yang cantik sangat. Macam ofis attire. Aku masih boleh ingat baju dia. Cantik! Aku pun pujilah “Cantiknya baju!”
Dia reply “I pun suka this baju. Tepat-tepat RM100 harga dia”
Aku dengar macam…wow! Baju raya RM100? Form 3 tapi dah pakai baju harga RM100? Tahun 1992 baju RM100 tu mahal, ya! Aku at that age masih beli baju raya kat section longgok-longgok.
Tapi one thing, aku punya common sense tinggi. Sejak kejadian tu aku jadi faham kenapa ada orang kata baju aku buruk. She was right. Sebab apa aku kata dia betul?
Ok gini. Kawan-kawan aku ramai set-set T20. Baju-baju dorang cantik. Rumah dorang cantik. Mak bapak kaya berjawatan tinggi. Dorang diajar kalau pegi jalan bajunya ini. Pegi rumah orang bajunya ini. Pergi majlis bajunya ini. Pegi tusyen bajunya ini. Kebiasaan yang dah diajar oleh keluarga T20 dari kecil.
Yang aku, baju duduk rumah dengan baju aktiviti sukan petang dengan baju pi tusyen = sama. Baju jalan dengan baju raya dengan baju pi kenduri = sama. Umpama En Wan first time datang rumah aku tanya “Kenapa TV rumah awak kecil?” Haa, macam tu lah. It’s not dorang menghina aku. Tapi lifestyle berbeza.
Lama-lama aku makin faham dan cuba bertolak-ansur dengan ejekan dorang. Aku akui kekurangan aku dari segi penampilan memang out. Nak cantik macamana kalau skin care pun takde. Sedangkan dorang ni semua ada pi sekolah sipa pakai cologne. Maka aku terpaksa terima bila diejek buruk. Itu aku tak mampu nak ubah pada waktu tu. So takyah nak pikir sangat. Just work on apa yang aku boleh perbaiki, iaitu BELAJAR SAMPAI PANDAI. Ini saja yang aku mampu usahakan ketika tu.
Aku fikir, kalau nak keluar dari dilabel hitam dan buruk, aku kena equip diri dengan benda-benda lain. Jadi aku join debate, join pantun, syair, drawing, essay writing, public speaking. Semua aku sapu. Aku pergi semua pertandingan yang ada nama sekolah. Basically aku buat diri jadi “budak yang selalu wakil sekolah” instead of “budak hitam tu”.
Lama-lama, cikgu notice. Aku jadi aset. Pastu aku dilantik jadi pengawas. Then Form 5 aku masuk MPT. Masa tu cara orang pandang aku dah berubah sikit. Sebab aku ada sesuatu to offer. Ada lah juga yang masih buat lawak pasal kulit, tapi waktu tu aku dah tak ambil port. Sebab aku ada benda lain nak difikirkan. Projek sekolah, competition, role as pengawas. Bila busy dengan benda penting, benda remeh dah tak jadi kudis.
Lepas tu masuk universiti, lagilah aku tak kisah. Kalau tak ada kaitan dengan study and work, I have no time to entertain. Aku dah sampai tahap kalau apa kau cakap tak effect kerja atau masa depan aku, aku takkan simpan dalam kepala even 5 minit. Jalan terussssss.
Bila aku tengok balik, hidup aku ada tiga phase.
First phase, survival mode. Dari sekolah rendah sampai awal menengah, aku survive dengan buat-buat gelak bila orang ejek. Aku still berkawan, walaupun rasa isolated. Beauty and rich privilege ni wujud. Pernah satu hari tu cikgu minta wakil setiap group stay back lepas sekolah untuk collect item for group project. Ahli group aku assigned untuk untuk stay back sedangkan kitorang semua ada tusyen petang tu. Tapi aku yang disuruh tunggu. Padahal rumah aku paling jauh. Aku jadi lambat ke tusyen.
Yang cikgu tusyen pulak gi call Mak Aji bagitahu aku lambat masuk kelas petang tu. Bila Mak Aji marah, aku explain. Then Mak Aji kata "Yang kau bodoh pegi tunggu buat apa? Lain kali suruh semua orang tunggu sekali!"
Kalaulah mak aku tahu menjadi miskin dan buruk buatkan aku hilang kelebihan untuk fight for my rights, mesti dia takkan cakap macam tu. Tapi aku jawab "Diana dah pandai, masuk tusyen lambat sikit tak jadi apa". Wahhhh menjawab kau. Berani ya. Kahkahkah.
Pastu Mak Aji counter balik "Aku nak tengok SRP kau dapat berapa. Kau jangan banyak bunyik sangat". Lepas result SRP keluar, dia terpaksa hadiahkan aku Mountain Bike. Tu lah, tak caya lagi aku kata aku pandai. Kan dah kena beli mountain bike kat koperasi UKM. Adan uke.
Second phase hidup aku, was rebuilding mode. Aku start join banyak aktiviti and kumpul achievement. Aku rebuild diri sendiri. Create new identity baru. Aku nak orang lupa pasal kulit hitam. Aku nak ada new label. Budak debate. Budak pantun. Budak public speaking. Budak yang menang itu ini.
Third phase, thriving. Bila dah masuk universiti and kerja, aku makin realized, our life is very short untuk entertain semua orang. Kau kena selective dengan apa yang kau respond. Kalau tak ada value untuk future, just skip. Simple.
Orang yang suka kutuk tak semuanya kutuk sebab dia benci. Kadang-kadang dia insecure. Dia perlukan bahan untuk buat dia rasa above. Kulit aku cuma convenient target. That’s all. Bila aku mula nampak pattern ni, aku tak ambil hati lagi. Tapi don't get me wrong. The wound is still there. Sometimes bila dengar orang buat remark pasal warna kulit in general, especially kalau nada dia sama macam dulu, there’s still a little sting in my heart. Bezanya, benda tu tak control aku dah. Dulu, aku akan terkenang-kenang juga, now, pi mampus.
Orang lain mungkin lahir hidup senang, cantik ikut standard, but when life tests them, they don’t have the muscle to endure it. Aku, muscle tu terbina sejak sekolah rendah. And honestly, aku bersyukur. Because those insults indirectly shaped me into being ambitious. Kalau aku lahir dengan semua benda orang nak - ada rupa, ada duit, ada connection, maybe aku ber-rileks-rileks saja takkan push diri aku join debate, pantun, public speaking, semua tu. Maybe aku tak tahu aku ada talent tu.
Semakin umur aku meningkat ke 30-an and now 40-an, aku dah malas nak prove apa-apa pada sesiapa. Aku menulis sebab aku suka menulis. Kau baca ke, kau komen ke, I don't care. Aku buat untuk diri sendiri. So kalau kau tanya aku sekarang, “Sakit hati tak dulu kena ejek?”, yes, sakit. But that pain was my fuel. I took it all, burned it, and used it to power myself.