Pages

2025-08-21

Manusia memang secara semulajadi judge based on appearance first.


Kita mulakan dengan satu kenyataan yang paling jujur dan paling logik iaitu, manusia memang secara semulajadi judge based on appearance first.

Tak payah sembang “don’t judge a book by its cover” sangat, sebab semua orang judge by the cover dulu, baru flip page tengok dalam.

Otak kita memang wired macam tu. Dalam cognitive psychology, benda ni dipanggil thin slicing, iaitu kita buat judgement pantas berdasarkan visual dan selalunya, judgement tu terbentuk in a few first seconds kita tengok someone. So, bila orang tu kulit gelap especially dalam masyarakat kita yang secara sejarahnya masih sangat di-influenced by colonial mindset dan standard kecantikan media sosial, memang besar kau ak ko an kena judge. Dan kalau kau duduk dalam environment yang tak begitu open, chances untuk kena ejek, diperlekeh, atau jadi bahan gelak, adalah sangat tinggi.

Dulu masa sekolah orang ejek aku hitam, now takde orang ejek dah. Maybe now aku dah tak sehitam dulu, ataupun aku yang dah tak ambik port orang nak kata apa. Tapi point dia bukan kat warna kulit. Point dia adalah immaturity dan ketidakupayaan some people untuk lihat value dalam benda yang tak obvious di mata kasar.

Imagine ada orang tengok baby yang gelap sikit, terus judge. Dah kenapa kau? Baby kot. Baru setengah jam hidup kat dunia. Belum nampak matahari lagi. Hanya kerana baby tu tak ikut standard warna kulit yang “dibanggakan”, terus kena judge.

Actually ini bukan tentang baby. Ini tentang ego si peng-judge. Dia benaunya takut. Takut nanti orang lain fikir keturunan dia yang gelap. Takut orang kata cucu dia ikut dia. Jadi dia pre-empt, dia jadi orang pertama yang declare “cucu aku hitam sebab ikut menantu” just to protect herself from imagined shame. Halah halahhhh.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam situasi macam ni adalah projection. Maksudnya bila kau ada insecurities, tapi kau taknak acknowledge, so kau project kekurangan tu kat orang lain. Kau rasa tak cukup lawa, so kau buat orang lain rasa dia lagi tak lawa dari kau, supaya kau naik sikit. Kau takut orang kata anak kau tak cukup comel, so kau point out budak lain lagi tak comel. Kau takut suami kau tak hensem, so kau kata suami orang lain lagi buruk. Padahal, semua benda tu tak ubah apa-apa pun tapi to some people, being “better” dari orang lain (walaupun hanya dalam kepala dia sendiri) dah cukup buat dia rasa ok sikit.

Yang bestnya, orang yang confident dengan diri dia takkan sibuk nak comment kaler kulit orang lain. Sebab tak ada rasa perlu up kan diri dengan cara merendahkan orang. Sometimes kalau kau perasan, orang yang suka sangat komen kulit ni, dia bukan cantik pun, bijak jauh sekali, let alone berduit. Jenis ni cuma sedang struggle untuk rasa diri dia valuable dalam society yang sentiasa suruh kau compete siapa lebih cantik, lebih kurus, lebih cerah, lebih itu lebih ini.

Dalam banyak culture, termasuklah culture kita orang Melayu, kulit cerah selalunya orang kaitkan dengan status. Dulu-dulu, orang kaya duduk dalam rumah, tak kerja berat, tak terdedah dengan matahari, jadi kulit dia cerah. Orang miskin, kerja kat sawah, panas terik, kulit gelap. So automatically, cerah = kaya. Itu dulu. Tapi culture tu masih terbawa-bawa sampai sekarang. Ditambah pulak dengan influence media sosial yang sibuk nak jadi putih. Kulit putih diangkat as standard kecantikan.

Perasan tak, dari kecik kita tengok kartun, heroinnya semua kulit cerah. Cinderella, Snow White (nama pun dah white), Ariel, Belle. Even dalam drama Melayu pun, heroin mesti cerah. Yang gelap selalu jadi sidekick atau orang miskin. So tak heranlah kalau dari kecil sampai besar, kita macam dah dibrainwash untuk percaya cerah tu cantik, gelap tu tak. Bila otak dah absorb benda tu berpuluh tahun, memang susahlah nak ubah persepsi. Tapi bukan tak boleh ubah.

Masa kat TKC, ada dua nama Diana. Aku Dianawathy, sorang lagi Hanita Diana budak Penang. Kitorang bukan saja sekelas tapi duduk berdepan-depan. Kalau kat sekolah harian aku dulu dalam situasi ada dua orang nama Diana, nescaya dorang gelarkan aku “Diana Hitam” supaya ada beza dengan Diana lagi satu. Tapi kat TKC takde pulak orang gelarkan aku nama lain. Let alone nak ejek warna kulit. Why? Sebab environment matters.

Bila kau dikelilingi orang yang pandai, orang yang ada exposure, orang yang nilai kau based on siapa kau dan bukan warna kulit kau, benda-benda remeh macam ni tak naik kat surface pun. Tapi kalau letak kau kat tempat yang penuh manusia bangang, yang hidup dia asyik tak puas hati, benda kecik pun dia akan jadikan bahan. It’s not about your skin. It’s about their brain!

Aku tak tahulah sekarang camana. Zaman aku dulu kemasukan ke SBP pure ekstrak dari academic. Walaupun kat sana berkumpul orang kaya and miskin, takde sesiapa ejek pekerjaan mak bapak. Sebab semua tahu di sana berkumpulnya cream of the cream. Kita sekufu dari sudut itu. Walaupun dormmate aku anak Ketua Menteri Melaka. Classmate aku anak YB (Tan Sri). CS aku pun anak Tan Sri. Tapi tak berlaku ejek-mengejek bab rupa atau kedudukan. For the first time takde orang ejek warna kulit aku.

Aku banyak join En Wan dengan colleague-colleague dia. Apa yang aku observe, pattern orang-orang berjaya ni semuanya sama kat mana-mana. Contoh, dorang ada group MDRT and Star Clubbers. Ini group-group agen performer. Dorang ni saling empower each other. Dorang sama dorang check on each other sama ada kau dah layak dapat MDRT ke belum. Kalau belum, they push and encourage gila-gila. Takde de nak berdengki. You know why?

Sebab dorang nak kekalkan ahli dalam group tu. Bertambah takpe, tapi jangan berkurang. Maknanya yang performer sedia ada ni, kekalkan. Yang baru masuk, diraikan. Sebab dorang nak maintain momentum, network dan mindset. Sumpah aku cakap mindset top-top agent ni lain. Dorang ni semuanya educated. Lawyer, doctors, engineers…gila tak tipu! Sebab itulah dorang perform. Education matters! Berada dalam kelompok bijak ni lain tau. Positive peer pressure macam ni yang buat orang tak tergelincir.

Yang best, takde dengki-dengki. Bagi dorang, kalau semua maintain standard atau naik level, the whole group nampak strong. Momentum tu penting. Macam main bola. Kalau semua player fit and in form, team tu unstoppable. Lagi ramai performer, lagi power vibe group tu. Education memang bagi edge dari segi cara fikir, problem solving, dan discipline. That’s why mindset orang terpelajar jauh beza. Berada dalam circle bijak macam ni automatically upgrade kau punya standard. Macam phone update software. Kau tak sedar pun, tiba-tiba je phone kau operate on a higher level.

Masa Redza lahir dia gelap sikit. Ada je yang mengata kulit anak aku. Sebab bapaknya putih khennn. Sekali anak gelap. Mestilah puncanya aku. Padahal yang mengata tu anak dorang bukan putih pun. Tapi ye lah, nak merasa anak dia “better”, dia point out anak orang lain. And it’s so silly, sebab baby berubah. Kulit baby boleh berubah, bentuk muka boleh berubah. Tapi yang takkan berubah, adalah kebenakkan orang yang suka judge.

Actually orang yang suka kondem ni, kau boleh nampak dengan obvious hidup dia takde substance. Sebab tu dia sibuk dengan benda-benda tak penting. Dia tak mampu nak bercerita pasal sains, pasal sejarah, pasal ilmu. Dia tak mampu nak share wisdom, sebab dia tak ada benda tu. So dia compensate dengan apa yang dia ada, iaitu mulut. Dan dia guna mulut dia untuk petik benda yang paling senang nampak iaitu rupa.

Orang yang suka highlight kekurangan orang lain adalah orang yang takde apa sangat pada diri dia. Kalau dia betul hebat, tak perlu compare pun dengan orang lain. Dia shine dengan cara dia. Tapi sebab dia sendiri tahu dia tak cukup hebat, dia cuba kelihatan lebih hebat dengan cara menjatuhkan orang. Itu je modalnya.

Tapi macamana sekalipun, rupa dan penampilan tetap perkara pertama yang orang akan tengok. Jangan nafikan. Itu sebab Mak Aji pesan kat aku masa kecik dulu, “Kalau muka tak lawa, belajar biar pandai!” Sebab satu benda aku dah kurang, jadi aku kena compensate dengan benda lain. Kalau dua-dua takde - rupa takde, otak bengap - siaplah. Itu reality check, bukan kutuk. It’s what all mothers fear for their daughters. Sebab mak-mak tahu, dunia ni unfair. Kalau tak cantik, at least pandai. Kalau tak pandai, at least beradab. Kalau tak beradab, at least kaya. Kau mesti ada something. Kalau tak, kau akan jadi orang yang selalu dipandang rendah. Betul ke salah tu lain cerita, tapi itulah reality yang kita kena navigate.

Maybe now apa yang kita boleh buat adalah ubah culture tu sikit-sikit. Ubah dari cara kita respond. Bila orang ejek anak kita gelap, kita tak perlu argue pun. Just ajar anak kita yang gelap tak bermaksud tak cantik. Masa Redza sekolah rendah dulu pun dia gemuk. Ada je yang ejek dia. Masalahnya, yang ejek dia semuanya budak kelas belakang. Yang sama-sama kelas depan macam dia tak pernah kisah dia gemuk ke tak. Dorang fokus kat academic performance masing-masing.

Dulu kat sekolah rendah dia ada sorang kawan baik nama Ibrahim. Dari darjah 1 sampai 6 sekelas. Terpisah bila Redza ke Langkawi, Ibrahim ke Pasir Salak. Sama-sama MRSM. Now Redza di UK, Ibrahim di India buat medic. Masih berkawan sampai now.

Gemuk boleh kurus. Kulit gelap boleh cover dengan lighting, dengan filter. Tak cantik boleh cover dengan make up, dengan camera angle. Tapi hati busuk nak cover dengan apa? Kau tutup macam mana pun, bau busuk dia keluar jugak akhirnya.

Kat Malaysia je sibuk nak bandingkan kaler kulit. Kat negara luar yang kulit gelap is celebrated, respected, and admired. From Lupita Nyong’o to Naomi Campbell to Coco Gauff. Dalam dunia modeling, skin tone diversity makin diterima. Dalam dunia akademik, colour doesn’t matter. Dalam circle yang betul, character is currency, not complexion. Tapi tu lah, kena start somewhere. Dan starting point dia, adalah dengan berhenti merasa kita lebih baik dari orang lain hanya sebab kulit kita cerah dua shade.

So kepada sesiapa yang baru melalui benda ni, welcome to the club. Kau kena ingat. Kalau orang komen warna kulit kau, maksudnya dia takde modal lain nak komen. And that means you’re already winning in other aspects. Kau cantik. Kau pandai. Kau beradab. Kau baik. Kau berpengaruh. Kau popular. Mesti kau ada salah satu ni. Sebab kalau kau takde semua tu, dia takkan bazir masa komen pasal warna kulit pun.

Let them say what they want. Eventually, warna kulit boleh berubah (try Gloei now! Tiberrrrr), tapi perangai buruk dan insecure tetap melekat kat orang tu sampai mati. And remember. The world has more respect for people who glow from within. Even if they are glowing in dark skin.