Pages

2021-06-29

Boleh tak kita bercakap selari dengan tajuk yang dibincangkan?

Sembang dengan En Wan dalam kereta tadi.
Dia kata cukup menyampah bila someone cerita pasal kejayaan, mesti ada orang komen something like “Berjaya kat akhirat lebih penting”.
Atau, yang paling common sekali bila someone yang free hair bagi pendapat tentang sesuatu, nanti ada je orang komen “Aurat sendiri pun tak tutup, sibuk nak nasihat orang lain”.

Aku pun berbulu je dengan komen-komen macam ni.
Macam dah takde modal lain nak bash, ujung-ujung petik agama.
Tak boleh ke kita berbincang sesuai dengan topik?
Kat Malaysia ni yang aku perasan kalau kau nak bagi nasihat, yang pertama sekali kau kena pakai tudung (yang perempuanlah).
Kalau tak, nasihat kau tak valid walaupun apa yang kau cakap takde sentuh hal agama pun.
Contoh, nak bercakap tentang parenting, baik kau pakai tudung dulu baru nasihat kau terpakai.
Kalau tak, bersiap-sedialah - "Sebagai ibubapa benda basic kena buat. Kau sendiri tak ikut perintah Allah, lepas tu nak orang lain ikut tips kau".
Contohhhhhhh.

FINE. Dia tak bertudung (yet).
Tapi boleh tak kita bercakap selari dengan tajuk yang dibincangkan?
Mungkin itulah sebab penunggang agama makin bersepah kat Malaysia.
Bukan nak kata benda-benda agama ni tak penting.
Cuma, entahlah. Macam tak kena tempat.
Padahal apa yang si free hair tu cakap ada point.
Kenapa mesti nak kona lipat ke point yang tak relevan?

Lagi satu, komen yang ada elemen-elemen redha tetapi terselit unsur insecure di dalamnya.
Ni pun satu hal gak.
Contoh, di tengah-tengah keseronokan orang bersembang pasal keputusan exam anak-anak excellent, nanti dia mencelah “Saya masukkan anak-anak saya di tahfiz. Biarlah tak gah dengan A yang penting dia hafal Quran”.

Omigod parents, whyyyyy?
Kau dah pun memilih aliran untuk anak kau.
Be happy with apa yang kau percaya.
Be content with your own choice.
Tak perlu nak mention macam tu as if anak orang lain tak ke syurga, anak kau sorang je.
Aku punya pandangan pada orang-orang macam ni simple je.
Bila kau terpaksa say out loud yang pilihan kau adalah lebih baik, itu maksudnya kau sendiri tak yakin dengan pilihan kau.
Kau sebenarnya sedang memujuk hati sendiri yang your choice adalah tepat.
That’s why kau terpaksa emphasis bahawa pilihan kau lebih bagus.

Look. Apa pun pilihan yang kita dah buat, please yakin.
Teruskan. Be happy with your choice.
Ni tak, orang lain tengah happy-happy sembang hal anak masing-masing nak ke Uni, tetiba kau menyelit kat situ nak muhasabah.
The thing is, anak orang tu maybe bukan penghafal Quran, tapi boleh jadi anaknya tak tinggal sehari tanpa membaca Quran. Get it?

Orang-orang yang selalu mempersoalkan atau mengkritik orang lain punya positive choices ni sebenarnya nak sedapkan hati sendiri je.
They actually feel threatened dengan pilihan orang lain so they try to tear them down so they can feel safe where they are.
Hidup ni kan pilihan.
Seseorang ada hak untuk pilih jalan dan tujuan masa depan.
Tak bermakna anak dia tak masuk aliran agama, mereka jahil.
Misi mereka berbeza.
Misi kau nak jadikan anak kau huffaz. Masyallah, memang hebat.
Tetapi itu tak bermakna pilihan kau the best.
Pilihan itu terbaik untuk kau dan anak kau kerana misi korang is A.
Misi si anu is B.
Masing-masing dah buat pilihan, kenapa kita tak raikan pilihan masing-masing?

Sesetengah orang jadi bitter pula bila pilihan orang lain jadi pilihan majoriti.
Serta-merta dia rasa insecure seolah-olah pilihannya tidak dapat 'approval' maka dia perlu yakinkan semua pilihannya lebih baik.
Minta maaf, bukan itu caranya.

In life we must determine the vision of life for ourselves kerana menentukan visi membantu kita untuk memilih arah mana yang kita ambil dan arah jalan yang kita mahukan.
Pilihan yang kita buat sangat besar pengaruhnya terhadap energy diri sendiri.
Energy ni nanti yang akan buatkan kita kekal focus on the goal.
Jadi walaupun pilihan kita bukanlah pilihan majoriti, asalkan kita tahu misi kita apa, teruskan saja.
Jangan merasa bersalah.
Kalau merasa pilihan kita salah, ubah. Simple.


2021-06-25

Bos perempuan cerewet?

Post hari ni aku nak mulakan dengan share cerita 5 tahun lepas:

Ex-bos aku ni adalah bukti aku juga ‘kering hati’ bila berkerja.
Dia memang hard to please, but not hard to work with.
Orang macam ni dia keras dalam urusan kerja je.
Nak lembutkan hati dia senang - kerja kena meet expectations.
Kau nak buat kerja sambil layan FB ke, layan lagu ke, dia tak kisah asalkan sales hit, kerja siap, tip top.

Selalunya tugas men-top barang-barang pantry adalah kitorang.
Setiap bulan ada sorang di-assigned untuk beli barang pantry.
Tapi kalau one day dia masuk ofis dengan menjenjet plastik makanan, itu tandanya disaster bakal berlaku 😆.
Samada meeting drag sampai 11 malam, ataupun ada tender nak kena siapkan maka makanan yang dia bawak tu adalah bekal untuk kau makan dalam ofis - JANGAN KELUAR!
No reason untuk keluar sebab makanan semua dia dah siapkan.

She is hard to please.
Kau tak payah la nak ambik hati dia dengan memuji-muji.
Tak makannya dia.
Boss beginilah yang kebanyakan pekerja kata “bos perempuan cerewet”.
Padahal bukan cerewet, it’s purely work.
Kalau kau tak perform, kau puji dia melambung pun sia-sia, tetap appraisal kau teruk.

Aku pula suka dengan bos yang macam ni.
Yang kalau marah pun kerana kerja, bukan sebab lain.
Ex-bos aku masa kat Prudential jenis perangai bukit.
Jenis micromanage.
Kalau kau balik pukul 6pm sharp 3 berhari berturut-turut kau kena panggil.
Padahal 6pm dah habis waktu kerja.
Sebab dia anak dara tua, agaknya jaki orang lain ada life, dia takde.

Aku kena panggil sebab setiap hari balik 6pm.
Blur kejap aku apesal balik pukul 6pm tak boleh?
Dia kata aku tak komited macam orang lain.
Orang lain stay back aku tak.
Aku cakap aku tak tau pun wajib stayback.
Dia kata tak wajib tapi show some respect pada bos (dia la tu).
Selagi bos tak balik patutnya aku takleh balik. Apabenda sial? Padahak kerja aku takde backlogs.

Aku cakap it’s already 6pm, aku bukan duduk sebelah Prudential.
Rumah aku kat Subang Jaya.
Aku nak berjalan kaki ke stesen Dang Wangi tu satu hal.
Nak kejar LRT satu hal. Nak kejar komuter satu hal lagi.
Cara-cara balik 6pm pun sampai Subang 7.30pm.
Kau nak suruh aku sampai rumah pukul 9 malam ke camne?
Dah la esok pagi aku kena catch train 6.20am.
Kalau terlepas train ni konfem masuk lambat karang kau panggil aku lagi.
Imagine life aku masa kerja Prudential starts at 5.30am-7.30pm hanya untuk urusan kerja saja.
Meletihkan.
Balik rumah buat gitu-gini, paling lambat 11pm dah kena tido.
Nasib baik masa ni belum ada anak.

Masa di sana aku keguguran (first pregnancy).
Maybe stress, atau tak cukup rehat.
Aku MC 2 minggu. MC, ya. Bukan ponteng.
Punnnnn aku kena panggil.
Alasannya aku baru masuk kerja and she didn’t expect aku to mengandung.
Sumpah pelik.
Aku cakap apa kaitan kalau aku mengandung dengan kerja?
Berapa ramai staf yang dah kawen kat Prudential tu, memang semua tak mengandung ke?

Bos gini yang aku takleh tahan.
Dia mencari pasal kat bukan hal kerja.
Kalau bos terakhir aku tu lain.
Apa benda dia mengamuk pun pasti hal kerja, never hal personal.
Laptop ofis aku letak screensaver Leslie pun dia tak kisah.
Sorrylah aku memang tak reti nak micromanage macam ni.
Semua benda nak perati nak kelebet.
Banyak masa kau, ya?
Staff-staff aku memang aku biarkan dorang buat kerja sendiri.
Yang aku nak tahu - task kena submit on time, sales hit target, and production on track.
I’m happy.

Takde keje aku nak kelebet dia main FB ke, dengan lagu ke, apa ke.
Cuma disebabkan nature of bisnes is sales, jadi masing-masing kena faham.
Yang production kena tahu bila masa stok kena top up, bila masa kena check raw material.
Yang buat packing kena tahu Pos Laju kutip 2.30-3pm, jadi kalau nak makan pukul 11am ke, pukul 2pm ke, tak kisah.
Yang penting sebelum Pos Laju datang semua pakej dah siap, no pending delivery.
Yang grafik, I don’t care nak start kerja pukul berapa, janji task siap.
Jenis bos apa yang kelebet benda-benda kecik?
Tak letih ke benda kecik pun nak perati.

Oh sebut pasal wallpaper, ada sorang lagi bos perempuan masa aku di MOSTI.
Aku letak wallpaper gamba aku and En Wan dia marah.
Dia cakap tak patut letak gamba personal pada bukan harta kita.
Aku macam…? Ok takpelah, aku buang.
Walaupun benda tu tak menganggu kerja aku pun.
Maybe dia sakit mata sebab yes, she is anak dara tua. Jaki agaknya.

Bos aku arwah En Megat tu sikit tak kisah nampak gamba aku and En Wan kat wallpaper desktop, siap ajak sembang lagi kisah cinta aku.
This kind of bos tahu kerja-kerja di opis dah cukup menstresskan jadi tak payahlah merumitkan keadaan dengan mencari pasal perkara yang tak perlu.
Tapi aku hormatilah harta kerajaan, jadi aku buang gamba aku.
Aku gantikan dengan frame gamba letak gamba aku and En Wan.
Menjeling-jeling je dia tengok frame aku bila masuk cubicle aku.
Aku tunggu je dia sound. Nasib tak.
Kalau dia sound, aku nak cakap “Kawen je lah..tenat sangat dah nampaknya”.

Ada sorang lagi bos perempuan, dia ni pun tough kalau berkerja.
No-nonsense punya orang.
Tapi dia boleh gurau-gurau, makan sama, sembang pasal family.
Tapi bila masuk opis karakter bertukar.
Kat sinilah ramai orang silap.
Kebanyakan orang anggap bila kat luar kamceng dengan bos, makan sama, shopping sama, bercuti sama maka segalanya boleh kaw tim.
Bila kena marah, terus sentap.
Habis dijajanya rahsia orang tu.
Apa yang disembang di luar waktu kerja dicanangnya habis-habis.
Tapi part dia kerja tak betul dia tak cerita pulak.

Conversation aku dengan bos MJA.
Aku tanya dia if aku ‘keras’ bila berkerja.
Sebab aku handle program Halal and Food Safety di MJA, so dia ‘letakkan’ dua staff dia bawah aku.
Senang kalau aku nak mintak buat task apa-apa, tak perlu melalui dia.
Memandangkan aku tahu perangai aku bila berkerja, jadi aku tanya dari pandangan dia aku ni macamana.
Bukan apa, kalau teruk sangat boleh aku adjust, karang lari pula staff dia.

“Perempuan..”

To be honest sepanjang aku berkerja be it semasa makan gaji dan menggajikan orang, perempuan SELALUNYA tak ngam bila bos dia juga perempuan.
Because some perempuan anggap bila perempuan sama perempuan perlu lebih memahami.
Ya, betul. Itulah kelebihan bila berbos-kan perempuan.
Tapi kita jangan ambil kesempatan.
Hal kerja is kerja.
Kalau nak dia bertolak-ansur hal peribadi, boleh.
Tapi kalau sampai hal kerja huru-hara, that’s not good.
As pekerja kita pun kena memahami kedudukan bos dalam bisnes.
Kalau dia buat charity maybe dia tak kisah kau buat kerja ke tak.
But she is running a business here.
Karang bisnes takleh sustain kau jugak yang takde gaji.

Kadang bukan hanya bos perempuan, dalam berkawan pun yang saling berdengki pun perempuan juga.
Especially kalau work together.
Some perempuan bila berkerjasama, bukannya outcome of the projek yang dipikirkan tapi siapa yang lebih outstanding di antara mereka.
Kerja tak siap lagi ni, masing-masing dah sibuk nak menang antara satu sama lain.

Idea siapa paling diguna pakai.
Siapa yang paling menonjol.
Siapa paling dapat perhatian.
Siapa lebih bijak.

OMG! Fokus girls, fokusssss.
Kita ni dalam team.
Utamakan keberhasilan projek, bukan siapa nak menang siapa.
Lagi satu bila dah rapat kemudian berkerja pula satu group, payah.
Payah nak bagi arahan, payah nak perbetulkan salah, payah nak tolak cadangan, payah nak assign task sebab bukan semua orang faham konsep THIS IS PURELY WORK.
Nak bertekak biar hal kerja saja.
Jangan drag perkara-perkara di luar hal kerja.

Aku rindu sebenarnya nak ada team macam ex-bos aku tu.
Dia hard dalam urusan kerja tapi itulah punca aku banyak belajar and bisnes dia pun make millions easy peasy.
Kerana cara kerjanya.
Aku suka berkerja dengan orang yang strict macam tu supaya aku fokus and less procrastinate.
Walaupun dia sarcastik, dan a bit harsh, semuanya atas urusan kerja.
Sesekali kena bambu bagus juga.
Sesekali kena lempar sales report kat mula pun bagus.
Barulah ada improvement.
Kalau asal kena marah ssyik nak sentap je, tak letih ke.
Sesekali tengoklah diri, mana tahu memang kita perlukan improvement.

Ada competitor macam ex-bos aku ni best.
Dia call tanya khabar, bagi advise, bagi tunjuk ajar.
Bayangkan kau dapat guide dari competitor?
Another level of competition!


2021-06-23

I have no time for race.


Perkara 1



Itu tadi Rayyan punya video untuk submit ke kelas Public Speaking dia.
Kemain menggeliat lagi dia nak menyampaikan speeh.
Ok, bukan tentang isi public speaking yang aku nak cerita tapi penglibatan anak pendidikan.


Perkara 2

 

Itu tadi video aku mengajar Rayyan mengaji di rumah.
Rayyan belajar secara formal di sekolah KAFA, di rumah saja-saja je mengaji dengan aku.
Kalau tengok 2 video ni obviously nampak yang Rayyan lebih lancar dalam video pertama.
Aku tahu mesti ada yang menggelitat nak tanya aku soalan "Kenapa Rayyan tak lancar membaca Quran tapi kalau bercakap english lancar?"


Perkara 3

Seorang ibu mengadu dia sangat stress dengan PDPR sebab nak catch up dengan speed guru and murid-murid sedangkan anak dia tak begitu.
Dia kepenatan nak uruskan anak, rumah at the same time bekerja.

Aku takde tips atau nasihat nak bagi sebab aku pun sama macam semua orang - ada anak yang PDPR, ada kerja ofis nak dibuat, ada study yang perlu dihabiskan, ada exam around the corner, ada staff untuk disemak task setiap hari, ada rumahtangga untuk diurus, ada mak mertua untuk dijaga.
Aku takde tips. 
Setakat nak pendengar keluh-kesah orang tu bolehlah. 

Apa yang aku perhatikan, kebanyakan parents stress bukan kerana kelas atau jadual anak-anak, tetapi COMPETITION di kalangan ibubapa dalam menguruskan anak-anak. 
Anak orang lain dah submit homework, anak kita belum. 
Anak orang lain 10 minit awal dah terpacak depan komputer, anak kita baru nak mandi. 
Anak orang lain punya lukisan lebih cantik. 
Anak orang lain punya karangan lebih best. 
Nampak pulak tulisan anak orang lain kemas. 
And the list goes on... 

Salah satu punca stress adalah bila kita nak bertanding. 
Aku tak cakap semua parents begini, tapi ada. 

Look, anak-anak PDPR bukan baru. 
Dari tahun lepas lagi kita dah start dengan norma baru. 
Jadual PDPR yang baru ni pun kita dah start since cycle PKP yang kedua, last year. 
Sepatutnya kita dah boleh get used dengan 'rentak' ni. 

Dalam pembelajaran Rayyan, aku ambil konsep - perbaiki kekurangannya DAN polish kelebihannya.
Apa yang aku boleh kontrol, aku cuba kontrol. 
Yang tak boleh, aku let go. 

Contoh, exam UPKK tak lama lagi. 
Aku and En Wan dah sepakat dari awal lagi we are not going to bebankan Rayyan dengan latih tubi UPKK sebab dia ada limitation di situ. 
Walau bagaimanapun kelas KAFA tetap kena masuk. Tak boleh culas.

Rayyan susah nak baca Jawi sebab masalah pada titik (disleksia). 
Dia boleh membaca Jawi, tapi slow. 
Disebabkan itu dia pasti ada masalah dengan exam nanti sebab semua soalan dalam Jawi. 
Dia nak membaca soalan pun makan masa, jadi we decided untuk ambil yang penting, contohnya mengaji. 
Dia mesti tahu mengaji. 
Tak kisahlah dia mengaji tak selaju macam orang lain, asalkan dia kenal huruf dan boleh mengaji. 
Itu yang penting. 
Aku tak mengharapkan dia mengaji laju macam aku sebab aku tahu he is struggling nak meng-identify-kan titik-titik pada huruf tu. Membaca Jawi, dia boleh tapi tersekat-sekat sebab masalah yang sama - titik. 
Tapi dia boleh, cuma tak laju. I'm fine with that. 

Tapi Rayyan ada kelebihan - english. 
Cikgu-cikgu dia amaze dengan penguasaan English and accent dia. 
Dari zaman blaja Kumon lagi cikgu dah highlite kelebihan dia di situ. 
Dan nampaknya dia did a good job dalam public speaking. 
Jadi, kelebihan itu yang kita polish. 

Sekali pandang nampak macam aku lebihkan ilmu dunia berbanding akhirat. 
But let me tell you this - I don't care apa orang nak cakap kerana kita tahu kekuatan dan kekangan anak-anak kita di mana. 
Yang kuat, aku polish bagi lebih cantik. 
Yang tak kuat, kita perbaiki mana yang boleh. 

Macam Rayyan, aku tak target dia dapat straight As pun dalam UPKK, aku harap dia lulus sahaja sebab aku tahu dia kekangan di situ. 
Tak adil untuk aku paksa dia jadi macam Redza straight As UPKK. 
Even Redza pun kitorang tak pernah paksa dia join public speaking, atau piano class, atau story telling - sebab his strength bukan di situ. 
Dah pernah try, tapi tak boleh pegi. 
Dia tak minat, jadi kitorang tak paksa. 

Masa Redza sekolah rendah dulu, bila cikgu highlite this student wakil sekolah story telling, that student wakil public speaking - aku and En Wan raikan saja anak-anak orang. 
Takde rasa "Bestnya..budak-budak ni pandai public speaking, wakil sekolah". NEVER. 
Bila kita tahu priority kita di mana, insyallah less stress. 

Aku punya style, homework Rayyan tetap kena submit, tapi aku tak ikut time. 
Mana yang dia tahu, dia buat and submit. 
Mana yang dia tak faham, kau tunggu sampai mak bapak kau habis kerja, malam-malam karang kita buat sama-sama baru submit. 
Aku tak kuasa nak rebut-rebut siapa submit dulu, siapa submit lambat. 
I have no time for race. 
Kadang-kadang aku terpikir orang yang asyik nak compete dengan anak orang lain ni sampai stress-stress, memang itu je ke achievement paling hebat kau boleh buat? 

To be fair, check and balance itu perlu. 
Bila anak-anak orang lain do better than anak-anak kita, at least it jadi guideline samada anak-anak kita "on the track". 
Aku agree dengan ni. 
However, jadikan itu GUIDELINE, bukan STANDARD/PIAWAI

Contoh: 
Student A submit homework selepas 1 jam google meet. 
Student B submit homework hari yang sama, waktu malam. 
Student C submit homework esok hari. 

Guideline-nya - HOMEWORK KENA SUBMIT. 
Hantar homework 1 jam selepas google meet atau tidak itu cerita lain. 
 To care DEEPLY about whether I am doing a good job raising my kids - this is not me. 
Let alone nak pastikan anak aku submit semua homework sejam selepas kelas. 
Like I said, mana yang kau boleh buat, buat. 
Yang tak faham, tunggu aku habis kerja. 
Kalau perlu, aku akan mesej cikgu untuk bagi ruang anak aku submit lambat. 
Cikgu ok, dia faham. Semua cikgu faham. 
Yang pasti, submit homework dalam keadaan dia faham apa yang dia buat, bukan semata-mata hantar sebab nak jadi yang terawal hantar. 

To make things even more complicated, parents sekarang suka meletakkan benchmark what it means to be a “good” parent. 
Si anu cakap tak straight As pun takpe, asalkan akhlak baik. 
Si polan cakap tak pandai English pun takpe, yang penting faham bahasa Quran. 
Si hamlau tu pulak cakap tak skolah tinggi pun takpe, asalkan kenang jasa ibubapa. 
Kalau anak-anak kau seperti ni, maknanya kau good parent. 

Hoih! 
Yang tak straight As tapi berakhlak tu anak kau. 
Anak orang lain straight As DAN berakhlak. 

Yang tak pandai English tu anak kau, anak orang lain pandai English DAN tetap belajar bahasa Arab.

Yang tak sekolah tinggi tapi kenang jasa orang tua tu anak kau, anak orang lain belajar tinggi DAN hormat orang tua. 

Tak, aku tak suruh anak-anak kita tapau semua, cuma aku bingit dengan terms "good parent" yang macam tu. 
Yang sebenarnya those yang cakap macam tu lah yang sangat suka compete each other. 
Tak boleh tengok orang lain lebih dari anak dia. 
Bila anak dia takleh catchup, dia start buat terms "good parent" ikut kepala otak dia. 

Redza time nak ambik PT3 dulu, seluruh family aku and En Wan target Redza dapat straight As. 
Tapi kitorang tak. 
Bukan tak mahu dia go for straight As, tapi sepanjang Form 1 hingga Form 3, dia punya pointer tak pernah 4.0 pun. 
Range CGPA dia sekitar 3.6-3.7. 
Dari situ dah boleh bajet maybe boleh dapat sekitar 7A-8A sahaja. 
Dan sepanjang exam kitorang nampak, yang dia kerap dapat B adalah Sejarah and RBT. 
So aku agak dia tak berapa minat 2 subjek ni. 
B pun bukanlah teruk. 
B menunjukkan dia faham tetapi belum cemerlang. 
So kitorang memang bagitau dia, go for 7As, tetapi sains and maths wajib A. 
Bukan apa, kau MRSM kot. 
Nama pun maktab SAINS. 
Kalau masuk maktab sains tapi sains tak A, tak berbaloi. 
Bila result dia 7As, ok, we are happy sebab itu menunjukkan dia konsisten sepanjang Form 1-3. 
Kami tetap happy. 
Sorry I don't have time to compete dengan parents lain anak siapa paling bijak.
Zaman skolah dulu kau tak nak blaja pandai-pandai, lepas tu sekarang jadikan anak bahan untuk kau bertanding dengan orang lain pulak. Pang kangg.

Please guys, kita ada banyak benda nak dibuat dan nak dipikirkan selain dari siapa parenting lebih baik or anak siapa lebih bagus. 
Competitive parenting puts tremendous pressure on kids. 
Bila kita too competitive seolah-olah kita bagitau anak "Kau kena capai this and this in order to prove that I’m a good parent". 
Boleh imagine tak betapa besarnya beban yang ditanggung oleh anak? 

Tapi terpulanglah pada masing-masing, it's your choice. 
Aku cuma share cara aku saja. 
Cara aku bukan the best untuk semua orang, hanya best untuk keluarga aku saja. 
Kalau rasa boleh pakai, pakai.
Kalau nak pakai cara sendiri pun takde hal.
Aku selesa dengan cara aku. 
I don't care what people say about my cara.
Kerana anak-anak tidak dibentuk hanya oleh kita, but also by their own choices and experiences.


2021-06-22

Mok sakit

Aku tak bagitau pun mok mertua aku jatuh, kan?
Tapi disebabkan En Wan ada update kat FB dia, maka ramailah yang bertanya aku khabar mok.

Mok ok, alhamdulillah.
Kejadian berlaku Selasa lepas.
Aku and En Wan ke Jaya Grocer, petang.
Dia kat rumah dengan budak-budak.
Dia kat dapur tengah bergayut dengan cucu dia call.
Redza pun kat dapur tengah makan.
Redza kata tiba-tiba je kerusi nenek terbalik.
Konfius kejap aku. Dah macamana tengah duduk tetiba jatuh?

Setelah mengkaji, aku rasa dia tak sedar dia tertolak kerusi tu kebelakang masa tengah duduk sedap bergayut kat phone tu, lantas kerusi terbalik.
Mok ni kalau duduk kat kerusi dapur tu dia tarik sikitttt je kerusi.
Pastu dia duduk.
Agaknya tengah sedap-sedap bersembang dia tolak kerusi tu dengan kaki nak adjust kedudukan pastu terbalik.

Masa kitorang sampai rumah, dia dah ada kat hall tengah baring.
Dia kata jatuh and takleh nak melangkah. Redza papah ke depan.
Mok taknak ke hospital.
Biasalah, takut kena masuk wad.
Esoknya panggil orang mengurut.
Lusa pun panggil orang lagi. Dua-dua orang berbeza.
Masing-masing kata urat mok kat area jatuh tu tegang sikit.
Tapi takde patah, retak atau beralih tempat ke apa ke.
Cuma biasalah bila dah tua ni healing process lambat.
Dia dah 82, jatuh terhentak memang berasa sangatlah.
Nak hilang sengal pun ambil masa.

Setakat ni mok dah boleh berjalan menggunakan folding tongkat berkaki empat.
Bolehlah gerak sendiri dalam rumah.
Hari pertama kena tu memang dia baring sepanjang hari kat atas.
Duduk je dalam bilik atas katil.
Aku rasa kalau aku takde dalam rumah tu, forever mok tido dalam bilik tak turun-turun sebab anaknya kan jenis yang taat sikit.
Apa mok dia cakap dia ikut je.

Aku jenis takleh.
Aku cakap kalau mok baring terus-terus gini esok-esok terus jem tulang belulang, elok-elok boleh bergerak terus kejung.
Aku pujuk mok turun.
Aku suruh En Wan bawak mok ke bawah setiap pagi. Nanti petang baru naik.
Biar kat bawah, ada cahaya, ada udara segar, luas sikit pandangan mata daripada terperuk dalam bilik.
Aku paksa mok makan ikut time.
Bukan apa, makan ikut time makan ni perlu especially untuk healing.
Badan kita ni ada time-timenya dia bekerja dengan optimum, jadi pastikan badan ada 'minyak' yang cukup untuk bekerja.
Kalau tak, lagi lambat proses penyembuhan.

En Wan dukung mok pagi-pagi turun bawah terus ke meja makan.
Aku buatkan teh O, siapkan breakfast.
Dah settle, En Wan dukung semula mok ke depan, bukakkan TV and dia terus ke ofis.
Aku take over jaga mok kat rumah.

Sepanjang pemerhatian aku di rumah, mok taknak makan taknak minum.
Setiap 1 jam aku tanya mok nak air? Nak teh O panas? Nak makan?
Bersilat kat dapur masak masakan yang mok boleh makan.
Tapi mok mengelak makan and minum.
Dia takut nanti nak ke tandas susah.
Bila En Wan balik, aku suruh dia pi cari tongkat kaki empat tu.
Aku syak mok taknak makan and minum sebab dia segan dengan aku.
Maybe juga dia takut kalau makan mesti nak ke tandas nanti menyusahkan aku pulak.
Kalau ada tongkat maybe dia boleh gerak sendiri.

Eh betul pun sangkaan aku.
Bila mok dapat tongkat, barulah dia nak bergerak.
Elok je ha ke dapur ambil makanan and buat air sendiri.
Aku cakap kat En Wan “Kan betul saya cakap? Mok bukan tak boleh bergerak, tapi dia chose untuk tak nak bergerak sebab tak nak susahkan sesiapa. Dia bukan tak nak makan tapi dia takut nanti nak ke tandas terpaksa harapkan kita”.
Nasib baik dapat bini bijak tau! *libas rambut*

Tapi tu lah, dia dah biasa bergerak laju, bila sekarang bergerak dengan tongkat, hari-hari mengeluh. “Sampai bila nak bertongkat”, “Kenapa sakit tak hilang”…..yada yada yada.

Aku ni karang kalau cakap, tajam.
Yang tak biasa, konfem kecik hati.
Lalu aku sampaikan kat En Wan.
Aku bagitau mok tu sebenarnya tidaklah sakit sangat seperti yang dia kata.
Hari tu pun tukang urut cakap urat mok tip top.
Dari pandangan mata aku sendiri pun aku rasa mak ok sebab mok boleh duduk bersimpuh, masih boleh duduk bersila, duduk antara dua sujud pun boleh, meniarap menelentang mengiring semua boleh.
Bangun tido, bangun dari duduk, semua boleh.
Lagi teruk keadaan aku masa lepas bersalin dulu.
Dari tido terlentang nak mengiring boleh keluar air mata!
Jangan cerita lah nak bangkit dari tido, kena gohed gostan 2-3 kali baru dapat bangkit. Berpeluh.

Aku bagitau En Wan mok ni lebih kepada ‘sakit’ kesan psikologi.
Disebabkan dia biasa gerak laju, bila seminggu kena gerak slow dia jadi frustrated dan kerap mengeluh.
Mok dah 82, dah tentu healing lambat. Perlu ambil masa.
Pelan-pelanlah, jangan nak laju-laju sangat.
Betul cakap orang, bila kita pikir sakit, memang sakitlah kita dapat.
Bila pikir sihat, sihat yang datang.
In mok case, aku takleh nak cakap lebih-lebih, serahkan pada anak beliau.
Kalau Mak Aji lainlah, boleh aku cakap direct je.
Aku harap dalam sebulan mok akan nampak perubahan yang lebih besar.
Now ni pun dah makin ok boleh turun naik tangga sendiri.

Dulu masa arwah nenek dah start sakit-sakit kaki, dia asyik nak duduk je.
Lepas tu lebih banyak berdiam.
Makcik-makcik aku belikan tongkat kaki empat tu supaya nenek boleh gerak.
And they encouraged arwah nenek untuk berjalan sikit-sikit, jangan asyik duduk saja.
Tapi kalau orang lain tengok nampak macam kita memaksa.
Actually bukan memaksa.
Masa arwah nenek masuk hospital pun dokter pesan kena biasa-biasakan bergerak, kalau tak boleh bergerak kena rajin urut-urutkan supaya urat-urat, sendi-sendi tak jem.

Bercakap pun sama.
Memang some orang tua bila dah tua-tua ni dia jarang nak bercakap. Kena paksa.
Kalau taknak bercakap, bagikan tasbih, suruh zikir.
Jangan biar dia senyap.
In fact, uncle aku calkap (he's a doctor), kalau bedridden sekalipun kita kena pusing-pusingkan badan pesakit. Biar gerak.
Maksudnya, bergerak itu perlu.
Kalau ikut En Wan, dia melayan je kehendak mok nak baring sepanjang hari.
Alasannya, kesian.
Aku cakap, bukan itu caranya kalau kesian kat orang tua.
Baik letakkan kat rumah orang tua je gitu.

Bila sesekali mok mengeluh, aku berulang-kali bagitau "Mok dah 82, memang lambat sikit nak baik. Kalau ada luka pun lambat baik. Itu biasa, sebab badan dah tua. Tulang urat mok semua dah tua. Kena banyak sabar. Anggap je ini Tuhan bagi mok berehat".

Asal aku masuk dapur je nanti dia laung dari depan "Diana masak ke? Mok duduk saja ni tak dapat tolong".

Aku rasa dia susah hati takut dia membebankan.
Aku cakap mok duduk je tengok TV.
Bukannya aku nak masak kenduri.
Masak untuk makan-makan sefamily je.
Selama ni pun aku masak sorang juga.
Tapi dulu dia tolong kacau-kacau lauk and basuh-basuh kuali.
Jadi mungkin dia tak terasa segan nak makan sebab dia pun membantu.
Tapi kan, aku rasa mok sebenarnya risau aku buang barang-barang yang dia simpan. Hahaha.

Sejak mok tak dapat berjalan laju ni, dah hampir clear barang-barang kat dapur aku humban.
Ni pun kejap lagi aku nak buang blender and toaster aku.
Rupanya blender and toaster aku yang rosak dia tak buang!
Dia simpan. Untuk apa aku tak tahu.
Dalam fridge aku sekarang dah takde lansung left over food melebihi 2 hari.
Yang mok simpan dulu-dulu aku dah buang habis.
Now yang tinggal hanyalah yang fresh, yang aku baru masak 2 hari lepas.
Kalau aku larat, aku ratah.
Kalau tak, selepas 2 hari terus buang.
Takde de aku nak simpan-simpan. Clear wehh fridge aku.

Baju-baju pun sama.
En Wan ambik alih membasuh and menyidai baju.
Aku pesan baju semua lepas angkat terus bawak naik ke bilik dengan hanger-hanger.
Jangan peruk dalam bakul baju.
Dulu mok lepas angkat baju dia masukkan dalam bakul.
Esok baru dia melipat.
That's why baju-baju semua kena gosok sebab renyuk.
Now, aku terus angkat and lipat. Settle.
Sikit tak payah gosok.
Terang bilik bawah tu takde baju menambun untuk digosok dah.

Hari Ahad lepas aku mintak En Wan potongkan rumput kat area 'kebun sayur' mok.
Kau tau apa?
Dia larat bangun semata-mata nak duduk kat tepi pintu nak tengok anak dia potong rumput!
Takut nau dia kitorang cantas pokok dia.
Aku cakap kat En Wan "See? Mok tu sakit kerana psikologi dia je".
Agaknya kalau aku cakap "Mok, jom kita balik Tganu", konfem dia gagahkan diri bergerak.

Bila situasi macam ni berlaku, aku teringat dulu masa arwah ayah baru meninggal, mok sorang di kampung.
Kak Long cakap "Takpelah, adik-adik semua ada kerja, biar Kak Long tengok mok di kampung. Toksah risaulah".
Fast forward 18 tahun, rupanya aku yang jaga mok sekarang.
Ditakdirkan mok duduk dengan anak and menantu.
Ditakdirkan mok sakit dan menantu yang jaga sebab anak beliau kena pi opis sebab takde orang nak buat packing sebab staff semua work from home.
Itulah jalan takdir Allah.
Kita tak tahu siapa yang akan jaga kita bila dah tua.
Bukannya takde anak-anak lain yang nak jaga tapi keadaan sekarang membuatkan mok takde pilihan selain dijaga oleh menantu hantu.
Mujurlah mok bukan mak mertua Nyonya Mansur.
Jadi menantu pun seronok nak jaga mak.
Mana-mana mak mertua yang kerjanya nak mencari salah menantu tu, berpatut-padanlah sikit ya.
Jangan galak sangat, esok lusa sakit entah-entah menantu yang jaga.
Kena racun ngan menantu baru tau.

Apa-apa pun, mohon doakan mok kembali segar, ya.
Kesian pulak aku tengok dia macam bosan je takleh gerak.


2021-06-17

Aku takkan ambil someone berdasarkan academic qualification semata-mata.

Saw this yesterday.
Yes, I know, sangat dissapointed bila belajar bagus-bagus untuk dapat peluang belajar ke luar negara, ambil course orang bijak-bijak, balik untuk dapat gaji RM1900.
Yes, aku tahu macam tak berbaloi.
Of course la kan, title engineer, lulusan luar negara with 3rd language, tapi gaji macam apo..?

En Wan lulusan Jepun juga.
Belajar bahasa di UTM 2 tahun, diploma di Fukuoka dan sambung Bachelor di Nagaoka.
Dari pandangan mata budak belajar local macam aku ni, budak-budak yang belajar overseas confirm balik bergaji besar.
Tapi rupanya tak semua bernasib baik.

Tahun 2001, En Wan balik dari Jepun terus lapor diri di kilang Jepun di Shah Alam.
Takde interview apa-apa pun, terus lapor diri je. Nasibnya baik.
Tak macam aku perlu lalui interview sana sini, belum tentu dapat.
Actually interview En Wan dah dibuat di Jepun, semasa dia final year.
Maknanya dia dah secure tempat kerja sebelum grad.
Itulah satu kelebihannya budak Jepun.
Balik-balik Malaysia kerja dah menunggu. Takyah kalut nak interview dah.

Waktu tu gaji dia RM2500.
Pada aku, agak besar jugalah sebab masa tu aku masih gaji RM1400 sebagai Research Assistant.
Dan kawan-kawan sebaya yang grad local, gaji engineer rata-rata sekitar RM1800 waktu tu.
So aku mengandaikan itulah kelebihan budak belajar luar negara.
Ye lah, dorang belajar pandai, berkorban duduk jauh dari mak bapak, tak dapat balik cuti selalu, tak dapat balik raya, belajar dengan 3rd language pulak tu.
Maka kalau mereka-mereka ni dapat gaji besar, memang patut.

Tapi dari sudut pandang En Wan sebagai engineer graduate Jepun, nasihat dia kalau nak gaji besar jangan masuk kilang.
Dalam kilang Jepun, kelebihan graduate Jepun adalah bahasa Jepun, supaya kau boleh berkomunikasi dengan stakeholder di Jepun.
Nak hantar pi training pun senang.
But skill-wise, you still have to buktikan dulu.
Tak bermaksud belajar luar negara skill kau lebih baik.
Nak fight for gaji, kena upgrade diri.

En Wan banyak ambil courses sepanjang dia jadi engineer.
Itu antara investment dia untuk fight for gaji.
And he did get quite a handsome pay.
Tapi dah nama pun investment, jangan ceritalah how busy-nya dia masa jadi engineer.
Maybe kerana dia telah banyak invest pada skill and knowledge, aku kadang-kadang terasa macam laki aku sorang je ke engineer dalam kilang tu?
Apa taknya, pukul 10 malam mesin jem, laki aku kena masuk.
Tengah tido pukul 12 malam, orang call mesin ada masalah. Dia masuk.
Balik rumah pukul 3 pagi, esok pukul 8am dah masuk kerja macam biasa.
Serbuk chemical yang diproduce tak meet quality, dia jugak yang kena inspect kat mana silap formulanya.
Eh, berbulu je aku.
Nasib baik aku pun bekerja jadi takdelah rasa bosan kejap-kejap laki aku takde kat rumah.
Kalau aku stay at home sepanjang hari, mau baran jugak aku agaknya.

Masa aku kerja di MOSTI, gaji aku RM1400.
Orang kata kerja kerajaan gaji memang rendah sikit tapi benefit banyak. Ok, aku follow.

Then aku kerja di Prudenial HQ as Medical Underwriter, gaji RM1800.
Terasa wow la jugak sebab ada increase dari job yang terdahulu.
Kat sini biotech tak banyak digunakan, tapi biomedicine.
Aku banyak join training di sini.
Banyak belajar new benda.
Letih, tapi berbaloi la dengan gaji yang agak tinggi tu.

Then join Biotech company.
Ok kat sini berguna sungguh rasanya ambik course Biotech.
Sebab knowledge dipakai, skill dalam lab pun sesekali dipakai.
Tapi gaji permulaan RM1600. Kurang RM200 dari gaji sebelumnya.
Aku tak tolak.
Aku terima je sebab aku tahu aku boleh gain more dalam komisyen.
Kena kerja keras sikitlah.
4 tahun aku di sini, banyak course aku ambil, banyak training aku pergi, banyak workshop aku conduct.

Yang paling best adalah company ke-4.
Disebabkan skill, experience and knowledge di company ke-3 tu, aku ke company ke-4 kerana aku 'dibeli'.
Bukan kerana aku apply.
Bermakna kerja-kerja aku diperhatikan seseorang.
Gaji aku jump 2K.
Masa ni basic gaji aku dah sama dengan gaji En Wan yang engineer grad overseas tu.

Bukan nak perlekehkan dia atau sesiapa.
Cuma aku nak highlite di sini, if you want to fight for gaji, bukan dari segi dari universiti mana kau graduate.
Sebagai fresh grad, masuklah kerja dulu.
Ambil pengalaman.
Bukan 100% ilmu di universiti tu diapply semasa kerja jadi jangan mendongak langit sangat demand gaji tinggi sedangkan pengalaman kerja zero.

Di company ke-3 and ke-4, memang dorang perlukan budak background Biotech tetapi itu sekadar memudahkan kerja.
Padahal tak guna 100% pun knowledge tu.
80% dari rutin aku adalah buat sales and marketing yang lansung TAK DIAJAR dalam course Biotech.
Sales and marketing adalah satu skill yang aku belajar melalui pengalaman, pemerhatian dan additional certificate.
Investment inilah yang buatkan gaji aku akhirnya satu level dengan En Wan.
Tapi tajuk profession aku tak glamour lah.
Kalau orang tanya En Wan "Kau kerja apa?"

"Engineer".
Kan sedap bunyiknya tu.
Nampak bijak dan bergaji besar.

Kalau tanya aku?

"Saya kerja sales"
Nampak macam SPM Gred 3, kan?

Sekarang aku adalah seorang majikan.
Dari sudut pandang seorang majikan, aku takkan ambil someone berdasarkan academic qualification semata-mata.
Sebagai orang yang buat bisnes, aku ambil pekerja berdasarkan knowledge and skill.
Fresh grad skill memang belum banyak tapi mustahillah teruk sangat, kan.

Contoh, food technologist.
Sebagai fresh grad, aku tak expect dia mesti tahu develop new recipes, atau modify existing recipes, atau cipta new food concepts.
Tak payah. Itu aku boleh buatkan.
Yang penting dia mesti tahu tentang the science of food.
Tak payah semua, tapi janganlah sampai tak tahu lansung.
 
Dari segi ilmu, dia mesti good at maths, science and technology.
Dan juga suka membaca sebab banyak reading nak kena buat.
Dari segi attitude, dia mesti someone yang enjoy scientific activities sebab nak duduk dalam lab sehari suntuk ni bukan calang-calang orang boleh buat.
Hari-hari terperap, lagi banyak jumpa tumbuh-tumbuhan dari jumpa manusia, kau rasa?

Kalau dia ada ciri-ciri ni, I don't care whether you are a local or overseas grad, sebab objektif aku, aku nak orang yang boleh bekerja along with me untuk menghasilkan new product.
Skill akan bertambah seiring dengan pengalaman bekerja.
Dalam masa yang sama, kalau ada any course yang aku rasa bagus untuk dia attend, aku encourage dia untuk pergi.
Bina investment untuk diri.
Kalau nak aku sponsor pun boleh, tapi lepas tu aku bond dia setahun.

That's why masa aku launch Halal Executive training hari tu aku encourage people dalam food business/industry AND student dalam relevant field untuk ambil course ni.
Lepas grad esok, bukan kau sorang je yang lulus with flying colors. RAMAI.
Tengok je la contoh SPM tahun ni.
Yang straight A+ adalah 600 lebih orang.
Yang straight As saja 9000 orang!
Imagine, straight As saja 9000.
Kau rasa semua 9000 ni tak fight ke nak blaja kat overseas?
Yang straight A+ tu pun belum tentu semua dapat pegi, lagikan yang 9000 ni.
Maksudnya kat sini, kita perlukan sesuatu sebagai nilai tambah supaya kekal outstanding.

Fresh grad, tolong prepare diri dengan additional certificate macam Halal Executive certificate, atau HACCP certificate, atau Retort Technology certificate.
Ya, nampak macam aku mempromosi training product aku, tapi disebabkan aku seorang majikanlah maka aku organize these trainings supaya korang dapat menfaatnya.
Ramai ingat sijil-sijil ni tak relevant.
Percayalah cakap aku, di universiti, mostly apa yang diajar is to prepare you for your next study.
Tapi di industry, we prefer if fresh grad ada tambahan certicate yang lebih relevent untuk industry.
Contohnya Halal Executive certificate tu sangat menjimatkan kos majikan.
Setiap kali nak keluarkan produk, bagus kalau ada Halal Exec yang boleh sama-sama dengan Food Technologist identify the quality of the product.
That's why kalau korang adalah student Food Tech atau Food Science, ambillah Halal Exec Training dari sekarang.
Masa interview, tunjuk sekali sijil tu.
Kau akan dapat post tu nanti.

Jangan bergantung sepenuhnya pada sijil grad universiti untuk dapat kerja dan gaji besar.
Ramai yang grad. Yang score 4.0 pun ramai.
Yang mohon kerja laaaaaaaaaagi ramai.
Kenapa mesti majikan hire fresh grad with basic cert kalau ada fresh grad lain datang dengan cert tambahan?
Kalau aku pun aku pilih yang ada additional cert tu because I need that skill in my team.

Aku yang dah 44 tahun ni pun masih lagi ambik short course.
En Wan kata aku punya case study ni kalau kumpul-kumpul semua dah ada 3 PhD agaknya.
Adehh, tak larat la aku nak buat PhD oiii.
Running XZIZ Biotech perlukan tumpuan yang bukan sikit-sikit.
Aku tak rasa aku cukup masa untuk tumpukan pada PhD pula.
Lagipun aku tak nampak keperluannya.
Sebagai owner of the company, ia tak menambahkan gaji aku.
Gaji aku tetap banyak tu juga walau berapa banyak course aku ambil.
Gaji aku hanya akan bertambah kalau profit company bertambah.
That's why aku prefer ambil short course yang relevant untuk aku belajar for the sake of knowledge and upgrade skill untuk bisnes.

So you guys, especially adik-adik yang fresh graduate, zaman sekarang kerja tak banyak, tak seramai yang memohon kerja.
Nasihat aku, dapat offer kerja tu, kerjalah.
Jangan terikut-ikut sangat dengan nak gaji tinggi.
Belum apa-apa nak gaji RM5K.
Bukan tak boleh, kalau ada rezeki apa salahnya.
Tapi, apa yang kita dapat, grab dulu. Belajar dulu dari situ.
Boleh jadi banyak yang kita tak tahu.
Rupanya di situlah nanti kita belajar banyak lagi benda.
Teori dan praktikal tak sama, dik.

Just in case, boleh klik sini : Our next Halal Executive Course

2021-06-15

Allah 'lebih berminat' untuk ubah seseorang manusia daripada mengubah keadaan manusia tersebut.

I have discovered dalam hidup, Allah 'lebih berminat' untuk ubah seseorang manusia daripada mengubah keadaan manusia tersebut.
Bukan maksudnya Allah tak ubah keadaan.
Dah tentu Dia boleh ubah apa saja and He oftenly does.
Tetapi selalunya, aku (maybe korang juga) diuji pada area yang aku paling lemah.

Mungkin ada yang pernah perasan perkara ni berlaku.
Everytime kau rasa tak suka ada orang lebih cantik dari kau, tiba-tiba kau nampak ada orang yang lebih cantik kejap-kejap lalu depan kau.
Everytime kau menyampah ada orang lebih kaya dari kau, kejap-kejap kau nampak post orang yang lebih kaya lalu-lalang kat newsfeed.
Setiap kali kau tak suka anak orang lain lebih pandai dari anak kau, tiba-tiba anak member seofis score SPM straight As.

Selalunya gitulah, if you have problem with jealousy, seakan-akan semua orang tiba-tiba ada apa yang kau takde.
Tiba-tiba jiran kau beli kereta baru, tiba-tiba kawan kau beli gadjet dapur baru, tiba-tiba suami kawan kau hadiahkan rantai emas kat bini dia, etc.
Allah sengaja gunakan situasi seperti tu supaya kita kenal masalah dalam diri dan belajar menanganinya.
He's working something out of us so we can rise to a new level and be the person He really wants us to be.
Dengan cara yang serupa, Allah gunakan orang-orang dalam hidup kita - suami, isteri, keluarga mertua atau anak kita sendiri - mereka ni menjadi cermin to reveal part mana dalam diri kita yang perlu diperbetulkan.

Contohnya, urusan kerja ofis.
Selalunya bila kita jadi pekerja, majikanlah yang always tak betul.
Bos kejam, bos takde hati perut, bos takde timbang rasa, bos itu, bos ini.
Aku tak terkecuali, pernah sakit hati dengan bos.
Nak lagi bos aku yang campak sales report kat muka aku tu.
Dia sangat sangat tough. Hard to please.
Dia punya level of perfection sangat tinggi.
Nak capai standard yang dia mahukan tu, dia drill pekerja sampai ke standard yang dia puas hati.
Memang lemau jadinya.
Dia kisah apa meeting habis pukul 10 malam.
Bagi dia, siapa suruh korang buat kerja cincai-bancai?
Siapa suruh tak hit sales target?
Everytime nak submit tender, lagi hazab.
Nak lagi kalau tender yang besar-besar ni, dia akan duduk sebelah kau sampai siap.
Kau tak payahlah kejap-kejap nak tengok jam, dia tak layan.
Selagi tak siap, jangan balik.
Kau kata dah siap, dia akan check pulak selai-selai sebelum lepaskan kau balik.
Pernah je aku sampai ke rumah pukul 11.30 malam sebab siapkan tender document.
Balik rumah, mandi sambil nangis dalam shower.
Rasa macam nak resign malam tu jugak.

Tapi tu lah kan, bila lalui waktu-waktu sukar macam ni pernah tak terlintas dalam fikiran sebenarnya Allah nak ubah kita?
Allah sengaja letak kita dekat dengan orang yang menguji kesabaran untuk kita belajar jadi sabar dan tenang?
Atau maybe Dia letakkan kita dekat dengan orang yang selalu menaikkan darah kita untuk kita belajar bertolak-ansur.
Dia mahu kita jadi kuat dan ada daya tahan untuk tak lari dari segala sesuatu yang sukar.

Kadang-kadang bila ingat-ingat balik, ada betulnya.
Aku tak pernah bercinta until matriculation year.
Zaman skolah aku hanya bercinta dengan Leslie (gitewww).
Apa yang aku bayangkan tentang cinta semuanya yang best-best je.
Berangan taknak kalah.
Akhirnya Tuhan bagi aku peluang bercinta.
However first love aku end up mengerikan.
Tapi aku belajar untuk celik mata dalam bercinta - jangan percaya orang 100%, jangan serahkan sepenuh hati, jangan berharap lebih, jangan terlalu sayang, jangan terlampau seronok ada boifren, jangan terlalu memberi, jangan terlampau berkongsi.
Rupanya aku ni naive gila bila bercinta.
Aku ingatkan bila bercinta, kira jadilah tu. Terus sampai kawen.
Sebab aku tak main-main bila start sayangkan orang.
Rupanya bukan semua orang serius bila bercinta.
Jadi untuk menyedarkan aku, aku terpaksa lalui pengalaman cinta yang salah sebelum jadi cerdik.

Dengan En Wan pulak, aku belajar untuk mengawal marah.
Aku bukan orang yang pemarah. Perengus pun bukan.
Aku orangnya cool-cool and rilek-rilek je.
Tak caya tanya Mak Aji.
Aku orangnya macam bodoh sikit.
Kalau Mak Aji nak rotan "Kau tunggu aku ambik rotan. Kau tunggu situ". Memang aku tunggu.
Ima cabut dah. Dia cerdik.
Betul gak cakap Ima "Dah tau nak kena pukul yang kau pegi tunggu buat apa? Larilah, bodoh". Betul juga.

Sejak bercinta dengan orang yang salah, aku jadi kering hati.
Maybe rasa terkilan bila terlalu bersabar dan tak berani bersuara dengan lantang masa dengan ex.
Rasa marah tu tersimpan.
Akibatnya, aku dah malas nak kesian-kesian kat orang, baik aku kesiankan kat diri aku.
Bila En Wan muncul, aku nekad gunakan dia untuk selamatkan diri aku.
Dek kerana keringnya hati, aku sanggup gamble life aku untuk terima En Wan padahal kitorang tak kenal rapat pun.

En Wan pulak ceritanya dia baru heal dari broken first love.
Bila aku cakap ex aku buat gila, dia terus ajak aku bertunang.
Maybe pengalaman cintanya mengajar dia untuk jangan biarkan awek di Malaysia single tanpa ikatan.
Sebab dia dah terkena, jadi dia belajar dari situ.
Cepat-cepat dia ajak aku bertunang walaupun dia baru balik Malaysia satu kali untuk jumpa aku.

Yang aku pulak, pengalaman bercinta dengan orang saiko, aku jadi kering hati untuk benar-benar sayangkan orang.
Cepat-cepat aku setuju je bila En Wan cadang bertunang.
Masa tu dalam pikiran aku, janji aku dapat keluar dari masalah ni.
Aku dah jadi pentingkan diri sendiri, jangan pikir orang lain dah.

Rupanya En Wan seorang yang lebih tough untuk dihandle.
Dia obviously lebih bijak dari aku, lebih success, lebih ada segalanya.
Disebabkan dia banyak lebih dari aku maka aku selalu kena kondem dek dia.
Rupanya itulah cara Allah nak kembalikan aku jadi seperti dulu - belajar jadi sabar semula, belajar jadi lembut hati semula, belajar untuk biarkan orang lain menang, belajar mengalah, belajar untuk terima dikondem, belajar untuk terima orang yang selalu menyakitkan hati (kahkahkah).

So kepada guys-guys di luar sana, especially yang selalu mengadu kat page KRT "Min, bini aku tak pandai masak. Gosok seluar pun tak licin..." - look.
She's probably going to cook just like that until you learn how to get over it.
Tolong ada better attitude sikit, boleh?
Belajar untuk menghargai the fact that at least she's trying to do something for you.
Kalau aku jadi bini kau, aku bagi kau makan TV je.
Allah is not going to change anyone you are dealing with until He first changes you. Remember that.
Periksa hati sendiri, tengok apa sebenarnya sikap dan motif dalam diri yang perlu diubah.

Kita boleh keep on complaining, silakan.
Kita boleh berdoa, teruskan.
Kita boleh menjauhkan diri.
Kita boleh berteriak marah.
Kita boleh merajuk.
Kita boleh merengus.
Kita boleh menangis.

Tapi percayalah, DIA lebih berminat untuk ubah sikap kita dari pada mengubah keadaan kita.
Semakin kita cooperate dengan DIA, semakin life kita keluar dari keserabutan.
Semakin cepat kita learn our lesson dan deal our bad attitudes, semakin cepat kita ke tahap seterusnya.
Kerana bila kita berubah, keadaan akan berubah sama.


2021-06-13

Dendam anak pada mak bapak.


Seram jugak baca confession budak ni. 
Aku pun rajin gak kena belasah dulu tapi takde lagi kena libas dengan wayar charger (dulu takde charger) and paip getah. 
Kalau rotan, hanger, pembaris, pemukul lalat tu pernahlah. 
Tapi yang paling 'best' sekali kalau kena lipas dengan majalah Jelita. 
Pehhh, dia punya pegi tu terjongket sikit bontot.

Tapi one thing yang aku percaya - kalau tak buat salah, takkan kena pukul. 
Atau dalam family aku, kalau takde sape buat hal, takkan ada sesiapa kena pukul. Haaa..gitu. 
Sebab Mak Aji punya konsep, sorang buat salah semua kena. 
Tu pasal kitorang adik-beradik sangat rapat dan saling berkawtim di antara satu sama lain supaya masing-masing tak kena pukul. 
Takkan berlaku dalam rumah tu salah sorang membiarkan sorang lagi buat silap sebab kau pun akan dibantai sekali.

Untuk orang yang tak pernah kena bantai dengan getah paip, akan merasa that's too cruel. 
Orang yang tak pernah kena bantai dengan pemukul lalat pun akan rasa that's too much. 
Bahkan orang yang tak pernah kena jentik lansung akan rasa mak bapak yang memukul anak adalah penderaan. 
Terpulang pada pandangan masing-masing.

Tapi aku, dalam rumah aku ni TAK PERNAH ada rotan bulu ayam. NEVER. 
Dari awal lagi aku tak benarkan rotan bulu ayam wujud dalam rumah ni. 
Yang pertama, aku tak suka bersihkan habuk dengan bulu ayam. 
Makin teruk selsema aku nanti. 
Tak efisien lansung bersihkan habuk guna bulu ayam. 
Aku opt mengelap guna kain. 
Lagi bersih dan efisien membuang habuk, dan juga lebih wangi sebab mengelap sambil sembur glass cleaner.

Yang kedua, nak mengelakkan aku memukul anak dengan rotan bulu ayam. 
Yang memukul memang sedap je menghayun, yang kena pukul ni yang azab. 
Aku dulu lepas kena libas dengan rotan bulu ayam, memang clear dia punya bengkak kat kaki. 
Boleh nampak bentuk lekuk rotan tu. 
Lama nak surut pulak tu. 
Mula-mula merah, lepas tu bengkak, then the merah bertukar purple. 
Nak lagi kalau kena libas kat betis. 
Tempat bengkak tu kalau kena getah stokin pun dah sakit.

Aku tak pernah belasah anak aku guna benda. Aku pakai tangan je. 
Itu pun sangat sangat jarang. 
En Wan pun tak pernah pukul anak selain guna tangan. 
Aku lebih banyak memekik. 
Aku punya pekikan pun dah agak menyeramkan, cukuplah tu. 
Not that memukul anak dengan rotan dah tal relevan tetapi aku yang tak nak. 
Marah, still marah. 
Kalau pukul pun aku pukul badan je (pakai tangan).

Bila orang kata memukul anak akan menggangu emosi anak, to me that's partially correct. 
Ada anak yang terkesan, ada anak yang tak berasa hati. 
Aku one of them yang tak berasa hati sebab aku dipukul kerana buat salah. Bukan didera. 
Mak aku tak lepaskan marah pada suami kepada anak-anak. 
Bapak aku pun tak lepaskan tension kerja pada anak-anak. 
Selalunya, anak-anak yang membesar menjadi manusia pendendam ni bila mak bapak pukul sebarang-sebarang. 
Budak tu tak buat salah pun kena pukul semata-mata dijadikan tempat melepaskan geram. 
Bila ayah pukul mak depan anak-anak pun akan buatkan anak ni besar jadi pendendam.

Jangankan kata anak, orang dewasa pun boleh jadi pendendam kalau dimarah tanpa solid reason.
Contohnya, anak berlari-lari kemudian jatuh. 
Suami bangun marah isteri depan-depan orang sebab tak jaga anak. 
Lelaki macam ni kalau jadi laki aku, kat situ jugak aku tabur balik. 
Kau nak buktikan apa depan semua orang? 
Nak buktikan kau paling ok and isteri tak boleh diharap? 
Tapi tu la kan, lelaki macam ni selalunya dapat bini yang tunduk patuh. 
Dapat kat aku tau lah kau langit tinggi rendah.

Pernah dulu ada blog reader tanya aku tak marah atau dendam dengan Mak Aji ke bila dia garang and selalu pukul. 
Aku jawab TAK. 
Jujur, aku and adik-beradik takde rasa kecil hati atau dendam sebab kitorang bukannya didera. 
Hanya dimarah apabila buat salah. Itu wajarlah kan. 
Kat skolah kalau buat salah pun kena denda. 
Kat ofis kerja tak meet expectations pun kena marah dek bos. 
Standardlah tu. Taknak kena marah jangan buat salah. Simple.

Lagipun mak bapak aku sediakan keperluan asas yang cukup. 
Rumah ada, makanan ada, baju ada, sekolah hantar. Takde yang tercicir. 
Kurang berkemampuan tu betul, tapi takde lah sampai basic necessities terabai. 
Ada family yang semuanya cukup, malah berlebih tapi perhatian pada anak takde, pun menjadikan anak berdendam bila besar.

Aku sebagai parents baca post ni, benda pertama melintas dalam kepala bukanlah didikan parentsnya tak betul tetapi budak ini yang bermasalah. 
Kalau sampai tombol pintu dicabut, apa maknanya? 
Dah tentu budak ni ada buat salah yang besar, atau banyak buat hal sampai mak bapak terpaksa tanggal tombol pintu. 
Mustahil mak bapak bagi anak bilik tapi tombol pintu dicabut. 
Baik kau lambakkan anak kau kat hall je. 
Lagi senang nak monitor. Nak salin baju masuk toilet. Betul tak?

Phone kena rampas. Apa sebab kena rampas?
Selalunya phone Rayyan kena rampas bila aku caught dia tido lambat sampai pukul 1 pagi. 
Atau bila dia lemau je time study dengan bapak dia, memang konfem lepas tu phone kena tarik. 
Mana ada mak bapak dah bagi anak phone lepas tu tarik balik tanpa reason. 
Mesti ada reason yang buatkan phontu tu kena tarik.

Lagi satu yang aku cukup MENYAMPAH bila ada orang sebut "nak bunuh diri". 
Sumpah menyampah. 
Percayalah cakap aku, orang yang suka nau sebut nak bunuh diri, nak bunuh diri, kejap-kejap ugut nak bunuh diri, satu benda je aku nak bagitau "Kau nak mati sangat, pegilah mati!"
Membongak lebih je. 

Muak dah aku melayan manusia yang ugut orang dengan modal nak bunuh diri. 
Helok je pun sampai ke tua ni tak mati-mati pun. 
Orang kalau nak bunuh diri, dia tak canang kat semua orang. 
Tengok Leslie aku tu, ada pernah dia cakap nak bunuh diri? Takde. 
Tau-tau je mati. Hah itu baru betul nak bunuh diri. 
Yang kejap-kejap membingit nak bunuh diri ni sampai ke sudah tak mati-mati asyiklah menyusahkan orang. 
Lagi satu kalau nak bunuh diri sangat, pastikan betul mati bukan cacat. 
Karang menyusahkan orang yang hidup nak membela kau.


2021-06-12

Wanita malang

Minta maaf kepada yang request aku respond pada isu 'bodo-bodo- Prof Muhaya'. 
3 hari lepas punya isu. 
Kebetulan masa isu tengah panas aku tengah prepare nak exam. 
By the time aku dah lapang kepala, Prof dah pun buat statement tentang isu tu. 
So, anggap settle. 
Walaupun begitu, sampai ke hari ni newsfeed aku masih lagi orang dok bercakap pasal isu ni. 
Dalam ramai-ramai tu aku terpandangkan satu post yang quote kata-kata Prof "Wanita paling malang adalah wanita yang salah pilih suami". 
Pun, ramai yang tiggered dengan quote ni.

Aku tak sure lah kenapa isu 'bodo-bodo' aku tak triggered, quote 'wanita malang' ni pun aku tak triggered. 
Maybe aku kurang perasaan kot. Entah, I don't know. 
Tapi aku lebih suka nak respond pada quote 'wanita malang' tu. 

Aku tak follow Prof. 
Tak rajin tengok rancangan dia. 
Tak pernah tertunggu-tunggu pun program dia. 
Bolehlah dianggap aku bukan fans dia. 
Tapi kalau lalu video atau quote dari dia tu aku bacalah.

Actually kan, quote 'wanita malang' ni aku dah dengar dari orang lain, iaitu dari seorang ustaz. 
Tapi dia tak sebutlah perkataan malang. 
Dia cakap "Jangan salah pilih suami. Nanti terperangkap dalam neraka dunia". 
Dia tak main word MALANG dah, terus bagi NERAKA dunia je. 
Ni mujur ustaz cakap dalam kelas munakahat, hanya depan-depan orang yang bersedia untuk menerima ilmu.
Kalau ustaz ni bercakap depan orang awam yang kerjanya nak memprotes saja, memang masaklah ustaz ni.
Silap-silap ustaz ni yang dinerakakan netizen.

Ustaz cakap "Kalau bakal suami masih tak tahu solat atau solat masih malas-malas, puasa culas-culas, tangguhkan dulu kahwin. Memang betul manusia boleh berubah tapi kan lebih baik solat dan puasa tu diperbaiki sebelum kahwin?"

Jadi aku rasa apa yang Prof cakap tentang wanita paling malang adalah wanita yang salah pilih suami, ada benarnya. 
Kuasa seorang lelaki yang bergelar suami sangat besar dalam rumahtangga. 
Sebab tu ramai wanita yang walau menderita dengan sikap suami, masih terus kekal bersama kerana nak keluar dari rumahtangga bukan mudah. 
Kedudukan suami dalam keluarga sebagai ketua, dengan anak-anak yang dah berderet, menjadikan isteri susah buat keputusan untuk keluar dari belenggu masalah. 
Akhirnya ramai yang pilih untuk stay semata-mata nak menjaga ikatan perkahwinan yang dibuat atas nama Allah, demi airmuka, demi menjaga anak-anak.

Ada yang kata "Manalah saya tahu kalau saya dah pilih suami yang salah selagi saya tak kawen dengan dia".

True. You got the point.
However, sebahagian besar perangai seseorang kita boleh nampak ketika kita berkawan, contohnya....ok aku malas nak start part ni nanti mood aku blow satu hari. 
Apa yang aku aku boleh katakan, tempoh berkawan adalah ruang terbaik untuk kita nampak SEBAHAGIAN BESAR sikap bakal pasangan. 
Cuma ketika ni rasa sayang dan cinta sangat menebal. 
Semuanya kita pandang sebelah mata, walaupun perangainya menyakitkan hati. Betul tak? 
Jangan tipu diri sendiri. Betul tak?

Aku pun sama, gitu jugaklah. 
Seawal 6 bulan pertama bercouple dah nampak dah hawa-hawa perangai jelik tu, tapi aku diamkan aje.
Sebab apa? 
Sebab wanita selalu merasa dia boleh ubah lelaki tu jadi lebih baik. 
Wanita selalu merasa one day kerana aku maka dia berubah. 
Disebabkan itu kita pejam-pejam mata dengan perangai yang kita tak berkenan. 
Tapi masa tu kita tak realize one day sikap dia itulah yang akan jadi beban terbesar selepas kahwin.

Contohnya, malas. 
Peel malas ni kita boleh nampak sebelum kawen lagi. 
Again, aku ada contoh ni tapi aku malas nak bukak balik cerita lama.

Another one, berlagak pandai padahal bodoh. 
Ni bukan buat-buat bodoh tau tapi memang bodoh tapi mengaku pandai.

Lagi satu, tak tau malu asik mintak belanja.

Aku malas nak elaborate nanti sampai minggu depan aku panas hati.

Wanita belanja sesekali, itu wajar. 
Kau pun janganlah kedekut sangat duit tu kan. 
Tapi jenis lelaki yang muka tak malu asal outing asyik harap pompuan keluar duit, ini adalah hint terawal esok dah kawen kau bakal tanggung segala expenses dalam rumah. 
Mimpilah dia nak bagi nafkah bagai. 
Janganlah anggap "Takpelah, apa salahnya berkongsi rezeki".
Jangan jadi bodoh sangat, ya. 
Berkongsi bermakna sorang-sikit share. 
Dah kalau balik-balik kau yang cover sebahagian besar benda, kongsi apabendanya?

Itu dari kacamata duniawi seorang Diana. 
Kalau dari apa yang ustaz aku maksudkan tu, lebih kepada urusan akhirat. 
Seorang suami harus mengajarkan ilmu agama pada anak dan isteri. 
Kalau dia tak begitu pandai dalam masalah agama, maka wajib dia mencarikan guru atau hantar anak isterinya belajar agama. 
Jadi bila ustaz kata "salah pilih nanti terperangkap dalam neraka dunia" - ini lojik. 
Kerana manusia yang tak berilmu pasti leka dengan urusan dunia dan jahil urusan akhirat. 
Maka dia tergolong dalam golongan yang rugi kerana terlepas banyak manfaat. 
Salah satu bentuk azab Allah adalah ketika dia terus-menerus leka dan asyik dengan hal dunia.
Inilah maksud neraka dunia tu.  

Berbalik pada statement Prof tentang isu wanita malang, aku yakin itulah juga yang dia maksudnya, iaitu ketika seorang wanita mendapat suami yang salah, pasti hidupnya menderita. 
Suami yang tak berilmu pasti tak tahu kewajiban menyediakan keperluan asas terletak atas bahunya.
Dia juga tak tahu wajib beri nafkah zahir dan batin pada isterinya.
Dia juga tak tahu tak boleh pukul isteri sesuka hati.
Dia juga tak tahu ibu bapa mertuanya juga di bawah tanggungjawabnya.
Dia juga tak tahu aurat isteri dan anak-anaknya perlu diperhatikan.
Dia juga tak tahu isteri bukanlah babu di rumah. 
Semua benda ni kalau seorang suami tak tahu, pastilah isteri itu jadi wanita malang. 
Realitinya, RAMAI wanita yang ada masalah ni. 
Tu ha, page KRT tu manjang je isteri mengadu suami gitu suami gini. 
Pasti isteri-isteri tu pernah terdetik dalam hati "Apalah malangnya nasib aku dalam laki macam ni".

Jadi kalau suami kita ok terhadap kita, kita juga boleh terima suami seadaanya, kenapa mesti triggered dengan statement tu? 
Apa yang Prof maksudkan tu bukannya seorang suami harus perfect. 
Islam kan ada benchmark untuk seorang pemimpin keluarga. 
Seorang suami tak wajib kaya, tapi wajib melunaskan keperluan asas keluarga.
Seorang suami boleh tegas, tetapi bukan kaki pukul bini.
Seorang suami sibuk mencari rezeki, asalkan perhatian pada keluarga tak terabai.
Rasanya kebanyakan suami kita macam ni, kan?
Dia tak perfect, tapi dia pun tak teruk sangat, maka kita bukanlah wanita malang.
So, tak perlulah terasa.

2021-06-10

Join competition masa sekolah.


En Wan minta Rayyan cuba masuk public speaking. 
Aku malas nak ambik port sebab exam aku just around the kona baring. 
Masa makan sembang-sembang dengan En Wan berdua.

En Wan : Rayyan ni boleh bercakap tapi dia tak reti buat gaya speech.

Aku : Benda ni kena ada bakat and minat. Takde bakat, tak jalan. Takde minat, lagiii tak jalan. Takpelah, kira oklah tu dia nak masuk.

En Wan : Awak dulu belajar dari siapa?

Aku : Takde siapa. Saya sendiri nak join. Tapi BM lah, bukan English.

En Wan : Awak buat semua sendiri?

Aku : Ya. Sebab memang nak buat, jadi sendirilah usaha. Saya prepare speech, cari rujukan, prektis - semua sendiri.

En Wan : Menang lah?

Aku : Eh kamonnnn!...tapi takde la sampai wakil negeri. Wakil daerah pun tak lepas. Tapi kira oklah dalam ramai-ramai kat sekolah tu saya jadi wakil.

En Wan : Apa paling jauh awak wakil?

Aku : Pantun. Tempat ke-3 negeri Selangor. Tahun tu tahun pertama sekolah saya join pesta pantun. Maknanya tahun tu wakil dari sekolah saya semuanya fresh pemantun yang tak pernah masuk bertanding. Dan tahun tu jugak sekolah saya jadi tuan rumah. Memang terperanjat cikgu-cikgu bila kitorang menang. Dahlah segalanya first-timer, tup-tup Johan daerah. Menggelabah lepas tu nak prepare ke peringkat negeri sebab tak expect lansung boleh menang.


Memori join pantun ni memang kekal fresh sampai sekarang. 
Rasa proud dapat banggakan sekolah. 
Sekolah aku tak penah join pesta pantun. 
Tahun tu tahun pertama hantar wakil sekaligus jadi tuan rumah, ujung-ujung boleh menang. 
Tapi masa kitorang menang tu ada la bunyi-bunyi tak puas hati katanya kitorang menang sebab jadi tuan rumah. 
Biasalah. Padahal juri semua dari sekolah-sekolah lain. 
Celah mana tak adil pun aku tak taulah. 
Bila kitorang dapat tempat ke-3 peringat negeri barulah senyap sikit wakil-wakil sekolah yang lain.
Apa inagt bakat boleh dibeli dengan under table ke? Ahgitewww.

That was year 1991, masa Form 2.
Cikgu BM usulkan nama aku untuk diuji bakat berbalas pantun. 
Aku tak tau based on apa nama aku dicadangkan. 
Maybe aku terlampau banyak cakap dalam kelas. 
Banyak cakap sangat kau ni. 
Meh sini masuk pantun jap tengok boleh jadi ke tak.

Aku diuji dalam bilik Penolong Kanan. 
Ada 4 orang pelajar lain, semuanya senior - 3 perempuan and 1 laki. 
Masuk aku, total 5 orang. 
Pung pang pung pang berbalas pantun kat dalam tu, cikgu decide wakil sekolah sorang akak Form 5, sorang akak Form 4 and aku. 
2 wakil lain masing-masing Form 4 and Form 3. 
Dorang jadi simpanan.

Yang best tu, masa hari bertanding, kitorang dianggap underdog sebab tak pernah join pun pesta pantun.
That was our first time. 
Masa tu yang gah tentulah sekolah berasrama. 
Datang bertanding pakai blazer. 
Pehh, pandang blazer pun aku dah seram. 
Yang kitorang..? 
Pakailah baju kurung skolah dengan badge SETIA RTM jadi kancing leher baju. Kahkahkah.

Ada wakil sekolah lain datang siap bermekap. 
Masa tu kitorang pandang sesama sendiri "Oh boleh pakai mekap rupanya..".
Aku?? Bedak pun tak pakai. Takde hallll.

Being an underdog ada banyak kelebihan. 
Setiap kali nak start berlawan, cikgu punya pesanan "Takpe, janji kita lawan"
Maknanya kalau kalah kau takkan dikecam because this is our first time. 
Takde track record lagi. Stress-free. 
Tapi tak sangka, bermula dengan round 1, round 2, round 3, then suku akhir...tau-tau berjaya ke round akhir. 
Masa round akhir barulah masuk saka-saka dari Kampung Tanjung Rimau, dari Kampung Sarang Buaya, semua aku seru masuk dalam badan.

Bila kau masuk final round nampak kat depan penuhhhhhh dengan cikgu-cikgu yang aku tak tau bila masa dorang datang. 
Pagi tu hanya segelintir je cikgu and student (mostly pengawas) yang bertugas. 
Tau-tau final round, cikgu yang tak bertugas pun memenuhkan dewan. 
Siap lambai-lambai pekik nama dari belakang. 
Barulah terasa this is proud moment bagi cikgu and sekolah bila wakil underdog yang pertama kali masuk bertanding akhirnya ke final found.

Sebelum start bertanding ketua kumpulan Kak Saidatul pesan kat aku "Diana kalau tak boleh jawab, takpe. Diana baca je pantun yang akak bagi tadi. Biar jawapan takde kaitan asalkan kita menjawab".

Setiap pemantun memang dah reserve pantun-pantun yang jawapannya general. Itu KIV. 
Agak-agak soalan terlampau berbelit sampai tak reti jawab, kau pakai je pantun reserve tu. 
Pantun reserve ni bahasanya klasik dan berbunga. 
Dia tak menjawab soalan tapi dek kerana berbunganya bahasa, pantun tu tetap sedap. 
Bolehlah dapat markah sikit daripada takde markah lansung.

Aku angguk je bila Kak Saidatul pesan gitu. 
Semakin tiada stress sebab aku dah diberi green lite untuk guna pantun reserve. 
Tapi dalam hati, aku nak cuba jawab kalau boleh. 
Cut in short, kitorang menang. 
Masa tu kan, aku ingatkan habis kat situ je. 
Bila Kak Saidatul peluk and cakap "Kita ke peringkat negeri!". 
Aku macam...huh?? Kenapa nak kena lawan lagi?
Sebab aku taknak lawan dah.
Aku tak suka stress-stress. Hahaha.

Kau tau tak, hari tu aku pergi bertanding sorang-sorang jalan kaki dari rumah ke sekolah. 
Dan aku balik ke rumah sorang-sorang juga jalan kaki tapi bawak balik piala. 
Sampai kat rumah Pak Aji tanya "Saguhati ke?"
Punyalah underdog-nya aku ni sampaikan bapak sendiri pun tak jangka boleh juara.

Tapi masa bertanding peringkat negeri, Kak Saidatul tarik diri sebab dah dekat sangat dengan SPM.
Jadi aku naik jadi pemantun kedua.

Ini satu-satunya gamba yang ada dalam simpanan aku. 
Masa ni kitorang tengah bertanding peirngkat negeri, mewakili daerah Hulu Langat.
Time ni semakin gempak wakil-wakil dari daerah lain. 
Ye lah, wakil daerah kot. 
Yang pakai cucuk sanggul, yang pakai blazer, yang pakai mekap, yang pakai bunga kat tepi telinga.
Wakil Hulu Langat pakai apa you olsss?? 
Tu haa, baju sekolah je. 
Yang pemantun tengah tu siap sinsing lengan baju sampai siku, punyalah samseng gaya.

Aku tak ingat kitorang kalah dengan skolah mana tapi skolah tu adalah Johan Negeri Selangor tahun lepasnya. 
However kitorang menang tempat ketiga. 
Kira oklah kan. Dari underdog, ke juara daerah, ke tempat ketiga negeri Selangor. 
Kitoranglah pemenang paling bergaya hari tu sebab masuk pesta pantun dengan takde expectation untuk menang dan pulang dari peringkat negeri pun tanpa expect menang sebarang hadiah. 
Tapi kitorang balik bawak hadiah juga akhirnya. Happy.

Debate is another competition yang aku enjoy masuk. 
Dari Form 1 sampai Form 5. 
Tapi BM la, bukan English. 

Essay writing pun aku suka. 
Dulu kan ada majalah Dewan Pelajar (now ada lagi ke?). 
Aku tak langgan majalah ni tapi majalah ni banyak kat library sekolah. 
Suka aku menghantar essay kat Dewan Pelajar. 
Beberapa kali berjaya dipublished, tapi guna nama pena.
Taknak guna nama sendiri nanti wartawan serbu. Gitewwww.

Oh ada satu cerita best. 
Kawan aku kan, cun. 
Dia hantar gambar dia kat ruangan kenalan dalam Dewan Pelajar, surat sampai kat rumah ikat dengan tali. Everyday! 
Punyalah ramai nak kenal dengan dia. 
Aku hantar gambar, takde orang pun nak kenal. Binawe.
Tu yang aku hantar essay je. 
Hantar essay lagi laku dari hantar gambar. Kahkahkah. Takpe, takpe...

Lagi satu aku enjoy syair. 
Aku join competition syair dari Form 1 sampai Form 3. 
Aku tak sure macamana aku boleh terjebak dengan syair. 
Seingat aku, cikgu Form 1 nama Cikgu Che Yah main petik je nama aku untuk masuk test masuk syair.
Aku rasa cikgu-cikgu skolah aku ada sixth sense. 
Asal nama aku kena usul je baru aku sedar aku ada bakat kat situ. 
Kalau tak, bakat aku setakat ketawa mengilai je.

Actually aku nak sangat perform atas stage. 
Tak kiralah menyanyi ke, berlakon ke. 
Tapi muka takde nilai-nilai komersial. 
Kawan aku yang cun tu, asal berlakon mesti jadi heroin. 
Aku mintak jadi peti sejuk pun tak dapat. 
Ujung-ujung jadi tukang cat tanah kubur. 
Cikgu Nizam bagi aku task cat tanah kubur je. 
Maybe cikgu Nizam notice skill mewarna aku (nak sedapkan ati sendiri), jadi dia bagi aku task warnakan kertas surat khabar sampai jadi macam tanah kubur untuk jadi prop drama Ibu Mertuaku. 

Masa scene tanah kubur tu punyalah bangga aku tengok kubur-kuburan atas pentas tu semua hasil tangan aku. Jadilahhhhh. 
Seb baik Mak Aji tak tau cerita ni dulu, kalau tak mesti ayat dia "Yang dari pagi sampai petang berumah bertangga kat skolah ingatkan jadi orang penting, rupanya cat kubur je?"

Eh tapi aku pernah jadi tukang karut dikir barat. 
Kira suara aku boleh pergi jugaklah cuma aku kena pakai mask macam Bandi kot.
Biar misteri gitu. Kahkahkah.

Dah, aku nak masak.
Kepala aku dah weng exam 3 jam hari ni.


2021-06-09

Menantu pun tak perlulah nak menang semua benda dari mertua.

Ramai betul yang respond pada post semalam tentang duduk sekali dengan mertua. 
Especially kat IG terlalu banyak DM sampai aku just baca je. 
Kalau dapat 'seen' je dari aku without reply, jangan kecil hati.
 Some aku memang sengaja tak respond apa-apa sebab aku nak respond di sini.

Ok, look. 
Pertama sekali aku nak bagitau tujuan aku share story tu bukan untuk trigger masing-masing share masalah dengan mertua masing-masing. 
Ramai yang share masalah dengan mertua. 
Yang kata mertua dorang jauh lebih 'puaka'.

Ok, macam ni. 
Tujuan aku share story aku and mok mertua adalah nak tunjuk kat semua bahawa semua orang tu sama.
Tak kira, mak kita atau mak mertua - mereka sama. 
Orang tua ada perangainya. 
Aku nak tunjuk even aku yang duduk 11 tahun dengan mertua, yang orang luar nampak seolah-olah segalanya baik-baik saja - tetap ada isu dalaman. 
Tinggal lagi bagaimana kita nak handle isu-isu ni.

Yang pertama sekali kena faham mana-mana orang tua SAMA. 
Mereka ada perangainya yang susah nak diubah dan memang payah nak diubah. Why? 
Sebab, dorang dah lama dengan perangai tu. 
Dah jadi tabiat. Dah jadi darah daging. 
Dah payah nak ubah. 
Jadi jangan cuba-cuba ubah. Hadap saja. 
Nak ubah orang payah, yang paling senang ubah diri sendiri. 
Ubah cara pandang kita pada orang tua. 
Cuba untuk fahami yang orang tua memang macam tu, ada perangai-perangainya.

Dari respond-respond yang aku baca semalam, boleh dikatakan hampir semua kata mak-mak dorang pun jenis basuh pinggan tak pakai sabun (atau sikit sangat guna sabun). 
Ada yang sabun depan pinggan je, belakang pinggan tak sabun pun. 
Guna minyak masak berkali-kali sampai hitam, punya sayang nak buang. 
Ada yang mengadu mertua suka simpan left over food bertimpa-timpa dalam fridge sayang nak buang.
Ada yang kata mertua hoarder syndrom - sudip patah pun simpan.

So kat sini aku jadi semakin faham yang semua orang tua ada perangainya. 
Bukan kita sorang je ada masalah dengan orang tua, ramai. 
Janganlah cuba-cuba nak ubah, memang payah. Nanti kau sakit hati. 
That's why sinki yang kerap tersumbat tu, ujung-ujung aku biar je. 
I mean biarlah dia nak buat apa pun, kalau tersumbat panggil plumber. 
Memang pedih jugaklah awal-awal tu sebab kejap-kejap sinki tersumbat. 
Kejap-kejap nak upah plumber. 
Last-last aku jumpa penyelesaian terbaik iaitu order barang basah online siap siang and basuh. 
Barang sampai nanti tinggal masukkan dalam freezer je. 
Selesai masalah.

Mengemas rumah pun sama. 
Dulu sebelum ambik weekly bibik, aku akan basuh semua 6 biji bilik air dalam rumah ni every week.
Tapi everytime nak basuh bilik air mok, dia tak kasi. 
Dia kata dia basuh setiap kali mandi. 
Dekat 3 bulan aku tak dapat basuh bilik air dia, one day dia balik Tganu, nak pitam aku masuk bilik air mok. 
Dengan lantai berlendir, dinding kuning-kuning. 
Ye lah, dia dah tua, tak larat nak membongkok, tak kuat nak menyental. 
Habis kuat pun agaknya dia jirus-jirus gitu je. 
Tapi ye lah, orang tua. 
Dia malu agaknya kalau kita tahu dia tak sebersih kita. 
Atau dia rasa dia tau apa dia buat so kau jangan nak sibuk-sibuk macamkan dia budak-budak tak reti basuh bilik air sendiri. 
Haa gitulah umpamanya.

Last-last aku cari weekly bibik. Biar bibik settle semua. 
Bila bibik kemas bilik dia boleh pulak *tepuk dahi*.
Itulah perangai orang-orang tua kita.

Everyone you meet has something valuable to teach you, termasuklah mertua. 
Kalau ada perangai-perangai yang kita tak suka, itu sebenarnya hint supaya kita tidak jadi seperti itu.
Apa pada dia yang kita tak suka, jangan buat. 
Apa yang baik pastikan kita ada nilai tu. 
As simple as that.

Dia senang cakap macam ni la. 
Kalau kita nak tumpu pada benda yang kita tak suka, berderet-deret perkara yang menyakitkan hati kita keluar satu persatu. 
Lama-lama kau stress and bergaduh laki-bini non-stop. 
Paling senang, tumpu pada kelebihan mertua duduk sekali.

Aku tak payah buat air untuk En Wan everytime dia breakfast. Mak buatkan.

Aku tak payah gosok baju sekolan Rayyan. Mak buatkan.

Aku tak payah lipat baju. Mak buatkan.

Aku tak payah tido dengan baby (Rayyan). Dia tido dengan mak.

Nak keluar tengok movie dengan En Wan tak risau Rayyan di rumah sebab mak ada.

Kalau delivery/courier hantar barang, rumah sentiasa ada orang. 
Tak kalut aku nak tunggu barang kat rumah.

Boleh tahan banyak jugalah kelebihan untuk aku ni.

Mak mertua aku bukan mak mertua puaka yang melahar kat menantu. 
Dia tak membebel-bebel. 
Ini adalah hint untuk aku supaya aku tak membebel kat menantu.

Mak mertua aku tak bersaing dengan menantu. 
Apa yang aku ada dia tak kalut nak ada sama. 
Maybe dia dah puas hidup senang jadi apa yang aku ada dia jauh lebih lama ada.

Mak mertua aku respect space aku. 
Dia tak keluar masuk bilik kelebet itu ini. 
Dia masuk bilik aku bila aku takde je (nak kutip hanger dalam lemari).

Mak mertua aku tak campur urusan rumahtangga. 
Dia takde nak merendah-rendahkan aku. 
Ada la sesekali kalau nampak aku masak style yang berbeza dari kebiasaan dia, dia cakap "Kalau kat Tganu kita buat gini...".
"Mok selalu buat gini..."
"Tok Nyang dulu ajor mok buat gini..." 

Dengar dan senyum sahaja, ya. Tak perlu cakap apa-apa. 
Nak melawan biar dalam hati saja. Hahahaha.

Bukan apa, bila kita selalu bagi dia merasa ‘menang’, insyallah kita takkan jadi rival dia. 
Sebab dia dah selalu ‘menang’. 
Tapi kena ingat, MENANG dan BETUL ada beza. 
Kalau dengan memberi MENANG lebih baik, biarkan. 
Tapi kalau dengan memberi rasa dia always BETUL memudaratkan kita, maka perlu tegur.

Point-point yang baik kita ikut. 
Yang tak berkenan tu, jangan diikut. 
Simple.

Mertua yang banyak buat hal adalah mertua yang merasa terancam dengan keberadaan menantu.
Selalunya mertua ni tinggal seorang, atau tak ada tempat bergantung, atau suami kita anak harapan. 
Dia rasa cemas kot-kot position dia dalam keluarga akan diganti oleh kita. 
Atau dia takut hubungan dia dan anak lelaki berubah selepas kawen. 
As menantu kita kena beri ruang untuk suami kita 'bermesra' dengan ibunya.

That's why aku biar mok buatkan air untuk En Wan setiap kali breakfast. 
Aku ajar En Wan minta mok buatkan air walaupun En Wan boleh buat sendiri sebenarnya.
Biar mok tetap rasa air teh O dia juga yang anak dia cari. 
Yang kau pun takyah la sampai air minum pun nak bersaing dengan mak mertua. 
Kau dah dapat anak dia kot. 
Setakat air minum tu bagi je mertua handle.

Lagi satu, walaupun pandai masak, tinggalkan 1-2 masakan pada mertua. 
Biar makanan tu jadi signature dish dia. 
Aku tinggalkan nasi dagang and lauk singgang pada mok. 
Aku belajar tapi aku tak buat. 
Everytime En Wan mintak lauk singgang, kemain laju mok buat. 
Hilang sakit-sakit urat dia dapat masak untuk anak. 
Biar dia merasa dia sorang terer buat singgang, takpe.

Mok suka menggosok. 
Jadi jangan rebut-rebut dari dia. 
Nanti dia ingat kita tak bagi dia menggosok sebab dia gosok tak licin. 
Biarkan dia nak buat. 
Mak aku ni punyalah suka menggosok, spender laki aku pun dia gosok. 
Aku punya panties, bra and shawl memang aku basuh sendiri, sidai dalam bilik air. 
Aku seriau nak bagi dia basuhkan, nanti dia siap gosok sekali. 
Cair lace coli aku karang. Nayaaaaaa.

Kalau keluar ramai-ramai sekeluarga, pesan kat suami takyah nak romantik sangatlah. 
Kita romantik masa keluar berdua je. 
Bagi suami kita jalan dengan mok, kita jalanlah dengan anak kita kat belakang. 
Kalau makan kat restoran, biar suami kita sendukkan lauk untuk mak, kita ambik lauk sendiri. 
Kau pun tak payah la tetiba jadi cacat tak reti ambik lauk sendiri pulak. 
Siap nak jeling suami suruh sendukkan lauk bagai.

Setiap kali solat jemaah, biarkan mak berada paling dekat dengan anaknya. 
Biar dia rasa dia orang penting dah masih valid.

Kalaulah boleh dibuat - apa saja yang kita beli untuk mertua, bagitau suami yang belikan. 
Biar suami ambil semua credit. I don't mind. 
Walau aku belikan mok tudung, baju raya, atau hadiah - semuanya aku cakap En Wan beli. 
Kalau makanan macam kek atau kuih raya, yang tu aku cakap aku beli. 
Jangankan mok, hari jadi Kak Long pun aku settlekan. 
Aku arrange delivery cake and flowers. 
En Wan kata kalau tetiba Kak Long call cakap "Tima kasih, dik", dia taulah ini mesti bini dia punya keje hantar barang.

Masa mok masih duduk di Tganu, ada satu kali tu mok cakap teringin nak meja makan baru untuk 8 orang. 
Dah dia sebut-sebut tu aku cakap kat En Wan meh la kita pi cari. 
Masa mencari aku terpandangkan set sofa yang cantik. 
Sofa mok lama sangat dah, dah lendut kusyen dia. 
Aku hadiahkan set sofa tapi aku cakap En Wan yang beli. 
Kau tau, sebab sofa tu anak dia 'beli', dia hambat cucu-cucu jangan melompat-lompat atas sofa tu. 
Tak pernah-pernahlah nenek jadi segarang tu 🤣.

En Wan banyak bantu aku jadi tolak-ansur. 
Tindakan isteri banyak bergantung pada bagaimana suami perlakukannya. 
Kalau suami jaga hati isteri, isteri boleh bertolak-ansur banyak benda. 
Orang perempuan ni kalau dah sayang semua benda dia bagi diskaun. Bagi free pun ada. 
Jadi kalau suami nak isteri boleh bertolak-ansur dengan maknya, janganlah jadi kayu. 
Biar ada perasaan sikit kat isteri.

Dah, aku nak tido. Baru lepas makan ubat selsema ni.

2021-06-08

Perangai orang tua.

Aku rasa aku ni dah jadi kaunter aduan perihal mak mertua tak sebulu dengan menantu.
Sentiasa ada je kisah-kisah mak mertua masuk dalam inbox aku baik FB, IG and email.
Mujurlah dapat kat aku, kalau dapat kat Che Yah dah viral kisah kau satu kampung 😆.

Aku tak nak hint kisah-kisah yang aku dapat.
Aku akan jawab dalam bentuk kisah aku.
Pandai-pandailah orang yang berkenaan decipher jawapan untuk setiap soalan melalui point-point yang aku tuliskan ni.

Aku and mok dah duduk sebumbung hampir 11 tahun.
Tak pernah terfikir selepas 9 tahun duduk hanya dengan suami and anak, tahun ke-10 mak datang duduk sekali.
Takde sesiapa pun plan untuk tinggal bersama.
En Wan tak pernah ajak mok tinggal sekali dan mok pun tak pernah merancang nak tinggalkan rumah dia di Tganu tu.
Boleh dikatakan mok biasa datang rumah aku sebab Kak Long rajin datang shopping Ikea.
Setiap kali Kak Long datang, mak ikut. Dorang stay rumah ni.
Jadi, bila mok duduk lama sikit selepas aku bersalin, aku anggap itu biasa.
Lagipun Mak Aji tak berapa handal pegang budak.
Mok biasa jaga cucu. Cucu dah 17 orang masa tu.
Kebetulan pula Rayyan lahir tak cukup bulan. Perlu extra care.
C-sect kali kedua agak teruk.
Aku kena pre-eclampsia masa mengandung Rayyan jadi aku sendiri perlu extra care selepas bersalin.
So mok plan duduk lama sikit untuk take over jaga Rayyan supaya aku boleh betul-betul heal.

Boleh dikatakan aku berpantang dengan sangat selesa.
Yang pertama, masa ni aku dah kerja sendiri.
Tak terikat untuk masuk ofis cepat-cepat.
Boleh rilek-rilek berpantang.

Kedua, bibik dah ready ada.
Masa bersalin Redza dulu bibik datang waktu umur Redza 43 hari.
Masa bersalin Rayyan bibik memang dah ready di rumah menyambut tuan besar datang.
Jadi, aku tak serabut sambil berpantang nak siapkan makan, nak kemas rumah, nak uruskan anak, etc.

Ketiga, mok ada.
Satu hal yang buatkan aku tak kisah lepaskan jagaan Rayyan sepenuhnya sebab mok ada bibik untuk bantu.
Idok le rasa bersalah sangat biar mok tertonggeng-tonggeng menjaga cucu.
Mandikan anak semua bibik buat.
Lepas settle uruskan anak, bibik akan start dengan urusan rumah sementara mok akan tengok-tengokkan Rayyan.
Aku berehat di atas sambil-sambil buat keje opis (kalau larat).

Alhamdulillah lega sangat perjalanan berpantang aku tersusun baik.
Sesekali Mak Aji datang untuk jaga aku (dia tak jaga Rayyan sebab mok lagi terer).
Lama-kelamaan mok dah macam takleh berpisah dengan Rayyan.
Dia balik Tganu kejap-kejap je pastu patah balik sini.
Aku rasa mok seronok di sini sebab bukan susah sangat nak jaga cucu because bibik ada sama.
Kalau dia duduk Tganu pun sorang-sorang.
Duduk di sini at least ada bibik nak bersembang.
Mok tak pernah cakap nak tinggal sini terus. Kitorang pun tak pernah tanya.
Dia macam berlaku gitu je.
Selepas 6-7 bulan mok kat sini aku ajak En Wan belikan almari untuk mok simpan baju.
Selama tempoh tu dia kerap ulang-alik jadi baju-baju semua dalam bag.
Aku cakap kat En Wan mok mungkin segan nak cakap, kita kena paham-paham lah.

Smooth ke hidup aku duduk dengan mertua?

Alhamdulillah mok mertua aku tak macam Nyonya Mansur tapi ada lah perangai-perangai orang tua.
Contohnya apa?

Yang pertama, curah minyak masak dalam sink.
Berkali-kali aku pesan tak boleh buang dalam sini nanti tersumbat.
Tapi begitu je la pesanan aku macam mencurah minyak dalam sink juga 😆.
Dia kat kampung dah biasa buang sisa minyak dalam sink sebab saluran sink connect dengan longkang.
Jadi apa yang kau curah dalam sink semua masuk ke longkang belakang.
Saluran sink rumah kita-kita ni mana gitu.
Saluran tu lalu ikut mana pun kita tak nampak. Tau-tau je bau busuk.
Berkali-kali panggil plumber datang sedut saluran tersumbat.
Setiap aku tersumbat mok akan salahkan IWK 😆.
Dia kata lubang taik penuh.
Aku ngan En Wan layankan je.
Ready je lah duit RM200 setiap kali panggil plumber.

Kenapa tak tegur mok? Haaa...itulah cabarannya bila tinggal dengan orang tua.
Kita tak mahu dia kecik hati.
Walaupun kita sakit hati. Hahaha.
Asalkan anak tahu what to do everytime sinki tersumbat, I boleh terima.
Yang selalu buat bini sakit hati adalah bila suami kayu tak buat apa-apa hanya suruh isteri bersabar.

Yang kedua, sinki tersumbat everytime mok siang barang basah atau membasuh pinggan.
Aku beli macam-macam jenis penapis - yang mongkong, yang flat - untuk mok guna semasa siang ikan udang.
Tak digunanyaaaaaa.
Bila aku nak siang sendiri dia tak kasi.
Dia tak berkenan kot tengok aku terkial-kial siang ikan.   
Sepanjang bibik duduk sini, tak pernah kejadian sink tersumbat. TAK PERNAH.
Sebab aku dah ajar bibik guna penapis setiap kali siang ikan.
Tapi mok tetap dengan caranya di kampung.
Semuanya biar terjun dalam lubang sink, ujung-ujung keluar kat longkang belakang.
Memang tak pernah ada filter pun kat sink dia di kampung tu.
Sink rumah aku ni macam-macam filter tukar silih berganti, masih tersumbat.
Nak buat macamana sebab mok masih nak kekalkan ‘cara’ di kampung.
Tapi now dah tak tersumbat dah sejak aku order je semua barang pasar online, siap basuh.
Biarlah mahal sikit, asalkan kepala aku tak sakit.
Bersabar untuk tempoh yang lama boleh mengundang sakit kepala tau. Kahkahkah.

Again, ini adalah cabaran bila tinggal dengan orang tua. 
Kadang tu bila orang tengok kita boleh tinggal dengan mertua bertahun-tahun mesti segalanya ok di rumah katanya. 
Tak jugak. 
Isunya ada, tinggal lagi nak besarkan atau tak.

Yang ketiga, sudip and periuk tefal aku ‘bersepai’.
Mok memang tak masak.
Masak untuk makan pagi, lunch and dinner memang aku pegang.
Tapi sometime mok akan masak kalau nak goreng keropok, nak goreng sosej and nugget untuk cucu dia atau goreng apa-apa kalau anak-anak dia datang masa aku not at home.
Bila dia dah start pegang dapur, periuk and kuali Tefal aku semua dia kaup dengan sudip besi.
Walau aku dah pesan kalau kuali periuk Tefal kena guna sudip khas, dia tetappppp.
Jadi periuk and kuali Tefal aku calar-balar.

Tu gambar contoh mok kalau menggoreng.
Mok ‘berjimat’ kalau menggoreng. Dia goreng ikan guna minyak sikit je.
Lepas tu nanti dia sengetkan periuk macam tu so that minyak berkumpul satu sudut and dia goreng kat sudut tu je.
Jadi, sisi periuk yang senget tu hitam jadinya bila terbakar dek api.
Dah banyak periuk aku hitam sebelah. Handle cair sebelah pun ada.
Sudip pun sama. Ada yang cair, ada yang terbakor - sedih benau kejadiannya.
Selalunya kalau jadi gini aku snap and hantar kat En Wan sambil letak emoji ðŸ™„.

Sabar kan aku? 😆
Sebab tu sesiapa yang komplen aku itu ini di rumah, aku sound setepek.
Kau tak duduk dengan orang tua, kau diam.
Belum tentu lagi kau boleh bersabar duduk 2 bulan dengan orang tua.

Maka, 3 point tu cukuplah.
Rasanya dah menjawab kisah-kisah yang diadukan pada aku.
Ini bukti bahawa isu dengan mertua memang ada.
Membongak sangat kalau ada orang kata dia hidup bersama dengan tenang dan bahagia bersama mertua.
Alangkan adik-beradik yang keluar dari perut yang sama pun boleh bertelagah, apetah lagi dengan orang yang sah-sah bukan sedarah dengan kita.
Yang membezakan adalah cara kita menangani isu-isu ni.

Kalau ada benda yang aku tak berkenan, aku adukan pada anak laki dia.
Anak dia perlu tahu. Aku tak suka simpan-simpan pendam sorang.
Apa benda yang aku tak berkenan, aku akan bagitau En Wan.
Kalau En Wan rasa dia boleh tegur, dia tegur.
Kalau tak, dia belikan baru.

Aku faham situasi En Wan.
Tak mudah untuk dia tegur mak sendiri.
Jangankan kata dia, aku pun belum tentu tergamak nak tegur mak sendiri.
Macam En Wan, sometimes bukan kerana takut mok kecik hati bila ditegur tetapi tak mahu isteri dia kelihatan jahat di mata keluarganya.
11 tahun duduk bersama, aku faham sangat kenapa most husband seolah-olah macam ‘anak mak’.
Takut nak tegur mak, takut nak betulkan salah mak, etc.
Actually bukan kerana terlalu sayang mak, tapi kerana dia sayangkan isterinya.
Dia tak nak nanti mak mengadu kat adik-beradik itu ini, ujung-ujung yang nampak jahat isterinya.
Walhal orang luar mendengar cerita sebelah pihak saja.
At least itu yang aku faham dari tindakan En Wan.

Aku orang yang tak suka simpan-simpan.
Macamana aku loud dalam penulisan aku, itulah aku di mana-mana pun.
Benda yang aku tak puas hati, kat situ jugak aku settlekan. 
En Wan sangat faham perangai aku dan dia tahu aku ada solid and good point tetapi at the same time dia juga tahu bukan semua orang boleh terima perspektif aku.
Jadi untuk mengelakkan orang lain salah anggap pada isterinya, dia kena kontrol semua sudut.
Contohnya, aku takde dalam family group En Wan.
Sebab En Wan tahu aku loud.
Apa yang aku tak suka, kat situ juga aku tembak.
Dia taknak orang lain anggap aku jahat bila aku menyuarakan pandangan aku yang selalunya tak ikut majoriti. 

Samalah macam apa saja isu yang timbul between mok and aku, apa yang En Wan rasa dia boleh betulkan, dia betulkan. 
Apa yang dia rasa aku perlu sabar, dia akan sabarkan aku.
Contohnya, setiap kali nak tido, aku akan check balik rak basuhan pinggan.
Selalunya aku akan basuh semula.
Mok kalau basuh sometimes dia tak guna sabun, dia basuh dengan air je.
Jadi kesan minyak masih ada.
Aku manusia biasa. 2-3 kali jadi, aku boleh terima.
Tapi kalau dah selalu, berangin juga.
Tapi selaser-laser aku, aku tak pernah sound mok.
Aku akan lepaskan marah aku kat En Wan.
En Wan allow dia jadi tempat aku lepaskan marah.
Sebab dia nampak aku kena basuh balik, dan dia tahu itu sangat memenatkan.
Selalunya En Wan akan tenangkan aku dengan belikan aku teh tarik, atau burger, atau aiskrim.
Sambil-sambil tu dia cakap “Mok dah 81, Di. Mok dah tua. Mata mok tak nampak kesan minyak”.

That’s why aku cakap peranan suami sangat penting bila menantu and mertua duduk sekali.
Orang perempuan ni Allah bagi satu keistimewaan rasa kasih-sayangnya sangat tinggi.
Walau penat, dia gagahkan dir mengemas.
Walau demam, dia gagahkan diri memasak untuk suami and anak-anak.
Walau mengantuk dia tetap bangun menyusukan anak dan biarkan suami terus tidur sebab kesian suami penat kerja.
Jadi, kalau suami tahu macamana nak tackle hati isteri, insyallah isteri boleh bertolak-ansur kalau ada masalah dengan mertua.

Apa yang aku boleh cakap, duduk sebumbung dengan mertua tak mudah.
Perlu ada kesabaran dan tolak-ansur yang tinggi.
Dan menantulah yang paling kena sabar sebab orang tua ‘always betul’.
That’s why karakter suami kena strong.
Jangan melulu taat pada mak tanpa peduli perasaan isteri.
Hakikatnya orang tua tak selalunya betul tetapi mereka wajib dihormati.
Bab ni aku syukur sangat En Wan bukan typical anak mak yang mak dia je betul 24 jam.
Dia ambil peranan untuk selidik rungutan aku at the same time meletakkan dirinya di tempat mok.
Kalau dia rasa mok salah, dia akan tegur.
Kalau aku salah, aku kena tegur.

Kalau ikut agama, tak digalakkan duduk sebumbung dengan mak bapak dan adik-beradik.
Suami mesti bawak isterinya duduk asing.
Dalam kes aku, kitorang tak pernah ajak.
Tapi elok juga mok di sini sebab kat kampung dia duduk sorang.
Lagipun cucu-cucu yang lain ramai kat sini. Kak Ngah pun dekat. Lagi elok duduk sini.

Mok tak pernah kondem apa aku masak atau cara aku masak. Itu kelebihan untuk aku.
Kebanyakkan kisah yang aku dengar mertua suka kondem cara menantu masak, lauk tak kena dengan tekak, siang ikan salah, etc.
Mok dah tak minat masak.
Kalau kondem karang aku tak masak terus.
Jadi dia biarkan je aku masak apa pun. Agaknya laaa...
Most menantu yang tinggal dengan mertua ada masalah ni.
Bila tinggal bersama, mak mertua boleh tahu rahsia dapur kita.
Jadi tak heranlahlah dia akan kritik apa pun yang kita buat (especially bab masak).
Biasalah, orang tua.

Bab menjaga anak pun sama.
Walaupun zaman dah berubah, cara orang tua membesarkan anak belum banyak berubah.
Always ada perbezaan pendapat dalam mendidik anak.
Aku sampai sekarang ada masalah dalam mendidik Rayyan.
Selalu ada konflik.

Kita ni bagi syarat anak kena makan di dapur, kat meja makan.
Tapi mok akan hidangkan makanan di mana saja Rayyan berada.
Kalau dia dalam bilik, mok akan bawak naik makanan ke dalam bilik.
Kalau Rayyan duduk depan tv, mok hidang makanan depan tv.
Kalau Rayyan nak lunch pukul 3pm, mok akan sedia pukul 3pm.
Berbuluuuuuu je aku.

Tapi tu lah, aku nak bangkang pun tak boleh sebab ada living proof dalam rumah ni yang menjadi bukti didikan sebegitu tetap menjadikannya manusia.
Kalau Mak Aji dulu, makan lunch pukul 1pm.
Selain dari waktu tu, tunggu dinner.
Makan hanya kat meja makan.
Kau makan depan tv, siap pemukul lalat hinggap belakang kau.

Tapi satu yang best, mok tak penah kisah kalau aku bangun lambat.
Sebab kalau aku bangun lambat, bermakna anak beliau juga bangun lambat.
Kalau En Wan bangun lebih awal, dia akan bagitau mok “Diana dop bangun lagi mok. Dia dop sihat”.
Itu jelah modal dia nak menyelamatkan aku 😉.

Lagi satu, En Wan rajin bawa aku mencari ketenangan.
Hujung minggu kalau cucu-cucu mok datang rumah, En Wan akan bawak aku keluar jalan.
Dia takkan bagi aku melayan tetamu. Isterinya perlu rehat.
Hari-hari lain aku dah melayan mok, hujung minggu siapa datang rumah, orang tu dikira take over melayan mok pulak.
Agak-agak tetamu nak makan ke nak minum ke, silakan ke dapur buat sendiri.
Buatkan sekali untuk mok.

Susah sebenarnya jadi suami.
Patutlah tanggungjawab suami sangat berat dan isteri wajib taat (tapi nak pitching tinggi sikit sesekali tu bolehhhhhh).
Nak menjaga hati mak, nak menjaga hati isteri dan maintain sama-sama hidup dalam keadaan harmoni.
HARMONI, ya. Bukan bahagia.
Bila tinggal bersama dengan mertua, objektifnya adalah HARMONI.
Bahagia tu cerita lain.
Kalau nak harmoni, nak tak nak memang masing-masing kena ambik peranan.
Orang tua payah nak mengalah. Itu memang sifat orang tua.
So suami and isterilah kena buat.

That’s why sebaik-baiknya janganlah tinggal serumah dengan mak bapak atau mertua.
Tinggal dengan orang tua pahalanya memang mudah, tapi dosa pun mudah dapat kalau tak kena gaya.
Kalau tanya aku, aku tak encourage.
Kalau boleh elak, elak.  
Benda ni kalau tak kena gaya boleh bercerai berai kerana ‘orang ketiga’.

Bukan apa, bila tinggal satu rumah, akan ada persaingan di antara menantu dan mertua.
Isteri nak suami mengutamakannya, mertua pula sebagai orang tua mahukan hak yang lebih besar untuk diutamakan oleh anak sendiri.
Persaingan inilah yang always jadi punca konflik suami isteri.
Sebuah istana seharusnya memiliki satu ratu dan satu raja sahaja.
Dua ratu dalam satu istana kelihatan tak baik.
Memilih tinggal asing dengan mertua tak menunjukkan seseorang adalah menantu atau anak yang derhaka.
Tinggal asing hanyalah berpisah secara fizikal, tetapi emosional tak kacau bila selisih paham semakin berkurangan.

Aku rasa En Wan ada karakter yang strong sebagai seorang suami, walaupun dia mengannoyingkan aku di ofis.
Semoga suami aku ni dapat terus mengimbangkan role dia sebagai anak and suami.
Dan semoga aku juga dapat jalani bahagian aku ni dengan baik.
Tak semua benda kita boleh control.
Kalau segalanya nak berlaku ikut kemahuan kita, boleh stress.
Apa yang boleh accept, accept sajalah.