Pages

2021-06-09

Menantu pun tak perlulah nak menang semua benda dari mertua.

Ramai betul yang respond pada post semalam tentang duduk sekali dengan mertua. 
Especially kat IG terlalu banyak DM sampai aku just baca je. 
Kalau dapat 'seen' je dari aku without reply, jangan kecil hati.
 Some aku memang sengaja tak respond apa-apa sebab aku nak respond di sini.

Ok, look. 
Pertama sekali aku nak bagitau tujuan aku share story tu bukan untuk trigger masing-masing share masalah dengan mertua masing-masing. 
Ramai yang share masalah dengan mertua. 
Yang kata mertua dorang jauh lebih 'puaka'.

Ok, macam ni. 
Tujuan aku share story aku and mok mertua adalah nak tunjuk kat semua bahawa semua orang tu sama.
Tak kira, mak kita atau mak mertua - mereka sama. 
Orang tua ada perangainya. 
Aku nak tunjuk even aku yang duduk 11 tahun dengan mertua, yang orang luar nampak seolah-olah segalanya baik-baik saja - tetap ada isu dalaman. 
Tinggal lagi bagaimana kita nak handle isu-isu ni.

Yang pertama sekali kena faham mana-mana orang tua SAMA. 
Mereka ada perangainya yang susah nak diubah dan memang payah nak diubah. Why? 
Sebab, dorang dah lama dengan perangai tu. 
Dah jadi tabiat. Dah jadi darah daging. 
Dah payah nak ubah. 
Jadi jangan cuba-cuba ubah. Hadap saja. 
Nak ubah orang payah, yang paling senang ubah diri sendiri. 
Ubah cara pandang kita pada orang tua. 
Cuba untuk fahami yang orang tua memang macam tu, ada perangai-perangainya.

Dari respond-respond yang aku baca semalam, boleh dikatakan hampir semua kata mak-mak dorang pun jenis basuh pinggan tak pakai sabun (atau sikit sangat guna sabun). 
Ada yang sabun depan pinggan je, belakang pinggan tak sabun pun. 
Guna minyak masak berkali-kali sampai hitam, punya sayang nak buang. 
Ada yang mengadu mertua suka simpan left over food bertimpa-timpa dalam fridge sayang nak buang.
Ada yang kata mertua hoarder syndrom - sudip patah pun simpan.

So kat sini aku jadi semakin faham yang semua orang tua ada perangainya. 
Bukan kita sorang je ada masalah dengan orang tua, ramai. 
Janganlah cuba-cuba nak ubah, memang payah. Nanti kau sakit hati. 
That's why sinki yang kerap tersumbat tu, ujung-ujung aku biar je. 
I mean biarlah dia nak buat apa pun, kalau tersumbat panggil plumber. 
Memang pedih jugaklah awal-awal tu sebab kejap-kejap sinki tersumbat. 
Kejap-kejap nak upah plumber. 
Last-last aku jumpa penyelesaian terbaik iaitu order barang basah online siap siang and basuh. 
Barang sampai nanti tinggal masukkan dalam freezer je. 
Selesai masalah.

Mengemas rumah pun sama. 
Dulu sebelum ambik weekly bibik, aku akan basuh semua 6 biji bilik air dalam rumah ni every week.
Tapi everytime nak basuh bilik air mok, dia tak kasi. 
Dia kata dia basuh setiap kali mandi. 
Dekat 3 bulan aku tak dapat basuh bilik air dia, one day dia balik Tganu, nak pitam aku masuk bilik air mok. 
Dengan lantai berlendir, dinding kuning-kuning. 
Ye lah, dia dah tua, tak larat nak membongkok, tak kuat nak menyental. 
Habis kuat pun agaknya dia jirus-jirus gitu je. 
Tapi ye lah, orang tua. 
Dia malu agaknya kalau kita tahu dia tak sebersih kita. 
Atau dia rasa dia tau apa dia buat so kau jangan nak sibuk-sibuk macamkan dia budak-budak tak reti basuh bilik air sendiri. 
Haa gitulah umpamanya.

Last-last aku cari weekly bibik. Biar bibik settle semua. 
Bila bibik kemas bilik dia boleh pulak *tepuk dahi*.
Itulah perangai orang-orang tua kita.

Everyone you meet has something valuable to teach you, termasuklah mertua. 
Kalau ada perangai-perangai yang kita tak suka, itu sebenarnya hint supaya kita tidak jadi seperti itu.
Apa pada dia yang kita tak suka, jangan buat. 
Apa yang baik pastikan kita ada nilai tu. 
As simple as that.

Dia senang cakap macam ni la. 
Kalau kita nak tumpu pada benda yang kita tak suka, berderet-deret perkara yang menyakitkan hati kita keluar satu persatu. 
Lama-lama kau stress and bergaduh laki-bini non-stop. 
Paling senang, tumpu pada kelebihan mertua duduk sekali.

Aku tak payah buat air untuk En Wan everytime dia breakfast. Mak buatkan.

Aku tak payah gosok baju sekolan Rayyan. Mak buatkan.

Aku tak payah lipat baju. Mak buatkan.

Aku tak payah tido dengan baby (Rayyan). Dia tido dengan mak.

Nak keluar tengok movie dengan En Wan tak risau Rayyan di rumah sebab mak ada.

Kalau delivery/courier hantar barang, rumah sentiasa ada orang. 
Tak kalut aku nak tunggu barang kat rumah.

Boleh tahan banyak jugalah kelebihan untuk aku ni.

Mak mertua aku bukan mak mertua puaka yang melahar kat menantu. 
Dia tak membebel-bebel. 
Ini adalah hint untuk aku supaya aku tak membebel kat menantu.

Mak mertua aku tak bersaing dengan menantu. 
Apa yang aku ada dia tak kalut nak ada sama. 
Maybe dia dah puas hidup senang jadi apa yang aku ada dia jauh lebih lama ada.

Mak mertua aku respect space aku. 
Dia tak keluar masuk bilik kelebet itu ini. 
Dia masuk bilik aku bila aku takde je (nak kutip hanger dalam lemari).

Mak mertua aku tak campur urusan rumahtangga. 
Dia takde nak merendah-rendahkan aku. 
Ada la sesekali kalau nampak aku masak style yang berbeza dari kebiasaan dia, dia cakap "Kalau kat Tganu kita buat gini...".
"Mok selalu buat gini..."
"Tok Nyang dulu ajor mok buat gini..." 

Dengar dan senyum sahaja, ya. Tak perlu cakap apa-apa. 
Nak melawan biar dalam hati saja. Hahahaha.

Bukan apa, bila kita selalu bagi dia merasa ‘menang’, insyallah kita takkan jadi rival dia. 
Sebab dia dah selalu ‘menang’. 
Tapi kena ingat, MENANG dan BETUL ada beza. 
Kalau dengan memberi MENANG lebih baik, biarkan. 
Tapi kalau dengan memberi rasa dia always BETUL memudaratkan kita, maka perlu tegur.

Point-point yang baik kita ikut. 
Yang tak berkenan tu, jangan diikut. 
Simple.

Mertua yang banyak buat hal adalah mertua yang merasa terancam dengan keberadaan menantu.
Selalunya mertua ni tinggal seorang, atau tak ada tempat bergantung, atau suami kita anak harapan. 
Dia rasa cemas kot-kot position dia dalam keluarga akan diganti oleh kita. 
Atau dia takut hubungan dia dan anak lelaki berubah selepas kawen. 
As menantu kita kena beri ruang untuk suami kita 'bermesra' dengan ibunya.

That's why aku biar mok buatkan air untuk En Wan setiap kali breakfast. 
Aku ajar En Wan minta mok buatkan air walaupun En Wan boleh buat sendiri sebenarnya.
Biar mok tetap rasa air teh O dia juga yang anak dia cari. 
Yang kau pun takyah la sampai air minum pun nak bersaing dengan mak mertua. 
Kau dah dapat anak dia kot. 
Setakat air minum tu bagi je mertua handle.

Lagi satu, walaupun pandai masak, tinggalkan 1-2 masakan pada mertua. 
Biar makanan tu jadi signature dish dia. 
Aku tinggalkan nasi dagang and lauk singgang pada mok. 
Aku belajar tapi aku tak buat. 
Everytime En Wan mintak lauk singgang, kemain laju mok buat. 
Hilang sakit-sakit urat dia dapat masak untuk anak. 
Biar dia merasa dia sorang terer buat singgang, takpe.

Mok suka menggosok. 
Jadi jangan rebut-rebut dari dia. 
Nanti dia ingat kita tak bagi dia menggosok sebab dia gosok tak licin. 
Biarkan dia nak buat. 
Mak aku ni punyalah suka menggosok, spender laki aku pun dia gosok. 
Aku punya panties, bra and shawl memang aku basuh sendiri, sidai dalam bilik air. 
Aku seriau nak bagi dia basuhkan, nanti dia siap gosok sekali. 
Cair lace coli aku karang. Nayaaaaaa.

Kalau keluar ramai-ramai sekeluarga, pesan kat suami takyah nak romantik sangatlah. 
Kita romantik masa keluar berdua je. 
Bagi suami kita jalan dengan mok, kita jalanlah dengan anak kita kat belakang. 
Kalau makan kat restoran, biar suami kita sendukkan lauk untuk mak, kita ambik lauk sendiri. 
Kau pun tak payah la tetiba jadi cacat tak reti ambik lauk sendiri pulak. 
Siap nak jeling suami suruh sendukkan lauk bagai.

Setiap kali solat jemaah, biarkan mak berada paling dekat dengan anaknya. 
Biar dia rasa dia orang penting dah masih valid.

Kalaulah boleh dibuat - apa saja yang kita beli untuk mertua, bagitau suami yang belikan. 
Biar suami ambil semua credit. I don't mind. 
Walau aku belikan mok tudung, baju raya, atau hadiah - semuanya aku cakap En Wan beli. 
Kalau makanan macam kek atau kuih raya, yang tu aku cakap aku beli. 
Jangankan mok, hari jadi Kak Long pun aku settlekan. 
Aku arrange delivery cake and flowers. 
En Wan kata kalau tetiba Kak Long call cakap "Tima kasih, dik", dia taulah ini mesti bini dia punya keje hantar barang.

Masa mok masih duduk di Tganu, ada satu kali tu mok cakap teringin nak meja makan baru untuk 8 orang. 
Dah dia sebut-sebut tu aku cakap kat En Wan meh la kita pi cari. 
Masa mencari aku terpandangkan set sofa yang cantik. 
Sofa mok lama sangat dah, dah lendut kusyen dia. 
Aku hadiahkan set sofa tapi aku cakap En Wan yang beli. 
Kau tau, sebab sofa tu anak dia 'beli', dia hambat cucu-cucu jangan melompat-lompat atas sofa tu. 
Tak pernah-pernahlah nenek jadi segarang tu 🤣.

En Wan banyak bantu aku jadi tolak-ansur. 
Tindakan isteri banyak bergantung pada bagaimana suami perlakukannya. 
Kalau suami jaga hati isteri, isteri boleh bertolak-ansur banyak benda. 
Orang perempuan ni kalau dah sayang semua benda dia bagi diskaun. Bagi free pun ada. 
Jadi kalau suami nak isteri boleh bertolak-ansur dengan maknya, janganlah jadi kayu. 
Biar ada perasaan sikit kat isteri.

Dah, aku nak tido. Baru lepas makan ubat selsema ni.