Aku tak bagitau pun mok mertua aku jatuh, kan?
Tapi disebabkan En Wan ada update kat FB dia, maka ramailah yang bertanya aku khabar mok.
Mok ok, alhamdulillah.
Kejadian berlaku Selasa lepas.
Aku and En Wan ke Jaya Grocer, petang.
Dia kat rumah dengan budak-budak.
Dia kat dapur tengah bergayut dengan cucu dia call.
Redza pun kat dapur tengah makan.
Redza kata tiba-tiba je kerusi nenek terbalik.
Konfius kejap aku. Dah macamana tengah duduk tetiba jatuh?
Setelah mengkaji, aku rasa dia tak sedar dia tertolak kerusi tu kebelakang masa tengah duduk sedap bergayut kat phone tu, lantas kerusi terbalik.
Mok ni kalau duduk kat kerusi dapur tu dia tarik sikitttt je kerusi.
Pastu dia duduk.
Agaknya tengah sedap-sedap bersembang dia tolak kerusi tu dengan kaki nak adjust kedudukan pastu terbalik.
Masa kitorang sampai rumah, dia dah ada kat hall tengah baring.
Dia kata jatuh and takleh nak melangkah. Redza papah ke depan.
Mok taknak ke hospital.
Biasalah, takut kena masuk wad.
Esoknya panggil orang mengurut.
Lusa pun panggil orang lagi. Dua-dua orang berbeza.
Masing-masing kata urat mok kat area jatuh tu tegang sikit.
Tapi takde patah, retak atau beralih tempat ke apa ke.
Cuma biasalah bila dah tua ni healing process lambat.
Dia dah 82, jatuh terhentak memang berasa sangatlah.
Nak hilang sengal pun ambil masa.
Setakat ni mok dah boleh berjalan menggunakan folding tongkat berkaki empat.
Bolehlah gerak sendiri dalam rumah.
Hari pertama kena tu memang dia baring sepanjang hari kat atas.
Duduk je dalam bilik atas katil.
Aku rasa kalau aku takde dalam rumah tu, forever mok tido dalam bilik tak turun-turun sebab anaknya kan jenis yang taat sikit.
Apa mok dia cakap dia ikut je.
Aku jenis takleh.
Aku cakap kalau mok baring terus-terus gini esok-esok terus jem tulang belulang, elok-elok boleh bergerak terus kejung.
Aku pujuk mok turun.
Aku suruh En Wan bawak mok ke bawah setiap pagi. Nanti petang baru naik.
Biar kat bawah, ada cahaya, ada udara segar, luas sikit pandangan mata daripada terperuk dalam bilik.
Aku paksa mok makan ikut time.
Bukan apa, makan ikut time makan ni perlu especially untuk healing.
Badan kita ni ada time-timenya dia bekerja dengan optimum, jadi pastikan badan ada 'minyak' yang cukup untuk bekerja.
Kalau tak, lagi lambat proses penyembuhan.
En Wan dukung mok pagi-pagi turun bawah terus ke meja makan.
Aku buatkan teh O, siapkan breakfast.
Dah settle, En Wan dukung semula mok ke depan, bukakkan TV and dia terus ke ofis.
Aku take over jaga mok kat rumah.
Sepanjang pemerhatian aku di rumah, mok taknak makan taknak minum.
Setiap 1 jam aku tanya mok nak air? Nak teh O panas? Nak makan?
Bersilat kat dapur masak masakan yang mok boleh makan.
Tapi mok mengelak makan and minum.
Dia takut nanti nak ke tandas susah.
Bila En Wan balik, aku suruh dia pi cari tongkat kaki empat tu.
Aku syak mok taknak makan and minum sebab dia segan dengan aku.
Maybe juga dia takut kalau makan mesti nak ke tandas nanti menyusahkan aku pulak.
Kalau ada tongkat maybe dia boleh gerak sendiri.
Eh betul pun sangkaan aku.
Bila mok dapat tongkat, barulah dia nak bergerak.
Elok je ha ke dapur ambil makanan and buat air sendiri.
Aku cakap kat En Wan “Kan betul saya cakap? Mok bukan tak boleh bergerak, tapi dia chose untuk tak nak bergerak sebab tak nak susahkan sesiapa. Dia bukan tak nak makan tapi dia takut nanti nak ke tandas terpaksa harapkan kita”.
Nasib baik dapat bini bijak tau! *libas rambut*
Tapi tu lah, dia dah biasa bergerak laju, bila sekarang bergerak dengan tongkat, hari-hari mengeluh. “Sampai bila nak bertongkat”, “Kenapa sakit tak hilang”…..yada yada yada.
Aku ni karang kalau cakap, tajam.
Yang tak biasa, konfem kecik hati.
Lalu aku sampaikan kat En Wan.
Aku bagitau mok tu sebenarnya tidaklah sakit sangat seperti yang dia kata.
Hari tu pun tukang urut cakap urat mok tip top.
Dari pandangan mata aku sendiri pun aku rasa mak ok sebab mok boleh duduk bersimpuh, masih boleh duduk bersila, duduk antara dua sujud pun boleh, meniarap menelentang mengiring semua boleh.
Bangun tido, bangun dari duduk, semua boleh.
Lagi teruk keadaan aku masa lepas bersalin dulu.
Dari tido terlentang nak mengiring boleh keluar air mata!
Jangan cerita lah nak bangkit dari tido, kena gohed gostan 2-3 kali baru dapat bangkit. Berpeluh.
Aku bagitau En Wan mok ni lebih kepada ‘sakit’ kesan psikologi.
Disebabkan dia biasa gerak laju, bila seminggu kena gerak slow dia jadi frustrated dan kerap mengeluh.
Mok dah 82, dah tentu healing lambat. Perlu ambil masa.
Pelan-pelanlah, jangan nak laju-laju sangat.
Betul cakap orang, bila kita pikir sakit, memang sakitlah kita dapat.
Bila pikir sihat, sihat yang datang.
In mok case, aku takleh nak cakap lebih-lebih, serahkan pada anak beliau.
Kalau Mak Aji lainlah, boleh aku cakap direct je.
Aku harap dalam sebulan mok akan nampak perubahan yang lebih besar.
Now ni pun dah makin ok boleh turun naik tangga sendiri.
Dulu masa arwah nenek dah start sakit-sakit kaki, dia asyik nak duduk je.
Lepas tu lebih banyak berdiam.
Makcik-makcik aku belikan tongkat kaki empat tu supaya nenek boleh gerak.
And they encouraged arwah nenek untuk berjalan sikit-sikit, jangan asyik duduk saja.
Tapi kalau orang lain tengok nampak macam kita memaksa.
Actually bukan memaksa.
Masa arwah nenek masuk hospital pun dokter pesan kena biasa-biasakan bergerak, kalau tak boleh bergerak kena rajin urut-urutkan supaya urat-urat, sendi-sendi tak jem.
Bercakap pun sama.
Memang some orang tua bila dah tua-tua ni dia jarang nak bercakap. Kena paksa.
Kalau taknak bercakap, bagikan tasbih, suruh zikir.
Jangan biar dia senyap.
In fact, uncle aku calkap (he's a doctor), kalau bedridden sekalipun kita kena pusing-pusingkan badan pesakit. Biar gerak.
Maksudnya, bergerak itu perlu.
Kalau ikut En Wan, dia melayan je kehendak mok nak baring sepanjang hari.
Alasannya, kesian.
Aku cakap, bukan itu caranya kalau kesian kat orang tua.
Baik letakkan kat rumah orang tua je gitu.
Bila sesekali mok mengeluh, aku berulang-kali bagitau "Mok dah 82, memang lambat sikit nak baik. Kalau ada luka pun lambat baik. Itu biasa, sebab badan dah tua. Tulang urat mok semua dah tua. Kena banyak sabar. Anggap je ini Tuhan bagi mok berehat".
Asal aku masuk dapur je nanti dia laung dari depan "Diana masak ke? Mok duduk saja ni tak dapat tolong".
Aku rasa dia susah hati takut dia membebankan.
Aku cakap mok duduk je tengok TV.
Bukannya aku nak masak kenduri.
Masak untuk makan-makan sefamily je.
Selama ni pun aku masak sorang juga.
Tapi dulu dia tolong kacau-kacau lauk and basuh-basuh kuali.
Jadi mungkin dia tak terasa segan nak makan sebab dia pun membantu.
Tapi kan, aku rasa mok sebenarnya risau aku buang barang-barang yang dia simpan. Hahaha.
Sejak mok tak dapat berjalan laju ni, dah hampir clear barang-barang kat dapur aku humban.
Ni pun kejap lagi aku nak buang blender and toaster aku.
Rupanya blender and toaster aku yang rosak dia tak buang!
Dia simpan. Untuk apa aku tak tahu.
Dalam fridge aku sekarang dah takde lansung left over food melebihi 2 hari.
Yang mok simpan dulu-dulu aku dah buang habis.
Now yang tinggal hanyalah yang fresh, yang aku baru masak 2 hari lepas.
Kalau aku larat, aku ratah.
Kalau tak, selepas 2 hari terus buang.
Takde de aku nak simpan-simpan. Clear wehh fridge aku.
Baju-baju pun sama.
En Wan ambik alih membasuh and menyidai baju.
Aku pesan baju semua lepas angkat terus bawak naik ke bilik dengan hanger-hanger.
Jangan peruk dalam bakul baju.
Dulu mok lepas angkat baju dia masukkan dalam bakul.
Esok baru dia melipat.
That's why baju-baju semua kena gosok sebab renyuk.
Now, aku terus angkat and lipat. Settle.
Sikit tak payah gosok.
Terang bilik bawah tu takde baju menambun untuk digosok dah.
Hari Ahad lepas aku mintak En Wan potongkan rumput kat area 'kebun sayur' mok.
Kau tau apa?
Dia larat bangun semata-mata nak duduk kat tepi pintu nak tengok anak dia potong rumput!
Takut nau dia kitorang cantas pokok dia.
Aku cakap kat En Wan "See? Mok tu sakit kerana psikologi dia je".
Agaknya kalau aku cakap "Mok, jom kita balik Tganu", konfem dia gagahkan diri bergerak.
Bila situasi macam ni berlaku, aku teringat dulu masa arwah ayah baru meninggal, mok sorang di kampung.
Kak Long cakap "Takpelah, adik-adik semua ada kerja, biar Kak Long tengok mok di kampung. Toksah risaulah".
Fast forward 18 tahun, rupanya aku yang jaga mok sekarang.
Ditakdirkan mok duduk dengan anak and menantu.
Ditakdirkan mok sakit dan menantu yang jaga sebab anak beliau kena pi opis sebab takde orang nak buat packing sebab staff semua work from home.
Itulah jalan takdir Allah.
Kita tak tahu siapa yang akan jaga kita bila dah tua.
Bukannya takde anak-anak lain yang nak jaga tapi keadaan sekarang membuatkan mok takde pilihan selain dijaga oleh menantu hantu.
Mujurlah mok bukan mak mertua Nyonya Mansur.
Jadi menantu pun seronok nak jaga mak.
Mana-mana mak mertua yang kerjanya nak mencari salah menantu tu, berpatut-padanlah sikit ya.
Jangan galak sangat, esok lusa sakit entah-entah menantu yang jaga.
Kena racun ngan menantu baru tau.
Apa-apa pun, mohon doakan mok kembali segar, ya.
Kesian pulak aku tengok dia macam bosan je takleh gerak.