Pages

2019-07-26

Buruk lagi aku



Salah satu dosa besar adalah riak.
Ini membuatkan sebahagian besar orang lebih suka merahsiakan ibadah, takut riak.
Tapi agak mustahil untuk kita rahsiakan semua ibadah sebab banyak ibadah yang tak boleh kita rahsiakan macam haji, solat jemaah [Jumaat], menuntut ilmu, join taklim, berjihad di jalan Allah, etc.

Banyak.

Sebenarnya tak ada yang salah dengan mempamerkan ibadah.
Yang salah adalah riak-nya, bukan ibadah yang dipamerkan.

Kalau kita mampu kuasai batin, boleh kuasai perasaan riak, tak ada masalah bagi untuk menampakkan ibadah.
Bila ibadah itu dipamerkan, bagi aku, itu adalah sebahagian dari melakukan syiar.
Kalau semua orang merahsiakan amalannya, tak akan ada syiar dan tak ada contoh bagaimana sebuah ibadah diamalkan dengan baik dan betul.
Dalam masyarakat harus ada orang-orang yang boleh dicontohi supaya jadi teladan dalam kebaikan.
Melainkan kita sendiri tahu akan wujud rasa riak dalam hati bila menampakkan ibadah.
Untuk kelompok ni, merahsiakan adalah lebih baik.

"Jika kamu menunjukkan sedekah (kamu), maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya itu lebih baik bagimu" [Al-Baqarah, 271).

Sedekah adalah amalan sunat.
Dalam ayat kat atas tak kata pun sedekah tu wajib dirahsiakan.
Yang dia kata, pamer pun baik, tak pamer lebih baik.
Sama-sama baik.
Maksudnya, tak ada yang salah dengan mempamerkan sedekah atau amalan sunah yang lain.
Yang penting jaga niat.

Sama juga dengan membaca Quran.

"Orang yang membaca Al-Quran dengan kuat adalah umpama orang yang menampakkan sedekahnya. Manakala orang-orang yang membaca Al-Quran dengan perlahan adalah seperti orang yang bersedekah sembunyi-sembunyi" [At-Tirmidzi]

Sedekah adalah amalan sunat.
Mengaji pun sunat.
Ayat Al-Baqarah tadi cakap menampakkan sedekah adalah baik, bermakna baca Quran dengan kuat juga baik, tak salah.
Cuma pandanglah kiri-kanan sama, kalau orang sebelah tengah berehat atau tido, slowkanlah suara tu, biar ada common sense sikit.

Reason kita dianjurkan untuk sembunyikan amalan adalah untuk menjauhi penyakit riak and ujub.
Bila ibadah itu disembunyikan, kita tak risau sangat dengan riak, hat tu dah lepas.
However kita masih ada satu lagi penyakit, iaitu ujub.
Ujub ni boleh datang walau kita sembunyi dalam bilik yang bertutup takde tingkap takde lubang.
Jadi jangan ingat bila tak menampakkan ibadah, dah terselamat.
Belum lagi.
Itulah sebabnya menampakkan ibadah tak pernah jadi kesalahan, kerana yang salah adalah ujub dan riaknya, bukan amalannya.

Aku pernah join satu tazkirah Isyak.
Lepas selesai tazkirah, jawatankuasa surau umumkan in future they plan to beli PA system yang lebih bagus untuk program-program ceramah.
Jadi dia mintak derma jemaah, tabung disediakan kat hujung nun.
Penceramah tu ada lagi kat depan, then the penceramah cakap "Saya derma satu ribu".
Masa tu dia masih lagi pakai mic so satu surau boleh dengar.

Kalau ikut akal cetek kita "Dah kenapa kau nak kena announce nak derma satu ribu? Tabung kan ada kat tepi tu, masukkan je lah duit"

Hakikatnya, kalau ada maslahat yang kuat, iaitu supaya amalan jadi ikutan, maka menunjukkan ibadah adalah lebih baik dari sudut pandang ni.

Kita mesti pernah dengar kisah Rasulullah saw beritahu kepada pada sahabat ada seorang ahli jemaah yang merupakan ahli syurga.
Then para sahabat tumpang tido rumah that guy untuk skodeng apa amalanna sampaikan dia layak jadi ahli syurga.
Ternyata amalannya biasa-biasa saja, tak ada yang special.
Lalu para sahabat tanya dia directly apa amalan yang membuatkan dia layak jadi penghuni syurga.
Lelaki tu jawab "Aku memaafkan semua yang berbuat salah padaku setiap malam, sebelum aku tidur".

Itu juga sebahagian dari amalan.

Bayangkan kalau dia tak bagitau bahawa itu adalah amalannya, kita tak mungkin jumpa sebab kenapa perlu memaafkan orang, betul tak?

Jadi, menampakkan ibadah ada faedahnya, supaya jadi teladan dan semangat untuk orang lain buat baik sama, cuma terancam dengan riak.
Itu pandai-pandailah masing-masing jaga niat.
Itu antara pelaku dengan dirinya sendiri.
Hanya dia saja yang tahu samada dia riak atau tak.
Bukan tugas kita nak hukum perbuatan dia riak.
Apa pun sangkaan kita pada perbuatan dia, itu adalah pengajaran untuk diri kita sendiri.
Kalau kita tak selesa dengan perbuatan dia, jadikan pengajaran.
Kalau selesa, jadikan ikutan.
Simple.

Yang sebenarnya, ada yang paling teruk dari tu.

"Ketahuilah, di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik, baiklah tubuh seluruhnya, dan apabila daging itu rosak, rosaklah tubuh seluruhnya. Ketahuilah olehmu, bahawa segumpal daging itu adalah qalbu (hati)" [HR Bukhari].

Dalam bidang perubatan, hati adalah organ penting sebab dia meneutralkan racun.
Kalau hati tak ok, somehow akan bagi kesan pada bahagian badan lain - mata jadi kuning, kaki jadi bengkak.

Dari sudut psikologi pulak, kesan dari rosaknya hati boleh nampak dalam perilaku manusia.

Riak memang bahaya, tapi dengki tak kurang bahayanya.
Ada satu hadis cakap yang dengki ni sangat bahaya sebab dia akan membakar amalannya sendiri.
Penat je kan beramal siang malam, buat baik dengan orang, sedekah jariah tapi kerana ada rasa hasad dengki dalam hati, maka amalannya zero.

However, sama seperti riak, kita juga tak boleh judge if that someone sedang berdengki.
Ketika seseorang upload gambarnya sedang mengaji, adakah itu disebut sebagai riak?
Dan bila ada netizen bagi komen sinis, bolehkah itu dikatakan dengki?

Hakikatnya yang tahu tentang riak dan dengki hanyalah diri sendiri dan Allah.
Boleh jadi kedua-dua penyakit ni kita juga dapat tanpa kita sedar.
Maka lebih baik kalau kita sama-sama curiga kat diri sendiri.
Always cakap kat diri sendiri "Sebaik-baik aku, baik lagi orang lain. Seburuk-buruk orang lain, buruk lagi aku".