Pages

2018-05-05

Psikologi barang mewah


"Saya tak faham. Kalau saya ada baju harga RM400, saya tak faham macamana baju mahal tu boleh jadikan saya lebih yakin even if I payed with my own money? Saya tak faham mana datang keyakinan daripada memakai barangan mahal."

Soalan reader.

Ok ni pengalaman sendiri lebih 10 tahun lepas, zaman keje kat KL.
Masa tu aku kat stesen LRT.
Aku nak ke satu tempat ni tapi tak tau which station aku kena stop.
So aku tanya mamat kat sebelah.
Macam mat rempit je gayanya tapi nampak macam dah biasa naik LRT.
Aku tanya dia station mana patut aku stop, dia jawab station A, tapi kena menapak a few minits untuk sampai ke tempat aku nak pegi.

Then masa LRT sampai, tengah orang bersesak-sesak nak tunggu turn masuk, aku try tanya kejap lelaki lain kat tepi aku station mana aku patut stop.
Lelaki tu cakap stop kat station B, lebih dekat.
Dengan konfidennya aku percaya cakap laki tu.
Aku tak sure if station B memang lagi dekat dari A atau tak sebab aku tak penah stop kat station A pun.
Yang aku nak cerita ni kenapa aku lebih yakin dengan instruction lelaki kedua tadi.

Dalam train aku realized kenapa aku percaya dengan lelaki tu and not the other.
Lelaki yang kedua tu pakaian dia smart, macam baru balik dari kerja.
Yang lagi sorang tu pakai sweatpants and T shirt je.
Baju pulak ada stain. Tak tau la kot memang pesen dia bercapuk gitu.

The thing is, hanya dari segi penampilan je dah buatkan aku jadi stereotype menilai.
Of course sebolehnya aku taknak judge someone melalui penampilan but come to think of it, boleh ke kita percaya pada instructions of someone who can't be trusted to even keep food off his clothes?

Bukan nak judge atau nak ajak semua judge people based on appearance.
Tapi itulah realitinya.
Dan benda ni banyak kali aku highlite dalam blogpost yang lepas-lepas.
Pakaian yang kita pakai akan mengubah cara orang lain mendengar apa yang anda katakan.
Minda bawah sedar mereka will tell them if you're like them or if you're different.
Pakaian juga menentukan whether they listen or ignore.
Samada mereka percaya atau tak.
Macam kes aku tadi, boleh jadi station A lebih dekat (entah aku pun tak tau) tapi disebabkan mamat kedua tu nampak lebih meyakinkan, aku percaya dia lebih.

Lagi satu contoh, also pengalaman sendiri.
Dulu kalau kena jumpa customer buat demo, buat presentation atau replace bos aku untuk present apa-apa, aku always say yes je.
Sebenarnya tak berapa ready, kadang-kadang apa yang aku nak cakapkan tu pun aku tak berapa tau.
Scan je tajuk yang diberi untuk dapatkan idea supaya tak nampak bangang sangat, selebihnya aku pandai-pandai cakap kat depan tu nanti.

Apa yang aku realized, sebenarnya aku bukanlah pandai sangat bercakap kat depan tu tapi level konfiden aku sangat tinggi.
Pada waktu tu aku punya keyakinan banyak datang dari penampilan.
One thing yang aku perasan, bila penampilan aku outstanding dan meyakinkan, aku dah potong 30% markah competitor lain.
Secara tak sedar dengan penampilan saja aku dah gain 'markah lebih' dari client, dalam masa yang sama buatkan kekonfidenan pihak lawan jatuh 30%.

Ini serious, tak tipu.
Aku pernah kena replace COO company aku untuk present projek membekalkan peraalatan makmal kat KUTPM (now MSU).
Satu makmal genetik tu COO aku nak supply.
Presentation kena buat depan Datin sendiri. I believe the Datin ni owner KUTPM.
Tapi tiba-tiba COO aku kena pi HUSM Kubang Kerian.

"Hantar Diana. She can do that. Hantar je dia"

Padahal aku kat tepi je. Dia ingat aku tak dengar dia petik nama aku.
Aku dah bersiap sedia nak angkat henbeg lari.
Pastu dia tahan.
Dia suruh aku present. Dia cakap dah ready semua slides, tinggal nak present je.

Ya, memang la "tinggal nak present je".
Kalau lepas present terus bersurai takpelah jugak.
Ini karang macam kena viva aku kat depan tu bersoal jawab dengan board of directors.

Masa aku masuk ruang menunggu, ada a few competitors tengah tunggu turn untuk present.
Ada satu group tu nampak aku terus blah.
Later time deliver barang-barang ke KUTPM, the officer bagitau the group yang keluar tu cakap "If this lady ada, sure she win punya. Better go back".
Aku dengar masa tu pun macam nak riak jugaklah. Kahkahkah.

The thing is, dorang bukan pernah dengar aku present pun tapi dengan gaya aku je dorang anggap aku terer.
Yang sebetulnya, dengan penampilan yang sesuai, kita boleh gerunkan pihak lawan.
Ada sorang colleague aku everytime nak present projek, dia akan pakai tie warna merah.
Merah lambang konfiden dia kata.

Aku berjaya dapat projek KUTPM tu.
Satu makmal genetik tapau barang company aku.
Aku rasa aku dapat extra marks dari segi penampilan.
Penampilan really helps kurangkan gabra aku.
Bila gabra berkurang, aku deliver speech pun dengan smooth and tenang.
Lagipun penampilan changes the value of what you have to say.
At least to the people who are looking and listening.

Sebab itulah ramai yang willing berhabisan demi gaya.
Memiliki barang mewah dan mahal dah jadi satu statement.
Kadang tu kita tak faham kenapa ramai berebut beli barang yang mahal dan mewah.
Perlu faham nowadays, memiliki barang mahal datang dengan pakej respect, admiration dan trust.
Kau bukan dapat barang semata-mata tapi lebih dari tu.

Kalau tak percaya silakan tengok people yang terkenal dengan fashion dan penampilan yang menarik.
Kebanyakkannya ramai follower dan selalunya they will attract more golongan yang seperti mereka juga, yang ada hobi and interest macam mereka.
Dan yang paling penting sekali, they gain trust.
Bila you gain trust from people, opportunity always come to your way.

And this is another pengalaman sendiri juga.
Bila aku dah berhijrah dan memilih untuk berpenampilan sederhana, secara tak sedar konfiden level aku pun menurun sikit.
Aku jadi tak berminat nak berada dalam kelompok orang yang ramai, in fact nak buat event untuk jumpa blog readers pun aku mikir berpuluh kali.
Dalam masa yang sama orang pun tak berapa seronok nak berurusan dengan aku.
Kalau pi restoran ke, kedai ke, dorang buat layan tak layan je dengan muka aku ni.
Nak je aku layang-layangkan cash untuk tarik perhatian. Hahaha.
Tak salahkan dorang la, sape suruh pakai macam ni kan.
Maybe dorang pun takut tengok aku berjubah hitam ataupun segan.
Tapi bak kata ustaz memang itulah tujuannya kenapa perempuan disuruh pakai macam ni supaya takde yang nak dekat, takde yang suka dekat, jadi terhindarlah dari fitnah.
Tapi tak apalah, aku pun dah 40an, aku pernah lalui zaman-zaman tu.
Now ni dah phase lain, kasik chan la orang lain lalui pulak, ye tak.

Tapi macamana pun aku always encourage budak-budak muda yang nak mintak keje tu, time datang interview please invest sikit duit beli baju yang cantik sikit, gaya tu bagi polish sikit, biar ada markah lebih.
Kerana yang datang ke interview ni semuanya qualification sama je macam kau, jadi carilah markah lebih kat penampilan pulak. It helps, percayalah cakap aku.
Kalau tak berjaya dapat kerja tu pun, at least membantu level konfiden kau bila bercakap nanti.

Sama ada nak cari kerja, atau cari peluang pekerjaan yang lebih baik, berjumpa orang, atau jumpa bakal mak mertua, cara kita berpakaian memainkan peranan.
You may not like this reality, tapi kena ingat - those yang berjaya bukanlah di kalangan yang suka komplen.
Mereka yang berjaya adalah mereka yang menerima realiti for what it is dan menggunakan realiti to their advantage.

Jadi jangan jadi so bitter sangat bila nampak orang beli pakaian mahal atau bergaya mewah.
Kalau dia takde kena-mengena dengan kita, jangan dikacau. That's their life.
Tapi kalau dia spend macam nak rak tapi hutang kita tak bayar, itu maybe boleh consider untuk kecam. Eh.




Tak jadi close order esok, hari ni close order cut off 8 malam sebab dari Khamis lagi dah exceed 20 helai. Kita collect sikit lagi order kalau ada yang nak slot in.