Pages

2018-05-07

17th Anniversary





Yang dari Jumaat lepas nak tengok video katanya, ha ni lah dia video yang En Wan gigih siapkan.
Dia up kan FB dia Jumaat lepas.

Rupanya seminggu dia gigih kumpul gambar.
Kebetulan seminggu lepas aku banyak buat kerja kat guest room, jadi dia dengan senang hatinya memunggah album-album lama untuk cari gambar.
Tapi kebanyakkan gambar yang dia ambik untuk video ni datang dari blog aku.
Nasib baik wife blogger yang gigih snap gambar tak kira masa.
Dapatlah jugak simpan banyak gambar kenangan.
Kalau nak harap dia snap gambar, harammmmm.

Pagi Jumaat lepas, aku keluar dari mandi, dia pasangkan video ni.

"Abang ada special untuk awak..."
Pastu dia tunjuk video ni.

Merembes terus aku pagi tu.
Dengan dia-dia sekali bergenang airmata.

Ok part 1 dah settle dia punya surprise.
Memang aku surprise dengan video ni sebab dah 17 tahun hidup bersama, dia bukan sejenis nak melayan sangat benda-benda macam ni.
Pastu kegigihan mengumpul gambar tu aku salute, ada di antara gambar dalam video ni aku sendiri dah lupa walaupun aku yang snap.

Lepas dah siap-siap, kitorang gi opis.
Hari tu kan Founder's Anniversary Sale, jadi dah tentu busy.
Aku tak expect apa-apa, cuma aku cakap aku nak makan best tengahari tu.

Rupanya member dah booking Avani.
Jadi hari Jumaat lepas kitorang half day.
Lepas Jumaat, terus keluar berdua.
Aku hint hint gak kat dia kalau-kalau boleh bawak Rayyan sekali, dia kata tak boleh.
Sesekali cubalah tinggalkan anak kejap dia kata.



Honeymoon katanya tapi masing-masing angkut laptop.
Honeymoon kebenda, kan.
Tapi memang gini la orang 40an berhoneymoon.
Janji boleh berehat and buat keje dengan tenang pun dah kira honeymoon dah tu.



Rupanya Avani ni Palm Iconic Sepang.
Maknanya this is the second time aku ke sini.
Kali pertama dulu Rayyan masih baby lagi.

Masa naik buggy aku tanya lagi "Ni dah 2nd surprise dah ni. Ada surprise lagi ke lepas ni?"

Dia kata "Takde dah. Ni je.."

Ok, lega.
Bukan apa, aku takut je tetiba besok dia kata "Jom, kita gi Krabi", macam dulu.
Tak tau hujung pangkal tetiba kata nak gi Krabi.
Stress aku sepanjang hari nanti.



Masuk-masuk je bilik, dia cakap "Tadaaaaaaa!"
Pastu gelak-gelak.
Suka sangat la tu dapat tipu aku.

"Sorry, tahun ni takde bajet beli bunga satu bouquet, abang bagi kelopak bunga je".

Tapi ada la balance 4 batang rose atas tu. Jadiklahhh.

Aku tak expect pun bunga-bunga ni ada atas katil.
Sebab En Wan ni bukan sejenis suka repeat benda yang dia pernah buat.
Dah pernah dah dulu dia buat ni masa kat Krabi.
Tapi kali ni dia kata lain, kali ni ada perkataan "17th".
Oklah, fine. Lain.



Buah ni sampai ke sudah tak bermakan.
Sebab takde sape kopekkan. Hahaha.
Macam kat Krabi dulu dia dah siap-siap kopekkan.



Bilik dia spacious. Boleh main kejar-kejar laki bini dalam tu, kalau nak.

Petang tu kitorang melepak je kat bilik.
Kebetulan hari yang sama ada program ceramah khas dari Ustaz Ebit Lew kat skolah Redza.
Ustaz buat live FB pulak, apa lagiiii, aku ngan En Wan masing-masing mengadap henfon lah dengar ceramah live sambil peratik-peratikan Redza.
Merembes lagi aku dengan En Wan petang tu.
Tapi kali ni merembes sebab dengar ceramah.
Bila kamera fokus ke nampak Redza kesat airmata, dengan aku aku sekali kesat airmata (aku ada share video live ni kat FB aku).

Lepas layan ceramah, tido sampai pukul 6pm sedar-sedar dengar bunyi orang tengah mandi kat shower.
Wahhh, ini sudah bagus.
Selalunya dia kalau terjaga dari tido akan kejut aku dulu suruh aku mandi sebab aku bersiap lambat katanya.
Kali ni dia biarkan aku tido lama.
Wahhh, special treatment sangat ni. Aku pun sambung tido lagi 15 minit. Hahaha.

Lepas Maghrib dia ajak gi makan.
Aku cakap makan mana?
Dia kata seafood.
Oh, aku dah terbayang warung seafood kat beach siang tadi.
Dah terbayang-bayang satu round lagi pekena sotong goreng tepung.

Buggy datang around 7.45pm gitu.
Masa dalam buggy, budak tu tanya "Anniversary yang keberapa, encik?"

Dalam hati aku cakap "Ramai nau yang sambut anniversary kat sini gamaknya. Sampaikan buggy ni tau dah kalau datang berdua mesti celebrate anniversary ni".

Pastu buggy berhenti kat satu villa lain.
Agaknya nak ambik orang lain kot.
Aku lepak je la dalam buggy tu.
Then, En Wan turun.
Aku sergah dia "Eh, nak gi mana? Belum sampai lagi la".

Pastu dia senyum "Turun. Abang book sini.."

Dalam terpinga-pinga tu aku nampak bila pintu terbukak, 2 chef and 2 waitress greet kitorang.

Rupanya En Wan book satu lagi chalet khas untuk dinner saja.
Privacy la konon.

Aku speechless.
Rasa macam nak cakap "Who are you? What have you done to my husband?"

Pelik nau.
Time 1st anniversary dulu taknak buat gini.
Dah tua-tua ni ha baru nak buat.

So this surprise ke-empat.



Cantik sangat setting balkoni tapi aku dah terkejut sangat sampaikan lupa nak ambik gambar.
Masa ni dia pasang lagu macam dalam video atas tu, ko boleh imagine tak camana aku rasa?

Yes, merembes lagi aku buat kesekian kalinya.

Aku tanya dia "Nape tak buat candle lite dinner?"

Dia cakap "Di tu rabun, karang tak nampak makanan".

Bertambah-tambah aku merembes. Neng Yatimah sungguh aku Jemahat lepas. Asik nak nangis je.
Syahdu sebab dia sangat tau apa yang bagus untuk isteri dia.
Aku memang rabun teruk, memang aku takkan nampak punya makanan kalau buat candle lite dinner.
So takyah la nak candle lite dinner sangat, karang nak main suap-suap terjotos pulak garpu tu kat hidung dia aku buat.



Dia tak cakap nak makan macam ni, jadi aku pun takde lah pakai mekap sebab ingatkan nak makan kat warung seafood depan tu je ha.
Gasak la muka berselipat gini celebrate dinner anniversary.

Masa ni baru aku faham apesal dia beria-ia tak kasik Rayyan ikut sekali.
Sebab selama ni tak kisah pun kalau nak angkut anak-anak.
Rupanya dia dah setup macam-macam untuk anniversary kali ni.

Dia order 9 course makan, boleh?
Aku tau la aku kuat mentekedarah tapi takkan lah sampai 9 course kau ambik.



Pakai T shirt ngan jeans macam ni je pun, macamana la aku nak syak dia prepare suprise dinner?



First - appetizer.
Oh sedap rupanya Vietnam Roll. First time makan.
Saper sini jual? Nak beliiiii.

Yang belah kanan tu Bruschetta.
Sedap, tapi lagi sedap kat The Stone Bandung.



Aku tanya "Apesal dah masuk 17 tahun kawen baru nak buat macam ni. Ni taraf baru-baru kawen je buat gini".

Dia kata "Awal-awal tahun buat gini memang hati tengah berbunga-bunga lagi. Baru kawen katakan. Kalau buat sekarang barulah rare, dah 17 tahun masih celebrate".

Kalau nak rare sangat apa tak buat time umur 70 je?
9 course pun semua bubur ngan sup je sebab gigi pun dah takde.
Konsep dinner "sedut dan hirup". Kahkahkah.
Nak rare sangat katanya. Hambik.



Second.
Wild mushroom dengan roti.
Potato with raisin bread tu sangatttttt lah sedap.
Kenapala dia bagi sekeping je.



Third.
Ni yang paling besttttttttt.
Beef and lamb.
Ada 4 jenis sos pilihan, aku ambik black pepper je macam biasa.

Sampai 4th plate ni aku dah kenyang dah sebenarnya.
Tak tau camana nak sumbat lagi 6 course.



Ini course ke 5 - mee mamak.
Course keempat lupa nak ambik sebab sedap sampai terlupa - nasik jagung.
Mula-mula kenyang dah, sekali datang nasik jagung cedok jugak.
Mee mamak ni aku tak sentuh lansung sebab pagi tu aku order mee goreng jugak untuk bagi budak-budak opis makan, so tak terasa nak makan mee lagi malam-malam.



Bergambar jap dengan chef and dayang yang melayan kitorang malam tu.
Lagi sorang dayang keluar kejap masa ni.

En Wan kata masa mula-mula book tu the hotel tanya nak buat kat balkoni ke tak.
Sebab dorang memang ada pakej "Dinnet at Balkony", tapi dinner tu start lebih awal sebab nak tengok sunset.
En Wan taknak, dia nak privacy jugak, that's why book another chalet.
Lagipun nak tengok sunset pastu nak habiskan 9 course, pukul berapa aku nak solat pulak.



6th.
Seabass fillet and udang bakar.



7th.
Ayam bakor.



Yang ni yang ke sembilan.
Yang ke lapan kitorang reject sebab dah kenyang sangat.
Bagitau siap-siap kat waitress takyah hantar la sebab nak tetas dah seluar jeans aku time ni.
Karang tercampak pulak butang jeans.

Course yang ke lapan tu spagetti aglio olio.
Yang ke sembilan ni fruits, pastry and cake.

Kenyang gila. Padahal setiap plate bukan banyak sangat.
Tapi kenyang.

Ok lah aku pun dah kenyang-kenyang ni ajak la dia balik sebab aku nak layan movie pulak.



Sekali ada orang main saxofon lagu "Perfect" dari belakang.
Pastu kek sampai kat meja.

Ya Allahhhh.
Surprise apa lagi la ni.
Memang nak suruh aku merembes dari pagi santak ke malam ke apa ni.
Terkemut-kemut aku tahan airmata tau, pakkal budak saxofon ni ada kat sebelah.

En Wan pulak tetiba hulur tangan kat aku.
Nasib baik aku tak bangun, ingatkan dia nak ajak dance. Kalau tak malu je ai.
Apa kau ingat kau JLo and Richard Gere, Diana? Kahkahkah.
Rupanya dia nak pegang tangan aku je sambil dengar mamat ni main lagu "Perfect".
Video ni aku letak kat IG je.



Kek ni bawak balik rumah, dapat dengan pinggan hotel sekali.



Good morning!

The next day. Siap-siap nak pergi breakfast.
Macam biasa la lepas siap-siap, snap gambar satu kali.
Eh nampak slim pulak, terpaksa letak kat blog. Kahkahkah.



Perasan tak aku pakai baju yang sama macam malam sebelumnya?

Haaa...inilah penyakit aku.
Menjak dah jarang pakai blouse and seluar, aku dah jadi tak kuasa nak mengangkut banyak baju.
Pi honeymoon ni En Wan dah pesan jangan pakai jubah, jadi aku sauk je la baju apa yang aku rasa ok.
Tapi aku sauk sepasang je. Gasak la pakai baju semalam pun, korang je yang perasan pun. Hahaha.



Jawa ginilah, pagi-pagi memang kena cari nasik dulu.
Macam nak gi noreh.



Followers kat IG cakap En Wan dah makin gemuk.
Elok la alhamdulillah dia gemuk.
Takde la aku sorang je gemuk.
En Wan gemuk-gemuk pun tak cecah 60kg pun badan dia.
Dah 17 tahun kawen berat still tak melepasi 60kg walau tak diet.
Aku ni mujur mencekik GC Plus.
Kalau tak, dengan cara aku mentekedarah tak benti-benti tu, mau lajak ke 70kg.



Lepas breakfast, lepak jap dalam bilik teman dia sambung buat kerja.
Aku akhirnya mengangkut laptop menambahkan beban je sebab tak bukak-bukak pun laptop aku.



Sekian saja honeymoon.
Memang kitorang gini la, kalau bercuti berdua jarang nak lama-lama.
Tak sampai hati tinggalkan Rayyan and mak mertua kat rumah lama-lama.
Tu pun kejap-kejap aku call rumah padahal kat Sepang je pun.

Is this the best anniversary so far?

Boleh dikatakan yes.
Tapi bukan sebab the stay atau the dinner tapi the video.
Sampai hari ni aku kalau ulang balik the video bergenang airmata.

Laluan hidup kita semua takkan pernah sama.
Ada orang lalui rough times di awal marriage.
Ada yang start smooth kemudian rought time starts selepas 10 tahun berkahwin.

Ada orang tak perlu tunggu sampai tahun kedua kawen dah boleh celebration yang lebih hebat.
Ada orang merasa semasa anniversary yang ke 17.

Tak kira bila dan macamana pun celebration tu, bahagia kita terletak pada diri kita.
Kerana hidup yang hebat bukan bergantung kepada seberapa banyak achievements pernah kita dapat tapi sejauh mana kita menikmati hidup walau di saat susah.

Jangan lihat pada banyaknya duit dan harta.
Duit kalau banyak semua benda senang menjadi.
Tapi kalau semua benda menjadi walau duit tak banyak, ini baru hebat.

Doakan aku dan En Wan diberikan kesihatan dan usia yang panjang dengan penuh ketakwaaan pada Allah.







Dah sedia nak hadiahkan mak-mak korang set Nutrijuice and Cleansing Gel?
Sempena Mother's Day, ni ada special gift.

Korang bakal dapat :

1 x Nutrijuice
 1 x Cleansing Gel 
1 kitchen mitten
1 x pack sampul raya GreenAard.

Jimat RM18. 
Siap ada free gift lagi.

Offer dari 7-11 May 2018.