Pages

2018-05-30

Bukti kesanggupan


Ni entry respond kepada sorang reader pompuan.

Kisah rumahtangga.
Tapi yang ni menarik sikit jalan ceritanya.
Aku ringkaskan je.

Reader ni kawen tahun lepas, tapi belum cecah setahun lagi.
Raya tahun ni first time beraya sebagai isteri.
Dorang berdua kawen pilihan orang tua.

Walaupun kawen pilihan orang tua, tapi bukan paksaan.
Masing-masing setuju.
Tapi sejak berkahwin masing-masing tak berapa mesra to each other.

This lady assume yang suami kecewa bila dia tak secantik yang dia imagine.
Sebab masa takruf, suami tak tengok muka dia, just makbapak mertua je (this lady pakai niqab).
Dia kata boleh jadi juga they both sebenarnya tak love each other, kahwin sekadar ikut sunah dan menjaga hati mak bapak je, that's why tak mesra.

Tapi one thing yang bagusnya dorang ni, masing-masing masih jalankan tanggungjawab.
Dia kata suami dia tolong kerja-kerja rumah, tak payah suruh pun suami tolong.
Tapi segalanya macam ikut buku dan teori, hakikatnya tak dapat merasa bahagia.

Well, bahagia memang perkara penting dalam hidup berumahtangga.
Tapi ada juga yang tak bahagia beria-ia tapi disebabkan masing-masing ikhlas dan menjaga rumahtangga, maka perkahwinan itu kekal.
Kalau perkahwinan yang berlandaskan cinta sama cinta, selalunya, kalau berdepan dengan kesusahan, lebih mudah masalah tu diatasi because ada teamwork kat situ.
Selalunya macam tu lah.
Tapi ada juga yang kawen suka sama suka tapi hanyut akhirnya.

Ada banyak consequences yang akan dihadapi bila memilih untuk berkahwin tanpa cinta.
Antaranya macam kes blog reader ni - hidup rasa kosong. Hambar.
Tanggungjawab sebagai suami dan isteri lama-lama akan menjadi beban.
Mudah nak bertekak pun ya jugak.
Kerana perkahwinan membawa dua individu yang berbeza sikap, tinggal bersama-sama.
Kalau tak kerana cinta, susah sikit nak bertolak-ansur.
Selalunya kalau ada rasa sayang, mudah sikit nak berlebih-kurang bila ada benda yang kita tak puas hati pada pasangan.

Tak semua orang anggap perkahwinan yang bermula tanpa cinta akan menderita.
Sesetengah orang tetap pilih untuk kawen dengan orang yang dia tak cinta.
Selalunya ada sebab.
Antaranya pilihan orang tua, faktor pendidikan atau ekonomi yang merupakan standard rujukan bagi mencari pasangan, atau faktor umur.
In their view, love will come with time.
Dorang menjangkakan kalau dah hari-hari berjumpa (sebab duduk dalam rumah yang sama), lama-lama cinta tu muncul jugak.
Pandangan tu tak salah, sebab cinta memang boleh muncul bila-bila masa.

The question is, BILA.

Bila agaknya cinta tu akan muncul?
Esok?
Lagi 6 bulan?
Lagi 3 tahun?
Mampu ke kita bertahan hidup dengan pasangan tanpa cinta untuk tempoh 3 tahun lagi?

Aku teringat kisah perkahwinan Rasulullah saw dengan Zainab.
Pada awalnya, Allah perintahkan Rasulullah saw nikahkan Zainab dengan anak angkat baginda, Zaid.
Rasulullah saw pun datang melamar Zainab untuk orang lain.
Tapi Zainab kata dia tak cintakan Zaid.

Ketika itulah turun ayat yang mengatakan "tak boleh seseorang yang beriman mengatakan tidak pada perintah Allah".
Bila Zainab tau itu adalah perintah Allah, terus Zainab kata "sami'na wa ato'na".
Proceed, walaupun tak cinta.

Rupanya dalam masa yang sama, si Zaid pun taknak Zainab sebab Zainab ni cantik, kaya dan bijak sedangkan dia biasa-biasa je.
Dia kesian kat Zainab dapat suami macam dia, so dia kata kat Rasulullah biarlah Zainab dapat orang yang lebih baik.
Rasulullah saw kemudian bacakan ayat yang sama, then anak angkat dia pun setuju nikah dengan Zainab.

Bila sama-sama tak berminat each other, rumahtangga susah nak bertahan.
Dorang terfikir untuk bercerai, walaupun tempoh kawen belum sampai setahun.
Tapi sebelum tu Zaid nak refer pada Rasulullah dulu.
Masa Zaid on the way jumpa Rasulullah, bff Rasulullah iaitu malaikat Jibrail dah bocorkan rahsia.
Jibrail kata kat Rasulullah, "Jap lagi Zaid datang nak bincang masalah rumahtangga dia. Katakan padanya, ceraikan saja Zainab kerana selepas itu Allah akan jodohkan Zainab dengan kau".

Rupanya itulah 'permainan' Allah dalam menguji hambaNya.
Sebenarnya, Allah tau Rasulullah saw tertarik pada Zainab dan Zainab ada hati kat Rasulullah.
Tapi fall in love bukan segala-galanya bagi mereka.
Bagi mereka, iman adalah segala-galanya.
Sebab tu dorang pasrah bila kena kawen dengan orang lain, atas perintah Allah.

Rasulullah pulak bila dengar Jibrail cakap macam tu, baginda jadi risau.
Dia risaukan perasaan Zaid dan macamana pulak nak bagitau semua tu.
Rasulullah taknak nanti bila dia kawen dengan Zainab, si Zaid terasa hati.
Karang Zaid kata "Patutlah suruh aku berpisah rupanya ku tunggu jandamu gitu".

Bila Zaid datang mengadu, Rasulullah tak bagi dia bercerai.
Baginda suruh Zaid bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan keluar.

Nampak tak akhlak Rasulullah macamana?

Padahal bff dia dah bocorkan rahsia, tapi Rasulullah masih tak mau memandai-mandai.
Dia yakin kalau perceraian itu mesti terjadi, ia tetap akan terjadi walaupun bukan dia yang suruh Zaid ceraikan Zainab.
Eh sekali betul.
Zaid tetap bercerai akhirnya.

Ok dah settle satu ujian.

Bila dah habis edah, Allah perintahkan pulak Rasulullah melamar Zainab.
Lagi sekali Rasulullah risau.
Ye lah, Zaid mesti cakap apa pulak nanti, "eh dia ni rupanya berminat dengan isteri aku dulu. Elok je habis edah terus masuk line".

Then Allah turunkan ayat pada Rasulullah "Kau merasa tak sedap hati dengan kata-kata manusia padahal kau sepatutnya merasakan itu kepada Aku (Allah)".

Terus Rasulullah saw beristighfar, then nikah dengan Zainab.

Nampak tak macamana Rasulullah punya ujian?
Mula-mula diuji dengan cinta yang tak kesampaian dengan Zainab.
Lepas tu diuji pula dengan disuruh berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya sejurus selepas habis edah.
Oi, ni kalau kena kat kita ni, tak cukup bawang 5 tan.
Konfem orang merewang kupas bawang sampai hujung tahun.

Kisah Rasulullah dan Zainab ni sebenarnya memberikan jawapan kepada masalah rumahtangga mereka-mereka yang ada masalah yang sama.
Aku takde sebarang pandangan peribadi, cuma ambillah pengajaran dari kisah Rasulullah saw ni.
Anggaplah apa yang Rasulullah pesan kat Zaid tu umpama dia pesan kat kita "Bersabar dan berdoalah, semoga Allah tunjukkan jalan keluar".

Dan untuk those yang bertakruf (atau bercita-cita nak bertakruf), janganlah serah bulat-bulat pada mak bapak.
Ambik tanggungjawab sikit untuk pilih dan kenal-kenal isteri.
Bertakruf bukannya tak payah tengok muka and kenal bakal isteri lansung.
Jangan esok isteri teraniaya tanpa sedar.
Memang la kita tak pukul isteri tapi mendera emosi dan perasaan tu lebih teruk kesannya.

Dia ibarat ko beli rompers baby yang 5 helai dalam satu karung tu.
Korang main ambik je ke atau bukak dulu untuk check?
Nak taknak, mesti nak bukak tengok dalam macamana rupanya, kan?
Sebab kita nak confirmation if isi dalam tu cantik ke tak, jahitan kemas ke tak, ada kotor ke tak, etc.

Maksudnya kat sini kita kena be selective.
Kalau bershopping pun kena selective, apetah lagi pilih jodoh.
Tapi bukanlah memilih sampai jadi perfectionist.
Kerana, ibadah yang paling lama dalam hidup adalah perkahwinan.
You will really need struggle, patience, sincerity yang berterusan sepanjang hidup bersama.
Mempertahankan rumahtangga bukan kerja senang, but when both are committed together then anything goes together.
Sebab itulah penting untuk be selective dalam memilih pasangan supaya ibadah ini bertahan lama.
Rupa paras walaupun bukan jadi satu kepentingan tapi tak menjadi salah pun kalau nak memilih.
Yang nak hidup bersama 50 tahun esok, kita. Bukan orang lain.
Jadi biarlah muka tu sempurna di mata kita.

Yang bertakruf dengan perempuan yang berniqab pun dibenarkan tengok wajah bakal isteri sebelum kawen.
Betapa Islam nak tunjuk penting tak pentingnya to be selective.
Bila dah dibagi peluang, jangan jual mahal pulak.

"Takpelah, saya tak memandang rupa, yang penting hati".

Ha'ah, ye sangat pakai hati.
Memang iman tu sentiasa naik je ke, tak pernah turun?

Iman kita ni naik turun, jangan nanti first nite merudum iman kau jatuh melepek lepas tengok muka wife sendiri.
Ada peluang tengok muka masa bertakruf, tengok.
Jangan kerana ego nak pertahankan yang kita ni tak memilih rupa sampai kita deny kemahuan diri sendiri.
Kalau kita jenis pasrah takpe, ini acah-acah je lebih.
Lepas tu tak selera dengan wife sendiri. Merana hamba Allah tu.

Yang lelaki-lelaki bujang kalau ada baca entry ni, please jangan aniaya anak dara orang gini.
Biar sama-sama suka each other walaupun kawen pilihan orang tua.
Ambik masa untuk kenal-kenal.
Itulah namanya takruf.
Takruf jangan lama-lama, 3-4 bulan je pastu kawen.
Kalau sampai 4 tahun tu bukan bertakruf ya, tu namanya bercouple.

Ramadhan sebenarnya satu 'exercise' untuk yang masih blom kawen.
Bulan puasa macam ni menjadi bukti keseriusan kita.
Kerana nikah adalah ibadah yang paling lama.
Kalau terawikh 11 rakaat je dah mengeluh, yakin ke sanggup berumahtangga?

Ha, jawablah akak tanya ni.




Siapa lagi belum ada matching tudung with baju raya?
Kita ada a total of 46 shades of color.