Pages

2018-04-25

Bukan nak ajar menyombong



Bukan nak menyombong, tapi tak semua pertanyaan tu perlu dijawab dengan panjang lebar.
Kalau setakat nak menjawab bagi menjaga hati, boleh.
Nak jawab segala isi hati pun boleh, asalkan kita kenal orang yang bertanya tu.
Kalau kita rasa orang yang bertanya tu benar ikhlas, silakan.
Kita kan boleh baca karakter dan gaya bahasa orang.
Lainlah kalau kita memang jenis cari kawan dengan cara membawang.

Eh, bukan takde jenis ni. Ada!
Ada orang 'membeli' persahabatan dengan cara membawang hal orang lain.
Contoh, dia dengar cerita A bergaduh dengan B.
Dia pun tanya A "Dengar cerita B carik pasal dengan kau, betul ke?"

Haaaa....nampak tak ayat mukadimah dia camana?
Kan ke ayat nak membawang namanya tu.

Yang si A pun boleh tahan bangang, dia ingat si anu tu benar-benar ikhlas nak membantu.
Maka si A pun cerita habis-habisan.
Of course lah dia akan cerita segala story yang favour pada dia, betul tak?
Pastu nanti si anu ni pi tanya pulak B "Si A tu memang suka carik pasal dengan orang kan? Kemain lagi dia bercerita pasal kau kat aku".

....dan aktiviti men-shallot ni pun berterusan lah sampai bila-bila takde kesudahan.

Kebanyakkan orang yang bertanya tu bukan nak membantu pun.
Bawak-bawaklah kenal karakter orang-orang di sekitar kita.
Tak semua yang bertanya tu ikhlas.
Kebanyakkannya hanya nak gunakan informasi tu untuk membawang kita balik.

Zaman segalanya di hujung jari ni kena hati-hati sikit.
Sebab segala benda mudah nak dicari, termasuklah hal-hal peribadi.
That's why kita senang nak jadi manusia yang kepoh sebab semuanya di hujung jari je.
Site-site membawang pun dah banyak. Betul atau tak infonya belum pasti tapi macam best je asal boleh membawang, betul tak betul belakang cerita.

Dek kerana banyak sangat orang yang kepoh, akhirnya kita tak dapat nak beza mana satu kepoh dan mana satu yang betul-betul peduli.

Ada orang bertanya khabar dan hal kita untuk membuatkan kita rasa senang.
Tapi ada juga yang bertanya khabar kita untuk membuat diri dia merasa senang.

Orang yang ikhlas peduli tentang kita takkan segan-segan menceritakan pulak hal dia.
Bila kita bertanya dia, "Kau apa khabar?"

Orang yang ikhlas dan bahagia dengan senang hati akan menjawab.
Dia juga tak teragak-agak untuk memberitahu perkara-perkara yang difikirkannya penting untuk kita, contoh traffic jam kat Jalan X sebelum suggest an alternative way for you to go home.
Kerana dia melihat bahawa apa saja info akan berguna untuk kita.

Tapi kalau dengan orang yang kepoh, pertanyaan kita tentang dirinya tak dirasakan penting untuk dijawab, tapi dia hanya fokuskan pertanyaan dia pada kita.
Pertanyaan dia pada kita tu kita mesti jawab mengikut sangkaan dia.
Kalau apa yang kita jawab tu tak seperti yang dia expect, dia akan tanya lagi sampai dia puas hati dengan jawapan kita mengikut skema jawapan dia. Hahaha.

Bila kita bersembang, macam-macam topik yang keluar.
Dari satu topik meleret ke topik lain. Selalunya macam tu lah.
Ada yang kita dengar sekadar nak santai-santai huhahuha, ada yang kita dengar dengan serius.
Kalau apa yang kita cakapkan tu sangat serius, orang yang mendengar akan bersungguh-sungguh mendengarkannya.

"Mendengar" kat sini bermaksud lebih dari sekadar pasang telinga dengan muka serius.
He/She will throw some important questions like "Kau sure ke nak buat macam ni?" atau "Dah consider perkara-perkara lain kalau kau ambik keputusan macam ni?"
Ini kerana dia mahu kita mempertimbangkan dan fikir baik-baik apa yang kita nak buat demi kebaikan kita juga.

Tapi, orang yang kepoh mendengar kerana nak serap sebanyak mungkin maklumat dari kita.
Selalunya dia akan bertanya perkara yang takde kaitan dengan apa yang kita tengah bincangkan sebab dia lebih tertarik pada topik itu sendiri berbanding apa yang kita cakap.
Dia tak benar-benar fikirkan tentang macamana nak memperbaiki mood kita.

Tapi tak semua orang yang kepoh tu negatif sifatnya.
Ada macam-macam type of kepoh jugak.

Ada yang kepoh jenis care.
"Muka kau kenapa cengkut and pucat? Sakit eh?"

Ada gak kepoh jenis inisiatif.
Ini kepoh budak baru blaja namanya.
Semua benda dia tanya demi untuk memperbaiki diri.

Kepoh jahanam.
Yang ni paling teruk sekali.
Jenis ni dengan orang yang dia tak suka pun dia ambik tau, dengan orang yang dia suka pun dia ambik tau, dengan orang yang takde kena-mengena dengan dia pun dia ambik tau.

Orang kalau dah terbiasa ambik tau hal orang lain, dia takkan puas kalau cuma kepohkan hal kita sorang je.
Pasangan kita, family kita, kawan-kawan, sampai ke nenek kita pun dia korek selagi info yang ada untuk cari kesinambungan dan kepuasan bercerita.

"Kalau kau nak tau, nenek dia tu keturunan Yahudi belah bapak, sebab tu perangai cucu dia macam Yahudi jugak".

Jangan la sampai macam tu sekali mengorek hal orang. Kuota kau habis cepat nanti.
Simpan sikit kuota tu untuk esok lusa.

Salah satu punca budaya kepoh ni bila kita nak jadi trendsetter dalam menyebarkan info.
Bangga kalau jadi orang yang pertama tau semua benda.
Sebenarnya mempunyai banyak informasi apetah lagi sampai ke perkara-perkara kecil yang tak diketahui orang lain, memang boleh jadi kelebihan untuk kita.
Tapi kalau perasaan curios tu dan menyimpang ke urusan peribadi orang lain, ni dah negatif.
Kan dah pelik sangat tu bila kita obsess dengan hal peribadi orang lain?
Kita jadi tak care pada sekeliling dek kerana terlalu nak ambik tau hal orang.
People can lose faith too.
Orang jadi malas untuk bercerita sebab takut ada yang salah guna informasi yang kita bagi untuk tujuan peribadi.
Sebab tu selebriti suka jawab "no komen".
Bukan takde apa nak komen tapi malas sebab komen atau tak, tetap ada macam-macam versi jawapan yang timbul kemudian hari.
Jadi konsepnya, kau tanya aku, pastu kau jawab sendiri.
Sebab kalau aku jawab pun kau spin jugak. Haaa gitu lah.