Pages

2017-07-14

Status FB kena spesifik next time?


Raya tahun ni aku dapat a few emails dari reader.
Raya kedua pagi je dah masuk 2 email share cerita pasal masalah masing-masing.
Macam yang aku pernah cakap selalu, selalunya bila dah ramai-ramai berkumpul satu rumah, mesti ada kes 'terkehel' punya. Itu biasa. Tinggal lagi kes heavy atau kes light-light je dia punya 'terkehel' tu.

Ada yang petang raya dah cabut balik KL sebab terkehel dengan mak mertua.
Ada yang pagi raya salam maaf tak bersambut dek kerana terkehel sesangatnya di malam raya.
Banyak email aku tak respond lagi ni.
Hari ni aku nak respond kat satu email. Tapi email dia banyak pakai shortform jadi aku takut serabut sikit korang nak baca so aku ringkaskan kat sini.

Ok camni cerita dia.

2 hari sebelum raya, this lady balik kampung. Kebetulan pulak balik kampung suami.
Nak dijadikan cerita, dia baru beli kereta (the wife).
Cut story short, ada satu hari tu, anak sedara suami makan coki-coki, kesat tangan kat kusyen kereta.
Hamba Allah tu punya kereta pakai white kusyen pulak tu.
This lady sentap jugaklah sebab kereta tu kereta baru, belum jumpa raya dah kotor.
Tapi dia kata dia tak membebel pun, cuma orang dalam rumah tu (ipar duai) nampak lah dia tertonggeng-tonggeng mengelap bahagian dalam kereta. The husband pulak lepak dalam rumah. Maybe orang dalam rumah pelik apehal bini kau yang beria menjaga kereta ni, so kakak ipar keluar bertanya apekeheynya asik menonggeng dalam kereta tu.
Dia bagitau budak-budak tumpahkan coki-coki. Dia kata dia tak mention anak sape pun, cuma cakap 'budak-budak'.

Bila dia masuk ke dalam kakak ipar lagi satu (yang anaknya punya keje kesat tangan kat kusyen) cakap "Tuan punya kereta cool je tak kisah pun.."

Mula-mula dia diamkan je sebab dia tak faham sangat apa maksud akak ipar dia.

Malam tu pulak dia nampak anak sedara suami main ipad dia. Budak tu main punyalah kasar.
Ipad tak baru jugak tapi belum sampai 2 bulan beli.
Dia ambik ipad tu dari tangan anak sedara tapi cakap baik-baik "Eh, jangan buat macam tu. Nanti pecah".
Nak dijadikan hal, yang main ipad tu anak sedara yang sama yang kotorkan kereta dia.

So, si mak budak tu dengar and sentap. Agaknya dia terasa hati kan tadi siang anak dia kesat coki-coki, so dia ingat the wife sengaja nak cari pasal, so akak ipar cakap "Dah! Dah! Bagi je balik kat aunty. Susahnya berkira dengan anak sedara".

Dia terkejut.
Tapi belum sempat explain, mak mertua bersuara "Barang tu kan ***** (nama suami) yang punya. Biarlah budak tu nak main. Semua benda kau nak kawal. Bukan kau yang bayar pun".

Dia cakap darah dia menyirap sampai ke kepala.
Kebetulan malam tu suami dia pi bertakbir kat masjid.
Dia kata punyalah rasa bengang sampai tak tau nak cakap apa. Nak menjawab balik kat mak mertua pun tak terkeluar suara.

Cut story short, rupanya suami dia yang mulakan semuanya.
Dia syak selama ni dia jadi bahan umpatan di kalangan ipar duai.
Maybe sebab tu lah mak mertua pun berani sound macam tu.

This lady tak ada FB. Suami dia ada.
Rupanya, suami dia always update kat FB yang benda-benda tu seolah-olah suami yang beli (keluar duit).

Contoh, masa wife dia beli kereta baru tu, suami dia ada update kat FB gambar stereng kereta with status "Alhamdulillah, rezeki kereta baru".

Yes betul la, ada kereta baru tapi suami tak mention tu pun itu kereta siapa.
Actually tak perlu mention pun takpe sebab laki bini kan, so apa nak kisah. Benda sepencarian.
Tapi adik-beradik si suami ingatkan itu kereta adik dia sorang.

Then kes ipad tu, suami pernah update kat FB "...new ipad, beli kat ******. Cheaper".
Status tu lebih kepada memberi informasi tentang tempat nak beli.
Cuma suami tak mention itu ipad siapa.
Tapi adik-beradik dia ingatkan ipad tu adik dia yang punya.

Lepas tu this lady cakap dia baca semua status FB dia, then barulah dia faham kenapa ipar duai dia macam tak suka dia.
Suami dia banyak update stories pasal dorang sefamili kat FB,. Update tu takde yang tak ok, semua ok je.
Pergi travel, pegi makan kat nice restaurants, celebrate anniversary. Tapi, semuanya nampak macam dia menumpang harta suami.

Suami dia update "Bawa isteri celebrate anniversary".
Dia cakap kat aku memang la dia (suami) yang bawak, tapi saya yang bayar! Hahahahahah. Gelak aku baca.

Hmmm susah jugak kalau jadi gini kan?
Tapi tu lah, ini adalah bukti betapa orang akan menilai kita berdasarkan apa yang kita ada (tunjuk).
Orang anggap apa yang kita tunjuk, itulah yang kita ada.
Yang kita tak tunjuk maknanya kita tak ada.
Sedangkan boleh jadi yang kita tak tunjuk tu jauh lebih banyak dari yang kita tunjuk.

No wonder lah ramai yang lebih suka tunjuk benda yang best-best yang mereka ada sebab orang sekeliling akan pandang rendah bila kita nampak macam takde apa-apa.
Contohnya macam kes this lady.
Kesiannya dia. Tak pasal-pasal jadi mangsa. Hanya kerana dia tak tunjuk apa yang dia ada maka orang nampak dia menumpang harta suami. Silap-silap kena label pengikis. Padahal dia pun ada contribute.

Nak salahkan si suami pun tak jugak.
Boleh jadi suami memang taknak mention siapa yang beli, siapa yang punya. Tak penting kot nak emphasis siapa punya harta.

Maybe kalau korang nak update apa-apa kat media sosial lepas ni, kena be spesifik la kot, takut orang lain salah faham ðŸ˜‚😂.

Gambar tayar kereta.
Status : "Beli kereta baru. Kereta nama wife. Wife bayar bulan-bulan. Aku bayar roadtax je"

Gambar ipad.
Status : "Pinjam ipad wife kejap"

Gambar food atas meja.
Status : "Celebrate ulang tahun kawen. Kawen sama-sama, bayar dinner sama-sama"

Menunjuk-nunjuk memang sifat semulajadi manusia. Sebagai makhluk yang bersosial, tak banyak sikit, mesti ada perasaan nak lebih menonjol berbanding orang lain. So, menunjuk-nunjuk adalah salah satu cara untuk menonjolkan diri. Menunjuk-nunjuk baik di dunia realiti ataupun media sosial sama-sama beri kesan buruk. Be it untuk orang yang menunjuk-nunjuk atau orang yang meluat dengan perangai orang yang suka menunjuk-nunjuk.

Tapi, bila kita cerita sesuatu di media sosial, sebenarnya ada fine line yang membezakan antara menunjuk-nunjuk atau memberi informasi.
Dan cara menginterpretasi tu terpulang pada cara setiap orang berfikir.
Ada orang anggap bila someone bercerita tentang ke mana dia bercuti, apa yang dia buat semasa bercuti adalah menunjuk-nunjuk.
Tapi ada juga yang anggap that's a very good info.

Dalam zaman media sosial, orang akan lebih senang menganggap apa yang kita upload di media sosial adalah untuk menunjuk-nunjuk. Sebab apa?

Kalau di dunia realiti, bila kita bercerita tentang apa yang kita beli, ke mana kita pergi, selalunya kita akan bercerita dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Dorang ni semua kenal kita. Tapi bila kita bercerita di media sosial, apa yang kita share tu perginya lebih meluas, sampai ke seluruh dunia. Dan kebanyakkan yang tengok status kita tu tak kenal kita pun. Mereka akan interprete kita berdasarkan status tu alone. That's why dunia media sosial lebih kejam berbanding realiti. Dorang menilai dan hukum kita melalui apa yang mereka nampak. Takde inisiatif pun untuk selidik luar dalam.

Tapi some yang kenal kita kadang-kadang ada 'penyakit' jugak.
Penyakit tak boleh tengok orang lebih dari dia. Tapi dia buat secara halus, tak ketara sangat.
Contohnya, kita ambil gambar depan rumah atau depan kereta, ada yang ingatkan kita nak tayang kereta atau tayang rumah. Kadang-kadang kereta tu nampak sikit je, tapi yang sikit tu lah yang dia sibuk nak ambik tau. Yang kita tertonggok depan-depan kereta tu takde pulak dia nak komen apa-apa.

Itulah namanya dunia maya.
Orang mudah buat persepsi. Terpulanglah nak handle camana. Kalau rasa apa yang kita bakal upload kat media sosial tu boleh buat bergaduh dan sentap-menyentap, tak payah lah update. Tapi kalau kau jenis hati kering, silakan lah update.

Dan pada yang tak suka atau meluat, rasa-rasa kalau takde komen yang baik-baik nak dibagi, janganlah komen apa-apa lansung. Itu lebih baik. Kalau kita meluat, jangan letak komen apa-apa pun. Bila kita tak bagi respon apa-apa, dengan sendirinya si peng-upload sedar apa yang dia upload tu orang tak suka atau tak heran. Kalau dia memang berniat nak menunjuk, lama-lama nanti dia akan bosan sendiri and berhenti menunjuk. Tapi, kalau kau meluat but kau hencap dia kaw-kaw, itu dah macam bagi 'semangat' kat dia untuk up lagi status-status yang akan buat kau bertambah mendidih. Jadi, buat dek je sudey. Tak pun, unfollow je lah, habis cerita. Dah kata meluat kan, buat apa follow.





FREE NUTRIJUICE UNTUK 3 ORANG BERTUAH.
HARI ISNIN KITA BUAT VIDEO CABUT UNDI..