Pages

2017-07-12

Personaliti


Baru-baru ni aku let go shawl-shawl aku. Pre-loved.
Kebanyakkannya Ariani. Ada a few Radiusite and 3 helai Duckscarves.
Tapi dari pagi, orang dah call opis tanya duckscarves ada lagi ke tak.
Ada sorang tu duduk jauh, dia kata nak semua duckscarves tu. Aku cakap aku tak pos, sebab ini pre-loved. Biar korang tengok sendiri, kalau ok baru beli. Tapi dia kata takyah tengok-tengok, dia nak aku pos je. But aku tolak. Aku taknak.

So now, the question.
Agak-agak kenapa orang berebut beli duckscarves walaupun pre-loved?
Kenapa ada orang yang berani tak tengok dulu macamana kualiti dia kot ada tetas sikit ke apa ke tapi terus yakin nak beli.
Memang lah aku jual harga lebih murah dari harga beli. Berapa aku jual tak sure but definitely not 50% off dari harga beli sebab shawl tu aku tak guna and kotak pun aku dah buang.
But still ada orang nak beli jugak.

Tudung Fareeda pernah jadi satu fenomena dulu.
Ramai orang kata tudung dia mahal sangat tak padan dengan design.
Same goes to Ariani.
Ariani orang kata cekik darah tudung sampai RM500-600 sehelai.

Mula-mula aku tak perasankan benda ni tau.
Sampailah masa aku up tudung-tudung yang aku nak let go tu, ada sorang reader PM aku.
Dia kata "Banyak gila shawl Ariani Kak Di ada. Shawl Ariani tak pernah less than RM250 sehelai. Berapa ribu Kak Di labur kat Ariani?"

Lepas tu aku terfikir.
Haah, shawl Ariani sebenarnya pun mahal juga.
Kalau nak banding dari segi harga, sebenarnya Ariani jauh lebih mahal.
Dan shawl Ariani kebanyakkannya 100% silk. Duck most of it satin. Ada juga material lain tapi banyak satin silk.
Same goes to Fareeda, mahal juga. Roughly RM100+ untuk design yang non-exclusive.
Tapi kenapa Duckscarves jadi kegilaan walaupun hanya plain shawl?

Aku berpendapat, Duckscarves istimewa bukan kerana designnya tapi kerana Vivy.
Of course design dia not bad juga, but how do you explain plain shawl?
Plain shawl je kot, tapi orang berebut juga.

Aku percaya 95% orang beli Duckscarves kerana pengaruh Vivy.
Vivy berjaya memberi lambang kemewahan kepada Duck.
Pesonaliti Vivy yang menarik, kaya, bijak, berjaya, cantik - ini semua pakej lengkap untuk jual Duck sehinggakan apa saja yang dia pakai, walaupun hanya shawl Duck plain warna putih, tetap nampak cantik dan mahal.
Duck nampak sangat ekslusif dan jadi lambang kemewahan pada sesiapa yang berjaya memilikinya kerana 'bayang-bayang' Vivy.
Ramai yang berebut nak miliki Duck. Dapat beli sehelai pun dah bangga. Sebab memiliki Duck membuatkan diri nampak kaya di mata orang. Naik satu standard kata orang.

Oh sebelum aku menceceh lebih panjang, please eh, entry ni takde kaitan nak membash Duck atau Vivy. Sabaq dulu sebelum nak sembur aku. Aku belum habis tulis lagi ni.

So, macamana pula dengan Ariani?
Ariani pun sangat ekslusif dan mahal. Siapa yang beli Ariani tau Ariani memang mahal.
Fabrik Ariani kebanyakkannya 100% silk, design dia memang cantik-cantik.
Sebab tu kalau Ariani buat sale, berjujuk manusia beli.
Duck, beli sehelai RM300 orang dah kata "Kayanya kau!"
Aku beli shawl Ariani RM500 sehelai dan berhabis RM3000 in a single resit kat Ariani, tetap tak nampak kaya. Kahkahkah.

Walaupun Ariani ekslusif dan mahal, takde pulak aku tengok orang buat flatlay Ariani tepek kat IG lepas beli Ariani. Macam takde orang proud beli Ariani. Why?

Aku berpendapat macam ni.
Semua ni ada kaitan dengan personaliti.
Ariani takde spokesperson yang personalitinya seperti Vivy.
Ariani hanya ada Duta yang bertindak sebagai model saja. Brand Ariani melambangkan produk semata-mata.
The duta tak carry personaliti yang rakyat Malaysia mahukan. Dia tak carry personality yang mewah, kaya, bergaya, bijak, dan berjaya.
Bukan bermaksud dutanya tak bijak, tapi personalitinya tak menunjukkan begitu. Boleh jadi kontraknya hanya sebagai model saja. Mungkin sebab tu Ariani tak nampak 'special'. It is just another brand.

Same goes to Fareeda.
Spokespersonnya bertindak hanya sebagai model.
Dia cantik, kaya, tapi dia tak nampak sebijak dan sebergaya Vivy.
X Factor tu takde.
Selalunya bila someone ada X factor, dia pakai apa pun nampak cantik.
Pakai selipar Jepun dengan seluar senteng pun tetap orang kata stylo.
Cuba aku pakai camtu, besar harapan viral kena kutuk.

Apa yang boleh disimpulkan kat sini, di zaman media sosial, untuk jual produk, kau kena jual personaliti sama. Personaliti kau menarik, produk lebih mudah terjual. Kerana sebenarnya personaliti jauh lebih mahal. Kalau tak, takkan ada orang menyamar jadi orang lain kan?

Orang zaman dulu membeli lebih cerewet - tengok kualiti, tengok harga, tengok itu, tengok ini. Tu pun lepas pikir-pikir tetap tak beli.
Tapi di zaman media sosial di mana orang lebih senang shopping online, personality counts.
In fact, 70% orang membeli kerana personaliti. Bukan kerana produk. Lebih-lebih lagi untuk produk yang tak terlalu teknikal macam produk pakaian and beauty regime, lebih mudah terjual kalau personaliti kau bagus. Sebab tulah ramai yang gunakan pengaruh influencer like bloggers, instafamous and lantik celebriti untuk jadi spokesperson. Kerana mereka tahu pengaruh personaliti tu sangat mainkan peranan.

Penah kan ada spokesperson satu brand tu ditamatkan kontrak sebab kes dia kawen ngan laki orang.
Sampai macam tu sekali impak personaliti.
Padahal kalau produk tu bagus, ia tetap bagus. But still personaliti mainkan peranan penting.
Some pengguna beli sebab nak kelihatan seperti spokesperson.

Shawl Duck yang aku let go hari tu tanpa kotak.
Ada reader tanya apesal aku buang kotak.
Aku cakap kotak je kot, buat apa nak simpan.

See? Sampai macam tu sekali orang sayangkan Duck.
Kotak pun simpan.

Cerita pasal kotak ni kan aku teringat satu cerita aku dengan sorang kawan.
Masuk Metrojaya nak cari kotak.
Dia belek-belek satu kotak transparent, cantik. Bercermin kilat. Ada kusyen baldu kat dalam.
Aku tanya "Nak simpan jam ke?"
Sebab sebelum tu dia pi shopping 2 bijik jam.
Dia jawab "Nak letak Quran. Kemas sikit dari letak atas rehal. Biar nampak dalam".
Tersifu-sifu ai. Malu taw.

Tapi Vivy memang bagus. Dia berjaya tepek satu label pada Duck - MEWAH.
Personalitinya yang dari background mewah, berjaya, bijak, cantik - lengkap.
Dia ada X Factor. Sebab tu walaupun dia hanya pakai plain shawl putih, nampak cantik.
X Factor inilah yang sebenarnya 'menjual' Duck.
Aku rasa kalau Duck ini (kualiti dan design yang sama) di carry oleh Mawar Fareeda, atau Che Ta, impaknya berbeza walau kualiti yang sama.

Cuma aku harap takde la orang yang beli Duck sebab nak nampak cantik macam Vivy. Because seriously, you will fail miserably.
Aku selalu nampak orang tanya Vivy, "Macamana u lilit shawl u tu? Nampak simple je tapi cantik terletak".
Honestly, kau takkan nampak secantik Vivy. Kau akan nampak secantik diri kau saja.
Belilah sebab kau nak pakai, bukan sebab nak nampak cantik macam dia.

Macam ramai juga reader tanya inner yang aku pakai (yang hitam tu) beli kat mana.
Aku cakap inner magic je tu, beli online RM10.
Tak pun pi beli kat kedai kelengkapan umrah kat Kompleks PKNS tu ada jual.
Ada a few yang bagitau bila dorang pakai tak nampak terletak pun macam aku pakai.
Seriously, belum tentu apa yang kita beli, walaupun benda yang sama, akan nampak sebijik sebijon macam kawan kita pakai.
Macam aku tak sesuai pakai anak tudung Neelofa. Beli sekali 5 helai lak tu, tapi pastu tak kena pulak pakai sebab dahi aku sempit. Terus bagi kat orang. Memang kepala aku ni sesuai ngan inner RM10 je.

Belilah, dan pakai ikut cara kita.
Beli sebab kita nak pakai.




Share POST NI untuk dapat diskaun RM5