Pages

2017-07-18

Masukkan anak kelas music tak bagus?


Semalam aku up story pasal Rayyan punya art school.
Pastu ada sorang reader tanya ada tak sesape perli-perli bila aku masukkan anak kat skolah tu sebab dia hantar anak dia kat music school ada kawan-kawan start perli. Kononnya, orang lain sibuk masukkan anak kelas tahfiz, kelas tarannum, tapi dia masukkan anak skolah music.

Alhamdulillah takde pulak yang perli-perli aku. Dorang pun tak kosser agaknya, buat penat je.
Tapi zaman Redza dulu ada.
Zaman Redza dulu mak dia pakai skirt pendek. Kalau pakai skirt pendek ni jangankan blaja music, kau cakap kau blaja agama pun orang perli.

Nape ntah nak kesah anak orang blaja music. Macamkan orang tu kat rumah tak ajar anak dia agama lansung. Nak-nak pulak kat Selangor ni, PSRA tu wajib ambik. Dah tentu-tentu kena blaja agama. Pebenda ntah manusia kalau dah start kepoh. Yang tak penting pun dia nak jadikan isu.

Zaman Redza dulu, aku masukkan Redza english kindergarden pun kena kutuk.
Aku masukkan Redza art school pun kena perli.
Belum apa-apa aku dah kena hukum masuk neraka.

Aku bukan sejenis jahil dari kecik.
Kalaulah arwah ustazah aku masih hidup, mungkin dia boleh jadi bukti untuk ceritakan macamana aku masa kecik dulu.

Aku belajar mengaji umur 6 tahun, di rumah. Pak Aji yang ajar.
Umur 7 tahun, aku belajar mengaji kat rumah orang. Belajar dengan arwah Cik Mah.
Masa aku mula datang ke rumah dia, dia taknak terima pelajar baru dah. Sebab student yang datang kat rumah dia untuk blaja mengaji dah penuh satu hall. Ramai yang memekak pulak tu. Maybe itu faktor kenapa dia taknak terima new student. Tapi mungkin muka aku muka sedih, jadi dia accept juga. Oh by the way, aku pi sana sendiri tau. Pak Aji suruh aku mendaftar sendiri. Aku pi rumah Cik Mah ikut geng jiran, then kenalkan diri mintak nak masuk kelas mengaji.

Mungkin aku jenis terang hati, Cik Mah seronok ajar aku.
Aku khatam muqaddam sebelum tamat Darjah 1, lepas tu terus naik Quran.
Masa belajar Quran, Cik Mah ajar aku tarannum. Hanya aku sorang yang diajar tarannum. Dia ajar kat mana nak tarik nak suara, kata mana nak jatuhkan suara. Part mana nak kena berlagu macam ni, part mana nak berlagu macam tu.

Umur 8 tahun aku dah khatam Quran.
Lepas khatam Quran, aku dah tak payah datang kelas Cik Mah lagi.
Cik Mah suruh ulang-ulang khatam kat rumah je.
Umur 11 tahun baru buat majlis khatam. Masa tu aku dah khatam 4 kali.
Walaupun after 3 years left the class, masa majlis khatam Mak Aji tetap ajak Cik Mah untuk duduk depan aku (and Ima) perdengarkan bacaan kitorang masa majlis tu.
Alhamdulillah, it was perfect. Takde error lansung. Phewww lega.
Apa kau tak cuak mengaji bila ustazah kau depan mata. Macam present tesis rasanya!
Nak mengabiskan Ad-Dhuha sampai 3 Qul tu macam 3 hari lamanya. Berpeluh misai aku.

Lepas majlis tu, aku masuk kelas dia waktu malam, belajar berzanji. Kelas ni tak ramai, yang minat saja. Aku belajar berzanji sampai khatam satu buku berzanji. Lagu berzanji Cik Mah sangat sedap.

Time skolah menengah subjek agama paling senang aku nak score.
Walaupun aku macam penyangak kat skolah, tapi subjek agama aku tak pernah dapat below than 95 marks. Konsisten. Masa aku Form 4 and Form 5, ustazah yang mengajar agama adalah ustazah yang sama. Ustazah tu cakap "Ada sorang budak kelas ni saya rasa dia ni memang special la. Jawapan dia sebijik-sebijik dalam nota. Macam menyalin nota!".

Masa Form 4 ada pertandingan kuiz agama peringkat negeri, aku wakil.
Satu-satunya wakil yang tak bertudung. Tapi masa join kuiz tu kena lah sarung tudung kan. Pinjam tudung member.

Sabar...sabar.
Ini bukan bragging. Ada benda aku nak cerita sebenarnya.

Kalau ikutkan 'sejarah' aku di atas, aku bukanlah budak jahat.
Aku berani cakap asas agama aku agak strong.
Ustazah dan arwah Cik Mah mesti jangkakan aku jadi budak yang baik-baik bila besar.

Blog ni dah boleh jadi tavelog hijrah aku.
Yang baca sejak zaman dulu sampai sekarang mungkin boleh relate entry ni.
Tentang macamana perjalanan hijrah dan struggle aku untuk istiqomah dengan jalan yang aku pilih.
Aku dah macam living proof bagaimana someone yang pernah jadi excellent student in religious subjects turned out to be - lain dan jauh langit dengan bumi.
Ilmu agama yang aku ada tak menjamin pun aku kekal praktikkan apa yang aku dah blaja.
Kerana hidayah tu tetap Allah yang punya.

Pernah dulu masa zaman daring, aku up status "Jom solat" (something like this) and ada orang komen "Boleh percaya ke solat ni?".

Terasa hati?
Tipulah kalau aku tak terasa hati.
Tapi at the same time aku faham kenapa.
Dia tengok pic profile aku baju low cut and rambut karat pun dia dah boleh imagine takkan lah orang macam aku boleh teringat nak solat, ye tak?

Tapi tu lah.
Aku tau dah tayang aurat tu salah, tapi tetap jugak derhaka.
Makin banyak skirt pendek yang aku beli.
Tapi dalam pada masa yang sama, dalam setiap sujud akhir, aku merayu tolong bagi aku hidayah. Sebab aku tau aku tak kuat tanpa kekuatan yang Allah bagi.

Satu hari tu, aku attend majlis akikah anak kepada bos En Wan.
Masa aku sampai, serentak dengan orang berzanji sampai. Jadi, aku pun 'terpaksa' join sekali.
Dalam kelompok tetamu yang ada di situ, jelas hanya aku sorang je yang boleh ikut berzanji tanpa buku. Dan kebetulan lagu group berzanji tu aku boleh ikut. Macam pernah dengar. Masa tu aku hati aku terdetik "Eh aku ingat lagi berzanji ni?". Padahal berpuluh tahun aku tak pernah pegang buku berzanji let alone nak berzanji.
Masa berzanji tu aku menangis. Menitik-nitik airmata aku.
Aku tak sure aku nangis sebab apa?
Lagu tu sayu ke?
Aku rindu arwah Cik Mah ke?
Aku rindu zaman kecik berzanji ke?
Entah tak sure apa dia. Tapi macam sayu je rasa kat hati.

Hari yang sama, aku pindah opis (ofis lama kat Seri Kembangan).
Moving truck sampai around 4pm macam tu.
Aku cakap kat En Wan aku nak balik salin baju dulu, taknak pakai baju kurung.
Aku balik rumah naik bilik salin baju.
Dan aku turun bawah dengan pakai jeans, blouse......................... and tudung.
Tak tau lah kenapa. Tapi aku nekad. Aku nak bertudung.
That was a very wonderful day bila akhirnya Allah bagi apa yang aku minta-minta.

Aku tak sure apa yang mendorong aku untuk capai shawl petang tu.
Aku main lilit je asal cover rambut. Elok pulak shawl tu tak buat hal petang tu.
Agaknya kalau buat hal, tak jadi hijrah aku petang tu.
Yang bestnya, minggu tu aku baru lepas shopping new skirt and blouse.
Tapi petang tu aku tak teringat pun pasal ni lagi.
Malam tu bila pikir esok nak pakai apa jumpa customer, baru aku ternampak ada a few baju belum tanggal pricetag lagi. Ya Allah, rasa terkilannya. Dah bershopping bagai nak rak, tetiba lupa pulak ada new skirt. Kebetulan pulak customer yang aku nak jumpa ni customer lama. Terasa janggal jugak, apa ni baru 3 hari lepas jumpa denagn pakai skirt belah sampai peha, tetiba esok aku nak pakai tudung bagai. Hati....memang berbelah bagi. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang aku masih diberi kekuatan untuk terus perbaiki hijrah aku.

Itu cerita aku menjaga hidayah dari aspek aurat.
This is just an example we can use for life's entire life.
Betapa di kalangan kita-kita ni ada je yang tengah stuggle untuk berhijrah dan istiqomah.
Ada yang tengah struggle untuk keluarkan diri dari maksiat untuk jadi hamba Allah yang taat.
Tapi dalam masa yang sama kita ada syitan yang menghasut, ada nafsu yang provoke dan orang sekeliling yang asyik berprasangka buruk. Itu biasalah. Ujian Allah kadang-kadang datang melalui perangai manusia. Hidayah ni bukan benda kecik-kecik. Ini benda besar. Jadi nak dapat pun memang kena lalu banyak halangan. Kena perli, kena kutuk itu anggap saja ujian Allah sementara hidayah tu nak sampai. Kena kuat.

Kuncinya, jangan berhenti minta hidayah! Jangan asyik minta rezeki tapi lupa minta hidayah.
Ulamak dah pesan kalau berdoa mintak lah yang besar-besar. Dan yang besar itu bukan duit, tapi hidayah.
Sebab itu, sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat!
Sebab solat itulah yang akhirnya akan bawa kita pada hidayah Allah.

Hantarlah anak ke skolah apa pun, kelas apa pun - blaja swimming, ballet, music, tahfiz, biarlah. Budak nak blaja kan.
Cuma jagalah solat.
Insyallah bila jaga solat, hidayah Allah akan datang.




Nak dapatkan diskaun ni, please SHARE POST INI