Pages

2015-02-14

GEMUK, HODOH and HITAM



Hodoh.
Gemuk.
Hitam.

Dari aku kecik sampai ke besor, belum ada lagi aku nampak secara majoritinya orang iktiraf GEMUK, HODOH and HITAM ni sebagai sesuatu yang cantik dipandang.
Sentiasa kurus dan putih tu dipandang cantik.
Muka cantik tu memang dah terang-terang lah cantik kan.

Dulu ada reader email aku, dia cerita pasal jodoh.
Tapi aku tak share pun email tu sebab dia tak mintak pandangan pun, dia cuma nak bercerita je. Dan aku pun tak reply-reply.
Dia cakap dulu dia ingatkan dia takkan kawen. Atau paling tak pun, dia akan kawen paling lambat sekali dalam family sampaikan mak bapak dia kalau bercakap pasal jodoh je mesti lebih risaukan dia dari kakak-kakak yang lain. Sebab dia kata berat badan dia time anak dara nak cecah 100kg. Belum pernah lagi orang tak kata dia ni mak orang. Semua ingat dia dah kawen dah ada anak sebab badan dia takde gaya-gaya badan anak dara. Kalau lepas solat kat surau ofis, dia segan nak beria-ia mekap sebab dia terasa macam orang pandang and cakap "Takyah mekap sangat la, kau tu gemuk takde sape pun nak pandang". Walaupun takde orang yang kata macam tu direct kat muka dia, tapi dari gerak mata orang, dia faham apa sebenarnya orang tu nak cakap.

Aku rasa pompuan ni dah cukup bernasib baik sebab persekitaran dia semua orang yang dah boleh guna akal, bukan budak-budak skolah. Kalau time skolah berat 100kg, konfem dah kena bahan. Tau je la kan perangai budak skolah. Aku pun selalu kena bahan dulu. Pantang je dalam buku teks ada gamba buah manggis, semua nak kaitkan dengan aku. Tu belum lagi cuti Deepavali, cuti Thaipusam. Semua pakat wish aku. Pastu lusa datang skolah dorang tanya "Kau tak angkat kavadi ke semalam?". Cam kimek. Aku angkat kaki nak? Pastu hayun kat muka kau.

Dalam beg skolah aku sentiasa ada topi.
Biasa la, topi free banyak kat rumah. Yang cop Nestle, yang cop Milo, yang cop UKM pun ada, jadi aku simpan satu dalam beg skolah. Kot-kot panas balik skolah nanti boleh pakai. Sebab aku malas bawak payung. Bila aku pakai topi nanti ada je mangkak yang tegur "Apesal kau pakai topi? Ko tak payah pakai la, kau dah hitam".
Gila kan perangai sekor-sekor macam mencibang.
Sebab aku itam la maka aku pakai topi ngangggg. Supaya tak makin itam.

Ok balik pada cerita reader tadi, akhirnya dia yang kawen dulu dalam adik-beradik dia yang lain.
Dan dia dapat suami yang tak gemuk pun.
Tapi pastu timbul cerita lain.
Orang kata suami dia dah kena ubat guna-guna.
Biasa la kan, mulut orang.
Apa yang tak berkenan kat mata, seboleh daya dia akan carik alasan untuk convincekan yang there must be something wrong somewhere.
Tapi orang-orang macam ni sebenarnya dia struggle untuk convincekan diri sendiri. Sebab yang tak boleh terima hakikat bukan orang lain, tapi dia je sorang.

Dipendekkan cerita, dia happy dengan family dia now, dah ada anak kalau tak salah aku.
And badan dia kurus sikit dah, agaknya penat jaga anak jaga suami jaga rumah.
Kesimpulannya kat sini, menjadi seorang yang gemuk mungkin tak segojes orang yang slim.
Tapi yang slim pun mungkin hanya dapat cantiknya saja, belum tentu dapat bahagia.
Sama la macam yang selalu dikata-katakan hodoh, hitam.
Di mata orang, cantik tu memang kita takde, tapi ada kelebihan lain yang Allah dah pakejkan sekali. Carilah, mesti jumpa.
Allah pun takkan bagi semua.
Kalau Dia bagi semua, nanti kita rasa kita perfect sangat.
Eloklah kalau kekurangan sikit sini sana, barulah nanti kita berpijak di bumi yang nyata.

Masa aku kecik, skolah rendah, tekanan dikeji ni lagi kuat.
Sebab kau tau je la kepala otak budak-budak.
Mengejek je la abis kuat dia boleh buat pun.
Dan kita yang diejek ni pun sama kecik jugak, apa sangat la kekuatan dalaman yang kita ada.
Paling kuat pun kita ejek balik.
Tapi aku tak berpeluang nak ejek balik orang yang ejek aku.
Aku rendah diri.
Sangat-sangat rendah diri.
Sebab dari kecik lagi aku dah biasa rasa diri aku kurang banding orang lain.
Masa skolah tadika, aku dihantar duduk rumah orang.
Disebabkan mak bapak aku bukan orang kaya, jadi aku dapat layanan berbeza dari anak-anak jagaan lain yang mak bapaknya bertitle Dr, bertitle Prof.
Aku rasa diri aku kurang. Aku rendah diri.

Masa aku skolah rendah, ada satu hari tu Pak Aji ambik aku kat skolah.
Kereta kitorang masa tu jenis station wagon je. Takde aircond lak tu.
Masa tu ramai budak-budak depan pintu gate skolah, semua nak balik rumah.
Aku ajak kawan aku naik sekali sebab rumah dia on the way nak ke rumah aku je.
Dia tak nak.
Rela dia jalan kaki sebab ramai budak tengok, kereta aku buruk katanya. Malu.

Kadang-kadang kalau balik kampung, nenek aku bawak balik baju-baju yang cousin-cousin aku kat Singapore dah taknak pakai.
Nenek aku simpankan untuk aku and Ima sebab kitorang je yang layan baju second-hand. Cousin-cousin aku kat Malaysia yang lain-lain tu kecik-kecik lagi. Tak muat pun nak pakai baju tu.
Seronok dapat baju 'baru' yang cantik-cantik. Tapi at the same time aku rasa kurang kat diri sendiri.
Ye la kan, pakai baju-baju orang dah taknak pakai lagi.
Terasa rendah diri.

Masuk skolah menengah rasa rendah diri tu kurang sikit.
Sebab aku dah immune, and aku dah tak ambik peduli orang nak cakap apa.
Aku buat je keje aku.
Penghujung Form 1 aku patah balik ke sekolah harian sebab quit dari asrama.
Masa hari pertama aku masuk balik ke sekolah tu (sebab aku penah quit Maahad sebelum tu), cikgu kelas aku nama Cikgu Che Yah bawak aku masuk bilik guru. Masa aku masuk bilik guru, cikgu-cikgu yang duduk berhampiran meja Cikgu Che Yah tegur, "Oh, ni ke yang keluar TKC tu?"
Wah glemer sekejapan. Terus rasa yakin diri tak semena-mena.
Siap ada cikgu cakap "Bagusla sekolah kat sini, kalau semua yang pandai keluar, apa aje yang tinggal kat skolah kita ni".
Hahahaha.
Jangan berangan ya cikgu, plis.
Saya ni bukan budak genius. Saya berjaya sebab saya rajin je.
Tapi dalam kebanyakkan masa saya pemalas. Jadi, jangan bergantung harap sangat lah ya.

Disebabkan aku dah immune kaw-kaw, di saat abang pengawas ejek aku MILO (sebab kulit aku Latino sangat agaknya), aku tak de hal dah. Sukati kau lah bang. Padahal aku pekat sikit je dari dia. Kira aku ni milo pekat la. Kaw. Dia Milo cair. Tak best. Mbahahahahahha.

Alhamdulillah, bila kita pandang sesuatu tu dari sisi cahaya, kita akan nampak benda positif.
Lama rupanya Allah 'train' aku.
Dari kecik aku dah 'ditorture' dengan kutukan, ejekan, rasa rendah diri, sebenarnya Dia nak aku belajar bertahan supaya di waktu aku benar-benar perlukan kekuatan dalaman, ketika tu aku dah bersedia.
Kau nak ejek aku itam now? Sukati.
Nak ejek aku gemuk berkerak? Sukati kau lah.

Sebab tak ada pencuri yang jadi kaya dengan hasil curiannya.
Dan tak ada orang yang jiwanya tenang dengan menyakiti hati orang lain.

Masa kecik-kecik dulu tergerak jugak nak ejek balik budak-budak yang ejek aku.
Tapi tak tau la apesal, memang habis kat hati je. Tak terluah pulak dengan perbuatan.
Bila dah terbiasa dengan "Biarlah...sukatilah...takpelah...", lama-lama rasa best pulak.
Sebab seriesly, yang menyebabkan hati kita sakit adalah kerana kita sendiri yang membenarkan perkara yang menyakitkan tu bersarang dalam hati.
Analogi dia mudah.
Kalau kau ada kat sebuah tempat yang tiba-tiba mengeluarkan bau busuk, kau nak stay ke kau nak blah?
Pilihan ada kat tangan kau.
Kalau kau nak stay kau hadaplah bau tu. Tapi pastu kalau kau mabuk pitam nak muntah, jangan memekak salahkan bau tu pulak. Dah kau yang nak sedut.
Kan lebih baik kau blah tadi.
Tapi kalau kau nak sedut jugak, tak salah. Cuma jangan merungut.

Siapa pun orang yang kita kenal, yang ada di sekitar kita, samada memuji atau mencemuh, semua tu ada peranan dalam hidup kita.
Yang sayangkan kita. Yang benci kita. Yang talam dua muka. Yang tak bertegur sapa. Yang ambil kesempatan.
Semua ni harus kita handle secara bijaksana.
Kalau diam tu lebih baik, maka kita diam.
Harus tau macamana nak tukar dosa mereka menjadi pahala untuk kita.
Sebab mereka ni semua adalah asbab untuk Allah menilai iman kita di mana.



Tuan tanah punya Iklan.

JUBAH AQEELA OOTD CONTEST