Asalamu'alaikum Warohmatullah,
Antara keistimewaan agama ini ialah sifat "mutawatir" yakni terpelihara dan bersambung amalan yang bersabit dari perbuatan Nabi SAW, Pesuruh Allah.
Ada 2 perkara yang Nabi SAW tinggalkan, yang menjauhkan kita daripada kesesatan, itulah Al Quran dan As Sunnahnya.
Al Quran dijamin Allah akan sifat mutawatirnya, terpelihara dari tambahan dan tokokkan yang membawa sesat. Ia datang begitu dan akan kekal begitu hingga Qiamat.
Salah satu cara Allah memelihara Al Quran ialah dengan menghidupkan para penghafaz. penokokkan atau pertambahan ayat Al Quran boleh dikesan dengan mudah oleh mereka.
As Sunnah juga pada zaman ini sudah jelas dikupas dan dihidang oleh Ulama silam, Hadith Sohih Bukhari dan Sohih Muslim antara yang siap untuk kita ambil sahaja pengajaran daripada guru-guru yang mengajar.
Jika 2 benda ini disebatikan dalam hidup kita, kita pasti akan menjadi Muslim yang baik dan menyenangkan kepada sekeliling, tidak tolak juga mungkin kita akan dimusuhi, itulah fitrah Nabi juga. Tapi keyakinan bulat kita kepada 2 sumber ini akan menguatkan kita. Biarpun dimusuhi.
Hari ni bagi sesiapa yang belum mendengar bacaan Al Fatihah dengan bersanad, yakni bersambung terus kaedah bacaan sabit dengan kaedah yang tepat, ini peluang untuk kita memperbaiki fatihah kita.
Saya kongsikan video ini, untuk kita perbaiki.
Yang istimewanya ada ijazah di dalamnya, semoga Allah menerima fatihah kita.
Sekian wassalam.
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.