Pages

2014-11-27

Sentimental


Korang ada tak benda atau perkara yang korang akan bawa kemana-mana, tak boleh tinggal?
Dah try untuk tinggalkan tapi bila kau tinggalkan, kau macam tak jumpa diri kau. Bila kau kutip balik benda/perkara tu kau rasa macam 'Ok, this is me!'. Ataupun kalau kau buang benda/perkara tu, kau akan jadi 'homesick' ala-ala kerinduan yang tak tertanggung.

1. Surat cinta pertama.

Surat ni tak sama dengan surat-surat yang aku dapat dari En Wan.
Yang aku simpan ni surat cinta pertama yang aku dapat lepas first time berjumpa.
Surat ni aku simpan dalam purse semenjak aku dapat tahun 1998, sampai la skarang. Dia punya tahap tak boleh tinggal tu sampaikan tak boleh dibawak keluar dari purse. Aku pernah tukar purse, terlupa nak pindahkan surat tu dalam purse baru. Terus emo sepanjang hari, keluar berjalan pun takde mood macam bengong semacam padahal yang membagi surat tu ada je kat sebelah. But dia punya feeling lain. Seolah-olah macam surat tu la yang teman aku selama En Wan ada kat Jepun jadi aku tak sampai hati nak tinggalkan surat tu 'sorang-sorang' kat rumah. Gituuuu. En Wan kata aku sakai dengan surat pun nak rindu.

2. Perfume Elizabeth Arden Pretty.

Cuba check Pretty ni bila release.
Tak salah aku masa ni aku dah ada Redza. Tapi ni la satu-satunya botol perfume yang masih aku simpan. Sampaikan perfume dia pun aku tak abiskan. Ada lagi sikit. Dah basi agaknya perfume ni tapi still wangi lagi cuma aku tak pakai lagi. Aku sayang. Aku sayang perfume ni sebab ni lah perfume yang aku beli dalam keadaan takde duit. Asal lalu depan kaunter perfume je aku akan pegi Elizabeth Arden untuk bau Pretty. Padahal tau dah perfume tu wangi tapi nak gak bau-bau lagi. Nak beli takde duit. Balik-balik pusing kaunter je la keje aku. Bila duit dah cukup (padahal harga dia berapa je kan, tapi berzaman aku nak kumpul duit), dapat beli perfume sekali dengan free tote beg kaler pink. Ya Allah dia punya perasaan dapat beli Pretty macamkan kau dah dapat beli satu mall. Nak pakai pun sayang. Sembur pun macam sembur tak seberapa nak sembur je. Sebab tu la agaknya perfume lain aku boleh let go easily, sebab hati tu takde. Beli bukan dengan hati. Beli sebab sabit nak bershopping. Pretty masih ada lagi dalam laci aku. Sayang nak buang walaupun sebenarnya ni dah kategori sampah.

3. Kuali

Aku ada satu kuali kecik tapi bangsa kuali zaman dulu yang berat tu. Kuali ni gila berat ok. Kalau terhempas kena kat ibu jari kaki kau konfem kuku tertanggal. Kuali ni adelah kuali arwah atuk hadiahkan kat Mak Aji sempena Mak Aji kawen. Orang dulu-dulu kan kalau anak dah kawen dia akan bekalkan dengan barang-barang kelengkapan masak supaya anak dia keluar rumah (pindah ke rumah sendiri) tak keluar berlenggang. At least kelengkapan masak atau kelengkapan tido dibawak sekali. So this kuali kecik yang berat, ada dengan aku. Bila aku kawen, Mak Aji pass pulak kat aku. Of cos bukan buta-buta ni je Mak Aji bekalkan. Ada la set Arcopal and set bilik tido but kuali ni aku sayang. Selain disebabkan Mak Aji bagi, kuali ni jugak adelah dari arwah atuk. Anything to do with arwah atuk, aku sayang. Biar tak pakai pun, nama nak buang no way.

4. Lagu

Kereta aku boleh read mp3 takat 1G je. Lagu aku beribu kot. Jadi aku kena pecahkan kepada a few pendrive. Tapi dalam setiap pendrive akan ada 10-20 lagu yang sama sebab lagu-lagu ni sedap je kat telinga aku. Bila ada lagu-lagu ni baru listening list tu akan jadi best. Kebanyakkan lagu-lagu dalam list aku harus yang slow number, kalau fast number payah nak digest. Antara 10-20 lagu yang wajib ada dalam setiap pendrive tu ada kenangan tersendiri :



Lagu ni buatkan aku teringat kampung (Tampin), arwah atuk and arwah nenek. Memori lepak kampung memang the best. Pegi la sepuluh jenis Disneyland pun takkan sama dengan seronok lepak with arwah atuk and nenek. Nak pulak skarang dah takde apa nak carik kat kampung. Sejak arwah nenek duduk KL, rumah kat kampung tu kitorang buat sewa. Hari tu masa balik untuk ziarah Pak Unggal meninggal pun aku naik sebak tengok rumah kampung. Tak tau la sedih sebab Pak Unggal meninggal atau sedih sebab menengokkan rumah arwah nenek jadi macam tu. Tau je la kan bila bagi orang sewa, macam nak taknak je dia jaga. Tak paham aku jenis manusia macam ni. Padahal yang duduk tido baring kat situ pun kau jugak, bukan orang lain. Kau kemas la halaman tu hendaknya. Takkkkkk. Nama dia nak tebas rumput ke apa ke, memang takde. Dinding rumah sampai berdano warna pun takde hati dia nak cat baru. Kalau kau mintak kitorang belikan cat pun aku boleh bagi duit la. Tapi dah dasar pemalas kan. Pakkal rumah tu nama Mak Aji. Aku peratikannnn je. Tunggu esok Mak Aji nak perturunkan rumah pusaka tu kat aku, tau la aku kejekan.



Lagu ni buat aku ingatkan arwah atuk so so much! Sebab masa ni aku tengah gila main rekorder. Tibai rekorder Pak Aji. Masa ni baru blaja-blaja baca note muzik. Adatla kan kalau baru nak blaja baca note kita akan selalu test test test. Pakai rekorder je pulak tu so agak memekak sikit. Kalau main kat rumah memang sengaja carik gaduh ngan Mak Aji namanya sebab mak aku tak suka bingit-bingit ni semua. Cuti sekolah terakhir sebelum atuk meninggal, kitorang lepak kampung (as ussual). Aku bawak rekorder ni. Pastu kat TV ada tayang cerita Abang (version Rahim Razali). Aku dengar lagu Simfoni Kasih ni, eh macam boleh main je ni. Aku tiup tiup tiup untuk cari note. Akhirnya dapat main satu lagu! Biasa la kan bila dah dapat main satu lagu penuh, ko takkan jumpa aku main lagu lain punya. Balik-balik main lagu ni je. Nampak la terer sikit. Padahal tau main satu lagu je. Arwah atuk perasan aku pandai main. Satu pagi tu dia nak bercukur (atuk akan cukur janggut kat porch), dia panggil aku duduk sebelah suruh aku main lagu Simfoni Kasih. 2-3 bulan lepas tu arwah atuk meninggal. Until now lagu ni aku ingat and wajib ada dalam setiap pendrive.



Lagu ni tak memberi apa-apa memori cuma melodi dia sedap and aku kagum sebab penyanyi dia OKU. Aku rasa ni je la pun album dia tapi lagu ni sangat popular around 1985-1986. Aku umur 8-9 tahun. Now dah nak masuk 40 tahun still lagi tak jemu dengar. En Wan macam nak bernanah dengar lagu ni. Aku kisah apa kan. Kereta aku kot. So pandai-pandai la makan ubat tahan pening kalau rasa nak muntah dengar lagu-lagu macam ni.



Ok lagu ni aku selalu nyanyi every time menyapu laman rumah arwah nenek. Feeling okeh. terasa sangat kedesaan. Zaman skarang mana nak jumpa lagu pesen gini. Aku rasa sambil main farm ville sambil layan lagu ni best gak. Mesti maju kebun korang. Ce test.