Pages

2014-10-22

Jangan cuba-cuba nak suwit. Block tetap block!



Bila aku dapat invitation dari member aku ni tetiba aku teringat kalau tak salah aku ada invitation dari reader on 1st and 8th...tapi aku lupa invite kat email atau FB (PM), sebab kad memang takde atas meja aku. Dah banyak sangat email lately, yang tak berbaca pun banyak nau, jadi kalau sesape rasa dia ada invite aku ke majlis dia on 1st and 8th, tolong forwardkan jemputan lagi sekali ya. Sorry.

Si Bulat ni punya majlis kalau aku tak muncul, konfem maki berpanjangan aku dapat.
This is one of good fren aku since sekolah. Lelaki, of cos. Sebab aku lagi ramai close fren lelaki dari perempuan zaman skolah dulu. Dah masuk U je baru berjinak-jinak nak berkawan rapat ngan pompuan sebab nak blaja teknik-teknik menjadi gojes. Biasa la kan, time U la nak menggatal carik balak pun. Jadi terpaksa la gunakan budak-budak pompuan ni. Walaupun aku tak penah mintak dorang ajak aku secara directly untuk berubah menjadi 'perempuan', bila aku nampak dorang pakai cream muka, at least terbukak jugakla hati aku nak men-try cream muka. Tapi penyudahnya macam tu jugak la rupa aku. Cuma kurang sikit berkerak je.

Hampir kesemua kawan lelaki kenal mak bapak aku.
Macam si Bulat ni, kalau jumpa Pak Aji ngan Mak Aji tengah jalan boleh je bersembang beria. Macam family.
Apa tak macam family kan, ni semua bangsa masuk rumah Mak Aji terus lepak dapur. Mak Aji pun kemain suka la budak-budak ni tadah diri nak tolong apa-apa yang patut. Silapnya dulu aku tak bagitau dorang aku kena hentak ngan exbf. Kalau aku bagitau, mau lunyai exbf aku kena tenyeh dek budak-budak ni. Hnss..hnsss..hnsss *menahan marah*



Tapi dalam banyak-banyak lelaki, lelaki ni jugak la yang paling kesian sekali.
Lelaki lain boleh je aku add dalam FB. Tapi yang satu ni, toksah kata nak add, aku block terus.
Bila aku dapat capture ni dari cousin aku, alahaiiiii..kenapa la boleh men-suwit- sebegini sekali bang oiiiiii. Agak tergugat jugak kebatuan yang ada dalam diri. Sikitttt lagi aku nak unblock dia. Hahahah.

Tak sangka rupanya dia masih rajin lagi membaca blog aku.
Kalau kat rumah tu macam buat tak reti je.
Apa keje aku buat semua dia tak nak tanya. Aku pun tak hingin nak bagitau. Biar kat rumah kita create cerita pasal rumah je. Boring la cerita opis pun bawak pi rumah kan. Tu pasal aku block dia dari FB aku. Kalau semua benda dia tau, aku takde apa nak cerita kat dia. At least kalau kata la ada orang gossip ngan aku kat timeline ke, ada gak benda aku nak cerita kat dia. Kang kalau aku cerita pasal apa jadi kat timeline aku "Abang tau dahhh...". Boring.

Rupanya dia concern jugak pasal aku ya.
Siap update kat status lagi. Auwww...mengapa suwit sangat niiiii. *PANG sedas. Gedik nau kau ni*



Tapi yang aku kagum tu bila aku nampak tu "...feeling Alhamdulillah"
Hoih!!! Aku sendiri tak reti nak buat tu okeh. Camne citer dia sekarang ni. Apesal dia boleh tau, aku tak. Eh camne nak buat?



Malam semalam aku update kat FB pasal perbezaan blog/FB/Twitter/Insta dari sudut pandangan aku.
Aku pilih blog and FB.

Blog sebab memang aku suka bercakap/bercerita panjang-panjang, jadi blog tempat paling sesuai.

FB tempat untuk aku update aktiviti harian yang tak perlu berjela-jela. Tapi kadang-kadang terbabas jugak. Meleret je aku cerita. Dah macam blog gak.

Aku dah sebulan rasanya register Insta.
Tapi sampai skarang aku tak nampak lagi apa fungsi dia.
Aku rasa Insta ni lebih kepada bagi keuntungan kalau kau buat online shop.
Kalau personal macam...hmm..ntah la. Ramai yang aku tengok update baju pegi keje baju pegi outing. Besar harapan aku delete akaun aku ni. Jadi macam Twitter, rasa macam tak paham apa konsep ni, terus aku delete. Maybe aku kot yang tak boleh 'masuk' dalam dunia IG and Twitter.

Tapi yang best pasal status yang aku up semalam adelah komen yang aku highlite ngan kotak merah.
Tak pepasal je aku teringat balik kes plagiarism tahap dewa langit ke tujuh - kes Zara Dania Zarith Hakimi. Oh dem!!!

Mana pegi budak ni agaknya.

Dulu macam menakutkan jugak sebab tu first kes plagiat yang dikenalpasti. Tu pun reader yang inform. Disebabkan tu kes first so aku agak gabra jugak la. Sebab memang agak menakutkan kes ni. Series aku lupa nama penuh budak ni until la si Shuhada ni mention. Gila kentang betul siap boleh ingat lagi nama penuh pem-plagiat tu.

Hmm..tetiba seronok pulak bila tau ada pembaca tegar kat sini.
Rasa macam nak buat kuiz pulak.
Full marks dapat $$$$$. Nak? Mbahahaha.

Oh tetiba rindu style blog zaman dulu.
Penuh dengan tag and meme.

Mana pegi tagging game skarang??