Pages

2014-10-31

Bisnes apa macam ni ntah.





Tu semua bukan aku tulis ya.
Takde masa aku nak kelebet video dinasaur, game Graal ntah apa benda ntah ni semua.
Ni semua terjadi sebab aku lupa iPAD yang Redza pakai tu aku log in siap-siap password YT and Google. Rupanya ni keje dia. Patut la kejap-kejap tanya aku 'Ma, camne nak eja bla bla bla bla...'.
Siap pulak kau nak menghantar komen bagai. Mudah-mudahan tak pening orang baca. Muka dah la muka aku. Haihh. Terus aku sign out semua. Dengan gmail sekali aku sign out. Patut la kadang-kadang aku dapat PM yang pelik-pelik je tanya pasal bola la, restoran Jepun la hape la..rupanya bapak dia pun sama. Pi komen kat blog-blog orang pakai akaun gmail aku. Elok la tu kan...bersepah komen dari Green Apple, tapi sleng Tganu.


Ni printscreen email reader pasal tuntutan tribunal kes dia ditipu oleh party planner. Aku capture sikit je la bagi mukadimah. Kesian dia, hire party planner yang katanya professional tapi service tak seperti yang dicatat pada quotation. Party pack mintak lain dapat lain.

Aku tak berapa paham sangat  prosedur tuntutan tribunal saman-menyaman ni. Tak tau dalam situasi apa sebenarnya yang pengguna boleh buat tuntutan and bagaimana. Kalau ada anyone yang tau, maybe boleh share kat aku (email). Nanti aku tepek kat blog.

Masa keje ngan company lama dulu penah ada colleague yang buat tuntutan tribunal pasal duit komisyen yang company hold, atau erti kata lainnya - taknak bayar. Tapi company tu memang musibat pun. Aku punya komisyen pun dia peram. Cuma aku malas nak tuntut. Malas nak semakkan kepala. Kau hadap sangat komisyen aku? Hambikkk.

Punca colleague aku tuntut komisyen tu mulanya sebab dia benti keje.
Dia jumpa big bos bagitau tak puas hati dengan kebaikkan gaji. Dia ada bentangkan point kenapa dia harus dapat kenaikkan yang lebih. Aku pun tak ingat dah apa point dia tapi dia memang pandai buat sales pun. Company aku keje ni pulak nama je bos lelaki tapi spesis telur tersumbat. Bini dia yang housewife takde kena-mengena dengan ofis pulak yang rule the ofis. Apa-apa keputusan bini dia mesti bagi kata putus. Ntah apa-apa. Padahal share pun takde dalam tu. Sabit bos tu laki dia je.

So this perasan lady boss taknak bagi komisyen colleague aku ni. Takde la banyak mana, dalam RM3k je tapi namanya duit gak kan. Ntah apa kena dia taknak bagi. Agaknya selama ni dah biasa buat kat staff-staff lain takde orang berani bersuara, tu yang dia berani ugut-ugut taknak bagi komisyen. Pastu wan aku direct pi tribunal. Dalam 2 bulan kot baru settle. Kawan aku menang kes tu. Malu gila bini bos. Besoknya terus keluar polisi baru syarikat pasal komisyen. Aku lupa apa new polisi tapi yang berpihak pada dia je la. Memang takkan ada win-win situation punya. Kompeni dia la katakan.

Spesis buat bisnes ikut kepala sendiri pun ada.
Spesis buat bisnes ASAL BUAT pun ada.

Baru-baru ni balik raya haji kat KT kitorang buat kenduri sikit. Tempah makanan kat caterer.

Raya Haji hari Ahad.
Kenduri kitorang buat Isnin.

Lepas sembelih lembu, kita bagi daging kat caterer on the same day. Pastu konfemkan sekali menu untuk kenduri besoknya.
Kak long aku dah pesan menu nasi putih, gulai daging (daging sendiri), ikan sweet sour (ikan sendiri), sayur campur, air and kuih-muih. Daging and ikan kitorang supply. Kiranya caterer tu tolong masakkan lauk je. Sayur je kita pakai sayur dia.
Kitorang resquest SAYUR CAMPUR.

Esoknya, menu yang sampai : gulai daging tetel, daging goreng, ikan sira sos manis, 4 jenis ulam, telur masin, and sayur dhal.

???????!!!!!!!!

Pelik la mak mertua aku bila nampak lauk yang sampai tak macam kitorang nak.
Dah la daging goreng tu berbau.
Pastu mintak sayur campur goreng tapi dapat sayur dhal??
Ulam?
Telur masin?
Bila masa mintak daging goreng?
Hoih!

Tau tak apa caterer tu cakap?
'Semalam kami buat kenduri jugak, banyak dhal and sayur kacang panjang extra jadi kami buat sayur dhal je la'

Oh! Sukati tok nenek dia je ubah menu orang.
Pastu kak long aku tanya apesal ada daging goreng, telur masin, ulam, .... and kenapa ikan sira ngan sos manis pulak? Bukan mintak ikan sweet sour ke?

Selamba je dia cakap tu semua bahan-bahan lebih.
Agaknya bahan mentah untuk kenduri dia semalam tu banyak, dia taknak bazir, dia guna pakai apa yang ada. Sukati dia je. Tak hormat lansung permintaan kita. Dah la tak bagitau apa-apa, tetiba hari kenduri tengok lauk yang dihantar lain dari yang kita mintak. Melopong je kitorang tengok. Aku heran gak apesal daging berkuah, pastu sayur berkuah, ikan pun berkuah. Macam tak masuk je mensu ni semua. Setau aku masa subjek Kemahiran Hidup dulu cikgu aku ajar lauk kena pelbagai. At least SATU lauk berkuah and SATU lauk kering. Ni dah semuanya berkuah, memang berlendir la nasik aku dalam pinggan macam ni.

Pastu dia kan ada tambah menu like daging goreng, ulam, telur masin semua tu. Kita tak mintak pun. Dah la daging goreng berbau. Risik punya risik baru tau cerita kenapa daging goreng berbau. Rupanya lepas kitorang hantar daging korban, dia tak bukak-bukak pun plastic isi daging tu sampailah ke hari besoknya nak masak baru dia bukak. And daging tu berkepam semalaman tak masuk freezer pun!!
Kuang ajar kan?
Daging korban doa buat macam tu.
Takde rasa hormat lansung barang customer. Pikir untung dia je.

Buat menu salah, pastu pandai-pandai tambah lauk, ujung-ujung kita kena bayar.
Ingatkan dia bagi extra lauk sebab nak kontrakan dengan menu yang dia tak dapat buat.
Dah satu hal pulak kitorang bayar extra.
Lauk yang dimintak tak dapat tapi kena pulak bayar lebih dari perjanjian untuk lauk yang kitorang tak request pun! Bila kita cakap eh kita tak mintak pun semua ni, awak yang sediakan. Dia buat dek. Bisnes apa camni ntah. Memang last la pakai service dia.



Teaser, new shawl.