Pages

2007-05-02

Cuti lagi


Khamis lepas cuti.
Pastu Jumaat keje, Sabtu and Ahad cuti.
Isnin keje, Selasa and Rabu cuti balik.
Esok keje, pastu Jumaat aku cuti balik sampai Isnin depan.
Selasa baru keje balik.
Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Gumbira! Gumbira!

Mengapakah Jumaat aku cuti?
Mengapakan Isnin depan cuti jugak?
Jumaat kang aku citer.
Yang pentingnya aku dah 3 hari selsema tak renti-renti lagi ni. Silap-silap esok MC.

Isnin lepas masuk opis, macam masuk rumah tinggal. Parking lot bersepah-sepah kosong. Semua selamba badak parking tempat bos, termasukla aku. Dengan bangganya parking keta kat space COO.

One thing last Monday, aku dapat buat keje dengan harmoni dan produktifnya. Padahal kalau bos aku ada pun, bukannya dia kacau hidup aku. Aku still boleh buat keje gak. Tapi biasala kan, mindset kalau bos ada, dia punya kontrol gabra tu lain macam sket. Tapi Isnin pagi tu memang lengkap aku sumpah orang (dalam hati). Aku punyala semangat nak masuk opis awal sebab nak siapkan keje. Kol 7.20am aku dah park keta depan opis tapi orang yang pegang main door key datang kol 8.20am. Sejam aku tunggu siap boleh tido balik dalam keta.

By the time tukang pegang kunci ni sampai, dah seploh orang mencangkung depan pintu. Aku tak la. Apa kes lak nak cangkung pagi-pagi ni kan. Hilang separuh mood aku nak wat keje.
Maka masuk je opis, aku pun bukak YOUTUBE download clip Stratovarius. HAHAHAHAAHHA..aku pun metal ZIEZIE!! Metal, okkkkkkkkkkkkkkkkk.

Actually aku tak la minat sangat metal-metal ni. Adik laki aku layan la kot. Cuma melody Stratovarius ni boleh masuk jugak la dalam paler aku. One of the songs yang aku dengar sampai bley nangis is lagu FOREVER yang aku letak kat singing box tu. Chorus dia aku ada letak kat column GORGOR tu. Nak sing along, sila carik sendiri lirik dia. Tak kosser aku nak paste kat sini.

Hari ni, aku layan VCD Air Force One yang berpuluh kali jugak aku ulang tayang. Dan tetap suspen macam baru first time tengok. Filem ni aku kategorikan under 'masuk-bakul-angkat-sendiri-film'. Perasan bagus punya worang!

Masa belek-belek VCD and DVD tu baru la aku notice dalam enam tahun ni, we all dah berjaya memberi sokongan padu pada penjual VCD/DVD haram. Maknanya seminggu at least 1 VCD aku rembat kat pasar malam.


Ini zaman-zaman VCD ada cover cantik. Skang mana nak dapat camni lagi? Semua nak jimat kos, pakai plastik bungkus.






Gambar ketiga ni bukan VCD pirate, ni semua CDs lagu yang ori, tapi starting last year, aku dah tak beli CD dah. Aku main download mp3 kat LimeWire. Camne la artis Mesia nak maju, adenya orang-orang macam aku. Sebab tu CD aku sikit je. MP3 collection aku lagi banyak dari jumlah lagu dalam CDs ni semua. Pesanan penaja : Gunakanlah teknologi terkini - LimeWire, untuk kesenangan anda.
Ini tak banyak sangat. Aku penah terbaca satu article pasal satu mamat ni yang dia ada collection of 5000 movies (VCDs/DVDs) and semuanya ori, tak macam aku, lanun. Tabik la kat mamat ni, bila masa ko tengok semua tu ha? Aku yang ada ni pun, separuh dari tu aku tak tengok lagi.

Dan, masa dok mengemas tadi baru aku terperasan CD Winter Sonata series aku hilang! Hoih! Saper pinjam tak kasik balik ni? Aku baru nak menjiwang ngan Jun Sang.
Pulangkan!!!!