Pages

2007-04-17

Pada zaman dahulu....


Hari ni aku demam, tapi masih ke opis sebab banyak sangat la benda nak disettlekan before aku ke Kuching esok. Tapi day trip je, sejak cinta makin bersemi ni (ngahngahngah), aku taknak lepak jauh-jauh dari dua bekas juara Manhunt kat umah tu. Esok aku kana ke Kuching form LCCT, kol 2pm aku dah gerak balik from Kuching ke sini. So maknanya esok, appointment aku padat. Jadik, esok makan konfem tak berhapdet blog ni.

Actually kan keje yang aku list downkan last time, cuma 2 je yang dah siap, yang lain masih bersepah atas dan bawah meja. Tapi, pedulik haper akuuuuuuuuuuu. Aku dah macam mamai je today. Takpe, sat lagi mood sudah mari, boleh teruskan usaha.

Semalam aku chat ngan satu member lama, so biasala, sebagai seorang perempuan, soalan wajib bila berjumpa atau berchat adelah 'Anak berapa dah?', 'Dok mana?' and 'Ko maintain lagi ke?'. Tang soklan terakhir tu yang selalunya aku mengelak nak menjawab sebab jawapannya adelah, 'Maintain paler otakk, badan aku dah pat persegi okkkk'. Selalunya siapa tanya soklan ni kat aku, memang konfem kena maki dulu. Tolongggggg jangan tanya ok. Aku stress!!

Mau tau sebab apa aku stress???

Sebab ini...

PICTURES REMOVED


Siapakah ini?
Yesserrrrrr. Ini la mak aku semasa kawen and semasa aku umur 17 tahun okkkkkkkkkk. Masa aku umur 17 tau, bukan masa dia umur 17.
Nak tengok muka aku masa 17 tahun?
Tak yah la, sungguh keji sekali muka tersebut.
Kawan-kawan aku yang pernah tengok gambar mak aku ni, semua tak caya ini mak aku. Dan last year, tunang Azie terjumpa mak aku kat UKM, pun tak caya itu mak aku.
Kenapa tak caya?

1. Sebab mak aku lawa (diorang kata la), aku pulak muka amat-amat LAWAK.
2. Sebab mak aku putih, aku pulak kulit Amerika-Latin (kasik sedap la sikit bunyiknya)
3. Sebab hidung mak aku mancung, hidung aku kembang takde batang.
4. Sebab mak aku muka cam Pan-Asian, muka aku cam .... malas la nak tulis.
5. Muka mak aku bujur sirih, muka aku cam buah pear.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Kenapa mak aku boleh kurus walaupun dah ada anak 3, aku anak baru umur 2 tahun setengah badan dah macam tong gas? Mengapakah????????
Mak aku time ni, perut still leper okkk, takde de menggelupur cam aku nak makan jamu ni semua. Maybe jugak masa tu mak aku rajin aerobik, siap pi kelas aerobik, tak cukup ngan kelas, balik umah, menonggeng-nonggeng depan tv ikut Jane Fonda. Bayangkan, masa aku umur 17 tahun, aku tak muat pakai baju aerobik mak aku. Kalau dulu pun tak muat, skang harammmm. Tapi dulu masa anak dara, berat aku 54kg, zaman dara dah berlalu ni, 47kg. Kira satu kejayaan la kan?:D
Mak aku dah anak 3 pun, berat still 50kg. Skang takyah citer la. Skang dah tittle nenek, so badan harusla gemuk sket. Nak kata aku ikut muka bapak aku, hmmm tak jugak kot. Maybe kot. Nak tengok muka bapak aku masa muda-muda?

PICTURE REMOVED

Everytime we all adik-beradik yang kuat gelakkan makbapak sendiri, (keji..keji...) tengok gambar ni, siap boleh mencangkung-cangkung gelak. Rasa macam kelako la pulak tengok gaya mak pak aku dulu-dulu. Dah habis menawan la tu. HUAHAUAHAUAHAUAHUAH.



Perhatikan muka bapak aku and muka jantan pakai glass kat McD ni. Lebih kurang je kan? Ini la adik laki aku. Sebijik muka bapak aku masa muda kan? Rambut je lain.

Siapakah pulak grup geng starz di bawah ini??




Ni gambar aku and adik pompuan aku with the cousins from Singapore, kat Changi Airport. Aku dulu macam jantan okkk. Bapak aku nak sangat anak lelaki, disabotajnya aku pakai corduroy ngan TShirt kolar manjang. Aku dulu jarang pakai skirt. Pakaian aku kalau tak corduroy, mesti jeans.
Nampak tak aku dengan penuh gaya mutu dan keunggulan tengah tarik suar yang dilipat tiga. Dah pakai belt pun boleh longgar lagi. Kasut siap kasut Clark for boys. Kasut tu tapak dia punyalah solid, kalau terpijak la kelingking sesaper, konfem terpekik. Rambut harus macam John Lennon. Habis smart dah tu. Adik pompan aku lak asik la dipakaikan dress, siap hairclip lagi. Adik aku yang dress putih tu. Yang jantan sorang lagi abang sedara aku and budak pompan tu cousin aku yang skang dah jadik Aussie. Bila dah besar ni, adik pompuan aku asik bantai suar sebab keje pun mechanical engineer. Takkan nak menonggeng dalam mesin pakai skirt kot...harus jadik acara mencari benda tersembunyi kang. Aku yang take turn pakai skirt skang.

Anak saper kat bawah ni, siap pegang hanjing??