Pages

2007-04-20

'I am leaving the company'...suatu statement berunsur propaganda


Rasa macam lama sangat tak update blog. Sebab aku memang tengah berlagak cam bizi tahap dewata. Tapi memang bersepah gila keje aku! Rasa cam nak sepak-sepak je semua dokumen ni. Menyemakkk.

Baru-baru ni aku gi Kuching, kol 5pg dah merayap kat highway. Maka dengan ini sahih la aku takkan tengok Jangan Pandang Belakang. Hari tu gerak kol 6 lebih pun cuak semacam, ini gerak kol 5pg. Dah la naik AirAsia, nak ke LCCT tu sunyi yang hamat. Maka terpaksa la aku buat recording kat dalam tu, sempat la habis 7-8 lagu.

Kat LCCT, terserempak lak ngan 3 orang budak satu kompeni, yang masing-masing pun kena gi outstation gak, maka berkampungla 4 orang jakun ni terbahak-bahak kat Asiana makan nasik lemak sambil mengumpat kompeni. Tengah elok je mengumpat, 'Final call for Diana Ishak. Please come to gate P8 for immediate boarding'.

Tu diaaaaaaaa...mengumpat tak ingat donia. Maka terpaksa la aku tunjuk skill aku lari pecut jarak dekat 100 meter untuk ke P8. Rupanya aku sorang je belum naik, masuk dalam kapal terbang, semua orang pandang je muka aku macam tak pernah nampak wanita jelita. Tuii.

Kali ni aku gi appointment dengan slamber tapirnya pakai sleeveless (tapi bawak blazer la) ngan jeans. Sebab aku dalam mood malas. Masa return to Kuching Airport, aku ingat nak lepak kat food court. Hek elehhhhhh, food court pun dah bungkus okkkkk. Aku punya la carik kiosk yang aku selalu lepak dulu, ingat nak makan mee goreng, alih-alih dah tukar jadik Coffee Bean. Apa baranggggggggg lunch kat Coffee Bean? Tekak jawa mana leh masuk pasta-pasta ni semerrr.

Jangan belagak okkkk. Bukannya ko takleh makan pasta. Sebenarnya ko taknak masuk sebab takleh bau kopi kan?

Ye, benar. Time kasih.



Maka terpaksa la aku lepak kat Coffee Bean buat pertama kalinya. Dan betapa kembang kempisnya aku makan chicken pasta sambil tahan bau kopi, nak muntah. Dan la pasta dia macam bau basi.


::Kuching airport, pagi. Sunyi::


::Brunch::


::Pelepas boring::


::Takde saper nak snapkan gambar aku, so aku snap gambar kasut::


::Interior yang cun...::


::Food yang macam bau ketiak masam::


::Home....rindu ngan Redza::



Biasala naik AA memang turbulence kuat. Walaupun turbulence tu disebabkan oleh weather tapi ape pasal time aku naik MAS jarang sekali ada turbulence walaupun dia dah announce bad weather? I hate flying!!! Malam tu memang penat la sebab dah la kol 4pg aku bangun nak siap-siap gi Kuching, malam tu takleh tido awal sebab esoknya aku nak submit satu tender kat Nilai. So kena berjaga lagi. Jadik kuli memang macam ni sedara-sedara..keje macam pantek.

Semalam, tak banyak sangat benda yang aku nak story sebab memang sepanjang hari aku lepak kat opis nak siapkan satu lagi proposal for Bintulu. Kalau tak, pagi tadi aku dah kena fly lagi ke Bintulu, tapi disebabkan bontot aku menasihatkan diriku agar angan bergerak kemana-mana, so aku akur dengan arahan itu.

DAN...pagi tadi aku telah pegi intebiu kat satu kompeni ni. HAHAHHAHAH. Padan muka.

Saje je nak test market, bukan nak pi sangat pun. Kira tadi dah final stage intebiu. Intebiu dengan Director terus. Macam-macam aku tanya, macam-macam aku mintak. Macam dia pulak yang mintak keje kat aku. Kahhhh.

Benefit dia aku rasa sama macam apa current employer offer. Cuma ada satu term saje yang lebih sikit, the rest more or less the same which takdela excite aku beria-ia. Cuma yang buatkan aku rasa proud sebab aku berjaya melepasi semua stage interview and finally aku diterima, siap suruh aku datang Senin ni sign offer letter. Dah tetiba gabra la pulak.

Tapi aku dah decided not to accept the offer, fullstop.

I am not happy with the pay. Taknak cakap berapa, tapi obviously did'nt meet my expectation. Tu je reason dia. Although the other terms kira ok la jugak, but the $$ yang aku ambik kira sangat-sangat, after all we are not doing charity here.

Lama gak aku pikir pasal ni, sehari suntuk. Sebab aku takde masa nak pikir panjang-panjang kalau melibatkan keje ni. Aku dah aim apa yang aku nak, aku dah plan what to achieve, jadi lepas makan malam tadi aku dah decide, pagi senin aku akan call dia cakap 'Podahhhhhhhh'. (pehh belagak siall)

Tadi aku terpikir, betul ke aku nak quit ni?
Does success means adding digits to my pay cheque?
Kenapa aku keje mati-matian untuk kompeni skang, malam pun buat keje jugak but at the same time keep a look out for better offers?

Management kompeni ni memang fail itu aku tau. Tapi aku macam berat hati nak tinggalkan KM sebab aku takde problem dengan dia. I dont have any probs with my boss and the team. Takde lansung! And to her, I will be the last person yang dia akan guess to leave the company. I told my collegue about this, and dia pun cakap KM takkan terfikir aku nak benti keje.

Tapi, takkan aku nak stay bermanagement-kan sekalian cilaka bodoh kat sini semata-mata sebab kesiankan boss aku? Or do I need to just hang onto this job and suffer a bit but reap the fruits in the later years?

4 years aku kat sini. Bukan masa yang kejap. And I dont wanna lose that sense of loyalty and dedication. Or am I expecting things to come easy? When the pressure mounts, I jump ship. Adekah aku kena terus stay kat kompeni ni and anggap this present job is part of my odyssey to the light? Maybe this is not the end of the road but just the beginning?

Sometimes bila kepala aku dah siuman sket, kengkadang aku terpikir jugak dimanakan lojiknya semua ni. Apesal aku nak sangat carik keje lain? Padahal dengan keje ni la aku mampu tukar kereta lagi, kumpul duit beli rumah, beli barang-barang rumah, and kerana kejer ni la maka aku bersedia nak dapat Redza, dengan keje ni la aku tiap-tiap tahun melancong ngan laki aku? What's the point of getting good pay when you're not mentally prepared to handle the responsibility kan? Lagipun sebu sangat ke gaji aku skang ni?

Sengkak la kepala aku pikir benda-benda macam ni.

Nak benti-benti je la! Memekak je.

I remembered reading an article about quitting jobs. They said that most of the people who quit do so because of personal reasons rather than profesional. Betul ke? Contohnya macam tak suka management sebab yang jaga HR tu adik kepada big bos (kes aku la ni), pastu gaji budak tu lagi tinggi dari kita walaupun dia fresh grad (ni memang suwey la tapi tak terjadi kat aku, so bolayan), budak-budak opis kaki buli, budak yang baru 2 tahun keje dah dapat tittle manager kita yang keje ompek tahun kekal mengungguli carta KULI TERHEBAT.

KM penah bagitau aku masa appraisal that day, yang if I were to quit now, I'd be the fool because it meant I had given up, at the end of the day it was just a job. Ada betul gak apa dia cakap. Tapi 4 tahun tu lama jugak kan? So, can you please proof sumthing to me? Sumthing solid?

"..PEOPLE FORGET THAT THE HIGHER YOU CLIMB, THE HARDER YOUR JOB BECOMES. THERE WILL BE MORE PEOPLE TO DEAL WITH, MORE RESPONSIBILITIES TO LOOK INTO, MORE CHALLENGES TO FACE UP TO. LOOK AT THE OBSTACLES OF WORKING FOR A COMPANY AS A LEARNING EXPERIENCE. YOU WILL LEARN HOW TO FACE BITCHY CO-WORKERS, WEAK OR BULL-HEADED BOSSES, AND TOW THE LINE AMIDST OFFICE POLITICS - ALL USEFUL SKILLS YOU CAN APPLY TO YOUR DAILY LIFE. IF YOU CAN FEEL PASSION FOR ANYTHING YOU CAN ALSO EXPERIENCE HURT. SO DON'T WORRY, USE IT TO POWER YOU TO YOUR NEXT PROJECT.." - CLEO.


Asta lavita babi! ---- huahhuahhuhauauh.