Pages

▼

2026-10-24

Narsistik tak semestinya datang dalam kumpulan, tapi dia akan membentuk kumpulan!

Seronok tengok orang bercakap pasal ciri-ciri narsistik kat Threads. Macam-macam pandangan. Ada sorang ni kata antara ciri narsistik adalah dorang bergerak dalam kumpulan.

NOPE.

Tak semestinya dia datang dalam kumpulan, tapi dia akan membentuk kumpulan! Haaa gitu.

Maksudnya, narsistik ni boleh bersendirian saja, bukan sekumpulan. Tapi yang sorang tu akan pengaruh orang lain untuk bergerak bersama dia. Yang sorang ni lah yang akan tarik orang lain untuk bersetuju dengan pandangan dia. Dia influence orang lain supaya percaya cakap dia. Cara dia bercerita tu pulak always buat teruk. Suka exaggerate.

Pastu dia influence orang lain untuk serang orang yang dia tak suka. Yang kawan-kawan pun serang padahal tak tahu hujung pangkal cerita. Dan orang-orang yang terjebak dalam group ni lama-lama akan jadi berani bersuara, padahal dorang pada awalnya sekadar ikut-ikut je. Sebab dorang terpengaruh dengan pendapat majoriti. Dan selalunya dorang mengikut sebab takut untuk tak bersetuju. Selalunya yang naif dan bodoh lah yang mengikut ni.

Dan yang kesiannya, yang bodoh ni la esok lebih sudu dari kuah. Sebab dah mula rasa diri ada kuasa. Ada sokongan. Ada orang kat belakang yang akan back up. Bila ramai-ramai bersetuju, dorang mula rasa apa yang dorang buat tu betul sebab dapat validation daripada kelompok tu. Yang tadi asalnya sorang saja narsistik, ujung-ujung semua berjangkit. Tu pasal nampak macam bergerak secara berkumpulan.

Nak tahu siapa yang narsistik dalam kumpulan tu senang je. Kau isolate sorang-sorang, pastu hentam setiap sorang bertubi-tubi. Tengok siapa paling lembik. Yang paling lembik tu la pengikut. Yang ketegaq tu kepalanya.

Ex aku dulu tak gerak dalam kumpulan pun. Dia bergerak sendiri, tapi dia berjaya influence orang lain untuk bencikan aku. Tak tahulah apa yang dia cerita, tau-tau je orang menjaja cerita pasal aku. Cara dia influence tu sangatlah teruk, entah apa yang dia cerita, sampaikan yang mendengar lansung tak terpikir nak bertanya aku valid ke tak apa yang dorang dengar dari dia. NONE! That's how manipulative-nya seorang narsistik.

Cerita dia tu teruk nau sampaikan orang yang mendengar jadi percaya dan takde lansung rasa nak bertanya aku kesahihannya. Dan orang macam ni sanggup buat apa saja asalkan dirinya dilihat dianiaya, supaya cerita dia nampak sangat valid.

Contohnya, sengaja buatkan diri kusut macam tak terurus. Sengaja tak shave. Sengaja bermalas-malasan. Sengaja tak makan. Dia akan buat sampai orang lain notice keadaan dia sangat malang.

Umpama kalau aku makan nasi bungkus, dia akan makan maggi.
Kalau aku pakai baju tak bergosok, dia akan pakai baju koyak.
Kalau aku pakai selipar Jepun, dia kaki ayam.
Macamana pun dia akan tunjuk keadaan dia paling menyedihkan.

Padahal hidup dia tak teruk pun, cuma dia saja buat teruk untuk menampakkan kita ni jahat. Seboleh mungkin nak kita rasa bersalah. Dia akan buat sampai kita surrender. Tu je objektif dia.

Ex aku dulu gitulah. Padahal kawan-kawan kata dia kat bilik ok je. Elok je main game tengok movie apa semua. Tapi depan aku bukan main nazak lagi. Macamkan dah tak nampak hari besok. Jenis yang sanggup toreh tangan sendiri dan tumbuk muka sendiri biar nampak as if dia dah taknak hidup lagi lepas kena tinggal. Dia akan buat seteruk-teruknya supaya orang sekeliling susah hati, dan aku terpaksa surrender.

Masa mula-mula kitorang break, dia ok je. Aku buat hal aku, dia buat hal dia. Aku tak bagitau sesiapa pun aku dah break, not even Dusty Pink Tits. Aku gi kelas macam biasa, makan macam biasa, study macam biasa. Takde pun sampai monteng kelas, atau assignment tak siap. Takde. Aku jalani hidup aku macam biasa. Dia pun sama.

Elok je dia dapat tahu ada budak chat dari Jepun cari aku kat chatroom, terus bertukar jadi gila. Maybe kat sinilah silap aku sebab aku tak war-warkan kat semua yang aku dah break dengan dia. Jadi, semua still ingat aku dengan dia adalah couple. Bila En Wan cari aku kat chatroom tak jumpa, dia text semua student yang belajar kat UNIMAS. Dia mintak sampaikan mesej dari dia kepada aku. Yang tukang dapat mesej pulak jenis kepoci suka bawak mulut. Pi sebar kata aku ada skandal dengan budak Jepun. Dapat kat telinga si anu, memang menggilalah.

Padahal dia tahu kitorang dah break. Tapi entahlah apesal bertukau gila. Maybe dia malu kot orang tahu kitorang dah break. Atau maybe bengang aku jumpa pengganti. Ataupun sakit hati bila tahu En Wan better dari dia. Mulalah dia mencanangkan konon aku curang, aku main-mainkan dia, aku punca dia jadi tak tentu arah. Yang menyokong dia pulak bangsa bangang percaya 100%. Aku pulak yang jadi mangsa kutuk.

Tapi masa tu aku still lagi tak ambik port. Dak-dak Dusty Pink sendiri tak tahu dia dah start buat gila pecah masuk bilik aku, cekik aku, main pisau apa semua. Aku senyapkan diri. Malas nak mengadu hal sebab malas melayan. Orang macam tu lagi kita layan lagi mengada-ngada dia buat perangai yang dibuat-buat. 

Yang kes dia kejar aku dengan pisau tu bukan sebab dia bengang aku tak melayan dia, tapi sebab ada orang melayan perangai gila dia! Bila ada orang melayan gila dia, dia jadi seronok lah as if dia ada penyokong, apa yang dia buat ada orang backup sebab dia dah berjaya convincekan orang dengan cerita-cerita dia.

Bila ada yang melayan perangai dia yang buat-buat sakit, buat-buat hilang arah tujuan, konon bercakap sorang-sorang, nak bunuh diri, tu yang dia naik syeh. Kalau aku, kau nak mati sangat? Ha pegi mampus. Tapi kawan-kawan dia semua jenis melayan. Ada yang datang jumpa aku "Kesian dia, Diana. Kau je boleh slow talk dengan dia". Eh babilah.

Bila aku buat dek, semua tuduh aku punca dia jadi lost sampai macam tu. Padahal aku tahu dia berlakon je, tapi masa tu siapa nak percaya aku? Takde. Sebab aku tak bercerita. Aku baru tunjuk non-chalant dah kata aku macam-macam. Kalau aku bagi penampar agaknya apa yang dikatanya aku ni.

Memang aku non-chalant pun. Abis tu kau rasa someone yang dari umur 6 tahun dah diejek-ejek hitam, dipanggil keling, ejek baju buruk, kereta bapak buruk, basikal buruk, muka buruk -- kau rasa aku ada masa nak melayan setakat kau main pisau buat perangai gila tu? I've been through so much so aku takde masa nak melayan kau punya lembik tu. Kau nak hidup, kau hidup. Kau nak mati, silakan. Kesah pulak aku.

Aku tak pasti bila Dusty Pink dapat tahu aku dah kena teruk dengan dia. Kalau tak salah aku, since dia pecah masuk bilik aku, dan satu blok kecoh. Masa tu baru DPT tahu kisah aku. Sejak dari tu, DPT selalu ajak aku balik tido rumah sewa dorang. Bila dia tahu aku dah dapat sokongan DPT, masa tu la dia buat perangai gila babi dia. Pecah masuk rumah DPT pulak, kejar aku dengan pisau, nak toreh lengan aku. Kisah ni akan terus fresh dalam kepala aku sampai mati agaknya.

Tapi yang buat aku surprised dengan diri sendiri, aku boleh buat dek apa yang dia buat kat aku. Hari ni aku kena cekik dengan dia, esok aku bangun masuk kelas macam biasa. Maybe tu pasal takde orang noticed apa-apa yang pelik. Bukan menyorokkan dari orang lain, cuma aku rasa dia berlakon jadi gila. Kau nak berlakon sangat, ok jom kita berlakon sama-sama. 

Aku pun berlakonlah macam takde apa. Berlakon kembali kepada dia. Berlakon depan semua orang macam kitorang dah ok. Main bowling sama-sama. Outing sama. Ujung-ujung aku balik KL senyap-senyap bertunang dengan orang lain. Gitu je makan dia.

Lepas aku bertunang, dia beria nak pulangkan balik barang-barang yang pernah aku hadiahkan. Bukan apa tu, saja cari peluang nak merapat balik dengan aku so that dia boleh cerita kat orang lain yang aku curang dengan tunang aku pulak. Hmphhh, takyah nak main dengan aku la bab ni. Aku cukup kenal kau dah.

Aku cakap takyah pulangkan, kalau kau bagi balik pun ke tong sampah jugak aku humbankan. Baik kau buang je sendiri. Eh tak pulakkkk buang. Elok je dipakai semua barang-barang aku bagi tu.

Kau ingat narsistik ni nak buang ke pemberian kita? Tak, ya. Dorang memang hadap apa yang kita bagi. Dahlah barang-barang yang aku bagi tu semua best-best yang dia takkan nak beli kalau kena pakai duit sendiri. Aku belikan dia baju BUM Equipment, Maui, Billabong, Quiksilver. Baju kemeja and slack dia nak pi kelas (matrik) aku belikan from Pierre Cardin. Bila dah merasa diri menjadi hensem bergaya, dia jadikan modal mengorat balik ex dia dulu. Gila sengkek nak ngorat ex harap duit aku. Barua.

Takyah merentan dengan narsistik. Dorang ni lembik benaunya. Cara dorang sorok kelembikan dorang tu adalah dengan menjadi loud. Supaya dapat sokongan orang lain. Kalau senyap macamana nak dapat sokongan, kan. Aku kan sepanjang dia buat perangai, aku tak balas balik. Aku buat bodoh and buat senyap. Dia ingat dia powerlah memekak-mekak gitu. Bila dah terduduk, pandai pulak senyap.

Takde siapa tahu apa jadi between aku dengan dia. Sampailah selesai konvo, sampai aku kawen, sampai aku dah kerja, hanya DPT saja tahu tragedi ni. Orang lain tak tahu apa berlaku. Maybe dulu dorang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba aku bertunang dengan orang lain sedangkan baru nampak aku makan berdua dengan si anu.  

Aku hanya start bercerita tahun 2009 dalam blog. Masa tu baru kawan-kawan yang lain tahu. Itupun dorang macam payah nak percaya sebab kejadian tu macam dramatik - kejar dengan pisau, toreh lengan, nak terjun jambatan, pecah masuk rumah, cekik, tampar - how come benda ni tak viral.

Ada sorang kawan lelaki yang jadi supporter si anu, hanya tau cerita sebenar tahun 2012! Aku dah ada anak 2. Dia cakap "Kau tau tak Diana, nama kau busuk gila kat kolej dulu. Semua budak laki kutuk kau"

Aku balas "La ye ye? Kesian korang kutuk-kutuk aku tapi aku tak tahu" Hahahaha.