Pages

▼

2026-10-28

Award syok sendiri

Screenshop atas ni mengingatkan aku dengan pengalaman sendiri. Tapi sebelum tu aku nak bagitahu awal-awal post ni BUKAN untuk ulas mana-mana entrepreneur yang sanggup bayar puluhan ribu ringgit untuk dapatkan award. Itu pilihan masing-masing. Duit kau, marketing strategi kau and cara kau build reputation business.

Ada yang invest banyak dalam advertisement. Berhabis pasang billboard sana sini. Spend beribu untuk influencer marketing. Spend duit untuk join exhibition and booth. And among them ada juga yang sanggup bayar for recognition dalam bentuk award. 

In business, everyone ada marketing strategy tersendiri. But there's a bigger issue here.

Aku terpikir apa sebenarnya model bisnes company yang organize anugerah-anugerah macam ni? I mean kau JUAL anugerah kepada entrepreneur. Kau jual apa sebenarnya?

Actually aku ada pengalaman di-approached oleh company yang organize majlis-majlis award like this. Dorang call ofis sebab berminat dengan Halal Kit. 

Aku pun macam excited-lah sebab ada yang berminat. Aku ajak datang ofis. Ingatkan dia ni supplier yang nak jadi distributor halal kit tu. Rupanya tak. Dia invite aku jadi penerima award untuk Halal Kit.

Aku kan bangsa blur. Masih tak dapat tangkap niat sebenar company ni. Dorang kata nak calonkan aku as penerima award for Halal Kit sebab this business nampak sangat rare. Tak ramai orang buat katanya.

Memang tak ramai yang produce Halal Kit dalam Malaysia ni. Berminatlah aku nak join sebab aku boleh networking dengan orang-orang yang produce kit-kit biotech.  Aku tanya ada pencalonan ke?

Tak. Aku adalah penerima award katanya.

Wahhh, mantap produk aku. Terus dapat award gitu. 

Tapi aku tak sedap hati. Aku terima award atas kategori apa kalau masuk pencalonan pun tak, tau-tau je dapat award.

Then dorang explain yang rupanya dorang ni syarikat yang anjurkan majlis-majlis award untuk tujuan PUBLISITI AND MARKETING. Bila sesuatu brand atau services dapat award, secara tak lansung that brand jadi trusted brand. Lebih convincing untuk jual produk/services. Pengguna look for recognition katanya.

Ok. Aku setuju apa yang dia kata tu. Bila kau menang award, brand kau lebih kukuh dan dipercayai. 

Masalahnya, Halal Kit aku tu tak bertanding untuk menang tetapi dianugerahkan kemenangan tanpa sebab. Pulak tu untuk dapatkan this award kena bayar RM30-40K. Kejadahnya?? Aku tak mintak pun dianugerahkan apa-apa. Kau yang datang kat aku konon nak bagi award, pastu aku kena bayar? 

Sumpah aku tak berkenan cara ni. This is issue yang serious bagi aku.

Because award is not just a trophy. An award is supposed to mean something. It's a form of recognition, after all. 

In business, award ada fungsi yang sangat spesifik. Sepatutnya award jadi pengiktirafan pencapaian, sumbangan, inovation, kualiti produk, prestasi bisnes or celebrating outstanding individuals. Bila sesuatu brand diumumkan as penerima anugerah, atau menerima anugerah, people would naturally assume that brand dah went thru satu proses penilaian. Ada panel juri yang berpengalaman. Maybe juri tu datang dari industrial expert. Ada kriteria tertentu yang dorang nilaikan. Maybe ada penilaian prestasi syarikat. Meaning people actually have to compete for it.

Tapi kalau award tu sebenarnya boleh dapat hanya dengan bayar sejumlah duit, kalau duit jadi syarat utama untuk dapatkan pengiktirafan, apa sebenarnya yang kau iktiraf ni? Are you actually recognising business excellence, or just recognising who has money to pay for an award?

Aku tolak her offer untuk "mempertandingkan" Halal Kit aku. Sebab aku tak berminat dengan anugerah syok sendiri. 

Yes, you can say itu satu cara untuk marketkan sebuah produk, tapi aku tak rasa berminat. I can't imagine myself duduk kat dewan yang gah, pastu nama diumumkan sebegai "pemenang". Terkedek-kedek aku kemudian naik stage ambik award, then beria pegang trophy untuk bergambar. Pastu acah-acah kena interview. 

"Saya tak sangka menang. Saya sangat terharu titik peluh perjuangan saya akhirnya membuahkan hasil".

Pantat.

Look. Aku bukan pandang rendah award-award like this. Organizer ada hak untuk berbisnes. But please jangan jual kredibiliti yang tak wujud!

The thing is, aku pernah menang award. Tahun 2005-2006 projek aku dengan Fisheries Penang buat Disease Detection Kit untuk ikan dah pernah menang award and geran kerajaan. Caremony tu dibuat di UPM. So aku tahu macamana rasanya bila projek yang kita usahakan, dinilai oleh industri experts, kemudian menang dan dapat pulak geran dari kerajaan. Dia punya happy tu tak tahu nak cakap.

Bukan nak berlagak, ya. Tapi for someone yang dah pernah menang di majlis yang berprestige, please jangan perkotak-katikkan aku dengan award syok sendiri kau ni. Aku lebih rela dicalon dan kalah, daripada tak tercalon tapi tau-tau menang. 

Aku faham duit yang organzer mintak sampai berpuluh ribu tu kos untuk organize majlis yang grand. Catering, produksi, pentas, audio, photografer, videografer, crew, etc. Semua tu nak pakai duit. I honestly have no issue with companies making money by organising award events. 

Jual-lah tiket. Jual-lah meja VIP. Kau nak offer pakej publisiti, silakan. You can ask for bayaran penyertaan. Kalau itu cara dapat untung dari majlis award-award ni, buatlah. But there's a line you just shouldn't cross.

Don’t let people pay their way to an award and then make it look like they have earned it through a GENUINE judging process!

Kalau peserta kena bayar untuk menang that award bagi tujuan PUBLISITI, just be upfront about it. Tapi kalau pemenang dipilih based on penilaian juri, show how the judging process works. Be transparent about how the winners are selected.

Macam apa yang dorang offer aku dulu, nak participate kena bayar RM500. On top of registration fee, aku kena bayar around RM30-50K untuk securekan award. 

Dia kata ada juri yang akan mengadili produk, tapi bukan mengadili samada participants menang atau tak. The juri hanya akan mengadili kategori mana participants menang. Asal kau dah bayar, kau pasti menang award. Cuma maybe ada participant menang kat award "Best Muslim Food". Kau pulak menang kat "Best Muslim Natural Food Bake From Home". Haaaa, gitu panjangnya. Eh kata dah bayar puluh ribu khennnn, mestilah menang. 

Kiranya, RM500 registration tu yuran untuk "saya berminat untuk join". Tapi kalau nak dapat award, kena tambah berpuluh ribu lagi. Company yang less than 5 years awardnya nama lain. Company yang dah more than 10 years awardnya nama lain. Gitu konsepnya. 

Maksudnya kat sini, kalau kau berduit, kau boleh buat apa saja. Bila berduit, benda-benda gini boleh di-create. Bukan tak bagus award like this, baguslah untuk marketing. Cuma dari sudut integriti dan kredibility sesuatu brand tu takde apa yang boleh di-impresskan. But this is the game that the world is playing, jadi hadap je lah.

Zaman media sosial ni ramai kejar impression. Bersusun award, tapi semuanya award beli. Yang tak beli award En Wan je. Hahaha. Last week gi Ikea beli satu lagi display cabinet sebab 4 cabinet tak cukup. Need one more untuk letak award. Masalahnya award-award tu letak dalam bilik aku. Lama-lama cabinet dia duduk dalam bilik, aku yang kena keluar bilik. 

Bagi aku award-award berbayar bukan membina impression, tapi membina PENIPUAN PERSEPSI. This is the part yang aku nak emphasise.

Katakanlah aku seorang pengguna. Aku tengah cari produk skincare. Ada dua brand yang offer produk dengan fungsi and harga yang lebih kurang sama. Brand A claims product dorang menang Best Skincare Product 2026 award. Brand B pulak takde sebarang award nak dibuktikan. As pengguna, aku lebih yakin dengan Brand A. Because aku assume produk tu dah dinilai oleh 3rd party yang ada kepakaran and kredibiliti.

Sedangkan aku tak tahu siapa juri-jurinya, apa methods of evaluation-nya and berapa ramai produk seumpamanya yang compete for that award. Tapi bila Brand A ada award, secara lansung aku dah diyakinkan bahawa everything went through a proper evaluation process.

Don't you think this could give people the wrong impression?

Kita as pengguna ingatkan award tu bukti kualiti, rupanya bayar. This is not just about business owners trying to look good. It's about consumers making buying decisions based on something that might not even be what it seems, faham tak?

Kadang aku terpikir nasib entrepreneurs yang habiskan bertahun-tahun to grow the brand and build trust with customers. Nak create reputasi saja makan 10 tahun. Nak establishkan produk maybe perlu 10 tahun lagi. Datang sistem award berbayar ni menghuru-harakan market. Entrepreneur yang benar-benar bina reputasi through prestasi kena compete dengan entrepreneur yang gunakan deretan trophy as marketing tools. The sad part is, consumers may not even know the difference.

Aku tak kata semua penerima award berbayar ni tak berkualiti. Cuma, kalau semua orang boleh dapat award dengan bayar, the award itself will slowly lose its value and meaning. Pasni sebut je menang award, orang dah tak heran dah. Ni macam kes Datukship. Bersepah-sepah orang dapat Datuk sekarang. Dah tak exclusive macam dulu. 

Zaman 80-90an dulu siapa dapat Datuk selalunya kita boleh nampak apa yang menyebabkan dia dapat the datukship. Zaman sekarang, dapat Datuk tapi tengok lifestyle, tengok personality, tengok pembawakan diri, macam tak kena dengan title.

My point is simple.

Aku bukan pertikaikan hak penganjur untuk cari profit. Aku pertikaikan bila you make money off an award that has no clear basis for recognition. Award yang sepatutnya represent excellence dah jadi produk yang anyone boleh beli asalkan berduit.