Pages

▼

2026-10-04

Adab pi majlis orang, kena ingat yang bukan kau sorang je datang majlis tu.

Takde common sense. Jenis otak tersumbat celah bontot ke apa.

Majlis orang ada je benda yang tak kena. Makanan tak cukup, tempat duduk tak cukup, panas, kena beratur, kena tunggu lama. Lepas tu buat posting, mengeluh sana sini, kutuk cara orang buat majlis. Macamkan kau datang wedding tu as VIP yang ada express access. Ni mesti kalau datang open house rumah orang, bila makanan tuan rumah tak banyak pilihan and banyak dah habis, dia merentan. Macamkan kau ada share kat majlis orang tu.

Hello, ini kenduri kahwin orang tau. Bukan pergi makan kat buffet hotel 5 star. Kau datang as tetamu, bukan customer yang bayar pakej premium. Apa benda yang merentan sangat? Ini majlis kawen, bukan majlis kerajaan!

Sumpah aku pelik apesal bila dijemput ke majlis, otomatik ramai rasa entitles to a perfect experience. Kau nak apa sebenarnya? Kau nak pengantin sambut depan pintu, tunjukkan tempat duduk, pastu waiter datang hidangkan makanan kat meja? Kalau boleh seating kau tepi aircond, parking betul-betul depan pintu masuk, tak payah beratur, makanan panas-panas sampai kat meja and sebelum balik pengantin kena tanya, "Puas hati tak datang wedding kami hari ni?"

Jangan feeling, boleh? Kalau nak makan sedap, nak tenang-tenang, nak selesa, tak padat, gi book meja dekat restoran yang kau suka. Bayar sendiri, pilih makanan sendiri, duduk aman-aman. Itu bezanya makan berbayar dengan makan free.

Kita ni kalau pegi majlis orang, datang angkut satu rumah, melenggang bawak perut, tolong bawak otak sekali. Datang majlis orang untuk meramaikan, untuk meraikan. Bukan wajib dapat makan, dapat door gift, dapat tempat duduk selesa. Kita datang untuk memenuhi jemputan saja. Ini tak, ada yang komplen "Patutnya door gift tu dah tahu hanya 10K, dahulukanlah family yang datang bawak anak.

DAH KENAPA NAK DULU KAN KAU?

Boleh bayangkan tak door gift 10,000 boleh habis? Maknanya yang datang lebih dari tu. Yang komplen-komplen bagai nak rak ni, penah ke buat majlis seramai tu? Penah sediakan doorgift sebanyak tu? Silap-silap open house 100 orang punya jemputan pun tak pernah buat. Tapi kondem majlis orang kemain.

Ingat tak sikit masa dulu, netizen kecam founder-founder yang buat open house hanya jemput geng-geng dia? Katanya patut jemput customer sebab customer yang mengkayakan founder. Sebab tulah founder tu semua tak nak jemput sebarang orang, sebab akan jadi macam wedding BASS-lah. Ramai rasa entitle untuk dapat premium treatment.

Tak faham mentaliti orang yang datang majlis orang lain dengan expectation macam dia dah beli satu servis dan servis tu mesti de-delivered dengan sempurna. Padahal dia datang sebagai tetamu.

Kau kena faham satu benda. Majlis kahwin orang bukan tentang kau.

I repeat. Majlis kahwin orang bukan tentang kau!

Bukan tentang kau selesa atau tak selesa. Bukan tentang kau dapat tempat duduk or kena berdiri. Bukan tentang kau dapat makan or kena queue. Majlis tu memenuhi standard kau atau tak, is not their problem. Hari tu hari pengantin. Hari yang pengantin nak raikan ikut kemampuan dan planning dorang. Kau datang untuk meraikan. You didn’t come there to grade their performance, for God’s sake!

Kalau semuanya berjalan lancar, alhamdulillah. Kalau ada kekurangan, tengoklah keadaan. Rasa tak selesa sangat, boleh balik. Takde sape paksa kau stay. Kau yang pilih untuk stay pastu kondem sana-sini. Sia-sia je otak tu bawak ke hulu-hilir tapi tak guna. Bagi kat lembu ada gak pekdah.

Ada yang komplen guest sampai pengsan-pengsan. Halo?? Takde siapa paksa kau berdiri dan bergelut dalam kesesakan sampai pengsan. Dah tahu pergi majlis terbuka macam tu, orang memang padat. Kena bersedialah.

Aku masa first time umrah dulu, En Wan tarik aku nak cium Hajar Aswad. Dah sampai kat tepi umat punyalah berasak-asak, bertolak-tolak, sampai senget telekung aku. Aku rentap tangan dari En Wan, terus undur ke belakang. Aku suruh dia gi sendiri. Maksud aku kat sini, kita boleh ukur kemampuan kita. Kalau boleh bertahan, bertahan. Kalau tak boleh, balik. Ni tak. Kau nak bertahan, pastu bila pengsan kau salahkan organizer. Kau kalau aku bagi satu kali pap kat dahi, beralih buah pinggang kau nanti.

Benda ni tak complicated pun benaunya. Rasa tak selesa, balik. Rasa lapar, tengok makanan ada lagi ke tak. Apa yang ada makan. Takde, balik makan kat rumah.

Kadang-kadang orang dah terlampau biasa dengan "customer always right". Tu yang terbawak-bawak perangai ke mana-mana. Pergi kedai, dia customer. Pergi hotel, dia customer. Pergi restoran, dia customer. Semua orang kena ikut kehendak dia, sebab dia bayar. Pastu tu bila pergi kenduri kahwin pun bawa mentaliti yang sama.

Aku menyampah bila orang guna alasan, "Dah jemput ramai, kenalah bersedia"

Ya, betul. Kalau jemput ramai orang, memang kena buat persediaan. Tapi, being reasonably prepared doesn’t mean the host can predict every single thing that might happen.

Kau plan untuk 500 orang, tiba-tiba yang datang lebih dari jangkaan. Kau dah sedia makanan, sedia khemah, anggaran kerusi meja semua cukup, dah buat macam-macam persediaan. Tapi bila everyone shows up at the same time, mestilah sesak. In real life, things don’t always go exactly as planned. Ada benda yang boleh dijangka, boleh dikawal, tapi ada gak benda can only be dealt with when they actually happen.

Ini bukan event kerajaan, dik. Event kerajaan tu lainlah ada pasukan khas, ada prosedur operation. Tak boleh dicomparekan dengan dengan majlis kawen macam ni. Ce tengok hari tu BASS bersanding depan 3000 jemputan. Helok je teratur. Selalunya, kalau majlis yang people in and out ni, akan ada terkucil kat mana-mana. Aku tetiap tahun buat open house, aku tahulah situasinya macamana. Setiap tahun kitorang akan usahakan buat yang lebih baik dari sebelumnya, tapi tak bermakna akan jadi perfect. Paling tak, lebih baik dari sebelum.

Masalah dengan majlis BASS ni bukan pada majlisnya, tapi orang dah tak tahu limit kritikan. Semua benda nak dijadikan isu. Semua benda nak dijadikan bahan untuk tunjuk dia lebih tahu manage event. Ce kau suruh dia buat, mau terkangkang-kangkang. Setakat cakap, aku pun boleh cakap. Hakikatnya, nak kawal orang ramai bukan kerja senang. Kau pulak feeling VIP. Datang majlis bawak perut dengan tetek semata-mata, tapi demand kemain.

Kita ni bila tiba masa jadi tetamu, belajarlah suaikan diri. Datang majlis orang, apa yang ada, NIKMATI. Ada sikit, makan sikit. Kalau sedap, tambah. Berasa tak selesa, balik. Kalau orang tu mampu buat majlis takat tu je, biarlah dia buat takat tu je. Besar pun kenduri, kecik pun tetap namanya kenduri. Kalau kau rasa tak sesuai dengan selera kau, kau tak wajib suka. Tapi takyah kondem. Bukannya kau keluar duit. Lainlah kau pegi konsert, bayar mahal, tapi tak dapat macam yang kau harapkan, tu lain cerita. Kau ada hak untuk komplen sebab kau ada share.

"Takleh komplen lansung!"

Dia macam ni. Kalau aku datang rumah kau, makanan kau tak sedap, rumah kau panas, sofa kau terbenam benyek, segalanya tak mencapai standard aku, pastu aku kutuk, kau rasa apa?

Kau akan kata aku cuma bagi feedback, or kau kata aku kurang ajar? Jawab.

Dia bukan masalah takleh komplen, tapi bukan semua komplen tu perlu dibuat. Ada beza antara teguran dengan perangai mengada-ngada. Ada beza antara pointing out a problem dengan mencari attention. Kau adalah mengada-mengada, cari attention dan jugak bodoh. Cakap je lah kau tak puas hati dengan BASS. Takyah buat reason macam-macam, nampak nau bongoknya.

Yang paling klako, katanya orang dah ramai datang sepatutnya bukaklah pintu awal. Lahhhhh.

Ni majlis orang. 'Rumah' orang. Dia tak halau kau dari majlis pun dah besar rahmat. Sumpah tak boleh brain aku dengan orang yang datang 'rumah' orang pastu paksa orang bukak pintu. Ya ampunnn, tolonglah jauhkan aku dari set-set ni. Aku bukan boleh. Terkeluar jugak vocab-vocab aku karang.

Adab pi majlis orang, kena ingat yang bukan kau sorang je datang majlis tu. Orang lain pun ada. Bukan kau je nak masuk. Bukan kau je nak makan. Bukan kau je nak door gift. Bila pergi ke acara yang ramai orang, kena faham kau berkongsi ruang dan masa dengan orang lain. Some things require you to wait your turn. Some things require kesabaran. But throughout the whole thing, please use some common sense too. Otak jangan tinggal.