Pages

▼

2026-09-16

Till Jannah YBSS and Bella!

Aku baca list hantaran nikah Syed Saddiq to Bella, and honestly, kalau list yang dishare tu tepat, to me this is another level.

1. Insurans PruBSN kesihatan, nyawa & penyakit kritikal kepada Bella, Ayden & Ara
2. Emas & cincin sebagai bentuk pelaburan emas di masa depan
3. Pendidikan Bella akan datang di Taylors University
4. Simpanan KWSP RM100K
5. Gym keluarga
6. Basikal
7. Umrah bersama kasut & beg tangan

THIS!!!

Konsep di sebalik hantaran tu yang nampak berbeza daripada apa yang selama ni kita biasa tengok dalam culture kita. 

Selama ni kita dibiasakan dengan hantaran designer handbag, kasut, barang kemas, perfume, jam tangan or barang-barang yang nampak cantik and mewah. But SS’s hantaran is more like a reflection of the life they are going to build together lepas kawen. Macam ..."I’m not just marrying you. I want to build a life with you”. Gitewwwww.

In our culture, when it comes to hantaran, kita dah biasa dengan konsep “apa yang nampak”. Berapa dulang? Apa barangnya? Brand apa? Berapa harga? Ada emas tak? Ada designer item tak? Ada perfume branded tak? Sometimes, tanpa sedar, wedding hantaran can turn into social competition.

Pengantin A dapat handbag RM15K.
Pengantin B dapat jewellery RM30K.
Pengantin C dapat complete set designer.

And then people start comparing.

“Eh, tu je? Takkan hantaran kahwin takde emas?”
“Suami dia bagi apa?”
“Berapa dulang?”


Lama-lama majlis kawen jadi competition siapa dapat hantaran paling mahal. That's why aku rasa konsep hantaran SS sangat another level. Ada elemen protection, education, savings, investment and lifestyle. Ni namanya blueprint kehidupan. SS bukan pikir untuk hari kawen tapi kehidupan selepas majlis kawen.

Contohnya, benda pertama yang disebut is takaful PruBSN. Medical card, hibah and critical illness. Complete dia bagi. Sumpah ini sangat untung. 

Untung gila bila suami kau sanggup spend semua ni. Bukanlah kata siapa yang beli semua ni sendiri tak beruntung. Untung. Cuma maksud aku, bila ada orang yang mementingkan protection gini, menampakkan dia sangat menjaga kebajikan kau as isterinya. 

Sorry to say, but berapa ramai suami yang provide medical card untuk isteri? Kebanyakkannya isteri yang bayar medical card sendiri, betul tak? Tu belum cerita pasal hibah. Ada isteri terpaksa sorok-sorok beli hibah takut suami dapat tahu. Suami marah kalau isteri beli hibah, seolah-olah suami tak mampu sediakan harta kalau dah meninggal esok. Masalahnya memang tak berharta pun. Tapi ego melangit.

Hantaran protection, hibah and Critical Illness maybe nampak macam item paling kurang glamorous kalau compare dengan designer items. Takde siapa upload gambar polisi medical card or hibah kat IG with caption, “Look what my husband gave me!”. Tapi in real life, benda nilah yang jadi sangat bernilai bila something tak terjangka happen. That’s why, to me, giving your partner and children protection means so much. Ini hadiah yang membawa maksud "I want you to be protected".

And what’s even more interesting is that it’s not just for Bella, but also anak-anak tirinya. Besarnya cinta SS kat Bella, sampai anak-anak tiri pun dia provide protection padahal itu tanggungjawab bapak kandung. 

Betul kata orang, carilah lelaki yang sayang kita lebih. Bukan kita yang terhegeh-hegeh sayang dia lebih. Because when a man genuinely loves you, you don’t have to constantly convince him to take care of you. He naturally thinks about your wellbeing, your future and even the people you love. 

SS embraces everything that comes with Bella including her children, her past and her future. Ini hantaran yang pada aku sangat BEST. It sends a much bigger message than just I bought you something.

Ada pulak emas and cincin. Ini konsep investment. Selalu kita nampak orang bagi barang kemas. SS tambah dengan emas. Again, elemen yang berbeza. Ada je orang bagi emas dalam bentuk mas kawen, tapi dalam konteks hantaran SS, you see it as an asset or a long-term investment. And it takes on a whole different meaning.

Kita sekarang dalam zaman kos sara hidup tinggi, harga rumah tinggi, education mahal and economic uncertainty is becoming more obvious. It's good bila people start to see hantaran based on nilai guna and nilai masa depan. Kalau bagi hantaran barang-barang mahal, we will be happy. Tapi hantaran berbentuk investment we will be grateful for it years down the road. That’s the difference.

Lagi satu yang best - Bella dapat tajaan suaminya sambung belajar kat Taylor's! 

Walahweiiiii. Tu pasal aku cakap, orang kalau berduit, tak kisah nak berebut tempat kat IPTA atau berebut tajaan kerajaan. Terus gi IPTS aman-aman sambung belajar. 

Taylor's so far IPTS paling mahal setakat yang aku dah survey. Aku pernah survey Monash, Sunway, Nottingham, Heriot-Watt and Taylor's. Taylor's paling mahal. Kalau aku dapat belajar sini, dengan segalanya ditaja, duit is not an issue, kat rumah ada maid tolong urus rumah, weh konfem lulus cemerlang! 

I tell you, education is not exactly the kind of gift you can wrap up with a big ribbon and put on a dulang hantaran tray. Education is hadiah yang mahal nilainya dalam hidup. Dan kalau suami sanggup support pendidikan isteri lepas kawen, itu tanda that lelaki nak you grow. Dia tak takut kau jadi lebih berjaya, malah he is looking forward to see you become more successful. Kawenlah dengan lelaki macam ni, yang tak rasa insecure isterinya sambung belajar and become better.

SS set-kan satu standard yang tinggi, yang mana dia tunjuk yang lelaki tak perlu takut kalau isteri grow. Dia nak Bella jadi lebih konfiden bila bercakap dengan orang. And as YB, dia selalu berjumpa orang, attend event rasmi dan berdepan dengan media. Dia nak equip Bella dengan ilmu and confidence supaya Bella jadi lebih classy bersama dia. Ini baru betul! Bukannya lepas kawen, bini tu kena jadi lebih bodoh semata-mata nak nampak kau lebih hebat.

Pastu KWSP RM100K. 

This might be one of the most adult things on the whole list. Sebab siapa je yang terfikirkan KWSP as hantaran? Biasanya orang fikirkan cash money. Hantaran duit RM20K, RM50K. But putting RM100K into her retirement savings sends a message “I’m thinking about your future”. Halah halahhhhh subtle sungguh keromantisannya. Tapi sampai ke Putra Heights dirasai.

SS bukan setakat pikir pasal majlis, pasal honeymoon or pasal lima tahun pertama marriage. Dia pikir sampai ke tahap bila rambut dah beruban, bila masing-masing dah tak mampu berkerja lagi. Maybe itulah maksud tema hantarannya “Growing Old Together”. Inilah dia bila berkahwin dengan pasangan yang matang. Muda is satu cerita lain, but MATANG is another story.

Selalunya masa muda, kita fikir cinta tu all about flowers, candle lite dinner, surprises, hadiah. Tapi bila dah semakin matang, kita mula faham yang cinta adalah lebih dari tu. 

SS orang muda yang matang, dan maybe juga dia datang dari keluarga yang cakna hal-hal gini, jadi dia terdorong untuk pikir di luar kotak. This is actually what adult romance looks like. And I think this kind of romance is way more powerful. Alhamdulillah, I am happy for Bella.

Them, dia bagi gym set. Ini pun rare. Sebab kalau fikir secara literal, gym bukanlah hadiah yang biasa kita kaitkan dengan hantaran kawen. Tapi kalau tengok dari sudut “Growing Old Together”, ini masuk akal. Nak tua bersama kan, jadi kenalah jaga kesihatan bersama. Laki kau pulak iron man. Mestilah dia nak isteri and anak-anak ada hobi yang sama. Good job SS!

SS bukan bagi barang hantaran sebenarnya. He is providing a portfolio for life together. And this is where I think it could actually spark a new trend in our hantaran culture.

SS maybe secara tak sengaja setkan satu new benchmark. Benchmark dari segi apa yang hantaran tu cuba sampaikan. After this, people might start asking...

“Kenapa hantaran mesti handbag?”

“Kenapa tak buat investment?”

“Kenapa tak buat education fund?”

“Kenapa tak hadiahkan medical protection?”


And I think this is actually a good shift as long as tak bertukar jadi pertandingan. Kau kalau nak expect bakal suami hadiahkan RM100K KWSP, carilah lelaki yang mampu. Jangan laki kau basic RM2400, kau tekan RM100K KWSP jugak. Tu bukan growing old together. Tu namanya growing debt together. Kahkahkah.

Ingat ya, anak-anak. Who gave the most tak penting, tapi who planned the best life together jauh lebih bermakna. Because at the end of the day, kita semua akan tua. Designer items akan outdated. Trend berubah. Harga barang naik. Anak-anak membesar. Kalau kita bernasib baik, kita masih ada someone kat sebelah yang kita boleh pandang dan kata, "We’ve been through all of this together"

That is a hantaran yang betul-betul ada makna. Growing old together.

Kalau seiapa berhasrat nak follow SS punya step, mulakan dengan beli polisi medical card and hibah untuk yang tersayang. Silakan contact En Wan, 012-4407757. Aaaagitu.  

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)