Pages

▼

2026-09-25

Kalau kau dah pilih nak stay dengan suami yang curang, jangan sampai menyeksa diri sendiri.



Aku setuju dengan apa yang Kak Tam cakap. Kalau lelaki kau tak layan, penyondol berusaha sondol macamana pun, takkan jadi. Dia boleh menggedik, mengorat, mengurut, mesej siang malam, tapi kalau lelaki kau tak layan, takkan jadi. Tu je maths-nya. 

So, sebelum kau hentak penyondol, laki kau tu hentakkan dulu. Penyondol tu orang luar. Yang dalam rumah tido sekatil ni yang kau kena kisahkan sebab that is the person you have a responsibility to in your marriage. Yang berjanji nak setia dengan kau, adalah laki kau. Bukan penyondol.

Aku tak kata penyondol tu betul. Memang salah kalau dia tahu lelaki tu dah kahwin tapi still nak mendekat. Tapi nak salahkan dia sorang pun tak guna kalau laki kau melayan. 

Semorang boleh try laki kita, tapi laki kita yang memilih. Faham tak beza dia? 

Kadang aku geram dengan isteri-isteri yang tersakiti ni. Beria stalk penyondol, korek info luar dalam, bila dah jumpa bukti, yang diviralkan cuma penyondol tu je. Muka laki sendiri diblurkan. Apo?

Tu pasal aku setuju dengan Kak Tam. Kalau kau nak stay dalam marriage tu, JANGAN AMBIL TAHU. Pegi mampus laki kau nak berskandal dengan siapa pun, janji nafkah settle, bills settle. Tak payah nak korek segala macam, cari bukti sana sini, pastu viralkan, kalau akhirnya kau stay dengan pengote yang sama. Bodoh. 

Kau ingat lelaki ni once dah start curang, dia akan stop ke selagi tak dapat apa dia nak?

TAKKAN.

Kalau kau halang dia jumpa perempuan A, dia akan jumpa perempuan B. Kau halang jumpa perempuan B, dia akan jumpa perempuan C. Aku tak tahu why, but ini adalah pattern-nya. Selagi tak dapat fulfill apa dia nak, dia akan terus mencari. Sebab masalah sebenar bukan perempuan-perempuan tu. Masalah sebenar ialah LELAKI itu. 

Sampai bila nak habiskan tenaga dan rabakkan emosi untuk lawan perempuan lain sedangkan orang yang sepatutnya jaga batas pergaulan tu is laki kau sendiri? Tak letih ke nak monitor suami 24/7? Nak check phone dia everyday. Nak tengok nombor siapa dia kerap call. Check kepada siapa duit selalu habis. Check dia follow siapa kat media sosial. Siasat every perempuan yang like gambar laki kau. 

Berapa tahun kau nak insecure gini? 
Bahagia ke dapat lelaki tu tapi akhirnya kau jadi detective sampai mati?

If you want to stay dalam marriage tu, I have no problem with that. Itu life kau. Kau lebih tahu kenapa nak bertahan. Maybe kau still sayang dia. Maybe kau nampak banyak kebaikan dia. Maybe kau kenangkan marriage yang dah terbina 10-20 tahun. Maybe sebab anak-anak. Fine. Go ahead. 

Tapi, jangan mengeluh kat media sosial. Jangan mengadu kat sesiapa. Tak payah hari-hari stalk FB perempuan tu. Perempuan tu pagi-pagi bangun looking forward nak jumpa laki kau happy-happy, tapi kau dari pagi sampai malam habiskan masa scroll FB and IG dia, tengok dia makan apa, lepak mana, shopping apa. Kalau dia post gambar henbeg, kau terfikir apa maksud tersirat. Kalau dia post lagu sedih, kau terfikir dia tengah merajuk dengan laki kau. Ya Allah, penatnya hidup macam ni.

Sedar tak, dalam kau sibuk nak tahu apa yang dua musibat tu buat, kau yang tak hidup tenang? 

Laki kau sedap membuta tiap-tiap malam, yang kau terkebil-kebil pikir apa lagi dia dah buat kat belakang.

Jangan ambil tahu hal laki kau! Fokus dengan marriage kau alone. Kalau dah tahu laki kau pengote tapi kau nak berada dalam this marriage, sebat selagi boleh duit dia. Kikis. Make yourself happy. Sebab kalau kau tak kikis, penyondol tu yang kikis.

Aku bukan suruh kau buat-buat tak tahu apa dia buat kat belakang. Aku cuma cakap, kalau nak stay, fikir macamana nak teruskan hidup dengan WARAS. 

Some perempuan tak nak cerai. Nak stay dalam marriage, tapi dia dok mencari tahu hal laki dia. Pastu jumpa bukti, merempan. Bergaduh. Lepas bergaduh, beromen semula. Babi. Kau dengan laki kau kalau depan aku, kau yang aku lempang dulu.

Aku tak kata tak boleh cari bukti langsung. Kalau memang dah nekad nak bercerai, dan kau need that maklumat untuk tahu hak kau untuk proceed case dengan lawyer, itu cerita lain. Maknanya kau dah buat decision untuk berpisah. Kau cuma nak cari bukti saja bagi menguatkan tuntutan. Tapi kalau kau dah buat keputusan nak stay, then SENYAP.

Selalunya yang viral-viralkan tapi ujung-ujung stay ni, sebenarnya nak sokongan saja. Dia tahu dia dah kalah dengan perempuan tu. Laki dia sayang orang lain. Jadi, dia nak cari penguat semangat dari kalangan strangers. Itu je reasonnnya. 

Well, kalau itu yang kau cari, I tell you, kau takkan bahagia sampai bila-bila. Laki kau akan realized kau saiko. Nanti dia spin pulak kes menjadikan kau yang bersalah. Ujung-ujung orang akan kata "Patutlah kena cerai, saiko rupanya". Lagi sakit hati.

Kalau dah pilih nak teruskan marriage, belajarlah untuk lepaskan hal yang kau tak mampu kawal. Bukan bermaksud you have to forget what he did or forgive him right away. It just means you need to stop letting his actions dictate how you live your life.

Kau ada kehidupan sendiri. Ada kerja. Ada anak-anak (kalau kau ada anak). Ada kawan, ada mak bapak. Ada banyak benda lain yang boleh dibuat. Why would you put all of that aside just to keep tabs on two people you don’t even trust anymore?

And please jangan start bandingkan diri dengan perempuan tu.

Dia lebih cantik dari aku ke.
Dia lagi muda dari aku ke.
Badan dia lawa ke.
Dia pandai layan suami aku ke.
Apa yang dia ada yang aku takde.

Sis, aku tahu semua ni menyakitkan. But your husband cheating doesn’t mean you are not pretty enough.

Bukan bermaksud kau dah tua. Atau tak pandai jaga suami. And it definitely doesn’t mean that the other woman is better than you in any way. Sometimes people make the wrong choices not because their partner is not good enough, but because they choose to cross the line themselves. 

Jangan kau sibuk nak bersaing dengan perempuan tu. Bak kata Johnny Depp, "If you love 2 people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn't have fallen for the second"

Pedih quote Johnny Depp ni, tapi dia betul. So takyah la nak bersaing dengan perempuan tu. Hakikatnya laki kau yang suka kat dia. Perempuan tu cuma asbab nak tunjuk perangai laki kau je. 

Tak payahlah rasa perempuan tu hebat sebab berjaya goda suami kau. Suami kau takde yang special pun. Kalau special, dia akan setia. 

Aku pernah rasa dicurangi gini. Berialah aku berhabis duit untuk dia, belanja makan, belanja outing, belikan baju seluar segala sebab nak dia nampak presentable. Rupanya dia habiskan duit long distance call dengan ex-gf. Sakitnya tu di sini, ya. Bukan sakit sebab dia mengorat orang lain, tapi sakit mengenang kebodohan diri sendiri.

Maka aku pilih untuk malas layan and slowly end the relationship. Sebab jenis ni kalau dihalang, dia tetap akan buat juga kendian hari. Aku tak percaya pada second chance bab ni.

Ni aku cakap untuk semua, termasuk kepada diri sendiri. Suami kita ni kalau senang benau jatuh cinta dengan orang lain, maknanya dia tak hebat. So kau tak payahlah rasa insecure as if penyondol tu hebat dapat goda laki kau. Tak, laki kau yang lembik. 

Kau tak boleh jadi cukup sempurna untuk someone yang sentiasa cari alasan untuk tak bersyukur dengan apa yang dia ada. So, takyah buktikan kau lagi cantik, or kau lagi kaya, or kau lagi baik. Tak cantik pun takpe, jalan je terus.

Aku pernah cerita dulu masa awal-awal kawen, En Wan pernah kena ngorat dek janda kat kilang tempat dia kerja. Kakak operator kilang yang sama bagitau aku. Dia panggil aku Nona Manis.

"Nona Manis baik-baik tau. Suami awak ramai yang minat kat kilang tu. Ada janda nak rapat dengan dia"

Aku take note.

En Wan balik kerja aku tanya terus. Dia cakap ya janda tu confess kat dia, tapi dia tak layan. Aku percaya dan move on. Tak ambik tahu, tak korek, tak pasang spy. Sebab tak nak serabutkan kepala. Banyak benda lagi aku nak pikir. 

Benda-benda macam ni, kalau kita cari, kita akan jumpa something yang kita tak berkenan, sebab kita dah overthinking. Apa je suami buat kita akan pikir lain. Jadi, aku tak nak mulakan. Aku dah lalui life yang susah masa kecik, so dah besar ni aku nak yang mudah-mudahkan hidup je. If keeping you menambahkan serabut aku, nyah kau.

So far belum ada perkara yang mencurigakan berlaku. Sebab aku pun tak check henfon dia, tak check bills dia, tak check ke mana duit dia pergi, tak check media sosial dia, wallet dia pun aku tak check. Aku malas nak invest masa aku kat benda-benda yang boleh serabutkan kepala. Jadi aku pilih untuk enjoy apa yang aku nampak depan mata dan tak nak mencari-cari apa yang aku tak nampak.

Semua orang ada sisi baik dan buruk. Suami kau maybe bukan suami yang baik pada kau, tapi maybe ayah yang baik. Dia maybe tak sayangkan kau sekuat dulu, tapi dia masih tunaikan tanggungjawab dan nafkah. Kalau kau rasa boleh bertolak-ansur dengan sisi buruk dia kerana masih banyak sisi baik, sila pertahankan perkahwinan. Maksudnya, buat keputusan dengan rasional.

Tapi kalau kau tak boleh tolerate, silakan bercerai. Kalau rasa kecurangan tu terlalu besar untuk kau terima, maka sila korek bukti habis-habisan, londehkan semuanya, and tuntut sampai tinggal getah spender. Tu baru betul. Bukan pung pang pung pang, ujung-ujung...."Saya pilih untuk maafkan dia". Beruk.

Nak bagi second chance, kena berlapang dada. Jangan ungkit-ungkit kendian hari. Kena betul-betul berlapang dada. Jangan sampai everyday kau kena pujuk diri sendiri untuk terima pilihan yang kau dah buat. Pastu tido dengan airmata sampai mati. Don't!