Untuk orang Islam, kita ada faraid. Harta si mati akan dibahagikan ikut hukum faraid. Tapi realitinya urusan harta selepas mati tak se-simple mana. KWSP, ASB, rumah, tanah, saham, Tabung Haji, duit dalam bank, gold bar - semua ni ada proses yang kena lalu. Ada hak-hak yang kena diselesaikan dulu.
Contohnya KWSP.
Pernah ada orang tanya aku relevan lagi ke hukum faraid zaman sekarang. Dulu nampak gak relevannya, sekarang ni tak nampak faraid boleh membela keluarga si mati. Kebanyakkannya lebih menyusahkan.
Jawapan aku, “relevan” dan “selesa” adalah dua benda berbeza.
Contoh, suami meninggal.
This suami is a breadwinner. Isteri suri rumah. Anak-anak masih bersekolah. Rumah masih ada loan. Isteri takde income sendiri. Tapi harta si mati tak jadi hak isteri sepenuhnya hanya kerana isteri paling memerlukan sebab tak bekerja.
Faraid BUKAN untuk siapa paling memerlukan. Faraid is a sistem yang dah tetapkan sekian-sekian waris dapat berapa banyak, tak kiralah dorang paling memerlukan atau tak. Asalkan waris-waris si mati ada hak ke atas harta si mati, dorang dapat.
Jadi, masih relevan ke tak faraid?
Sebab itu aku cakap relevan and selesa are two different things. Maka, selagi masih hidup, buatlah pengurusan harta supaya waris-waris selesa. Masa tengah hidup ni kita masih boleh pilih nak bagi harta pada waris yang mana satu.
Hari tu En Wan share satu post pasal this one balu yang kematian suami. Suaminya buat hibah. Balu dapat hibah around RM400K. Balu gunakan sebahagian duit tu untuk buat rumah. Cantik comel rumahnya. Selesa.
Faraid masih relevan as hukum pewarisan. Tapi faraid alone tak cukup untuk tampung keperluan kewangan di zaman sekarang. Jangan tunggu mati baru fikir siapa dapat apa. Kalau dah tahu isteri dan anak-anak bergantung kepada kau, planlah something sekarang. Kalau anak-anak still sekolah, cuba fikir siapa yang akan tanggung dorang. Kalau ada hutang, fikir apa cara nak selesaikan.
Ini bukan nak bypass faraid. Cuma nak plan apa yang boleh diatur sekarang so that anak bini tak susah sekiranya (suami) mati.
Sekarang ni zaman serba tak cukup. Yang berduit pun masih merasa tak cukup, apetah lagi yang tak berduit. Kau rasa kalau kau mati, takkan ada yang menuntut rumah yang anak isteri kau tinggal tu ke? Benda boleh tuntut kot. Kau pulak duduk rumah harga RM1 juta. Half a million kat situ boleh dapat. Mesti ramai menuntut.
"Rumah tu harta sepencarian.."
Harta sepencarian bergantung kepada keadaan. Kalau suami meninggal tinggalkan rumah yang dibeli semasa dah kahwin, TAK SEMESTINYA kau boleh kata itu harta sepencarian. Belum tentu. Kena tengok dulu apa bahagian yang diiktiraf as harta sepencarian. Kalau sah harta sepencarian barulah rumah tu dikeluarkan daripada harta pusaka. Benda ni prosesnya lama. Bab nak kena siasat and menilai ni semua makan masa, makan duit, makan tenaga.
That's why ada option hibah. Bukan merancang untuk mati. Kita semua memang konfem mati, cuma tak tahu bila. Sebab tak tahulah maka kena merancang apa-apa yang patut sekarang.
Hibah tak sama dengan faraid.
Faraid is PEMBAHAGIAN pusaka kepada waris yang berhak (selepas mati).
Hibah is PEMBERIAN harta yang dibuat semasa hidup untuk orang yang kita pilih.
Tabung Haji ada Hibah Amanah. Pergi buat.
ASNB pun ada Hibah Amanah. Letak penerima siap-siap.
Pastikan duit yang ada dalam tu at least cukup untuk settlekan hutang-hutang. Kalau hutang pun tak dapat cover, pergilah buat hibah.
That's why kalau suami ada aset RM2 juta tapi hutangnya RM800K, janganlah cakap as if RM2 juta tu banyak. Kena tahu dulu apa sebenarnya yang tinggal yang boleh dibagi-bagi nanti.
Most of husband and wife sanggup discuss berjam-jam hal anak nak masuk universiti. Discuss nak renovate dapur. Discuss nak beli kereta baru. Discuss nak gi Switzerland. Tapi bila cakap pasal hibah, kenapa terasa macam benda ni negatif as if mengharapkan suami mati awal? It’s simply about planning ahead so that your family doesn’t end up struggling bila kematian berlaku.
Suami kena faham, bila meninggal, your wife bukan hanya hilang suami. She suddenly lose the family’s financial manager while also trying to deal with her own emotions and help the children to cope. Jangan tambah satu lagi beban dengan membuatkan isteri terpaksa pikir hal hutang-hutang kau.
Harta yang kau kumpul selama 20-30 tahun tu ambil masa a few minutes je untuk kau tinggalkan. Tapi untuk orang yang ditinggalkan, urusannya maybe ambil masa bertahun-tahun. So jangan jadikan kematian the beginning of your family’s financial confusion.
Ini LAST CHANCE untuk dapatkan hibah Warisan Gold RM350K.
Ramai yang maybe tak aware, PruBSN nak tamatkan pelan Warisan Gold 30 Sept ni. Kalau korang masih belum ada hibah dan plan nak ambik, aku suggest ambil this pelan. Coverage bermula dari RM350K. Maknanya, caruman masih rendah.
Bila sesuatu produk distop, bermakna akan ada new pelan muncul. Dan selalunya pelan yang baru benefitnya lebih besar, coverage lebih tinggi dan dah tentulah caruman pun lebih tinggi. Tak semestinya pelan lama tak bagus. Pelan yang nak distopkan ni ada benefit, cuma PruBSN nak ganti pelan baru saja.
After 30 September 2026, pelan Hibah Warisan Gold takkan wujud lagi. Jadi, cepat-cepat apply now.
Tawaran berakhir: 30 September 2026
Perlindungan hibah: Bermula RM350,000

