Pages

2026-07-29

Sekarang ni, terlalu senang untuk orang declare “My boss is toxic”


Majikan sebenarnya tahu.

Majikan tahu siapa yang rajin, siapa yang malas. Siapa yang selalu buat alasan. Siapa yang wajib MC lepas cuti, siapa yang rajin EL sebelum start cuti.

Majikan tahu siapa yang buat kerja sekadar buat. Siapa yang buat kerja asal siap. Siapa yang kena remind berkali-kali, sekali ketuk sekali jalan sekali ketuk sekali jalan. And majikan sangat tahu siapa yang kalau boss takde, produktiviti pun kelaut.

At the same time majikan tahu siapa yang boleh diharap. Siapa yang bila dibagi kerja, tak perlu kejar. Dia akan submit task dengan tip top. Majikan tahu siapa yang boleh kerja independently, tak payah nak supervise sangat. Siapa yang bila dibagi responsibility, dia pegang responsibility macam kerja tu dia punya.

MAJIKAN TAHU.

So, please. Jangan cepat sangat label boss as toxic hanya kerana boss tak bagi kau keistimewaan yang sama macam colleague lain dapat. Sometimes masalahnya bukan boss bias, tapi kau belum earn that privilege.

Aku cakap benda ni general saja. Tak tuju siapa-siapa. Dan aku cakap ni bukan sebab aku majikan. Aku pernah makan gaji. Aku pernah berkuli dengan orang. Aku pernah jadi employee. And now aku di pihak yang membayar gaji orang. Aku boleh nampak dua-dua perspektif.

Masa aku jadi pekerja dulu, aku pernah tengok colleague dapat something yang aku tak dapat. Ada yang dapat keluar (balik) awal. Ada yang working time lebih fleksibel. Ada yang boss berlebih kurang. Ada yang boleh handle certain things without being questioned.

As manusia, mestilah pernah terlintas, apesal dia boleh, aku tak boleh? That’s normal. Tapi bila dah jadi majikan, baru aku faham.

A boss sees things that other employees simply don’t notice. Kita as employee usually nampak apa yang berlaku pada diri sendiri. Contoh, employee kata, “Hari ni aku MC sehari. Tapi 3 minggu lepas hari-hari aku datang kerja”

Employee nampak that satu hari. Tapi boss nampak pattern. Boss nampak pattern enam bulan. Boss nampak, “Dalam enam bulan ni, every month dia MC?”

Satu MC maybe nampak macam small matter. Tapi kalau every month konsisten ada MC, itu signal sebenarnya. 

“Aku ambil MC sebab tak sihat”

Tapi boss nampak frequency and pattern. Boss nampak siapa yang selalu ada emergency on Monday. Boss nampak siapa yang selalu ada “urusan” hari Jumaat. Boss kenal siapa yang asal workload banyak je, tiba-tiba sakit.

Aku jadi majikan since 2008. Dah 18 tahun. Dari pengalaman dan observation aku, orang yang kerap cuti ber-pattern adalah orang yang tak perform dalam kerja. Dorang hanya hadir ke tempat kerja, bukan hadir bekerja. Dorang buat kerja pun asal nampak macam sibuk bekerja. Tapi tak perform-perform.

Jenis yang banyak kali cuti ni, kalau stay back 2-3 hari dia akan highlite “Saya pernah stay back”.

Tapi boss nampak, “Berapa kali dia stay back berbanding berapa kali orang lain cover kerja dia?”

Dulu aku pernah question beberapa staff yang claim OT hujung bulan. Bila disemak, awat ada orang yang tak perlu OT tetiba claim OT juga? 

Contohnya, staff yang submit task kat aku pukul 5.15 pm, tetiba dalam rekod hari tu dia claim OT. Aikk? OT buat apa sedangkan task dah submit? Dalam rekod, submission dibuat pada 5.15 pm, patutnya 5.30 dah boleh balik. Apesal stayback? Kau buat kerja apa?

Rupanya, teman staff lain yang stayback buat kerja. Tapi claim OT.

Yang sales people pun sama. Claim OT. Tengok rekod hari, delivery (parcel) semua dah send out before 5 pm. Maknanya takde pending delivery. 5.30 patut dah boleh balik. Tapi apesal claim OT on that day? Kau buat apa lagi kat opis?

Itulah maksud aku tadi. Jangan ingat boss tak kenal pekerjanya. Jangan ingat boss tak masuk opis maka dia tak tahu apa yang berlaku. Jangan ingat 2-3 bulan kau kerap MC and EL, boss tak kisah. Tak. Dia cuma belum nak ambil tindakan je lagi. Dia tengah kumpul data.

Boss bukan bodoh. Dia mungkin tak comment apa-apa, tak tegur, tak tunjuk yang dia perasan. Tapi jangan confuse DIAM dengan TAK TAHU. Ini dua benda yang berbeza.

Kadang-kadang boss memang dah tahu. Cuma dia pilih untuk diam dulu. Sebab bukan semua benda perlu ditegur everyday. Ada benda yang dia simpan dulu sebab ada kerja lagi penting dia nak buat. Tapi boss observe performance semorang. Ada attitude yang boss tak lupa. Ada pattern yang boss peratikan.

Kau tunggu nanti bila sampai masa boss buat decision, masa tu semua benda keluar.

Promotion.
Salary increment.
Bonus.
Work from home.
Flexible working hours.
Special arrangement.
Important projects.
More autonomy.
More trust.

Sometimes certain employee dapat more flexibility daripada employee lain bukan sebab dia anak emas or kaki kipas. Maybe because that person has earned it. Ini benda yang ramai susah nak terima. But as an employer myself, I have to admit that this does happen.

Workplace privileges are not always about who the boss likes. Sometimes, they are about who the boss trusts. Dan trust is not given equally to everybody. Trust is built! 

Aku ada staff yang bekerja di hometownnya (luar Selangor/KL). Work from kampung halaman. Sebab dia buktikan dia kerja kat ofis atau di mana-mana saja, tasknya tip top. So dia boleh WFH. 



After office hours (after 5.30 pm) pun dia masih boleh dihubungi and respond cepat. 

Kalau seorang employee dah membuktikan dia boleh bekerja tanpa perlu dipantau setiap lima minit, dan tak berkira dengan kederat, mana-mana boss would naturally feel more comfortable giving her greater flexibility. Kalau kerja deliver on time, kerja kemas, attendance bagus dan bila ada issue dia communicate properly, boss tak kisah nak cakap “Ok, you can work from home today”.

Why?

Sebab boss tahu kerja dia tetap jalan. Ni bukan favoritism. Ni namanya risk management.

Kalau yang sorang lagi bila dibagi work from home, meeting takde preparation, kerja asal siap, reply message pun 3 jam kemudian, pastu pukul 5.30 pm terus of handphone nak perjuangkan work-life balance  — pastu kau expect boss nak bagi privilege yang sama? Kamonnnnnn. Be realistic.

Work from home ni bukan sekadar “best sebab boleh kerja dari rumah.” Bukan.

Dari sudut majikan, WFH is trust. Walaupun dia tak nampak kau secara fizikal, kau tetap bekerja. Ini kalau kau kat opis pun tak perform, lagikan kat rumah!

Boss Devil Wears Prada aku dulu, thumb print kat opis pun takde. Dia tak kisah kau tak nak masuk opis. Janji every Monday meeting kau datang. Kalau report sales kau hauk, bersedialah kena maki. Masa tu jangan pulak mengongoi. Kau dah lah opis tak masuk, sales target pulak tak hit, buat apa kat rumah? Menggentel pelir suami?

Mana-mana boss akan bertimbang-rasa kalau kau buktikan kau layak earn keistimewaan tu.

Masa aku mengandung Redza, aku ambil cuti seminggu awal. Sekali tak beranak-ranak. 2 minggu lepas tu baru beranak. Dalam tempoh bercuti awal tu aku sambung buat kerja and close sales demi sales from home.

Habis berpantang, aku masuk opis. Kalau ikut logik, aku bekerja dalam tempoh bercuti awal hari tu. Boleh je aku argue nak sambung cuti menggantikan hari kerja aku. Tapi sebab borang cuti dah submit awal, takpelah, aku datang je kerja.

Manager aku tak boleh bagi aku sambung cuti, sebab dia pun makan gaji. Bukannya company tu dia punya. Tapi dia tahu aku kerja and close sales semasa bercuti awal. Jadi dia bagi aku balik awal everyday. Lebih dari 2 minggu aku balik rumah awal pukul 3-4pm.

My point is, kalau kau belum pernah menunjukkan yang kau boleh kerja dengan baik, jangan merentan bila boss belum boleh bagi kau flexibility.

Masa kerja dengan Devils Wears Prada, aku oernah ada kes pasal AL. Aku submit AL awal. Dalam 2-3 minggu sebelum bercuti. Aku letak atas meja dia. Masa tu dia takde kat opis. Lepas tu aku lupa nak follow up.

Hari last aku kerja before cuti (nak fly gi Phuket esoknya), dia mintak aku prepare slides buat pitching kat Jabatan Kimia. Terkejut I. Aku cakap aku dah start cuti esok. Aku pernah tulis kat blog pasal ni. Ini buktinya:



Unsangkarable aku ada rekodkan kisah ni. Nilah untungnya ada blog. Dapat aku buktikan kepada Gen Z bahawa acik dulu siapkan kerja pukul 2 pagi takde hal lah! Kahkahkah.

Walaupun request dia tu bagai nak membunuh sebab mati-mati dia nak aku submit malam tu jugak, aku pikir satu je. Nasib baik sales target aku setiap minggu hit. Sebab tu dia masih allow aku bercuti. Kau bayangkan kalau sales report and sales target aku hauk? Kau rasa dia nak allow ke aku cuti? Konfem tak punya.

Bukan nak kata aku bagus, ya. Aku nak cakap kat sini, boss kita ni macamana Miranda Priestly pun dia, dia ada timbang-rasa kalau kita buktikan kita layak dapat her trust. So maybe instead of asking, “Kenapa dia boleh WFH, saya tak boleh?”

Ask yourself apa yang colleague kau buat sampaikan boss percaya dia? That question is much more productive.

Sebab kadang-kadang kita sibuk compare privilege orang sampai lupa compare performance sendiri. Kita tengok colleague dapat WFH. Kita tak tengok colleague tu consistently deliver. Kita tak tengok dia jarang ambil leave. Kita tak tengok dia handle difficult client. Kita cuma nampak “Boss ni bias sebab sayang dia”

Of course nampak unfair. Because you are only seeing the outcome, not the history and track record behind it.

Sama juga dengan salary increment. Kita nampak colleague naik gaji.

“Eh, kenapa dia naik banyak?”

Kau tahu ke apa yang dia dah deliver? Kau tahu responsibility dia? Kau tahu negotiation dia? Tahu performance review dia? Tahu contribution dia pada company? Tak. Yang kau tahu compare gaji je.

Aku pernah ada colleague beranak dua tahun berturut-turut. Dua tahun tu jugaklah performance dia teruk and takde promotion. Increament pun sedih. Tapi kawan aku ni jenis sedar diri. Dia cakap “Takpelah, aku banyak sangat ambik leave. Korang yang cover kerja aku. Tahun depan aku tak beranak dah”

Orang sekarang takleh. Dia nak dapat semua. Nak cuti dapat. Nak kerja sikit. Nak increment banyak. Nak promotion. Nak benefit. Sebab dia perasan dah buat banyak sangat. Dia rasa dia berhak. Some people selalu compare what they receive. Tapi jarang compare what they contribute.

Bukan makna kata semua boss betul. Of course tak. Ada boss memang memang tak tahu menghargai employee yang bagus. Tapi boss dan majikan tak sama, ya. 

Majikan PASTI appreciate pekerja yang bagi contribution kat company. Kalau boss tu adalah majikan, dia tak mungkin toksik. Tegas yes, macam Devil Wears Prada. Tapi kalau boss tu makan gaji sama macam kau, dia mungkin boleh jadi toksik.

Cuma sekarang ni, terlalu senang untuk orang declare “My boss is toxic.”

Boss suruh datang office?
Toxic.

Boss tak bagi WFH?
Toxic.

Boss tegur kesalahan?
Toxic.

Boss tanya kenapa kerja belum siap?
Toxic.

Boss expect punctuality?
Toxic.

Boss expect accountability?
Toxic.

Boss tak approve cuti last minute?
Toxic.

Boss tak bagi promotion?
Toxic.

Boss bagi colleague privilege yang kita tak dapat?
Toxic.

Wait.

Maybe boss toxic. Tapi maybe juga boss tengah buat something yang kita tak suka tapi sebenarnya itu sebahagian daripada tanggungjawab dia as boss.