Pages

2026-07-14

Nak dapat pasangan macam kita nak, kita kena jadi macam apa yang kita mahu dapatkan.


Aku dah sampai tahap naik menyampah dah ni tengok Thread dak-dak perempuan tanya:

“Macam mana nak cari laki provider?”

“Kat mana nak jumpa lelaki kaya?”

“Lelaki bijak suka perempuan yang macamana?”


“Yang curang muka macam jamban. Lelaki yang hensem tapi setia nak cari kat mana?”

Tak payah cari, dik. The kind of man you end up with reflects what you have to offer.

ITU HAKIKAT.

Toksahlah berangan macam kau cleaner, tapi dapat boifren CEO Megah Holdings. Toksah berangan berkenalan dengan anak raja masa tengah tunggu bas Leng Seng. Rentikanlah! Tak sampai 0.00001% jumpa luck macam tu. Yang ramainya macam kita-kita ni. Nak dapat pasangan macam kita nak, kita kena jadi macam apa yang kita mahu dapatkan.

Kau ingat kau je ada standard? Kau je boleh memilih. Abis lelaki tak?

Lelaki pun memilih. Bezanya, lelaki selalunya tak bercakap. Dorang takde buat video list 35 ciri perempuan idaman. Dorang takde de up status “Perempuan cantik lepak mana?”

Takde.
Dorang jenis tengok, nilaikan, kendian pilih.

Tak salah nak lelaki kaya provider, tapi lelaki kaya pun nak perempuan yang match dengan status dia. Paling tak pun, dia pilih yang cantik bergaya. Barulah berbaloi dengan duit yang dia lambakkan kat perempuan tu.

Jangan ingat di sini je ada checklist lelaki idaman. Di sana pun ada!

Dengar sini acik cakap.

LELAKI KAYA PUN ADA TASTE.

Bukan semua lelaki kaya dan berjaya nakkan pasangan yang cantik. In real life, lelaki yang berjaya usually hidup dalam circle tertentu. 

Circle bisnes. 
Circle profesional. 
Circle akademik. 
Circle korporat. 
Circle investor. 
Circle entrepreneur. 

Dorang banyak bergaul atau senang bergaul dengan orang yang boleh berbincang. Yang faham cara dia berfikir. Yang ada same mindset. Yang tak drama. Yang tak kejap-kejap nak gaduh sebab benda-benda kecik. Dorang takde masa melayan perempuan yang dependant.

Lelaki yang berjaya nak partner dalam hidup, bukan parasit. That’s why kebanyakan lelaki berjaya dan bijak akhirnya kahwin dengan perempuan berjaya dan bijak juga. Atau kahwin dengan perempuan yang ada high value.

Why?

Sebab sekufu bukan sekadar sama-sama kaya atau sama-sama bijak dalam akademik, tapi cara berfikir.

Kau ingat suri rumah yang kawen dengan engineer, dengan doktor, dengan pilot tu semua asal-asal tak bekerja? SPM failed? Duduk rumah tunggu orang pinang?

Tak, dik.

Dorang pun sama-sama pandai. Sama-sama belajar tinggi. Sama-sama kerja. Bila dah kawen, baru dorang quit and pilih untuk duduk rumah.

Adik aku Ima, suri rumah. Suaminya ex-MRSM dan junior En Wan kat Jepun. 

Sekali pandang nampak macam “Camana makcik ni boleh kawen dengan engineer?”

Sebab makcik tu pun bukan biasher-biasher. Ex-SBP. Alumni UTM. Ex-engineer. Pernah kerja kat Jepun lagi. Bila dapat anak autistic baru dia quit kerja. Dengan title suri rumah dia pernah pegang jawatan YDP sekolah. Berapa ramai suri rumah diberi kepercayaan jadi YDP I ask you?

In other words nak cakap, kau takyah cari-cari lelaki kaya lepak mana, lelaki bijak lepak mana. Kau kena jadi kaya dan berjaya dulu baru kau boleh tarik lelaki yang macam kau nak.

Nak lelaki pandai?

Bagus.

Aku pun suka lelaki bijak. Tapi, kalau aku bangang, exam corot manjang, bersembang pun hal-hal gosip, asyik bercakap pasal orang 24/7, kau rasa boleh ke dapat lelaki bijak? Tak. Kena masuk masuk dalam circle bijak-bijak baru dapat increase chances jumpa lelaki bijak. Maknanya kena bijak dulu. 

Lelaki bijak biasanya suka berbual. Dia suka idea. Dia suka knowledge. Dia suka discussion. 

Siapa dah tengok podcast Keris & Silikon? Dorang discuss pasal impak Ai. Memang eye opener. So kalau sesekali lelaki bercakap pasal impact Ai kepada future and jawapan kau cuma “Hahahaha”, kau rasa?

Kalau sesekali dia cerita pasal teknologi kau jawab, “Entah”, kau rasa?

Kalau dia bincang pasal buku, yang kau buku pun last baca 2 tahun lepas, agak-agak lama tak dia nak berbual?

Kau nak lelaki bijak tapi kau tak nak jadi sebahagian dari tu, camno? Sometimes laki tu tak nak bukan sebab kau tak cantik. Tapi sebab communication out.

Relationship bukan bertahan atas sebab muka semata-mata. Walaupun muka mainkan peranan tapi in everyday life, kita hidup atas perbualan yang bertahan bertahun-tahun. Kalau kau dengan dia takde apa yang boleh bersambung bila bercakap, siapa je boleh bertahan?

Communication is key. Dan reason kita boleh terus berbual adalah bila kita dalam frekuensi yang sama. It doesn’t mean you need the same level of education or income. It means having a similar level of curiosity, way of thinking yang sama and shared values.

Communication bukan takat tanya “Dah makan?” or “Anak dah tidur?” 

Itu namanya bertukar maklumat, bukan berkomunikasi.

Nak laki provider?

Boleh. Boleh sangat. Masalahnya ramai perempuan ber-IQ 78 salah faham maksud provider.

Provider bukan bermaksud apa kau nak, kau dapat. Bukan bermaksud semua benda laki kena bayar. Provider ni lambang lelaki yang bertanggungjawab. Dia provide keperluan semampunya, bukan provide kehendak. Dia bekerja. Dia protect family. Dia plan for future. Ini namanya provider.

Lelaki provider pun tahu memilih. Dia tak sauk sebarang-sebarang perempuan. Paling kurang, dia nak perempuan yang memahami dan tahu menghargai. Bukan perempuan yang asyik membandingkan “Asben orang lain belikan LV”.

“Asben orang lain bawak pi Paris”

“Asben orang lain belikan gelang emas RM30K as push gift”

Kau nak lelaki macam ni, carilah lelaki KAYA, bukan provider. Lelaki provider adalah lelaki yang provide semampunya. Kalau lelaki yang boleh tampung selera tekak kau, tu namanya lelaki kaya.

Tapi, lelaki kaya pun ada taste. Because dia ada apa kau nak, so mesti dia demand kau menetapi selera dia. Paling tak, mesti cantiklah. 

Sometimes lelaki muka tak berapa boleh pergi, perempuannya cun nak mampus. Pastu kita berpikir-pikir, camana perempuan ni boleh selera dengan lelaki muka macam tu eh?

Jawapannya, sebab perempuan tu bukan nak cari lelaki ada rupa, dia nak lelaki kaya. Kau pulak jenis nak rupa, nak bijak, nak beriman, nak kaya, nak provider. Demand kemain, tapi kau sendiri berwajah desa berperangai darat. 

Pernah tengok movie Beauty and the Beast, yang Emma Watson berlakon?

Movie tu sebenarnya bukti wujud perempuan yang tak kisah bab muka asal layanan tip top. Dan selalunya layanan tip top datang dari lelaki berduit.

Nak laki hensem?

Pun tak salah. Semua orang suka yang sedap mata memandang. Lelaki suka perempuan cantik. Normal.

Tapi jangan lupa, lelaki hensem pun nak yang cantik di mata dia. Sometimes lelaki bukan pilih yang paling cantik tapi yang sedap mata memandang, PLUS ada bonus-bonus lain setaraf dengan dia.

Siapa sebaya dengan aku mesti ingat betapa gemparnya Malaysia bila tetiba keluar berita Azhar Sulaiman dah kawen. Takde angin takde ribut, tup-tup keluar gambar nikah.

Azhar Sulaiman zaman mudanya HOT NAK MATEYYYY!!! Zaman Azhar Sulaiman dulu, kita dalam trend Pan-Asian look. Ada Sofea Jane, Ramona Rahman, Maria Farida, Deanna Yusof, Julia Rais. Netizen expect Azhar akan dapat stok-stok muka gini jugalah. Tup-tup tengok pilihannya, eh? Biasa-biasa.

Bukanlah kata Cempaka tak cantik, cuma Azhar kan berlakon dengan pelakon-pelakon cantik, jadi kita expect taste dia pun yang cantik berdengung. Kita rasa hensem gila mestilah lawannya yang cantik gila juga.

Rupanya Cempaka ni ada plus point yang lebih menarik. Pandai. Soft spoken. Keluarga baik-baik.Kaya pulak tu. Jadi tak peliklah dorang end up together. Azhar tu pun bukannya orang tak pandai. Orang bijak selalunya akan cari yang sekufu akhirnya. Bukan apa, lebih mudah nak bawak berbincang.

Tarikan fizikal yes, open doors. Tapi MINDSET menentukan samada that door keeps open or not.

Point utamanya, jangan nak demand kalau kita sendiri tak upgrade diri kita. Wishlist kemain. Nak lelaki tinggi. Nak lelaki kaya. Nak lelaki pandai. Nak lelaki romantik. Nak lelaki penyabar. Nak lelaki setia. Nak lelaki rajin. Nak lelaki kelakar. Nak lelaki beragama. Nak lelaki caring. Nak lelaki provider.

Kalau lelaki macam tu wujud, kenapa dia perlu pilih kita. Itu soalan sebenarnya.

Nak cari lelaki yang macam kau nak, kau kena masuk circle dia. Bukan hunting. Be them.

Ada standard tu bagus. Tapi make sure standard yang kita nak tu seiring dengan usaha improve diri. Nak lelaki yang berkualiti, kita kenalah jadi perempuan yang berkualiti. Nak lelaki yang rajin, kita pun jangan malas. Nak lelaki yang bijak manage duit, kita pun jangan boros. Nak lelaki yang matang, kita pun janganlah drama 24/7. Be them. Masuk circle yang sama. Jadi crowd yang sama.

Minat actors China? Masuk Weibo. Masuk circle dorang. Bukan lepak TT pastu acah-acah tahu semua benda.

Contohhhhhhhh.