Pages

2026-07-05

Jangan question pasal ikhlas.

Terima kasih yang respond pada post aku semalam, pasal menjaga orang tua. Macam yang aku kata, ramai tengah alami masalah sama. Menjaga orang tua, tapi adik-beradik lain lepas tangan.

Aku faham, korang selama ni memendam rasa. Nak diluah, takut nanti apa kita buat selama ni tak ikhlas. Takut nanti pahala hilang. Takut nanti orang cop kita berkira. Tapi bila tak diluah, kita diperkotak-katikkan. Ujung-ujung cerita kat aku. Isokay, aku baca. Aku takkan publish luahan hati korang. 

Ikhlas tak ikhlas tu biar Allah tentukan. Sekarang ni, di dunia ni, selagi parents masih hidup, sepatutnya semua kena contribute. Jangan question pasal ikhlas. Bayangkan kalau sorang je yang menjaga mak bapak, sorang tu je yang uruskan mandi pakai mak bapak, sakit pening, makan minum. Yang lain lepas tangan. Lepas tu dare nak question pasal ikhlas?

Kalau aku senang je. Siapa yang banyak sangat mulut, bising sangat komplen, orang tu yang kau hantarkan mak bapak kat rumah dia. Pandai sangat bercakap and mencadangkan macam-macam, kan? Suruh dia jaga. Kau percayalah cakap aku, yang banyak sangat komplen ni lah yang paling tak guna sekali!

Aku rasa aku kena betulkan salah faham ni.

Ramai orang gunakan perkataan ikhlas pada tempat yang salah. As if kalau ikhlas, tak boleh mengeluh. Tak boleh komplen. Tak boleh mintak tolong. Tak boleh bersuara.

Siapa cakap?

Ikhlas tu urusan hati. Penat tu, fizikal. Takde kaitan antara dua ni. 

Mak yang ikhlas jaga anak pun boleh menangis sebab penat. Doktor yang ikhlas treat patient pun sampai masanya boleh burnout. Cikgu yang asal-asalnya ikhlas mengajar pun boleh stress. Apesal bila sampai bab jaga orang tua, kita expect anak yang menjaga tu tak boleh penat, tak boleh mengeluh?

Yang best tu, yang lantang sangat cakap pasal ikhlas adalah yang tak menjaga orang tua.

"Buatlah dengan ikhlas"

"Sabarlah"

"Itu kan mak bapak"


Ya, memang mak bapak. Sebab itu mak bapaklah maka SEMUA anak kena ambil tanggungjawab. Bukan balik-balik anak itu je. Kalau ada 5 anak, kenapa beban tu sorang je carry?

Ini pandangan peribadi aku. Kalau anak-anak tak dapat jaga mak bapak, please hire care taker. SEMUA contribute bayar, sama rata! Jangan ada sorang pun tercicir. Kalau ada yang tak dapat contribute financially, orang itu yang kena bawak parents duduk bersama. Care taker duduk di rumahnya. 

Tak susah pun. Sebab duit care taker dibayar oleh adik-beradik lain. Kau tak payah uruskan mak bapak sebab care taker akan uruskan. Basically kerja kau memantau saja.

"Tapi bil letrik, bil air, and barang masak bertambah sebab ada pertambahan orang dalam rumah"

Ah, pandai pun! Kena kat kau, baru rasa, kan? Abis ingat yang keluar duit bayar care taker tu tak rasa beban kena keluar duit setiap bulan?

Menjaga mak bapak ni bukan projek individu. Ini tanggungjawab bersama. Bukan bila mak bapak duduk dengan sorang anak, anak tu lah bertanggungjawab semuanya. Anak tu lah yang kena pastikan mak bapak makan. Anak tu lah yang kena luangkan masa bawak mak bapak berjalan supaya mak bapak tak boring. Anak tu lah yang kena keluar duit untuk keperluan mak bapak. Abis kau apa fungsinya? Main telo?

Kita kena fikir kebajikan adik-beradik yang menjaga mak bapak. Sebab kalau anak yang menjaga tu sakit, siapa nak take over? Nak serahkan mak bapak kau kat ipar menjaga?

Anak yang menjaga tu pun ada kerja. Ada pasangan. Ada anak-anak. Ada komitmen. Ada life. Kalau semua asyik cakap, "Kena ikhlas" tapi sorang pun tak datang ambil alih walaupun sehari dalam seminggu, itu namanya LEPAS TANGAN!

Aku bukan ajar orang berkira menjaga mak bapak. Cuma aku menyampah bila orang gunakan agama atau perkataan "ikhlas" untuk halalkan ketidakadilan. Padahal kau pemalas.

Ada sorang ni kata "Bagus Kak Di ada timbang rasa kat CT"

Ya, aku selalu cakap kat En Wan, aku nak jadi leader, bukan boss. Boss tu macam Mak Aji. Suka mengarah anak-anak buat itu ini. Standardlah mak-mak boomers memang macam ni. Aku tak berkenan dengan cara ni, tu pasal aku jadikan diri aku the first one to break that cycle.

Mak Aji punya style sebijik style typical boss yang mengarah anak buah buat itu dan ini. Dia nak semua perfect. Kalau tak perfect macam yang dia nak, dia akan marah. Tapi dia tak buat. 

Contoh, balik dari kerja dia akan kesat-kesatkan kaki kat lantai. Kalau rasa berpasir, dia marah. Itu tanda aku tak sapu rumah katanya. 

Padahal aku ni ada banyak kerja lain nak dibuat. 

Balik dari sekolah, makan. 
Lepas makan, sidai baju. 
Basuh baju and sidai baju. 
Kemas rumah, sapu atas bawah. 
Lipat baju. 

Abis homework aku bila nak buat? Bila aku nak study? 

Tu mujur takde aktiviti sukan petang. Kalau ada aktiviti sukan, tak sempat kemas rumah. Disuruhnya aku takyah pergi aktiviti sukan. Takde pekdah dia kata. Padahal bukan takde pekdah, tapi rumah takde siapa kemas.

Tu pasal Ima, walaupun homesick, dia tetap stay kat Kedah. Dia memang tak nak rumah. Aku ni pulak jenis tak sampai hati. Sebab aku tahu mak aku macamana. Karang dia stress, tak memasal bapak aku dengan Ibal yang dihaukkan.

Disebabkan suasana inilah yang buatkan aku bercita-cita, esok dah ada family, aku nak pakai maid. Aku tak nak berpenat sebab aku dah nampak akibat dari penat. 

Boleh je sebenarnya kalau tak nak penat. Tak yah buat kerja rumah. Biar bersepah. Tapi aku tak boleh dengan suasana sepah. Sebab aku dah dibiasakan duduk dalam rumah yang berkemas. Jadi, aku kena pakai maid.

Lagi satu aku tak suka serabut. Aku tak suka bingit. Sikit-sikit bising. Sikit-sikit bising. Semak. 

Everytime bermalam kat Bangi, aku and Ima yang masak-masak kat dapur. Nanti Mak Aji membebel "Mana si CT tak turun-turun dah pukul 12 ni. Apa dia buat kat dalam bilik?"

Aku cakap "Apa benda yang tak settle kat bawah ni, Ma? Semua benda Diana dengan Ima buat, kan. Biarlah dia nak duduk atas. Dia ada anak kecik. Kitorang sesekali balik biar kitorang handle dapur"

Aku tak kata aku kakak ipar yang baik. Tapi as anak, kita kena faham yang mak bapak kita akan favor kepada anaknya sendiri apa jadi sekalipun. 

So, bila mak kau cakap macam tu, dan kau tahu mak kau salah, jangan diam. Ni tak. Diam sebab takut nau derhaka kalau tegur mak tu. 

JANGAN JADI BENGAP!

Some anak, bengap. Bila mak dia kata gitu, dia pun sama naik mengapi-apikan "Betul, asik duduk dalam bilik je adik ipar tu. Bukan reti nak tolong"

Aku ni tak kiralah dengan siapa pun, kalau tak betul, aku akan bersuara. Kalau kau tak nak buat, jangan buat. Takyah bising. Kalau kau rasa memasak untuk satu rumah tu beban, kau anak-beranak keluar makan kat luar. Tinggalkan adik ipar kau and keluarganya pandai-pandai cari makan sendiri. Simple.

Dulu masa mok duduk Tganu, kalau mok masak, aku tolong. Kalau aku tak sempat tolong, aku tapau makanan. 

En Wan suka pagi-pagi ajak keluar gi town, makan-makan, shopping. By the time balik, selalunya mok dah siap masak lunch. Kalau waktu lunch aku masih di town, aku standby tapau KFC, kadang A&W. Paling tak, tapau pulut lepa and roti paung. BELI LEBIH! Tak pernah lagi beli setakat nak makan anak-beranak aku je. Aku pastikan beli lebih sebab ramai nak makan dalam rumah tu.

Ni tak, asal waktu masak je, semua kau nak arah berlonggok kat dapur. Bukannya banyak nau kerja kat dapur tu yang sampai semua-semua nak berkampung dalam dapur. Aku dengan Ima masak lauk raya open house, berdua je. Helok bertahun-tahun sampai sekarang. Tak pernah lagi lauk raya tak siap. Tak pernah ketuk pintu bilik CT kejutkan suruh tolong masak. 

Kalau aku bangkit dulu, aku buat sorang-sorang kat dapur. Buat mana yang sempat. Tak kuasa aku nak naik atas gendang pintu bilik Ima and CT. Kau nak bangun, bangun. Tak nak bangun sudah. Apa yang aku sempat buat, kita makan.

Aim aku nak lead. Bukan nak jadi bos-bos. Setakat ni nampaknya aku berjaya lead adik-adik bab ni. Dah jadi habit yang difahami. Kalau aku sampai rumah Mak Aji lambat, Ima akan start masak dulu. Nanti part aku, aku sambung. Takde siapa yang akan merungut kalau tiba-tiba kena masak sorang. Sebab leader-nya pun tak kisah kalau kena masak lone ranger kat dapur. 

Cuma kalau aku tengah masak tiba-tiba Mak Aji turun, aku berdoa adik-adik aku turunlah cepat. Sebab aku perlukan backup. Dia konfem akan kondem cara aku masak. Hat tu je yang aku tak tahan.