Pages

2026-07-08

c-Drama: Gossip Johnny and Dilreba muncul balik.


Tibalah masanya aku cerita apa gossip HANGATTTTT kat Weibo. Aku peram cerita ni dari last week semata-mata nak tengok game puak-puak ni.

Dimulakan dengan cerita ini:

Tak semena-mena gossip Johnny and Dilreba muncul balik. Tak tahu hujung pangkal.Last year kemain lagi puak-puak ni kata "Lega, Johnny and Dilreba takde apa-apa". Eh tau-tau after a year, naik balik gossip ni.

Gossip between Johnny and Dilreba ni aku syak takkan pernah habis. Padahal tahun lepas masa video Johnny dicandid dengan sorang perempuan dalam gym, kemain lagi puak-puak ALICE mengutuk Johnny. 

Konon Johnny selama ni memang ada girlfren tapi menggunakan Dilreba as shield supaya orang masih ingat dorang berdua ber-couple. Motif?

Pastu kononnya Johnny sengaja tak nak buat official statement pasal gossip dengan Dilreba sebab nak tumpang populariti Dilreba.

Lahhhh. Tiberrr.

Helloooooo..this is Johnny Huang Jingyu you are talking about. Dia tak perlu ride populariti sesiapa. Dan tak hadap pun jadi popular macam traffic actor.

Kisahnya, ada sorang ni yang mengaku tahu cerita di sebalik gossip Dilreba and Johnny. Dia ni katanya someone dalam circle Dilreba. Dia kata Dilreba and Johnny memang bercinta that's why satu-satunya gossip yang Dilreba (agensi) tak pernah deny adalah between dia dengan Johnny. Dorang berdua bercinta masa filming Love Designer tahun 2019 (drama tu release tahun 2020).

Well, make sense apa dia kata. Sebab gossip Dilreba dengan Yang Yang, dengan Gong Jun and a few yang lain dengan pantasnya agensi deny. Hanya gossip dengan Johnny je tak pernah buat sebarang statement.

Jangan tanya why Johnny tak deny. Johnny memang tak pernah bukak mulut pasal private life dia. Berbanding Dilreba, dengan pantas her agency deny any relationship selama ni. Jadi sekarang, patutnya netizen pushlah agensi Dilreba buat statement, kenapa mesti desak Johnny?

Johnny ni bergerak sendiri, tak duduk bawah mana-mana agensi. Takde kepentingan untuk dia explain apa-apa yang tak perlu dia ambil tahu. Dilreba lain. Dia aset agensi. Sebab tu agensi dia cepat je deny segala bentuk relationship untuk maintain rating. The question now, apesal gossip dengan Johnny, semua diam?

Kat situ pun dah sesuatu, kan.

Pastu that man yang buat video tu kata sepanjang Johnny layan Dilreba bercouple, Dilreba dilayan dengan sangat baik. Dilreba sebenarnya dah ready nak settle down tapi Johnny punya schedule sangat full (yes, fans Johnny tahu schedule dia padat). Johnny belum boleh commit dengan marriage.

Katanya sepanjang bercinta masing-masing sibuk dan jarang dapat spend time together, jadi dorang break. Tapi break secara aman. Tak bergaduh dan takde berlaku sebarang keganasan. Maybe masing-masing ambil masa untuk diri sendiri. 

They broke up year 2024. Katanyalah.

Fans Johnny hentak kaw-kaw video tu. This is not about tak nak percaya, tapi MELUAT!!!!

Apesal now, takde angin takde ribut tetiba kau muncul buat confession gini? Masa Johnny kena kutuk macam nak rak dengan puak-puak ALICE, kau kat mana? Apesal now, ditengah-tengah suasana tenang and aman, takde ribut takde apa, tetiba kau muncul and confess bercerita balik hal lama, konon Johnny and Dilreba pernah bercinta and sepanjang bercouple Johnny layan Dilreba sangat baik.

WHY NOW??
Motifnya apa?

Now Johnny tengah aman. Job tak putus. Offer jadi ambassador big brands dah banyak. Tahun 2028 nak pi space. Tahun ni nominate buat kali kedua di Hundred Flower Awards. Kitorang fans aman-aman je follow aktiviti Johnny dari awal tahun sampai hari ni. Takde sebab tiba-tiba kau nak korek cerita lama. Siapa yang ride populariti siapa sebenarnya ni?

Bila korek-korek, rupanyaaaaaaaa…filem Dilreba yang terbaru tengah showing. Filem Kungfu Soccer (by Stephen Show). Ni kira kesinambungan Shaolin Soccer. Filem ni sambutan tak memberansangkan.

Walaupun nama Stephen Chow sangat strong, dan dia dikira legend, ditambah lagi dengan ada Dilreba dalam filem tu, opening period punya collection is only RMB500 million. Jauh beza dengan opening period Pegasus 3 (filem Johnny) RMB2.9 BILLION!

Pegasus 3 masih filem yang phenominal this year. Bagi aku RMB500 million opening takde la teruk sangat, tapi not at the level of Pegasus 3 lah.

Maka kisahnya sekarang, puak-puak fans Dilreba sedang cuba mencipta naratif dan membeli jiwa fans Johnny supaya fans Johnny rasa lega bila Johnny dipuji, lantas kami beramai-ramai support and promote filem Dilreba.

LAMBERTTTTT LAGI!!

Kita tak anti Dilreba. Kita tak anti sesiapa pun. Kita kekal berada dalam lane kita sendiri. Dilreba is fine. Cuma kita menyampah dengan fans Dilreba yang obsess, berlagak dan perasan bagus. Perasan Dilreba power sangat. Pirahhhh. Satu nomination prestige award pun tak pernah tersenarai, harap menang kat award undian peminat je. Lagi mau perasan Dilreba kau paling best. Plis!

Fans Johnny lansung tak berminat nak tahu samada gossip bercinta between Johnny and Dilreba tu betul or not. Dengan siapa Johnny bercinta pun takde siapa nak korek. Aktiviti Johnny kat lokasi and his achievements jauh lebih best untuk diambil tahu.

Johnny sentiasa “bekalkan” fans dengan marketing material dari job yang tak pernah putus-putus. Itu saja dah buatkan fans tak menang tangan nak cover. Takde masa dah nak kelebet personal life dia.

Mentang-mentang Johnny banyak break new record tahun ni, now baru kau realize kekuatan Johnny boleh tarik audience kan? Tak payah ada ramai fans pun. Nama dia je dah cukup tarik audience ke cinema. Sekarang baru nak puji? Ek takyahlah. Semak!

Hari tu aku nampak salah satu post kat IG. Orang ni screenshot data ni and tanya siapa Huang Jingyu? Kenapa Huang Jingyu berada dalam kelompok Xiao Zhan, Dilreba and Yang Yang. Boleh kalahkan Yang Yang lagi.

Aku senyum je baca. Nilah dia dak-dak international yang tak masuk Weibo. Dia sendiri tak tahu Yang Yang tu bukan hebat sangat pun. Dorang punya taksub sampai tak nampak dah orang lain. Dia rasa actor yang dia minat tu terpaling famous seantero dunia hanya kerana nama tu paling popular. Hampeh!

Pastu berani pulak question APESAL HUANG JINGYU BOLEH ADA SE-GROUP DENGAN DILREBA AND YANG YANG.

Seriously???

By the way list yang dia tepek tu bukannya ranking actor tapi HIGHEST VIEW IN A DAY SEMASA DRAMA TU DITAYANGKAN. Itu je. Bukan ada apa pun.

Contohnya drama The Thunder 102.71 juta. Ini adalah rekod view paling tinggi dari keseluruhan episod. Itu je. Benda macam ni pun nak compete and gelabah. Peghak.

Kalau aku tengok list tu aku nampak satu pattern je. Between Johnny and Yang Yang, Johnny lebih banyak dapat kepercayaan pengarah dan produksi sebab tu dia lebih banyak job. In other words Johnny lebih produktif.

Lagi satu, almost every year Johnny ada new projek. From 2018 sampai 2026, every year at least 1 drama. AT LEAST. Ada tahun yang dia ada 3 drama. However, produktiviti tak menentukan populariti. Yang Yang walaupun drama sikit, tapi viewsnya tinggi sebab dia traffic actor. Fan based dia sangat besar and he is known internationally. 

Johnny dramanya takde kat pasaran luar China, hanya local. However dia masih duduk sebaris dengan traffic actor. Tu pasal fans traffic actor meroyan bila nama Johnny dalam list yang sama dengan idol dorang.  

Ini senarai actors yang lahir tahun 1990-an. 28 orang ni yang famous, dan selalu disebut-sebut. 

Antara semua ni hanya Bai Yu and Johnny saja bukan traffic actor. Bai Yu macam Johnny tak banyak buat idol drama, lebih banyak buat drama-drama serious genre, sebab tu international fans tak kenal both of them. Padahal kat China Bai Yu among respected actors sebab acting dia bagus.

Dan antara semua actor yang listed above, sorang saja yang pernah nominated dalam Hundred Flowers Award.

Ini orangnya. Johnny Huang Jingyu.

Hundred Flowers Award ni macam Anugerah Filem Malaysia. Award paling berprestige kat China. Hanya dibuat setiap 2 tahun.

Setiap tahun China produce 600-700 filem. Maknanya lebih kurang 1200-1400 filem berebut untuk tercalon dalam Hundred Flowers. Imagine dari ribuan filem ni, hanya 6 finalist setiap category.

Johnny nominated 2 kali. Pertama kali tahun 2018. And second time this year. Dari senarai actors tadi, takde sorang pun berjaya ke Hundred Flowers Award, selain Johnny. Pastu kau dare nak question siapa Huang Jingyu dan kenapa dia ada dalam kelompok Yang Yang?? Eh kauuu.

2 kali nominated dalam Hundred Flowers is a serious business, ya. Kau disaring dari ribuan filem. Tahun ni Johnny nominated dalam kategori Supporting Actor melalui Filem Pegasus 3. Tapi male lead-nya Shen Teng tak berjaya nominated untuk Best Actor. Maknanya Johnny sorang wakil Pegasus 3.

Menang tak menang belakang cerita. Ceritanya sekarang idol kau nominated pun tak, lagi mahu kondem Johnny. Lempang mau?

Tu pasal fans Dilreba tetiba nak ride popularity Johnny. Alang-alang Johnny banyak recognition, tumpanglah sekaki. Gitu. 

Geli aku dengan fans Dilreba. Doranglah yang buatkan Dilreba punya drama and filem tak dapat sambutan. Sebab too protective. Semua benda dorang nak kongkong. Dilreba tak boleh itu tak boleh ini. Pemilihan male lead pun dorang kacau. Kalau Dilreba dikatakan akan berlakon sekian-sekian drama dan male leadnya dorang tak berkenan, dorang akan berkempen supaya agensi tukar male lead. Kau rasa??

Ce tengok fans Johnny, semua waras. Hari tu masa Love Song in Summer nak cari female lead,. dari Jin Chen, ke Bao, ke Wang Yuwen, last sekali Xu Ruohan. Takde sorang pun fans kisah siapa female lead. Kitorang cuma nak Johnny kekal je. Siapa pun gandingannya, we support. Itu baru namanya fans!

Masa gossip Dilreba and Johnny bercinta, Dilreba punya penampilan sangat santai. Masa tu fans dia kata Johnny abuse Dilreba sebab tu lah Dilreba stress and tak terurus. Boleh??

Pastu dorang kata Johnny jenis selekeh sebab tu Dilreba terikut-ikut tak jaga penampilan. Johnny bagi bad influence pada Dilreba. 

Semua benda kau kutuk. Now, tetiba nak puji-puji Johnny? Nak ihsan fans Johnny promote filem Dilreba. Memang taklah. Berharap video confession tu jadi viral, sekali kena hencap berjemaah. 

Kesian Dilreba. Fans punyalah ramai tapi tak function. Sebab apa? Sebab fans dia sibuk mengutuk orang lain. Orang nak jadi fans, kau pun nak. Tapi bengap. Patutnya jadi fangirl kenalah promote and market actor kau. Bukannya sibuk mengutuk dan memburukkan orang lain.

Yang benaunya ALICE masih tak puas hati tak dapat official statement from Dilreba samada betul or not Dilreba and Johnny pernah bercouple. Dorang ni nak Dilreba dengan Yang Yang. Sekufu katanya. Sama-sama popular, sama-sama cantik. Maklumlah Dilreba kan digelar Queen of China. Masalahnya, Queen kau tak nak kat kayu. Queen kau ada taste.

Dulu pernah tersebar satu video Johnny and Dilreba dalam scene kissing drama Love Designer. Behind the scene. Director dah kata “Cut!” dorang berdua masih kissing lagi. Macam nak kiamat Weibo. Tu pasal sampai sekarang ALICE demand answer. 

Aku tak nak kaji samada both of them pernah bercinta or not. Tapi dalam Love Designer dorang punya close tu lain macam. Cara pegang tangan, cara bersandar, eye contact pun lain. Ada satu scene tu nampak jelas tangan Johnny tersentuh dada Dilreba tapi Dilreba rileks je. Nampak dorang dah more than colleagues dalam drama tu.

Ce fikir. Apesal gossip dengan Yang Yang agensi cepat je deny?

Apesal gossip dengan Gong Jun cepat je deny?

Apesal gossip dengan William Chen and Lu Han boleh deny?

Apesal dengan Johnny sampai sekarang senyap?

Benda boleh pikir kot. Cuma fans Dilreba je denial. Samada dorang pernah bercinta atau tak, let them be lah! Kau bercinta boleh, orang tu tak boleh. Dilreba tu dah nak masuk 34 tahun. Dah patut pun kawen. Entah-entah dah kawen pun dengan Johnny, saja je dorang buat senyap sebab korang kan gila. 

Hakikat yang paling ALICE takut sebenarnya, dorang takut kalau Johnny memang satu-satunya lelaki yang pernah Dilreba suka. Itu yang dorang takut nak terima. Nak marahkan Dilreba tak boleh, so dorang alihkan hatred tu towards Johnny. Dia ingat Johnny tu biasher-biasher ke. Kalau Johnny tu biasher-biasher takkan la Queen kau nakkkkkk.