Pages

2026-06-23

Masalah rumah tangga orang kau takleh komen lebih-lebih sebab ujung-ujung kau yang nampak jahat.

Siapa follow kisah viral akak kerja McD ni?

Masa kes ni viral, ada orang mintak aku buat post. Dia kata kalau aku tulis memang sebijik-sebijik aku bagi. Dia nak tengok pandangan aku.

Betul. Aku kalau bagi memang sebijik. Hahaha.
Tapi aku dalam kes ni aku tak nak bagi sebijik kat lakinya, tapi bininya!

Aku tengok video dorang masa viral hari tu. Dari video pun dah tahu bukan sekali dua wife tu kena tengking. Dari cara anak tu menangis and takut-takut dengan bapaknya pun boleh tahu that’s not the first time bapak dia naik hantu.

Pastu berjujuk-jujuk netizen hencap si laki. Aku tak nampak netizen hencap bininya. 

Tup-tup keluar statement dari si wife, membacking suami. Hahahahaha.

Tu pasal aku cakap masalah rumah tangga orang kau takleh komen lebih-lebih sebab ujung-ujung kau yang nampak jahat. Dia sama dia elok je berbaik-baik lepas viral. Binawe.

Aku dah masak sangat dah. Zaman aku jadi Kak Sri Siantan kat blog, tempat orang mengadu hal rumahtangga dulu, berbuih aku nasihat orang yang mengadu hal suami. Eh ujung-ujung aku pulak nampak macam menghasut, dia sama dia berbaik balik. 

Dalam kebanyakan hal rumahtangga, perempuan yang dapat suami hauk memang always bertahan dengan marriage yang macam tu. Aku pun tak tahu kenapa. Maka, kau janganlah percaya post-post mengadu konon suaminya begitu begini. Takde maknanya dia bencikan suami. Ujung-ujung dia stay jugak. Pastu kau yang dikatakan meruntuhkan masjid. Kahkahkah.

Beria cerita laki dia malas kerja, panas baran, culas nafkah, curang, narsistik, manipulatif, takde tanggungjawab. Kita pulak jadi baran membaca. Tup-tup…”Saya maafkan dia sebab dia dah berjanji…” Hmmm pantatlah dua-dua.

Yang aku tak faham, buat apa kau mengadu, buat apa kau mengeluh kalau akhirnya tetap stay?

Kau dah canang satu dunia laki kau curang. Berepisod-episod kau punya merempan. Netizen pun dah terbakor. Cara bercerita tu macamkan benci sangat dah. Tak sampai seminggu rileks je dia kembali bersama. Siap dia katanya kita yang tak faham keadaan dia. Eh sia-sia kita bagi buah pikiran. Patutlah kejap-kejap laki kau buat hal balik, sebab kau pun takde pendirian. Eloklah tu sekufu. 

Manusia sangat kompleks makhluknya. Kadang dia sendiri tak tahu apa dia nak. Dia nak hidup happy and tenang. Dia tahu sumber keserabutan hidup dia adalah suami, tapi dia stay gak. 

Aku rasa sesiapa je yang ada masalah dalam relationship samada bercouple, bertunang atau berkahwin tahu apa yang patut dorang buat kalau betul-betul nak relationship yang healthy. Tadi aku baca sorang perempuan kata lagi 2 minggu nak kawen, dia putuskan tunang. Reasonnya, bakal suami terlepas cakap satu ayat yang dia takleh terima.

Ceritanya dorang tengah sembang-sembang pasal majlis yang nak berlansung tak lama lagi. Pastu si perempuan ni bagilah buah pikiran. Then si lelaki cakap “Rileks lah, you bukan contribute banyak pun yang nak bagi cadangan macam-macam”

Dia terus tersentap. That ayat hurts her so much. Dia kata alangkan belum kawen pun dah diperlekehkan bab contribution (money), seolah-olah kalau “aku bayar lebih, aku je boleh decide”. So dia dah nampak future lepas kawen nanti dia bakal takleh bersuara. Terus dia putuskan tunang and batalkan majlis.

Now that’s someone who truly knows what they want!

Tak kisahlah bercinta macam nak rak sekalipun, atau dah nak dekat sangat dengan tarikh kawen. Kalau dah rasa tak sedap hati, PLEASE JANGAN TERUSKAN.

Aku tahu decision ni berat. Selalunya kita akan fikir duit persiapan dah banyak habis, dah banyak masa and tenaga spent for this relationship, malas nak pikir dah. Better teeruskan je.

But darling, this is PERKAHWINAN. Komitmen ni sangat besar untuk diharungi sampai mati. Aku dulu kalau pikir pasal kesian, pikir masa dan tenaga, pikir “what if takde orang nak kat aku lepas ni?”, pikir “what if aku jumpa yang lebih teruk lepas ni?” — konfem aku teruskan je dengan si anu tu.

Aku ni orangnya jenis kuat bertahan. Dah endure macam-macam sejak kecil. Kalau setakat kena memendam sakit hati, telan rasa sedih, mengalah — ni semua aku dah immune. Sebab tu aku boleh bertahan dengan si anu walaupun 6 bulan pertama dah rasa tak selesa. I am glad dia pukul aku. I am glad dia tunjuk saiko dia. Sebab kalau aku tak kena hentak, mesti aku tak rasa perlu tinggalkan dia. 

Aku syak perempuan yang kena marah dek laki dia depan McD tu pun sama. Dah terbiasa dengan sikap suami suka marah-marah. Jadi bila suami tengking kat public, kita yang tengok ni terkejut sebab kita tak biasa dengan keadaan tu. Tapi dia siap boleh backing suami. Sebab? Sebab dia dah biasa bertahan.

That’s why aku suka dengan perempuan yang sanggup batalkan majlis kawen tadi. Dia tahu apa dia nak. Dia tak nak jadi slave dalam marriage. Sebelum apa-apa, baik blah.

Aku bila dah terkena dengan si anu, even dah bertunang dengan En Wan, aku masih mencari Mr Right lagi. Punyalah traumanya dengan si anu. Dia buatkan aku jadi terlampau berhati-hati.

Tapi logik kalau aku terlalu careful. Sebab bercinta depan mata, hari-hari jumpa pun, boleh kena tipu. Apetah lagi dengan En Wan yang tak sempat bercinta dan tak jumpa hari-hari. Lagilah aku kena berhati-hati, betul tak?

Dengan En Wan aku tak sempat bercinta normal macam orang lain. Pulak tu lepas bertunang, dia terus tak balik-balik Malaysia. So aku rasa aku perlu backup plan. Aku kena lebih berhati-hati. Manalah tau kalau yang ini pun hauk juga.

Aku bagi peluang diri kenal dengan orang lain. Tapi maybe dalam ramai-ramai tu En Wan juga better, so aku reject yang lain. Wahhhh gitu reject katanya!

Nak memilih pun takleh yang too perfect. Nak berlebih kurang pun biar yang kekurangannya kita boleh terima.

Antara yang aku kenal dulu, sorang lelaki asal Kuching, ex-UIA. Dia ada famili bisnes. Good looking. Muka dia ala-ala Danny X-Factor zaman muda. Bukanlah macam Danny X-Factor, tapi pesen muka gitulah, mix macam Pakistan-Arab. Tinggi. 

Aku malas dah nak cerita pasal ni. 
Aku nak cakap pasal memilih.

Masa tu aku dah bertunang, tapi still nak pilih yang paling sesuai untuk aku. Dari segi akademik, cara fikir, gaya, background family, rupa and common sense — tak banyak beza dengan En Wan. Dua-dua pun baik. Boleh je nak pilih mana-mana. Kahkahkah.

Tahap akademik, cara fikir, gaya, family background, rupa and common sense ni semua PENTING. Yang ni takleh tolerate. 

Aku tak nampak kekurangan yang obvious kat budak lelaki tu, cuma dia terlampau macam boifren dalam novel cinta type. Macam too nice, too caring, too sweet. Aku risau lama-lama aku rimas. Aku risau kepailangan aku hilang bila dimanja-manjakan sangat. Aku punya pailang ni adalah aset. Musti dipertahankan!

Dia macam too caring and too memanjakan. Aku nak ambik tisu pun “Eh takpe, I ambikkan”. Alaaaaa, dont do this to meeee.

Agak turn-off sikitlah. 

Bukan turn-off tau. Dia macam ...aku rasa tu tak real. 

Camana nak explain eh?

Macam ni. Masa aku final year stress dengan lab project, terperap 15 jam dalam lab DNA tak dapat-dapat, aku decided nak quit. Stress sangat masa tu. Stress sebab berbulan-bulan aku nak proofkan backteria tu ada X-factor yang buatkan dia bertahan dalam racun. Badan aku kalau lalu sebelah dah macam racun rumput! Punyalah berbulan mengkaji benda yang sama. 

Aku call En Wan nangis-nangis bagitau nak quit belajar. Masa tu dah bertunang. Aku mintak dia bawak aku ikut dia duduk Jepun. Aku nak kawen and duduk sana. 

Aku expect dia pujuk “Ok..okk. Saya book tiket awak datang sini”.

Tapi tak, gais.

“Kalau awak quit, tak rasa rugi ke belajar bertahun-tahun? Awak bukannya bodoh. Bukannya fail. Tak dapat lab result je. Awak cuma penat. Pergi mandi pastu tido. Esok pegi outing takyah masuk lab, takyah masuk kelas. Rehat. Dah ok baru masuk lab buat balik”

Gitu je dia hembus aku.

Bila aku compare En Wan dengan budak UIA tu, aku rasa maybe I am a type of person yang perlukan pasangan yang mencabar aku, bukan memanjakan aku. Budak UIA tu very nice, sumpah nice tak tipu. Tapi maybe aku tak perlukan someone yang too nice. Aku perlu someone yang always annoyed aku so that I become better. Jadi aku pun teruskanlah menunggu En Wan yang tak balik-balik Malaysia tu.

Ceritanya kat sini, kalau someonebuatkan kita kurang selesa, tak kiralah terlalu jahat atau terlalu baik, asalkan menyebabkan kita rasa kurang selesa, tinggalkan je lah.

Dalam kes aku dengan budak UIA tu, pepatah “Awak terlalu baik untuk saya” adalah benar 😆.

Sometimes bila dapat pasangan yang terlampau perfect, yang memanjakan, yang semua benda dia nak buatkan — boleh menjahanamkan diri kita juga. Bukan dia tak ok. Kita ni yang tak ok jadinya. 

Aku adalah contoh orang yang lagi dimanjakan, lagi dipuji-puji, lagi diberikan segalanya, akan lagi buat aku tak grow. Tapi janganlah sampai kau dapat pasangan yang bagi mental and emotional torture sepanjang masa. Jangan ingat relationship yang toksik tu kes pukul and dera je.

Kalau hari ni gaduh.
Esok menangis minta maaf.
Lusa berubah jadi too caring.
Seminggu baik, pastu gaduh balik.
Ghosting. 
Pastu baik semula...

The cycle berputar kat benda yang sama.

Bila dah biasa diselang-selikan dengan gaduh-baik-gaduh-baik, otak akan bagi respond saling tak tumpah macam orang ketagih dadah. Tak gaduh rasa tak lengkap. Tu pasal mangsa selalu cakap “Sebenarnya dia baik, kadang-kadang je dia berubah”

Kita orang luar tengok dia kena marah, kena tengking-tengking, jadi kesian sebab kita as orang luar cuma nampak bahagian buruk. Dia yang dalam marriage tu still ingat memori-memori yang sweet. That’s why dia bertahan.

Lagi satu, ramai perempuan d-brainwash-kan dengan kepercayaan isteri yang baik ialah isteri yang sabar. Diajar apa-apa pun kena taat, kena sabar. Mengadu hanya pada Allah, jangan pada manusia. Jangan bercerita nanti aib suami tersebar. Ujung-ujung keluar modal syurga di bawah reda suami.

Ya, betul. Taat, hormat, sabar. Semua betul. Tapi tengoklah konteks. Tak se-simple tu lah nak dapat syurga!

Tapi tu lah, dah dia yang nak bertahan dengan suami panas baran nak buat macamana, kan. Selagi dia tak mengadu atau mengeluh kat media sosial, kita peratikan saja drama dia. Aku kalau jenis yang tak mengeluh ni, ok lagi. Dia bertahan dalam diam. Bersabar dalam diam. 

Tapi yang jenis tak mampu bertahan, hari-hari mengeluh and bercerita buruk pasal suami, tapi kau masih lagi stay menggentel pelir yang sama, hat ni yang aku rasa nak .... eiiiiiii malas cakap.