Pages

2026-05-08

GreenAard: Nutrijuice TAK mencairkan plak kolesterol yang sedia ada. TAK ADA sebarang makanan, minuman atau supplement yang boleh cairkan plak dalam salur darah.


Semalam ada sorang ni tanya, dia ada terbaca somewhere katanya kalau kolesterol tinggi dalam badan, jangan makan ubat kolesterol. Sebab kolesterol yang tinggi bermakna badan tengah repair luka dalam salur darah. Katanya. 

Bunyinya macam logik. Kolesterol menempek pada salur darah. So salur darah yang luka-luka akan dibaiki oleh kolesterol yang menempek tu. Sebab badan kita ni bijak, ada sistem sendiri untuk baikkan kerosakan. Kolesterol tolong tampal mana-mana bahagian yang bocor.

Canteknya logik tu. 

Naratif ni memang sedap didengar, sounds convincing. Seolah-olah kolesterol tinggi bukan masalah sebenar, just a side effect of something bigger. Tapi realitinya tak se-simple tu, ya. Basic sains di sebalik idea tu, ada. Tapi too basic sampai jadi misleading.

Aku nak bagitahu. Kolesterol BUKAN penyakit. Badan kita memang needs kolesterol untuk jalankan banyak fungsi penting. Nak buat membran sel, nak produce hormon testosteron dan estrogen, nak buat vitamin D, etc. Even hati kita sendiri produce kolesterol everyday. 

Kolesterol memang tak jahat. Tapi, yang jadi isu bukan the cholesterol itself, but under what conditions it actually becomes a problem.

Dalam darah, kolesterol tak bergerak sendiri-sendiri. Kolesterol dibawa oleh kereta yang bernama LDL dan HDL. LDL ni kolesterol jahat sebab dia membawa kolesterol dari hati ke tisu badan, termasuk ke dinding salur darah. HDL pula kolesterol baik sebab dia bawa lebihan kolesterol balik ke hati untuk diproses dan dibuang.

Ok now aku nak masuk part repair luka tadi.

Pembentukan plak kolesterol dalam salur darah semuanya bermula dengan kerosakan pada lapisan salur darah. Lapisan salur darah penting sebab dia kawal aliran darah. Bila salur darah rosak, badan akan aktifkan macam-macam cara to repair it.

Apa yang menyebabkan kerosakan ni?

Banyak.

Kalau blood pressure kau konsisten tinggi, dinding salur darah boleh rosak.

Kalau blood sugar konsisten tinggi, salur darah boleh mengeras dan rosak.

Kalau kau smoker tegar, bahan toksik pada rokok boleh rosakkan lapisan salur darah.

Lifestyle yang tak healthy, makan banyak lemak yang tak sihat, banyak makan manis - ni semua akan rosakkan salur darah dalam jangka masa panjang.

Bila lapisan salur darah rosak, badan akan hantar sel-sel imun ke situ. At the same time, LDL (kolesterol) dalam darah menyelinap masuk. This is where it gets interesting and often misunderstood.

LDL yang masuk ke dalam dinding salur darah akan ter-oksidasi. Bila dah ter-oksidasi, LDL jadi tak normal. Badan akan anggap ia sebagai benda asing. Sistem imun akan serang LDL tersebut. Sistem imun akan berkumpul dan makan LDL rosak ni. Pengumpulan sistem imun membentuk plak.

Kat sinilah orang kata “Nampak tak? Kolesterol datang kat kawasan yang rosak untuk me-repair”

No. That’s not the full picture. 

LDL tu bukan dihantar untuk tampal luka. Itu LDL yang dah rosak. Itu lebih kepada keadaan di mana LDL yang berlebihan dalam darah, ditambah dengan keadaan salur darah yang rosak, creating a condition where LDL gets trapped and starts the inflammation process.

Dalam bahasa mudah, kolesterol yang menempek tu bukan menyelamatkan keadaan. It’s more like, under certain conditions, can contribute to a problem that keeps growing.

Dia macam ni. Imagine kalau paip rumah kita ada bocor, dalam masa yang sama air yang mengalir sangat banyak dan bertekanan tinggi. Air tu sendiri niatnya bukan nak rosakkan paip, tapi dalam keadaan macam tu, dia boleh mempercepatkan kerosakan. 

Boleh faham analogi ni?

So, selepas plak terbentuk, lebih banyak sel imun datang, lebih banyak kolesterol terkumpul, dan akhirnya terbentuk plak yang lebih besar. Plak ni tak stabil. Ada risiko untuk pecah. Bila pecah, it can trigger pembentukan darah beku that may completely block the blood vessel. Inilah punca kepada heart attack or stroke.

Jadi, back to soalan asal betul ke kolesterol tinggi membantu badan merepair luka dalam salur darah?

Jawapannya, TAK TEPAT.

It's true kolesterol terlibat dalam repairing tapi kalau kolesterol terlampau tinggi dia akan jadi punca kepada penyakit lain pulak. 

That's why tahap normal kolesterol adalah below 5.2 m/mol, bukannya 0. Maksudnya, badan masih perlu kolesterol, tapi kalau kolesterol kau lebih dari 5.2 m/mol, itu kena turunkan. Sebab tu doktor suruh makan ubat. Bukan untuk turunkan kolesterol sampai ZERO, tapi nak turun sampai tahap normal saja.

Same goes to our Nutrijuice. Kalau kau dah capai normal reading, nak stop silakan stop. Takde keperluan pun nak makan sampai kolesterol terlalu rendah.

Kena monitor bacaan LDL. Sebab bukan semua LDL sama. Ada partikel LDL yang lebih kecil yang lagi senang masuk dalam dinding salur darah dan lebih mudah teroksida. Banyak makan manis dan makanan bertepung (mee, roti, kek) akan naikkan LDL jenis ni.

Ni lagi satu masalah dengan pengguna aku nak cakap, especially yang beli GC Plus and Nutrijuice. 

Yang makan GC Plus. Aim untuk dapatkan ukuran lilitan pinggang BAWAH dari 31 inci. 31 inci is borderline. Kalau ukuran pinggang kau dah capai 30 inci, nak stop GC Plus, silakan. Tapi kena jaga makan. However kalau nak teruskan GC Plus takde masalah, cuma progressnya akan jadi sedikit slow sebab badan dah IDEAL WEIGHT. Melainkan kau tak nak ideal weight, nak kerempeng, maknanya kau kena bersabar dan berdiet ekstrim.

Yang makan Nutrijuice. Aim untuk dapatkan bacaan di bawah 5.2 m/mol. Kalau dah capai 5.0 m/mol, itu dikira normal. Nak stop Nutrijuice boleh, tapi kena jaga makan. Kalau nak teruskan boleh juga tapi tak payahlah aim sampai ZERO bacaan tu. Kolesterol tak boleh zero. Nanti kau menopos awal tak ke naya?

Nutrijuice TAK mencairkan plak kolesterol yang sedia ada. TAK ADA sebarang makanan, minuman atau supplement yang boleh cairkan plak dalam salur darah. Tu pasal doktor buat angioplasti (balloon + stent) untuk bukak semula salur darah yang tersumbat dek plak. Letak stent so that salur darah kekal terbuka.

Ubat statin dan Nutrijuice cuma stabilkan kolesterol dan kurangkan development of plak, bukan mencairkan. Tu pasal kita kena maintain bacaan kolesterol normal, supaya tak menambahkan lagi pembentukan plak baru sebab kita tak tahu sejauh mana salur darah kita dah ada plak.