Hari ni pagi-pagi dah dikejutkan dengan pertanyaan "Ada customer tanya kita ubah flavour Maaltyd ke?"
Eh, mana ada? Kenapa?
Customer hantar gambar Maaltyd yang dia baru dapat ni warnanya hijau, bukan oren.
Oh terkejut semua. Aku je yang tak terkejut.
Ingat tak hari tu aku cakap Maaltyd yang baru ni, yang kita tambah powdernya dari 10 gram ke 15 gram, sebenarnya kita tambah kuantiti fibernya? Disebabkan itu, memang ada kemungkinan warna Maaltyd berubah-ubah, walaupun formula masih sama.
Actually ini sebenarnya benda yang agak common dalam produk yang menggunakan banyak bahan semula jadi. Ramai orang ingat kalau formula sama, maka warna dan rasa mesti 100% sama setiap batch. Hakikatnya, bahan natural tak behave macam bahan sintetik dalam lab.
Maaltyd ada wheat germ powder, flaxseed powder, psyllium husk, white kidney bean, hoodia gordonii extract, garcinia dan orange flavour. Majoriti ingredient dalam Maaltyd are ekstrak tumbuhan. Ekstrak bahan semulajadi sangat dipengaruhi oleh temperature, udara, humidity and sumber bahan mentah tu sendiri.
Ada satu benda yang ramai salah faham, iaitu orange flavour. Orange flavour BUKAN bermaksud warna produk wajib oren. Orange flavour sebenarnya cuma flavour compound. Bahan yang bagi bau dan rasa citrus/orange. Bukan pewarna. Kalau produk tu tak guna strong artificial colouring, so the final color is more influenced by warna natural ingredient lain dalam formula.
Bila flavour citrus kurang dominant due to small changes pada oxidation atau hydration, otak kita mula interpret rasa tu sebagai flavour lain. This is actually normal dalam food chemistry. Kadang-kadang bila ada sikit tart note, herbal note atau sour-green note daripada tumbuhan, otak kita akan associate dengan green apple walaupun langsung tak ada apple dalam formula.
Satu lagi, natural batch variation. Hat ni PALING BIASA berlaku dalam mana-mana produk natural. Contohnya tumbuhan yang diharvest pada musim berbeza, atau dari source berbeza, atau moisture level berbeza, boleh bagi perubahan pada warna dan rasa. Sebab tu produk natural susah nak dapat 100% identical setiap batch macam produk ultra-processed atau synthetic drink.
Kalau tekstur still normal, bau masih ok, tak berkulat, tak bau tengik dan overall flavour masih normal, color changes are usually more related to the natural properties of plant-based ingredients and mild oxidation, bukannya formula berubah atau produk rosak.
Ramai dah terbiasa dengan produk ultra-processed atau synthetic yang warnanya always konsisten sebab gunakan artificial colouring. Even Gloei and Nutrijuice pun bertukar warna banyak kali. Kejap oren, kejap macam merah-merah sikit. Bezanya, Gloei takde herbs and fiber macam Maaltyd, jadi tak berlaku perubahan warna ke hijau. Hakikatnya, any produk yang guna ekstrak tumbuhan semula jadi, warna boleh berubah antara batch walaupun formula dan suppliernya sama. Because plants are not machine-made materials.
Contoh paling mudah garcinia. Ini bahan utama dalam GC Plus, dan ada dalam Maaltyd juga.
Buah garcinia yang dipetik sewaktu dia terlebih masak can have slightly different levels of pigments, sugars, organic acids, and polyphenols berbanding buah yang dipetik separuh masak. Bila bahan tu diproses menjadi ekstrak atau serbuk, the differences in the original composition can affect the final color of the extract.
Dalam kes batch Maaltyd yang baru ini, puncanya adalah Garcinia.
Seharian aku kat lab today untuk sama-sama tunggu QC check phytochemical profile raw material. Batch Maaltyd kali ni gunakan batch garcinia yang baru. Kita order 300 kg setiap batch. So, this time pakai new batch of garcinia. Nak tengok garcinia yang baru ni macamana?
Inilah warna garcinia batch baru. Coklat sikit. No wonder warna Maaltyd dah 2 batch berubah.
Ini hasil comparison tadi. Batch Maaltyd May 2026 (kiri) dengan batch March 2026 (kanan).
Tak jauh beza, masing-masing kehijauan juga cuma May ni lebih gelap.
Ya, sayang. Maaltyd sangat laju stok jalan. Tak sampai 2 bulan memang kena run new batch.
Ini comparison powder (sebelum dibancuh) antara batch Maaltyd March 2026 dengan batch May 2026.
Nampak perubahan sikit.
Dalam sains tumbuhan, ini normal sebab pigmen semula jadi like klorofil, carotenoids dan polyphenols memang sensitif pada kematangan tumbuhan. Buah Garcinia yang terlebih masak biasanya ada degradasi klorofil berbeza. Sebab itu warna ekstrak boleh jadi lebih gelap, lebih kehijauan, lebih oren atau lebih kusam walaupun datang daripada tumbuhan yang sama.
In Maaltyd kes, batch baru garcinia punca warna berubah.
Dalam industri supplement, supplier boleh supply bahan yang sama tapi daripada batch processing yang berbeza. Maksudnya, walaupun nama bahan sama, dia datang daripada hasil pemprosesan yang baru menggunakan hasil tanaman baru. Jadi secara natural akan ada batch-to-batch variation.
Yang penting kita masih gunakan active compound yang still in the same specification. Fungsi bahan masih sama, takde contamination and lulus QC. Selagi parameter utama seperti macam rasa, bau, kandungan aktif dan keselamatan masih dalam range yang ditetapkan, produk itu selamat digunakan.
Ni macam kau beli kunyit hidup. Ada kunyit warnanya lebih terang, ada yang pucat, ada yang terlebih oren. Padahal semuanya tetap kunyit. Tetap ada bahan aktif curcumin. That difference comes from the plant’s natural growing factors, bukan bermaksud kunyit tu rosak atau fake.
Tapi jangan pulak salah faham bila warna Maaltyd berubah seolah-olah takde standardization.
Standardization bukan bermaksud warna mesti sama atau rupa mesti identical. Bukan. Standardization lebih fokus kepada kandungan bahan aktif, safety of the product, purity, fungsi, microbiological safety and consistency dalam range yang dibenarkan. Selagi HCA (hydroxycitric acid) dalam Garcinia dalam spesifikasi yang ditetapkan, walaupun warna ekstrak berbeza, takpe.
Kau minum kopi pun gitu juga. Biji kopi datang dari pokok yang sama pun warna boleh berbeza, bau boleh berubah sikit, rasa pun lain sikit. Ni semua bergantung pada musim, cuaca dan roasting batch. But it’s still considered coffee that meets certain quality standards.
Dalam industri natural products macam kebanyakan produk GreenAard, warna is only one of the physical characteristic. Kita ada acceptable range untuk warna, bukannya satu warna saja. Kalau nak produk yang warnanya sentiasa identical setiap batch, biasanya kena pakai artificial colouring or heavily process ingredients so that semua seragam setiap batch.
Perubahan warna daripada oren kepada hijau, it's normal untuk customer rasa pelik. Dari sudut psikologi pun, otak kita expect orange flavour = warna oren. Jadi bila nampak hijau, automatik orang akan fikir formula berubah atau ada something tak kena. Tapi dari sudut sains, perubahan macam tu memang berlaku dalam mana-mana produk berasaskan tumbuhan, especially bila warna asal produk bukan datang daripada pewarna oren, tetapi hasil campuran natural ingredient.
Dalam formula Maaltyd, takde bahan yang secara semula jadi yang boleh bagi warna oren terang macam artificial food colouring. Yang ada cuma campuran wheat germ, flaxseed, psyllium, white kidney bean, garcinia dan hoodia extract. Kebanyakan bahan ni secara natural produce warna beige, oren, coklat kehijauan, olive atau hijau kusam bila dibancuh dengan air.


