Pages

2026-05-12

Bila kita sedar diri, kita akan belajar fokus pada macamana nak improve hidup. Bukan sibuk marah kenapa orang lain hidup lebih senang.


Post aku pasal didik anak tu, banyak betul request susulan. Tak terkejor aku, tapi soalan-soalan semua best untuk aku buat post. Nantilah ada masa sis cuba.

Hari ni nak jawab satu DM. 

This mother kata anaknya di boarding school. Cabaran sangat bila anak-anak T20 makan kat cafe, order Grab setiap weekend, barang semua mahal-mahal. Anak-anak yang kurang berkemampuan rasa tersisih. Anak dia pun dah pandai demand sekarang.

Mother, apa aku cakap ni, kalau boleh pakai, pakai. Kalau tak nak pakai, isokay. Ini perspektif aku sebagai anak B40 di tahun 80-90an. 

Aku bekas pelajar TKC, boarding school premier untuk anak-anak elite and cream. Maka aku rasa perspektif aku boleh dipakai sebab aku ada pengalaman yang sama.

Masa aku kat TKC, dorm kitorang ada a few anak orang kaya, termasuklah anak Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tambychik. Anak dia nama Zetty Juyanti. Dalam dorm yang sama ada anak-anak B40. Antaranya aku, classmate aku masa Darjah 6 (kitorang dari sekolah yang sama dapat ke TKC), sebelah katil aku budak Johor anak yatim, depan katil aku budak Sarawak. Ni muka-muka B40 ketika tu. Dulu kasta ekonomi belum wujud, tapi kita boleh tahulah mana B40 mana T20.

Berkawan tak aku dengan anak-anak T20? 
Yes, berkawan.

Rapat tak? 
Tak.

Why tak rapat?

Sebab aku yang B40 ni SEDAR DIRI. 
Itu kata kuncinya, SEDAR DIRI.

Kita kena faham, budak-budak T20 ni bukan sombong, tapi frekuensi kita (aku) dengan dorang tak sama. Dorang nak berkawan dengan aku 24/7 nak sembang apa? Lifestyle aku dengan dorang berbeza. Aku tak join piano class. Aku takde bahan bacaan. Aku tak pernah vacation. Aku takde barang-barang mahal. At least kalau dorang berkawan sesama T20, dorang ada benda nak disembangkan.

Dorang boleh sembang pasal kelas piano, bincang pasal chord, music notes.

Dorang boleh sembang level berapa swimming class, kat mana beli equipment.

Dorang boleh sembang pasal kaset the latest (umur 13 tahun dah ada mini compo ya! Dah ada duit beli kaset).

Dorang boleh sembang pasal buku-buku cerita yang dorang baca and follow.

Dorang boleh sembang pasal latest items they bought. Garfield bag, stationary, kasut..etc.

Kita ni kena sedar diri dan ada timbang rasa juga. Jangan pikir kita je, kena pikir juga dari tempat duduk anak-anak T20 tu. Sekarang pun, kau rimas tak berkawan dengan orang yang tak sefrekuensi? 

Macam aku, aku takleh masuk dengan orang yang suka sembang berbasa-basi. Aku akan jadi pendiam otomatik. Kalau suka bersembang deep talk, aku layan.

Ini benda yang orang sekarang susah nak terima sebab sekarang semua benda dilihat dari sudut inclusion. Everyone should fit in. Kalau tak ajak, maksudnya toksik. Kalau tak ngam, maksudnya sombong. Aaa gitu pemikiran orang sekarang. Padahal manusia memang naturally berkumpul ikut frekuensi, ikut minat, ikut lifestyle, ikut exposure. Cara hidup yang hampir sama selalunya ada mindset yang sama.

Perasan tak kenapa orang yang have-have tend to have to the same circle? Lepak at the same cafe. Meet people yang level serupa. Why? 

Sebab lagi mudah untuk dorang. Dorang nak bersembang kayangan pun takde siapa kata dorang bragging sebab sama-sama di frekuensi yang sama. Cuba dorang tu duduk dengan marhaen. Konfem jadi bahan umpatan. Dikatanya bragginglah, maintenance tinggi la, high taste-lah.

Aku pernah cerita kan, masa kat TKC anak-anak orang kaya ni balik outing bawak KFC. Yang aku bawak ayam goreng drumstik seketul dari rumah. Tapi kitorang makan sama-sama. Kitorang berkawan tetap berkawan, cuma tak rapat. 

Aku sedar aku datang dari keluarga biasa-biasa. Jadi bila budak-budak T20 makan bersama, aku join tapi bawak makanan aku sendiri. Takde de aku nak kecik hati tak dapat KFC. Sometimes kita yang buat teruk situasi kita. Padahal takde apa sangat pun.

Kesedaran diri tu sangat penting. Bukan maksudnya merasa diri tak layak, tapi kita kena faham yang tak semua ruang ngam untuk kita. Kadang-kadang bukan orang tak suka kita, cuma dorang lebih connect dengan orang yang ada common ground yang sama. 

Bila dorang sembang pasal kelas piano, swimming lesson, holiday overseas, buku imported, latest gadgets - kau nak menyampuk apa? Kau tak menyumbang kepada conversation dorang pun. Dorang tu nakkan input. Kalau kau hanya melopong kat tepi, tak terasa ke yang kau menyemak kat situ?

So macamana aku fit in?

Jadi pandai. Itu saja caranya.

Dorang ni budak kaya dan pandai. Aku berada di sekolah yang sama, maknanya aku pun pandailah, kan. Tapi aku tak kaya. Jadi, gunakanlah apa yang kita ada untuk berkawan. Score at least satu subjek, kau PASTI dapat attention. Sebab manusia akan cari kawan yang se-frekuensi. Same goes to budak pandai, dorang akan cari kawan se-frekuensi.

Disebabkan aku ada pengalaman nilah, aku dapat advice Redza benda yang sama masa dia kat Langkawi. Redza gemuk awal-awal masuk sana dulu. Dia call bagitahu orang tak nak kawan dengan dia sebab dia gemuk. Aku senyum je. Well, ammak ada pengalaman yang sama, nak. Ammak kau dulu dengan miskinnya, dengan hitamnya. Complete jadi bahan kutuk.

Aku cakap kat Redza, kau kena jadi pandai. Tak dapat kawan yang kaya, atau kawan yang cantik, at least kau akan dapat kawan yang pandai bila kau pun pandai. At the same time, jadilah cantik. Kalau kita dah tahu orang tak nak kawan dengan kita sebab kita gemuk, so jadilah kurus. Apa susah. Sejak dari tu setiap petang dia jogging 4 round maktab. Maktab Langkawi tu besar nak mampus, tahan dia round 4 kali everyday.

Ceritanya, kalau kita jadi T20 esok, dan nak berkawan dengan semua orang tak kira kasta, itu pilihan kita. Tapi kita TAK boleh expect T20 berkawan dengan kita yang B40 kalau dorang lebih selesa berkawan sesama dorang. Kita nak berkawan dengan dorang, kita kena upgrade. Kalau takleh upgrade, berlapanglah dada. Cari geng sendiri. Berkawanlah dengan orang yang bila bersembang, kau tak rasa penat nak catch up.

Ingat tak aku pernah cerita aku di-invite ke birhday party kawan sekelas masa Darjah 6? Yang aku takde apa nak bagi, aku bagi pensil 2 batang dengan pemadan bungkus dalam kotak TAC balut dengan kertas minyak?

That kawan ada complete pakej. Cantik, kaya, pandai. Kitorang sekelas, berkawan tapi tak rapat. Dia rapat dengan sorang lagi kawan yang sama-sama pandai dan kaya. 

Terkejut aku bila dapat invitation dari dia. Padahal kawan-kawan yang se-group dengan aku tak dapat invitation tu. Aku dapat. Tu pasal aku takut-takut nak datang pada mulanya sebab aku takde geng. Tapi disebabkan aku curious nak tengok birthday party orang have-have, aku datang.

Party dia grand. Semua dalam tu ikut tema princess. Aku je datang dengan baju kurung. Tapi aku ada alasan sebab aku datang dari tempat tusyen. Baik budaknya, siap kenalkan aku dengan mak dia. Mak dia cantik. Lawyer. Rumah besar.

Masa tu aku realized, aku ada satu benda yang se-frekuensi dengan dia. Aku tak kaya, aku tak cantik. Tapi mungkin aku pandai. Maybe itu point yang aku ada yang buatkan dia anggap aku kawan.

Tahun depannya, kitorang Form 1. Aku dapat TKC, dia tak dapat. Rupanya kakak sulung dia di TKC juga, Form 5. Everytime dia visit kakak, dia akan ke lounge Mahsuri (blok aku) untuk jumpa aku sama. Selepas 6 bulan aku quit, masuk sekolah harian. Dapat satu kelas dengan dia. Jadiklah kitorang kawan sekelas balik. Lepas SPM dia fly ke US.

Hari ni, ramai parents cepat sangat terasa hati.

“Anak saya disisihkan, cikgu pilih kawan dia sebab kawannya anak somebody”
“Budak kaya bagi influence yang tak baik”
“Circle elite, sekolah elite, ramai parents datang pakai BMW, Benz, Alphard..”


Apa kaitannya? Itu cuma perbezaan lifestyle and exposure.

Pernah dulu viral someone kata influencer kalau buat event akan ajak geng-geng dia je. Tak ajak pun customer/follower yang support them selama ni. 

Ni la contoh mindset B40. Hanya kerana dia pernah beli produk Hamba Allah tu, maka dia anggap layak jadi kawan. Padahal Hamba Allah tu berkawan dengan geng-geng dia sebab geng-geng dia ada same lifestyle. Ada same field of work. Ada same experience. Dorang berkawan baik sebab they can share hal-hal yang serupa. 

Kita parents kena ajar anak yang hidup ni tak semestinya semua orang akan klik dengan kita. That's normal. Kalau kita asyik sumbat anak dengan mindset "Kalau dorang tak include you, maknanya dorang jahat”, your kids akan membesar jadi orang yang kuat sentap, mudah terasa, merasa diri victim 24/7, sentiasa salahkan orang lain dan always nak orang lain consider situasi dia. Padahal in realiti, kita semua memang berkawan ikut energy, minat, lifestyle, pengalaman dan mindset.

And one more thing, sometimes anak-anak B40 ni bukan kalah kat duit, tapi kalah kat confidence. Hakikatnya, ramai budak kaya ok je. Dorang tak kisah pun kita pakai apa. Dorang tak kisah pun kita ada apa. Dorang hanya kisahkan apa yang dorang pakai dan apa yang dorang takde. Yang buat kita rasa tersisih dan serba takde adalah mindset sendiri. Dapat pulak mak bapak yang poor mindset, memang ke laut dalamlah anak tu. Tu pasal orang kata B40 mindset will breed B40 mindset walaupun anaknya dah banyak duit.

Bila aku bercerita dengan En Wan pasal situasi aku dulu, En Wan pernah tanya macamana aku survive bersekolah dengan anak-anak Prof yang obviously lifestyle-nya jauh beza dengan aku. 

Aku cakap sebab aku sedar diri. Kesedaran diri tu banyak selamatkan aku daripada rasa dengki, bitter dan menyalahkan semua orang. Bila kita sedar diri, kita akan belajar fokus pada macamana nak improve hidup. Bukan sibuk marah kenapa orang lain hidup lebih senang.