Pages

2026-05-17

Bagi aku, "menjadi emak" dan "berpenat-penat sebagai emak" adalah dua benda berbeza.


Dia menangis sebab PENAT. Dia menangis sebab dia LOST. Dia menangis sebab dah tak dapat enjoy benda-benda yang dia pernah enjoy masa single dulu. Itu punca dia menangis!

Kadang some orang lelaki mengeluh bila perempuan (isteri) menangis kononnya sebab benda-benda kecil. Sebab telur. Sebab nasi. Sebab anak mintak makan sikit daripada pinggan dia. Dengan anak pun berkira katanya.

Tak, bang. Itu bukan puncanya. Isteri menangis tak selalunya datang daripada SATU kejadian. Selalunya datang selepas BERIBU kali kejadian, beribu kali penat, beribu kali memendam dan bersabar.

Kalau setakat telur kicap tu, boleh goreng sebiji lagi. Kalau setakat nasi, boleh tambah lagi. Bukan makanan yang jadi punca tapi buat pertama kali dalam HARI ITU, dia ada something yang dia nak untuk diri sendiri.

Seorang isteri dan emak, doranglah bangun paling awal dari semua orang. Bangun-bangun terus pikir nak masak apa untuk breakfast. Pastu basuh baju. Kemas rumah. Kejar anak mandi. Pastikan semua orang makan. Kalau isteri tu bekerja, sambung pulak dengan kerja kat ofis. Balik rumah, sambung shift kedua. Anak nak itu ini. Suami lapar. Rumah berselerak. Malam baru boleh duduk. Itu pun kadang sambil lipat baju, sambil gosok baju. Sepanjang hari itu, almost semua benda yang dia buat adalah untuk orang lain.

Makanan sedap?
Bagi anak dulu.

Lauk sikit?
Bagi suami makan dulu.

Penat? Demam?
Tetap dia juga bangun bila anak menangis.

Orang perempuan ni pelik sikit. Dia boleh tahan lapar. Dia boleh tahan penat. Dia boleh tahan tak cukup tidur. Tapi kalau dah terlampau lama hidup berkorban untuk orang lain, sometimes kerana nasi telur kicap pun dia boleh jadi tawar hati.

Nampak je macam cuma nasi telur kicap, tapi itu maybe comfort food dia. Mungkin itulah first time dalam hari tu dia teringin something. That lemon ais adalah reward untuk diri sendiri after seharian jadi mak and isteri.

Bila aku baca post-post keluhan macam ni, aku LEGA dah buat decision yang tepat untuk diri aku semasa muda dulu, iaitu ambil maid. 

20 tahun dulu aku berblogging umur 20-an. Zaman tu sama je macam zaman sekarang, ramai mak-mak muda tengah bersemangat menjadi emak. Semuanya nak buat sendiri, nak jadi terpaling mak. Orang macam aku yang opt for helper akan dikecam sebab katanya "Orang beranak kau pun nak beranak, tapi tak nak jaga anak!" Gituuuu dia bagi aku.

But, LIKE I CARE? 

Aku tahu apa aku nak. 

Kau nak anak, aku pun nak anak. Kau nak jadi terpaling mak, aku tak nak. Aku nak jadi emak, tapi tak nak berpenat-penat. So we are not the same.

Bagi aku, "menjadi emak" dan "berpenat-penat sebagai emak" adalah dua benda berbeza. Tak masak untuk anak tak menjadikan aku kurang emak. Tak mandikan anak tak menjadikan anak aku kurang kasih sayang. Tak lipat baju anak dan suami tak menjadikan keluarga aku gagal.

Ramai yang letakkan kepenatan seorang perempuan like it’s some kind of badge of honor. Lagi penat, lagi real mother. Lagi burnout, lagi good wife. Lagi tak cukup tidur, lagi ibu mithali. Why eh?

Kalau ada kemampuan untuk outsource kerja rumah supaya kau boleh relax, why not? Perlu ke kau nak prove boleh mop lantai sambil kendong anak? Perlu ke nak prove sambil masak, sambil lipat kain, sambil buat homework dengan anak? 

Jangan confuse antara “buat semuanya sendiri” dengan “jadi ibu yang baik”. Dua ni tak sama. Bila dah kau penat sebab always kena available untuk semua hal, kau lebih mudah down kerana simple-simple things like makan lauk telur kicap.

Mother, belajarlah untuk dahulukan diri sendiri. 

Bukan suruh abaikan keluarga, tapi you matter too. Ni la jadinya bila dari kecil perempuan diajar bahawa ibu yang baik ialah ibu yang sentiasa berkorban, sentiasa mengalah and sentiasa letakkan diri paling belakang. Most of the time, anak-anak perempuan ni tengok cara mak dorang berkorban dulu. Bila dah besar dan berkahwin they tend to buat benda yang sama. Pastu stress.

Kena tahu beza antara sayang dengan self-neglect. Kalau dah sampai burnout, tak ke namanya zalim pada diri sendiri?

Bila anak mintak makan sedangkan anak dah pun makan, ajar anak dengan say NO! Kau jangan jadi macam mak si Pekan yang bodoh tu. Anak habiskan telur tembakul, boleh pulak dia nangis mengongoi-ngongoi kat batu belah batu bertangkup. Kalau aku jadi mak si Pekan, aku tampar 3-4 kali dak Pekan tu. Settle. Konfem lepas tu telur apa pun tak makan dah.

Jangan biasakan apa anak nak, kau bagi. Kena ada limit.

Maybe orang akan kata "Alah, nasi telur je pun, suapkan je lah sikit"

NOPE. Kalau aku, no. 

Anak-anak aku tak biasa mintak makanan yang aku tengah makan. Sebab aku tak pernah membiasakan dorang dapat makanan yang aku tengah makan. Even kalau makan sotong celup everytime balik Tganu, satu piring sotong hanya untuk aku. Korang makan satu piring lain, jangan ambil aku punya. Haaa, gitu "berkiranya" aku dengan anak-anak.

Kita semua ada moment yang kita nak solid untuk kita saja. Kalau aku, it's food. Kalau makanan tu sedap dan aku suka, aku akan order satu khas untuk aku. Korang punya dah habis, dah. Jangan mintak aku punya. Aku tak pernah biasakan. 

Aiskrim aku asing. 
Coklat aku asing. 
Kek aku asing. 
Roti aku asing. 

Siapa yang biasa dengan blog aku mesti perasan aku pernah tunjuk screenshot list barang-barang groceries yang aku pesan kat En Wan.

SUSU DI.

Reader tanya "Susu Di tu susu apa kak?"

Susu Di tu maknanya Low Fat Milk Dutch Lady. Satu rumah tahu susu aku mana satu dan takde siapa berani ambik. Rayyan punya Goodday. Kalau Redza, Full Cream Dutch Lady. Habis susu dorang, dorang tak berani ambik susu aku. Ini bukan tentang berkira tau. Ini namanya boundaries.

Ramai orang especially perempuan diajar semua benda kena kongsi sampai takde satu benda pun yang truly milik diri sendiri. Makanan pun kena sacrifice. Padahal kita cuma nak satu benda yang kita boleh enjoy without having to negotiate dengan orang lain. Especially mak-mak, hidup lama sangat dalam mode memberi. Semua benda anak dulu, suami dulu, orang lain dulu. Dah takde benda yang truly untuk diri sendiri.

Aku dari kecil asyik kena dahulukan adik-beradik. Sampaikan nak makan lauk sotong pun berkira-kira sebab Mak Aji cakap "Ibal suka sotong hitam ni". Sotongnya tak banyak pulak tu. Jadi akulah terpaksa mengalah. That's why food jadi satu benda yang sangat aku enjoy dan jangan kacau food aku. Aku dah puas bertolak-ansur dengan food dari kecik. 

I don't care kalau orang kata "Dengan anak pun berkira bab makan". 

Silakan, nak cakap apa pun. Aku tahu apa yang buat aku happy. So I am protecting my happiness.

Ramai perempuan rasa memberi sepenuhnya pada suami dan anak-anak adalah their happiness. Yes, at one point maybe betul. Happy tengok anak kenyang. Happy tengok suami suka. Happy bila semua orang cukup. But the problem starts when you slowly disappears from your own life sebab terlampau lama hidup untuk orang lain. Until one day..kau penat. Penat sebab tak pernah ada space untuk diri sendiri. Semorang dalam rumah ada preference, ada comfort item, ada space sendiri kecuali kau.

That's why aku tak rasa bersalah pun ada makanan khas untuk aku. Bukannya aku tak belikan untuk anak-anak, cuma korang punya lain. Aku cuma nak protect small things yang buat aku happy. Kalau aku nak aiskrim aku sendiri, so be it. Kalau aku nak susu sendiri, so be it. Kalau aku nak kek aku tak diusik, so be it. It’s not about the food. It’s about having a small corner of life that still belongs to me.

Mak-mak pun ada hak untuk enjoy something tanpa rasa bersalah. And I think itu lesson yang sangat healthy untuk anak-anak nampak. Sebab bila dorang besar nanti, dorang akan belajar hormat boundaries orang lain.

Sebenarnya, benda paling romantik suami boleh buat is, bila nampak benda yang isteri suka, jaga benda tu untuk dia.

“Biarkan mama makan dulu”
“Ni air favourite mama, jangan usik”
“Jangan kacau mama kejap, bagi dia rehat”


Bab ni aku sangat berterima kasih kat En Wan. Dia sangat protect makanan aku. Hahaha. 

Kalau dia belikan ayam Uncle Jack, dia akan annouce dalam whatsapp group family "Ayam 2 ketul yang THIGH mama punya".

Simple, tapi impaknya besar. 

Percayalah, perempuan akan multiply kebaikkan yang kecil ni dengan memberi lebih banyak. Itu memang "kebodohan" seorang perempuan. Buat baik sikit, dia akan balas dengan 1000 kebaikan.

Kepada para suami, cubalah belajar nampak small things.

Kalau isteri tengah makan favourite food dia, jangan terus suruh share.
Kalau dia baru duduk, jangan terus panggil buat itu ini.
Kalau dia nampak penat, ambil alih anak kejap.

Dan kepada para isteri, don’t feel guilty about having something for yourself. Because you are human too.

Tak selfish pun kalau tak nak share your favourite food.
Tak salah pun kalau nak berehat.
Tak salah pun kalau nak makan awal dari orang lain.

You can’t pour water from an empty cup. Having something for yourself is not a luxury. It’s a necessity. It’s maintenance.