Pages

2026-04-20

Actually takde apa yang salah bila sorang perempuan cakap dia nak lelaki yang provide 100%. Itu bukan red flag or toxic. Itu namanya preference.


Honestly, topik “lelaki kena provide 100%” ni tak pernah habis. Kat Thread lagilah. Dari menjak Thread wujud, topik ni la dorang dok ratib everyday.

Actually ni bukan benda baru. Dari dulu lagi dah ada. Bezanya sekarang, dengan social media, semua orang ada platform untuk luahkan opinion masing-masing. Jadi benda yang dulu kita borak sesama sendiri je, sekarang jadi open argument. Lagi ramai bagi opinion, lagi banyak perspektif, tapi juga lagi banyak salah faham.

Actually takde apa yang salah bila sorang perempuan cakap dia nak lelaki yang provide 100%. Itu bukan red flag or toxic. Itu namanya preference.

Sama macam perempuan yang ok dengan 50-50, ada yang suka independent, ada yang nak sama-sama build dari bawah, etc. Semua tu valid.

The real issue bukan pada “nak lelaki provide 100%”. Issue dia adalah pada EXPECTATION yang datang bersekali dengan permintaan tu.

Sebab bila kita cakap “provide 100%”, bunyinya macam simple. Tapi sebenarnya, “100%” tu sangat subjektif.

Apa maksud 100% bagi kau maybe berbeza dengan maksud 100% bagi orang lain.

Ada orang, 100% tu maksudnya cukup makan, cukup pakai, ada rumah sederhana, hidup tenang takde hutang besar. Itu dah cukup bagi dia. No need branded stuff, tak payah holiday overseas 2 kali setahun, tak makan mahal selalu. Asalkan stabil, tenang dan selamat.

Tapi ada yang (KEBANYAKANNYA) bila cakap 100%, dalam kepala dia ada gambaran lain. Dia expect suami provide rumah mewah dengan dapur yang complete with kitchenware yang terkini, kereta selesa, holiday setahun 2 kali, nafkah RM5K sebulan, boleh makan luar, etc. Dia tak imagine yang extreme mewah, tapi comfortable.

Ada gak yang associate “100% provide” dengan kemewahan. Nak apa semua dapat. Tak nak fikir pasal duit langsung. Semua settle. Asal tergerak je dapat. Asal terpikir je dapat. Asal mintak dapat.

So sebenarnya, bila orang argue pasal issue “100% provider” ni, ramai tak sedar yang dorang bercakap tentang benda yang berbeza.

You can tell him “I don’t do 50-50”, tapi dalam kepala cuma nak hidup sederhana dengan lelaki yang tanggung semua.

Sorang lagi cakap benda yang sama, tapi expectation dia adalah hidup yang penuh comfort dan kemewahan. Itu valid, tapi context dia lain.

Masalah jadi besar bila expectation tu tak selari dengan realiti pasangan yang dipilih.

Ceritanya sekarang, semua lelaki boleh provide 100%. Tapi ikut kemampuan dia.

Kalau lelaki tu gaji RM3K, dia boleh tanggung semua. Tapi serba sederhanalah. Maybe kena banyak berjimat, kena plan betul-betul, kena sacrifice banyak benda.

Kalau gaji RM5-RM8K, maybe hidup lebih selesa sikit. Bolehlah bernafas orang kata, boleh enjoy sikit-sikit, tapi still bukan tahap “tak payah fikir langsung pasal duit”.

Kalau RM10K ke atas, maybe dah masuk zon lebih stabil. Boleh start ada extra, boleh plan lebih banyak benda. Tapi masih bergantung pada komitmen. Kalau anak ramai, hutang besar, lifestyle tinggi, RM10K masih belum dikatakan T20.

Aku pernah rasa diprovide 100%. Ni zaman aku sambung belajar selepas kawen. Belum ada anak lagi. Gaji En Wan masa ni RM2500 only, tahun 2001. Dengan sewa rumah RM820, dengan bayar kereta RM980, berapa je balance tinggal?

Dia provide semua tapi tak mewah manalah. Tak makan luar. Tak shopping. Tak holiday. Makan pun catu. Siang aku puasa. Malam je makan. Tapi boleh dikatakan complete semua. Rumah selesa ada. Fridge ada. Washing machine ada. Astro ada. Aircond dalam bilik ada. Kereta ada. Cuma, takdelah mewah. Sederhana. Provider juga namanya.

Aku tak meminta-minta. Skincare takde. Mekap takde. Baju baru takde. Nafkah duit pun aku tak mintak. Sebab dia dah provide segala yang perlu. Apa dia bagi, aku ambil. Segala yang dia provide, aku enjoy. Nikmati apa yang ada.

So my question is, berapa orang willing dapat suami yang “100% provider” like this? Adakah ini yang korang maksudkan dengan nak lelaki provider? I don’t think so.

Tu yang aku kata dak-dak sekarang tak faham maksud PROVIDER. Dalam kepala dorang, provider tu maksudnya apa yang dia mintak, dapat.

Kalau itulah “provider” yang dicari, kau kena aim lelaki yang income betul-betul tinggi like RM30K atau lebih, barulah lifestyle yang kau bayangkan tu lebih realistic.

So bila kata nak lelaki provide 100%, tanya diri sendiri, aku ok tak dengan life yang datang dari income level tertentu? Sebab tak semua orang dalam bracket yang sama.

Kat sinilah ramai orang tersilap. Dorang ada expectation towards lifestyle yang tak match dengan income biasa. Nak makan sedap selalu. Nak travel overseas every year. Nak barang cantik. Nak hidup selesa takde stress duit.

Again, benda tu tak salah. Tapi kalau expectation tu tinggi, then logically, kau kena aim lelaki yang income dia tinggi juga. Itu je. Takde cara lain. Kau tak boleh target lelaki average income, tapi expect lifestyle high-income household.

Ini bukan soal lelaki tu tak cukup bagus. Ni tentang expectation yang tak align. Dan benda ni jadi tambah complicated bila luahkan kat social media.

Kat Threads, TikTok, Instagram ramai yang share lifestyle yang nampak effortless. Nampak macam hidup senang, suami tanggung semua, yang si perempuan just enjoy life. Tapi yang kita tak nampak adalah reality di belakangnya.

Kita tak tahu income sebenar dia. Kita tak tahu komitmen dia. Kita tak tahu apa yang dah dikorbankan. Kita tak tahu samada dua-dua sebenarnya contribute tapi tak ditunjukkan.

Banyak sangat dah contoh. Konon suami provider. Tup-tup cerai, macam-macam cerita disebalik keluar. Rupanya biawak. Tapi sebab nak nampak macam kawen dengan lelaki green forest, kemain lagi potray yang best-best.

Highlite yang best-best ni lah buatkan ramai orang ingat life sebegitu standard normal. Padahal, itu bukan normal untuk majority.

Bila expectation dah terbentuk dari benda yang tak realistik, kita mula rasa hidup kita tak normal. Kita mula rasa pasangan kita tak cukup provider. Kita start compare. Pastu kejap-kejap “normal ke?” “normal ke?”. Aku lempang karang.

Satu lagi angle yang orang jarang nak bincang adalah, lelaki yang high income pun memilih derrrr. Ramai orang kata perempuan ada standard.

Betul. Tapi lelaki pun ada standard. Lagi tinggi income dia, lagi besar tanggungjawab dia, lagi banyak benda dia kena fikir dan lagi selective dia dalam memilih pasangan. Laki jenis ni taknak isteri yang sekadar cantik. Laki macam ni bukan bodoh. Dia pun nak isteri yang tak membebankan. Tahu perabiskan duit je kerjanya.

Lelaki macam ni tengok lifestyle. Dia tengok cara fikir. Dia tengok cara urus duit. Dia tengok attitude. Dia tengok compatibility. Kalau dia tahu dia akan tanggung semua, dia nak pastikan pasangan dia bukan jenis yang boros, bukan jenis yang always demand without appreciate apa yang ada.

So bila sorang perempuan aim lelaki yang boleh provide luxury lifestyle, dia juga kena sedar yang dia akan dinilai.

Semua orang nak pasangan yang compatible dengan level hidup dia. Jadi jangan ingat kita je berhak memilih. Yang dipilih tu pun ada hak untuk memilih. This is not harsh reality. This is normal.

Sama macam perempuan tak nak lelaki yang tak stabil, lelaki pun tak nak pasangan yang tak align dengan hidup dia.

Benda provider tak provider ni sebenarnya letak pressure kat lelaki. Bila perempuan kata “lelaki kena provide 100%”, kita kena faham apa maksud tanggungjawab tu.

Ni bukan sekadar bayar makan. Itu termasuk rumah, bil, kereta, keperluan harian, savings, emergency and masa depan anak-anak. Itu semua duduk atas bahu SORANG individu.

Kalau income dia stabil, oklah. Tapi hidup kita ni tak sentiasa baik-baik saja. What if one day dia hilang kerja? What if one day bisnes jatuh? What if ada masalah kesihatan?

So perempuan yang aim nak lelaki setup 100% provider dengan segala kemewahan, impact dia besar. Sebab kau hanya ada satu sumber.

Bukan aku nak kata setup ni salah. Ramai je pasangan yang hidup macam ni dan bahagia. Tapi dorang biasanya dah faham dan jelas dengan expectation. Walaupun suaminya 100% provider, dorang hidup dalam kemampuan. Dorang tak compare life dengan orang lain. Dorang tahu apa yang dorang pilih.

Yang jadi masalah sekarang, expectation dahlah tinggi, tak nak acknowledge risk dan limitation pulak tu. Bila benda tak jadi seperti yang diharapkan, mulalah salahkan pasangan. Padahal dari awal lagi, setup tu dah ada limit dia.

Kalau kita tengok relationship secara logik, sebenarnya ada banyak model.

Ada yang lelaki tanggung semua, perempuan fokus pada rumah tangga.

Ada yang dua-dua contribute sama rata (50-50).

Ada yang lelaki tanggung major, perempuan support sikit-sikit.

Ada yang flexible ikut keadaan.

Takde satu model yang paling betul pun. Yang penting adalah alignment.

Aku tak pernah ada terpikir nak En Wan provide 100% masa awal-awal kawen dulu. Maybe aku tak pernah tahu pun suami kena tanggung segalanya. Jadi dari awal lagi aku dah ready untuk combine gaji. Sebab bagi aku perkahwinan ni perkongsian. Sama-sama keluar dari rumah mak bapak nak membina kehidupan baru bersama, jadi semuanya aku kongsi.

Kalau nak hidup selesa dengan gaji En Wan RM2500 tu, aku tak rasa kitorang mampu beli rumah at age aku 26 tahun siap dengan renovation. Aku tak rasa kitorang mampu pakai maid. Aku tak rasa kitorang mampu pakai kereta dan holiday.

Kita kena be realistik. Gaji RM2500 takkan mampu cover semua tu. Jadi, disebabkan aku pun nak kehidupan yang lebih selesa, aku berkongsi. Gaji aku tak banyak mana pun masa tu. Tapi dengan sikit tu lah meringankan banyak beban. Beban yang kurang akan bagi aku ketenangan.

Kalau dua-dua setuju lelaki provide 100% dan dua-dua ok dengan lifestyle sederhana, takde masalah.

Kalau dua-dua setuju nak hidup lebih selesa dan dua-dua contribute, itu pun takde masalah.

Masalah hanya berlaku bila expectation tak selari. Yang sorang nak something tapi realiti pasangan tak mampu bagi. Ni bukan salah mana-mana pihak, cuma mismatch. At the end of the day, semua kembali kepada satu soalan yang simple iaitu, KAU NAK LIFE YANG MACAMANA?

Pilih ikut keselasaan sendiri. Bukan ikut apa orang kata. Bukan ikut apa yang trending. Bukan ikut apa yang “normal”. Tapi apa yang kau sendiri boleh terima every single day.

Kalau kau jenis yang ok hidup berlebih kurang, tak kisah pasal kemewahan, lebih pentingkan rasa dijaga oleh suami, then lelaki yang provide 100% dalam kemampuan dia saja dah memadai.

Kalau jenis yang nak comfort, nak options, nak flexibility, then you have to be real. Samada kau contribute, atau kau aim lelaki yang boleh support lifestyle yang kau nak.

Kau tak boleh nak semua benda sekaligus without trade-off. Life memang macam tu.

Aku pilih untuk contribute. I don’t care orang kata lelaki yang tak provide 100% adalah bukan lelaki. WHATEVERRRRR. Sebab aku tahu apa aku nak. Aku pun tak bodoh. Takde perempuan yang nak tanggung biawak hidup. Selagi laki tu provide basic necessities, aku akan top up mana-mana yang aku rasa aku mahu keselesaan lebih.

Bagi aku kita as perempuan kena be relistic dengan pilihan kita. Bila dah jelas dengan pilihan, kau takkan mudah terpengaruh dengan apa orang lain cakap. Kau takkan rasa triggered bila orang argue pasal 50-50 atau 100%. Sebab kau tahu kenapa kau pilih jalan tu.

Dan yang paling penting kau takkan salahkan pasangan bila reality tak match dengan expectation. Sebab pilih dalam keadaan sedar.

Simple.