Pages

2026-03-12

GreenAard: Ada tak treatment yang boleh bagi kita jadi cerah?



Topik “nak putih” ni memang tak pernah habis. Dari zaman aku sekolah, sampai ke tua, inilah yang diagung-agungkan. Nak putih, nak putih, nak putih. Katanya kalau berkulit putih, kau dah at least 70% lebih cantik dari orang lain. Hmm...maybe. Maybe itulah sebab aku tak putih. Cara-cara itam pun lawa. Kalau putih karang, riak agaknya aku. Aaa gituuuu.

Tapi tu lah, dari dulu sampai sekarang, ada je soalan yang sama.

"Ada tak treatment yang boleh bagi kita jadi cerah?"
"Tak nak berjemur, takut hitam"

Dah kenapa nak takut dengan hitam?
Kau putih-putih pun, bukannya boleh dapat laki hensem. 

Dia macam ni. Kulit kita ni organ hidup. Berganti. Bukannya macam dinding rumah yang lepas kau cat sekali, sampai bila-bila warna tu kekal. Tak.

Kulit kita ada sel. Dan sel ni sentiasa ada proses renew. Ada melanin, ada hormon, ada pengaruh dari persekitaran. Yang paling penting, basic warna kulit tu datang daripada genetik kita. Macam genetik seorang Diana, ayah kepada nenek aku memang Indian dari Hyderabad. Kulit gelap. Ayah kepada atok aku pulak orang Belanda. Putih. Dapatlah Mak Aji.

Maka dalam genetik Mak Aji ada DNA kulit India dan Belanda. Kat Mak Aji, DNA gelap jadi resesif manakala DNA cerah lebih dominan. Jadi, Mak Aji lahir tak gelap sangat. Bila jatuh kat aku, DNA gelap tu tiba-tiba jadi lebih dominan. Jadi, aku berkulit Latino. Ahak ahak. 

Tetapi walau begitu, tetek dan mata dapat genetik India. Cup F. Kau hade??

Warna kulit kita ditentukan oleh melanin. Dalam melanin ada melanocyte. Everyone ada jumlah melanocyte yang lebih kurang sama. Yang membezakan cuma seberapa aktif melanocyte hasilkan melanin. And tahap keaktifan tu banyak dipengaruhi oleh DNA kita. Maksudnya, dari lahir lagi badan kita dah ada setting tersendiri.

So bila orang tanya, “Boleh tak putihkan kulit?”

Ya, boleh nampak lebih cerah. Tapi nak ubah warna basic genetik secara kekal, itu cerita lain.

Banyak treatment yang orang buat sebenarnya hanya kurangkan melanin atau lajukan proses exfoliate so that kulit nampak cerah. Itu je. Contohnya chemical peel, laser, injection tertentu, krim pemutih, retinoid, makan glutathione (yang selalu orang bertekak tu). Ni semua takkan ubah warna kulit secara kekal.

Apa jadi bila buat treatment-treatment ni?

Kulit NAMPAK lebih cerah sebab melanin ditekan. Nampak lebih cerah, ya. Nampak. Bukan jadi cerah kekal. 

Treatment tu akan slowkan aktiviti enzim yang membentuk melanin. Sel lama yang lebih gelap nanti luruh dan diganti dengan sel baru yang lebih fresh. Tapi, benda ni tak kekal. Sebab sel kulit sentiasa berganti. Treatment tu kena berterusan dibuat. Sentiasa kena drip, kena laser, kena peel. Tu pasal doktor tu cakap masa PKP ramai kulit para artis jadi lebih gelap. Bukan sebab tak mekap, tapi sebab treatment stop.

Apa yang doktor tu cakap, logik. Sebab bila stop those treatment, badan kembali ke setting asal. Melanocyte kita tak hilang. DNA kita pun tak berubah. Bila treatment distop, penghasilan melanin kembali seperti biasa. Kulit jadi warna asal. Sometimes jadi lebih gelap sebab rebound pigmentation. That's why some people kita tengok kalau dia aktif buat treatment drip, peel atau laser, kulit jadi melepak melampau. Glowing betul. Cuba kalau dia stop, konfem warna kulit balik pada asal.

Tapi dorang takkan berani stop treatment sebab apa nak jawab bila orang tanya. Dahlah selama ni dia canang kulit putih sebab pakai produk yang dia jual. Takkan nak kantoi. Hakikatnya, ramai yang nampak putih melepak semacam bukan sebab mekap semata-mata. 

Yes, mekap boleh bagi tone kulit sekata, boleh bagi brightening effect (temporarily). Tapi kalau kita tengok orang tu without make up pun kulit glow satu macam, usually memang ada treatmeent kat belakang tabir.

Bukanlah kata kulit kita takkan boleh glow tanpa treatment drip/laser/peel. Maksud aku, kalau someone nampak glowing tanpa mekap, putih satu macam, selalunya memang ada extra effort kat belakang. Maybe drip, maybe peel, maybe laser, atau maybe diet and skincare rutin. Cuma, kita semua tahu kalau setakat diet and skincare, kulit takkan jadi glow and putih satu macam. Jadi, janganlah argue statement aku ni, ya. Hahaha.

Dari segi FAKTA SAINS, kalau treatment tu semua boleh bagi putih yang kekal, kau tak payah repeat treatment. Realitinya, those treatment needs consistency. Dan konsistensi tu datang dengan harganya.

Kesan sampingan ada ke?

Of cos ada. Kalau overdo kulit jadi menipis, sensitif and mudah dapat sunburn. Sebab melanin ada fungsi penting. Dia protect kulit daripada UV. Bila terlampau obses nak putih, kita sebenarnya dah reducekan sistem pertahanan semulajadi kulit. Bila sistem pertahanan semulajadi kulit makin merosot, long term risk pun meningkat. Kukit akan keluarkan early signs of aging, pigmentasi jadi tak sekata, and worst case scenario dapat kanser kulit.

That's why balance penting. Nak kulit cerah atau glowing bak glass boleh, tapi jangan sampai menyusahkan diri kendian hari. Treatment tu semua sepatutnya support kulit, bukan override sistem semulajadi dia. Nak cerah boleh, tapi kalau obsess, letihlah oi. Every month kena allocate bajet. Everytime nampak kulit macam dah kurang cerah sikit, mula rasa tak confident. Hidup kau takkan revolves around mencantikkan kulit je?

Ada beza antara UBAH warna kulit dan MEMPERBAIKI kualiti kulit. Dua benda ni lain.

Warna kulit banyak ditentukan oleh melanin dan genetik. Tapi kualiti kulit, iaitu tekstur, hydration, keanjalan - tu semua boleh kita dapat dengan cara yang lebih natural dan sustainable. Contohnya, replenish kolagen. 

Konsep replenish kolagen lebih relevan sebab kolagen yang bagi struktur kulit lebih cantik and anjal. Bila kita fokus pada penghasilan kolagen dari dalam, the approach is different.

Kolagen tak menekan-nekan melanin dan tak ubah genetik. Dia cuma buatkan struktur kulit lebih healthy. Bila kulit healthy, pantulan cahaya pada permukaan kulit jadi lebih sekata. Automatik nampak lebih glowing dan cerah. Itu bezanya.

Cerah yang datang daripada kulit yang healthy selalunya lebih konsisten. Dia tak bagi efek dalam 2-3 hari, however dia lebih sustainable. Bila stop pun, kulit takkan rebound dengan ekstrem sebab kita tak menekan basic sistemnya. This is the konsep yang kita carry dalam Gloei.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.