Pages

2026-02-07

Medical Card: Medical card bukan simbol kemewahan.



Video Faiz Financial sebelah tadi sangat bagus. At least itu dari sudut someone yang pakar dalam kewangan. Kalau aku yang bercakap pasal kewangan karang orang pandang sebelah mata pulak.

Bak kat Faiz, ramai sebenarnya hidup dengan satu kepercayaan "Takpe, kalau susah nanti, kerajaan tolong". Dalam perspektif ni, "Takpe, kalau susah nanti, hospital gomen ada".

Salah ke pilih government hospital?

TAK.
TAK SALAH LANSUNG.

Kepercayaan ni nampak macam ada “back-up plan”. Hakikatnya, that’s not life planning. Bila berdepan dengan six-figure hospital bill, besar harapan kita pengsan dulu sebelum sembuh.

Aku nak bercakap pasal medical card bukan dari sudut teori, bukan dari sudut marketing, bukan dari sudut agen. Hari ni aku nak bercakap sebagai seorang pemegang medical card, seorang ibu yang membayar medical card untuk anaknya juga, dan sebagai orang yang pernah admitted hospital menggunakan medical card. Kalau nak tahu sejak tahun 2003 (umur aku 26 tahun), sampai tahun 2023 (umur aku 46) aku bayar caruman setiap bulan tanpa culas.

20 tahun tak pernah masuk hospital kerana sakit kecuali bersalin. November 2023, aku admitted kat Sunway Medical Centre sebab UTI. 3 hari kat hospital bil RM7K+. Itu tanpa surgery. Hanya drip antibotik dan ubat makan.

Maybe orang akan kata, bayar 20 tahun baru guna RM7K+. Rugi. Kalau simpan kat ASB dah banyak dah.

Ya, itu sebab aku bernasib baik takde surgery, dan bukan penyakit kritikal. Cara-cara itu pun dah RM7K+. Kawan Redza baru lepas operate appendix kena RM48K. 

Hospital hari ini bukan hospital 20 tahun lepas. Teknologi makin moden, ubat makin mahal, rawatan semakin kompleks. Semua tu ada kos. Takde private hospital yang boleh bertahan kalau caj kekal murah sedangkan kos operation naik every year. Jadi bila caruman medical card naik, that’s just a reflection of this reality, bukan syarikat takaful suka-suka nak naikkan caruman.

Bab caruman naik aku dah berbuih menulis pasal ni. Kalau orang luar masih nak kata caruman naik sebab nak bagi agen reward, LANTAK KAULAH. Aku menulis sini untuk korang-korang saja cukuplah. Biar korang je faham. Payah nak educate semua orang sebab bukan semua orang bijak. Comprehesion ke laut.

Ramai orang melihat medical card from the wrong angle. Dorang ingat medical card ni boleh cover semua penyakit. Jadi bila certain penyakit tak dicover, terus taknak ambik sebab buat apa katanya? Dah tu, siapa suruh masa sihat tak ambik. Dah ada penyakit baru nak ambik, siapa gila nak tanggung penyakit yang dah sedia ada? Lainlah kalau kau willing bayar loading yang tinggi. Ni, bila ada loading merentan. Tapi nak cover semua.

Ada juga yang benak-benak ubi cakap "Setakat demam nak pakai medical card, mengada-ngada".

Deyyy. Kalau medical card dah ada, gasak dia la nak guna untuk demam. Benda dah ada. The thing is, medical card ni tujuannya lebih besar iaitu to protect you from financial risks that could destroy your lives when serious illness strikes. Penyakit besar, penyakit kronik, surgery, treatment yang kosnya bukan ribu-ribu, tapi ratus ribu - ini tujuan sebenar medical card.

Bayangkan kau, bukan jutawan, perlu buat bypass jantung dengan cepat di private hospital. Kos dia around RM150-RM200K. Kalau takde medical card, persoalannya kau ada duit standby tak? Savings cukup? Berapa ramai yang ada savings tunai RM150K yang boleh dikeluarkan serta-merta? Nak kena buat personal loan? Nak kena meminjam? Jual aset? Atau tangguh je treatment?

Aku sangat takut kalau ini terjadi kat diri aku. 20 tahun aku takde sakit yang perlu masuk hospital. Siapa sangka at age 46 merasa warded. Maksudnya kat sini, bila umur dah makin banyak, banyaklah risiko pada penyakit. Benda yang kita tak pernah terpikir pun boleh dapat. 

Like arwah Aireen, 27 tahun takde sakit, tup-tup kanser. Memanglah medical card ni tak boleh sembuhkan penyakit, tapi at least mengurangkan beban kewangan dan kita ada financial range yang besar untuk buat rawatan. After all itulah tujuan buat medical card. Not for small things, but for those big life-wrecking medical bills.

Ramai parents selesa postpone buat medical card untuk anak-anak dengan alasan anak masih muda, masih sihat, masih aktif. The problem is, today’s illnesses don’t wait till you are 50 or 60 anymore. Sekarang ini, darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi bukan lagi penyakit orang tua. Umur 28 pun dah boleh ada darah tinggi. Nak-nak lagi anak-anak kita yang aktif sport main rugby main bola main hoki segala. Anytime pun patah sana sini.

Oh lagi satu ada yang kata takpe, company tanggung anak-anak. Ya, betul. Itu benefit yang best. Silakan guna. 

TETAPI, nasihat aku, buat juga personal medical card untuk anak-anak ni. Sebab apa? Sebab bila dia dah pernah claim di bawah tanggungan company, jangan ingat rekod tu hilang. Esok bila kau dah tak kerja situ lagi, dah pencen, now anak-anak kena buat medical card sendiri, masa tu caruman dia akan tinggi. Sebab apa? Sebab dalam rekod dah ada keluar dulu masa sekolah pernah acident, patah kaki. Claim insuran under company parents. Rekod tu akan dikira as risiko.

Kesian nanti anak-anak kena caruman tinggi walaupun umur muda. Sebab rekod dah ada. Maka buatkanlah masa dorang tengah belajar ni, especially yang dah 18 tahun ke atas. Pelan medical card untuk 18 tahun ke atas ni valid pakai sampai tua. Sementara muda dan belum sakit ni buatkan untuk dorang. Esok dia dah kerja kau suruh dia sambung bayar je. At least medical card dia start awal, harga caruman masih sangat rendah.

Bila dah mula ada penyakit, walaupun nampak macam tak serious, akan bagi kesan besar dalam proses application medical card in future. Underwriter tak peduli kau kenal siapa, kau kerja apa, connection kau dengan siapa, etc. Dorang tengok risiko. Medical record, blood pressure reading, blood sgar level, BMI, hospitilization history, semuanya dinilai. Dari situ dorang akan tentukan samada kau layak, atau kau perlu bayar lebih, atau penyakit tertentu dikecualikan, atau terus decline.

Aku kadang sedih bila aku dah tolong En Wan appeal untuk client, tapi client reject the proposal hanya kerana ada loading and exclusion. Ya Allahhhhh. Nak je aku call client tu cakap "Habis tu kau nak apa?? Kau memang dah ada penyakit!"

Tak, bukan marah. Cuma nak dia tahu RUGI BILA TOLAK!!!!

Because kau dah ada sejarah sakit! Bukan senang medical underwriter nak luluskan application medical card untuk orang yang pernah ada medical history. Aku pernah jadi medical underwriter aku tahulah betapa susahnya nak calculate risiko. Seboleh mungkin underwriter nak luluskan tapi of cos tanpa merugikan syarikat. Takkan nak luluskan client yang separuh hidup berulang-alik ke hospital. Logiklah kan.

Jadi bila kau dah tahu kau memang sakit, pernah jatuh sakit, sedang berpenyakit, when your application LULUS, tak kiralah ada exclusion atau loading, PLEASE JANGAN REJECT! Sebab orang yang pernah sakit, lebih berisiko untuk dapat sakit yang lain-lain. Kalau kau reject offer yang ini, kau rasa once ada satu medical history yang baru nanti mudah ke nak lulus application? Silap-silap decline terus.

Aku and En Wan macam nak muntah membaca medical report doktor nak argue and appeal kat medical underwriter supaya luluskan (asal-asalnya decline). Bila result keluar ada loading, client tak jadi ambil pulak. Ni bukan nak berlagak tau tapi aku rasa kalau dapat kat agen lain, dia takkan appeal punya. Gasaklah kau punya decline. Nak appeal tu nak kena baca segala medical report semula, kau rasa orang ada masa banyak nak buat semua tu?

En Wan kata kalau ikut hati dia taknak appeal untuk mana-mana client yang ada exclusion and loading. Sebab client-client macam ni berisiko untuk mudah dapat penyakit. Penat dia esok nak berulang-alik ke hospital settlekan claim. Tapi dia pikir sebab nak tolong orang-orang macam ni ada medical card sebab orang-orang macam ni sangat perlukan medical card, dia kata takpelah kalau renyah menguruskan claim. Eh sekali dia reject pulakkk. Hmmm takpelah. Takde rezeki nak dapat difficult client. Hahahaha.

Medical card sepatutnya diambil masa sihat, bukan bila dah sakit. Tanya En Wan pelan apa yang sesuai dengan bajet. Kalau kau takde bajet tinggi, jangan mintak macam-macam benefit. En Wan selalu akan tanya berapa bajet. Nanti dia sesuaikan dengan pelan. Masalahnya ramai yang nak benefit tinggi tapi bila caruman tinggi, terus kata "Takpelah, tunggu ada duit nanti baru ambik".

Well, agen ok je kalau you nak ambil kemudian, tapi you kena tahu makin you tangguh, you sebenarnya menaikkan lagi caruman. Sebab caruman dikira based on UMUR juga. So kalau caruman yang sekarang pun kau tangguhkan, chances are, kau tetap tak mampu bayar caruman yang baru.

Sebab tu discuss dengan agen PELAN YANG SESUAI DENGAN BAJET. Bukan pilih semua yang best-best, nak bilik single, nak bilik executive, nak medic booster 1 juta tapi kau tak mampu bayar. Baik ambil pelan yang sesuai bajet, yang penting COVER BANYAK TREATMENT AND PENYAKIT. Ini tujuan medical card. 

Kau nak bilik single bilik executive tu memang rancang nak duduk hospital setahun ke camana? Ambil yang 2 orang sebilik pun ok, 4 orang sebilik pun ok, asalkan treatment cepat, bilik selesa, dan coverage penyakitnya besar. Pilih agen yang function, ya.

Asal medical card je, mahal. Asal topik medical card je, mahal. Mahal itu relatif. Mahal berbanding apa? Berbanding komitmen bulanan lain yang kita anggap biasa? Kereta, telefon, makan luar, holiday? Atau mahal sebab salah pilih pelan?

Ramai yang ambil terlalu banyak rider yang tak perlu. Hospital allowance-lah, elaun harian-lah. Semua ni memanglah benefit yang ditawarkan, tapi bukan priority. Kalau kau bajet besar, lain cerita. Yang penting bila masuk hospital, treatment cepat dan hospital selesa.

Bila masuk hospital, apa yang paling kita takut? Tak dapat elaun RM100 sehari, atau bil RM100K tak mampu bayar?

Rider boleh dibuang. Rasa-rasa tak mampu bayar tinggi, discuss dengan agen untuk downgrade polisi, TAPI JANGAN TERMINATE. JANGAN! RUGI.

Just mintak agen buang yang tak perlu, simplifykan polisi kepada bare bones, hanya basic protection. So caruman boleh rendah sikit. Semua benda boleh bincang. Ni tak, bila caruman naik, kau merentan kat Thread salahkan agen. Kau agen ajak jumpa pun taknak, apehal? Jumpalah agen tu tanya camana nak kurangkan caruman. Nanti dia tolong kira balik.

Elakkanlah kebergantungan kepada hospital kerajaan. Jangan salah faham. Hospital kerajaan bagus. En Wan ramai agen dari doktor hospital kerajaan. Dorang sendiri buat medical card and pergi private hospital kalau sakit because they know how cramp-nya goverment hospital. Sistem kesihatan awam ada had. Ada kekangan. Ada waiting list yang panjang.

Merancang kewangan kesihatan sendiri bukan tanda kita tak percaya facility government hospital. It’s a sign that we are taking responsibility for ourselves and our family. Medical card bukan simbol kemewahan. It’s a sign that we understand that getting sick is not just a physical test. It’s a financial one too. Dan bila sakit tu datang, kita fokus pada penyembuhan, bukan cara nak cari duit.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)