Tahu kenapa dia nampak tenang? Sebab dia BERDUIT.
Ini realiti hidup yang orang hanya akan faham bila diri sendiri melaluinya. Bila ada duit, bukan nak kata hidup jadi sempurna. Masalah tak hilang macam tu je, masih ada. Cuma suasana less serabut. Lebih tenang. Sebab masalah tu tak menekan dari semua arah serentak. Masih ada isu untuk disettlekan, tapi tak terasa macam satu krisis besar.
Banyak perkara dalam hidup kita sebenarnya jadi masalah besar bukan sebab masalahnya yang besar, tapi takde cara nak solve-kan. Contoh, bila sakit, having money lets you get treatment without delay. Bila ada kecemasan, duit bagi kita cepat bertindak without panic. Dalam keadaan ni, our mind can think more rationally instead of just surviving in fear. Kat situlah ketenangan muncul. Bukan sebab takde masalah, tapi berupaya untuk manage the masalah.
Video Leona yang terlepas flight, tetap senyum, masih sempat buat video. Bila duit bukan masalah, memang gitulah hasilnya. Bagi Leona and some other people yang sekufu dengannya, terlepas flight is just a small disruption to the schedule. Beli tiket baru, pastu tenangkan diri gi lepak minum kopi, update story sikit, move on.
Tapi untuk some people yang lain, terlepas flight bila bajet ketat boleh bertukar menjadi mimpi ngeri. Duit nak beli tiket tu sendiri kumpul berbulan-bulan agaknya. Pulak tu gaji belum masuk. Inilah contoh satu kejadian yang sama, tapi impaknya berbeza hanya kerana satu faktor iaitu, DUIT.
Kejadian ni pernah berlaku kat kitorang tahun 2013. Masa tu aku ada kerja di Ho Chi Minh. En Wan ambil cuti untuk teman aku ke sana. Masa nak check-in, kaunter tu cakap "Eh, ni tak lepas ni. Passport dah nak mati".
Muka En Wan masa tu kalau terkena sabit sumpah tak keluar darah! Pucat gila. Aku tenungggggggggg je dia. Mata aku rasanya dah merah macam Padaiyappa menahan marah. Passport dia tak cukup 5 hari untuk sampai ke 6 bulan. Dia pun tak perasan passport tak cukup 6 bulan. Passport aku lepas.
En Wan suruh aku pi dulu, nanti dia menyusul. Oh no wayyyyy. Dibuatnya passport tak sempat siap, kejung aku kat sana. Makanya, burn je lah tiket kitorang dua orang. Dan burn jugak appointment aku hari tu. Tukar ke esoknya.
Kitorang terus start kereta gi Putrajaya. Nasib baik bawak kereta, park kat airport. Dibuatnya datang dengan taxi, tak ke satu hal nak ke sana sini menguruskan passport hari tu (zaman tu belum ada Grab).
Sampai imegresen nombor pulak habis! Terpaksa buat muka sardin mintak jumpa pegawai. Tunjukkan bukti tiket terpaksa burn sebab passport tak cukup 6 bulan. Terus jadi VIP dapat nombor khas. After 2 jam, passport siap, terus pecut ke KLIA. Dalam kereta tu jugak call MAS untuk confirmkan tiket 2 pm. Bayor je la tambahan RM900 untuk tiket. Nasib baik MAS, boleh tambah duit tiket je. Kalau Air Asia, mampus aku kena beli tiket baru.
Bukan kata aku berduit, cuma nak cakap, DUIT memang boleh selesaikan banyak masalah. Tak semua masalah, tapi kebanyakan masalah melibatkan duit.
Kita selalu dengar orang kata “Duit bukan segalanya”
Ya, betul. Ayat tu usually comes from people whose basic life problems are already sorted out.
Orang yang isi minyak tak perlu kira-kira duit syiling.
Orang yang kalau kereta rosak, boleh hantar workshop tanpa fikir ada duit ke tak nak makan sampai cukup bulan.
Orang yang bil hospital tak membuatkan dia bertambah sakit.
Orang-orang macam ni LAYAK cakap “Duit bukan segalanya”.
Tapi orang yang tak berduit, kekurangan duit boleh buat segalanya jadi masalah. It can affect your mood, your patience, how you speak to others, cara melayan anak, cara bercakap dengan pasangan, malah diri sendiri. Sebab bila kewangan sempit, otak kita always dalam survival mode. Semua benda terasa mendesak. Bunyi whatsapp notification pun boleh buat jantung berdebar. Tak angkat call bank dah rasa bersalah. Nak tidur pun masih mikir hal duit. Dalam keadaan macam itu, susah nak bercakap tentang tenang, healing atau self-love.
Contohnya Mak Aji. Zaman kitorang kecil dulu dia sangat baran. Pantang tak berkenan kat mata dia, habis satu rumah kena. Dengan Pak Aji yang tak terbabit pun kena sekali. Semua benda dia nak stress. Kitorang tak faham apesal benda simple pun nak stress.

Contoh, pagi dia sidai baju kat luar. Masing-masing semua kat ofis and sekolah. Pagi tu hujan. Dia terlupa nak tarik ampaian ke bawah porch sebelum keluar pi kerja. Aku balik dari sekolah, belum masuk rumah lagi dah dengar dari gate fon berdering-dering. Tak tentu arah aku berkejar bukak pintu.
Bila angkat call, dia marah-marah. Apesal lambat angkat? Aku cakap aku baru sampai. Dia marah apesal dah pukul 2.30 pm baru sampai rumah? Aku cakap ada perjumpaan persatuan. Pastu dia marah lagi yang sibuk nak berpesatuan tu apesal? Belajar je, tak payah berpesatuan segala!
Aku macam dah apehal ni tetiba nak mengamuk. Ujung-ujung dia dah settle melahar aku takde hujung pangkal, baru dia cakap "Gi basuh baju kat ampaian, tadi hujan. Basuh baju sidai balik. Jangan lengah-lengah karang baju tak kering". Itupun masih dengan nada marah-marah.
Padahal tu je reasonnya. Dia bengang sebab hujan. Salah sendiri. Tapi sebab dia stress, aku la yang kena.
Stress sebab apa? Sebab duitlah. Orang kalau berduit, setakat baju basah kat ampaian ni small the pieces je. Takde de nak melahar tak tentu hala. Tapi bila duit tak banyak, semua benda jadi masalah besar.

Tadi aku nampak komen-komen ni. Komen-komen ni datang dari post tentang kejiranan. Someone post katanya kejiranan dia 53 buat rumah semua cina, dia satu-satunya melayu kat situ tapi harmoni je. Kawasan rumah 3 tingkat kalau tak salah.
Bila ada duit, ruang mental kita jadi luas. Kita ada jarak antara masalah dengan emosi. Kalau terlepas flight, kita boleh kata, “Okay, takpe.” Kalau hujan lebat baju kat ampaian basah, kita kata takpelah balik nanti hantar je laundry siap dry sekali. Kalau jem teruk, kita masih boleh sabar. Kalau anak minta something, kita boleh consider, bukan terus defensif.
Duit memberi kita pilihan, dan pilihan itulah yang buat hidup rasa lebih terkawal. Bukan sebab kita cintakan duit atau hamba duit, tapi sebab kita manusia biasa yang perlukan rasa secure. Menjadi miskin tu tak salah, tapi satu hakikat yang kita kena terima orang yang miskin lebih terdedah kepada survival stress.
Jangan salah faham bila aku bukak topik ni. Aku bukan nak ajak orang jadi hamba duit. Aku bercakap dari pengalaman. Dah pernah lalui masa sekolah dulu. Mak bapak aku bukan orang berduit. Tak miskin, tapi tak mewah. Memang segalanya hanya cukup-cukup. Selagi boleh cut, cut.
Bila ingat-ingat balik, zaman aku umur Rayyan sekarang, walau dah 16 tahun aku masih tak berpeluang dapat baju setiap bulan. Baju baru aku SETAHUN SEKALI. Masa raya. Kalau tahun tu takde raya, takde baju barulah aku.
Sebab tu everytime beli baju raya, aku sangat susah nak buat pilihan. Bukan rambang mata tapi memikirkan long term. Pemilihan baju raya aku mestilah yang boleh pakai pada hari-hari biasa sebab itu je peluang nak berganti baju. As a result, baju raya aku hanyalah baju pakaian harian. Tak macam orang lain baju raya dengan dress ropol-ropol untuk special occasion.

Aku tak dapat beli baju gempak-gempak sebab kalau aku beli yang special, bila lagi waktu nak pakai? Orang lain tu mak bapaknya rajin bawak berjalan, bolehlah pakai baju ropol-ropol keluar berjalan. Aku nak pakai baju ropol tu kat mana? Sambil mop dapur?
Tahun 1992 was the worst year seingat aku. Aku Form 2. Tahun tu kitorang accident. Kereta total lost. Pak Aji and Mak Aji terpaksa spend duit banyak untuk beli new car. Beli second hand Proton Saga je. Jadiklah untuk bergerak. Kalau tak, camana Pak Aji nak gi kerja.
Tahun tu betul-betul takde baju baru. Takde duit nak beli baju raya. Selalunya bulan puasa aku and Ima tertunggu-tunggu bila nak gi beli baju raya. Tahun tu takde. Esok nak raya, hari ni kitorang masih kat rumah. Takde tanda-tanda nak balik kampung.
Tengahari tu Pak Aji ajak kitorang beli kasut raya. Pak Aji kata tahun ni cuma dapat kasut je, takde bajet beli baju. Aku dah Form 2 masa tu, dah cukup matang untuk faham. Isokay, takde kasut pun aku ok. Bagi je la adik-adik dapat kasut baru. Tapi Pak Aji insist aku pilih kasut. Aku pilih yang paling murah, yang warnanya pun aku tak berkenan tapi belilah sebab tu paling murah. Disebabkan brandnya BATA, murah pun sedap pakai.
1992 ya. Tahun 90-an. Bukan 70-an. Masih ada keluarga yang susah. Keluarga aku la tu. Miskin bandar. En Wan tahun 1992 shopping baju raya kat Singapore. Aku tahun 1992, baju raya pun takde. Memang antara dua darjat sungguh! 😆
Nak cerita yang not having money tu, sangat menyakitkan. Bagi yang pernah melalui, tahulah rasanya. Semua benda kau kena buat from scratch. Sebab kau takde pilihan.
Orang lain boleh fotostet, aku salin tulis pakai tangan.
Orang lain balut buku pakai pembalut clear, aku pakai kertas minyak (brown paper).
Orang lain masuk merentas desa pakai sport shoes, aku kasut sekolah tu lah kasut merentas desa, kasut tu lah kasut latihan rumah sukan setiap petang, kasut tu la juga pegi sekolah everyday.
Pastu mak aku bising "Apesal kau punya kasut ni belum hujung tahun dah rabak?" Aku diam je lah. Cakap banyak pun tak guna.
Aku punya level tak berduit dulu, sampai simis (baju dalam) pun sehelai je. Everyday basuh that single simis pakai dari Darjah 4 sampai Darjah 6! Sampai dah rabak, aku jahit, rabak, aku jahit. Dah macam roti kirai. Nak tunjuk betapa slimnya aku 2 tahun muat simis yang sama. Tiberrrrrr.
Masa kat TKC, budak have-have balik dari pulang bermalam (PB) bawak balik KFC. Aku mintak Mak Aji gorengkan paha ayam seketul nak bawak balik makan kat dorm. Sampai dorm ramai-ramai yang balik dari PB duduk atas lantai makan bekal masing-masing. Aku dengan bangganya keluarkan ayam goreng drumstik seketul.

Aku cerita kisah ni kat En Wan. Dia tanya "Tak rasa sedih ke?"
"Sedih apa? Saya kan makan ayam jugak"
En Wan cakap "Lagi teruk dari Redza awak punya tahap tak kesah ni"
Kahkahkah. So what? Orang lain makan ayam, aku pun bawak ayam apa. Janji aku pun ada ayam!
Tipulah kalau tak rasa sedih lansung. Tapi aku berlapang dada. Janji aku join the gang makan ayam walaupun ayam goreng kunyit.
Ramai orang salah faham bila topik macam ni dibincangkan. Orang ingat bila kita kata duit buat hidup tenang, maksudnya kita mengagungkan kemewahan. Tak. Ini bukan pasal henbeg mahal, kereta mahal, atau holiday every year. Ini tentang basic. Tentang kemampuan untuk selesaikan masalah tanpa perlu mengorbankan maruah, mental health, atau relationship. Tak perlu berhutang for emergencies. Boleh berkata “NO” in situations that pressure you, sebab tak terdesak.
Sometimes bila aku baca orang tulis “Aku dulu miskin, tapi bahagia”
Ya, maybe. Tapi tanya diri dengan honest. Adakah kemiskinan tu yang buat kau bahagia, atau kau bahagia walaupun miskin?
Ini dua statement yang sangat berbeza. Because ramai orang kuat sebab terpaksa. Ramai orang kuat sebab takde pilihan.
Aku pun boleh kata zaman sekolah dulu, kitorang beli baju setahun sekali. Tak pernah ada sport shoes. Takde buku latihan tambahan. Nak makan KFC atau satey Kajang pun kena dapat nombor 1 dulu. Tapi, kami bahagia. Boleh je cakap macam tu. But honestly, it is not bahagia. Hanya dah terbiasa. Because apa pilihan yang aku ada selain berlapang dada dengan apa yang ada?
Bila dah terbiasa dengan kekurangan, rasa bahagia tu sebenarnya lebih kepada acceptance, bukan bahagia yang sebenar. Kita belajar sesuaikan diri, appreciate yang ada, dan cari cara untuk nikmati hidup walaupun banyak limitations. Itu jauh beza dengan bahagia yang sebenar. Bila ada pilihan, baru kita boleh benar-benar fokus pada kebahagiaan, bukan sekadar terbiasa dengan kesusahan.
Takde yang salah untuk mengaku hidup akan jadi lebih baik kalau beban kewangan berkurang. Tak menjadikan kita hamba duit pun bila kita akui benda tu. Tengok je lah now banyak kes cerai bukan sebab curang, tapi sebab duit. Suami sibuk kerja cari duit, isteri handle rumah sorang-sorang. Masing-masing penat. Bila penat, jadi stress. Bila stress, masing-masing mencari alasan. Pastu bertekak.
Beza bila kewangan stabil, suami dan isteri ada tenaga dan emosi untuk berbincang, bukan bergaduh. Masing-masing salahkan situasi, bukan satu sama lain. Itu satu kelebihan yang jarang orang akui secara terbuka.
Bukan maksudnya kita semua kena gilakan duit, tapi inilah realiti. Duit bukan segalanya, tapi duit boleh menukar beban jadi pilihan, dan pilihan itulah yang bagi kita ruang untuk fokus pada perkara penting yang lain, termasuk kebahagiaan, kerjaya, dan masa untuk diri sendiri. Kadang-kadang bila kita rasa life stress, bukan sebab masalah kita besar, tapi kita stuck without option.
Tragedi Leona tertinggal flight tu sebenarnya simbolik. Bukan dia sentiasa tenang, tapi nak tunjuk itulah privilege yang datang dengan financial stability. Privilege untuk dapat bertenang. This is realiti.
“Orang kaya pun tak bahagia"
Ya, betul. Duit tak menjamin bahagia. Tapi takde duit jauh lebih sengsara.
Orang kaya pun ada masalah, tapi dorang jarang ada masalah asas. Dorang punya masalah bukan pada apa nak makan esok. Macamana nak bayar yuran sekolah. Macamana nak bayar bil. Bukan itu masalah dorang. Tahap pressure tu berbeza.
Dalam dunia yang semuanya berbayar, dari education sampai ke health, sampai ke tandas awam pun dah naik RM1 sekarang, sangatlah naif kalau kita masih in denial bahawa duit tu tak penting. So, tak payahlah malu nak mengaku duit tu penting. Asal jangan berlagak dengan duit je dah.