Pages
▼
2026-01-17
GreenAard: Kalau berat sekarang setakat terbabas 5kg dari ideal weight, TAK PAYAHLAH beli GC Plus.
Founder lain aku tak tahu buat gini ke tak. Tapi founder GreenAard nak pesan, kalau berat sekarang setakat terbabas 5kg dari ideal weight, TAK PAYAHLAH beli GC Plus. Serious aku cakap. Tak payah.
Bukan apa, bila berat badan dah menghampiri ideal weight, badan kau secara SEMULAJADI kurang guna kalori. Kalau berharap pada GC Plus semata-mata, memang lambat progressnya. Kau kena word harder. Kena Diet + GC Plus. Diet yang kaw-kaw. Baru ada penurunan.
You need to understand that losing weight is easier bila badan gemuk. Ketika badan masih overweight/obese, setiap gerakan kecil berupaya membakar kalori berganda-ganda. Jalan 10 minit pun dah macam jogging bagi orang yang kurus. Badan terpaksa bekerja lebih kuat untuk support berat yang dibawa. Metabolisme orang gemuk biasanya masih responsive.
Tu pasal ramai orang masa mula-mula diet, minggu pertama sampai ketiga boleh turun 2-5kg without much effort. Makan GC Plus 3 minggu dah inch loss 2-3 inci.
Bila badan makin slim, proses jadi slow. Energy yang badan guna makin sikit sebab badan dah adapt dan “jimat tenaga”.
Bila badan kita dah loss 5kg, 10kg, atau lebih, otak and hormon cuba push untuk badan kita kembali ke berat asal. Rasa lapar meningkat, craving jadi kuat, senang letih dan mood pun asyik swing. Ini bukan sebab tak cukup kuat semangat tapi biologi manusia cuba stabilkan status quo. Ramai givap time ni sebab dorang salah faham dan ingat dorang tak cukup disiplin padahal sebenarnya badan tengah melawan perubahan.
It is important to acknowledge perjalanan weight loss. Memang senang di awal, mencabar di pertengahan, dan stabil bila konsisten. Weight loss bukan sprint race, tapi long term process yang perlu adjustment bila badan start slim. Kalau semua tahu prinsip ni, korang takkan terkejut bila penurunan jadi perlahan.
Statement paling popular adalah, "Badan saya dah immune dengan GC Plus, tak boleh turun lagi dah".
Wrong. There is no such thing as "immune". Kalau "tolerance" ya, betul.
Tolerance berlaku bila badan dah regularly exposed to certain diet and medication. Bermakna dos yang diambil dah stop berfungsi dengan berkesan.
Kalau kita ambil ubat doktor, doctor akan increase dose, atau tukar ubat lain bila badan sampai ke tahap weight tertentu. But with GC PLUS kita tak dapat tukar ubat atau increase dose. Kita kena tukar lifestyle.
Bila badan dah mula develop tolerance, bukan produk tu yang tak bagus tapi badan kita yang dah lali. Sama macam kau minum kopi everyday. Mula-mula secawan dah buat mata segar. Lama-lama kena tambah jadi dua cawan, tiga cawan, baru nampak kesan. Ini contoh paling senang faham.
Dengan GC PLUS, GreenAard tak boleh tambah dos sebab ni bukan ubat. Apa yang GreenAard boleh cadangkan, ubah cara hidup.
Contoh. Kalau sebelum ni makan nasi penuh sepinggan, cuba kurangkan suku pinggan dan lebihkan protein and sayur.
Atau kalau sebelum ni minum air manis hari-hari, try minum banyak air kosong sekurang-kurangnya on weekdays. Weekend baru kau minum manis.
Atau kalau sebelum ni duduk je sepanjang hari, try mulakan dengan jalan 10–15 minit setiap kali lepas makan.
Perubahan kecik macam ni bantu badan resensitise. Maksudnya kita bagi signal baru pada badan so that badan tahu oh ada new effort so boleh bakar lemak lebih. Barulah GC Plus kembali bekerja sebagai support.
Satu indicator untuk kau start ubah lifestyle is bila dah hit weight plateau. Weight plateau ni keadaan di mana berat tak berganjak untuk tempoh yang lama, maybe 2-3 bulan statik kat berat yang sama. Itu indicator your lifestyle yang you amalkan sebelum ni dah tak valid untuk diguna lagi. Lifestyle tu terpakai masa berat badan kau 80 kg. Bila berat dan turun ke 70 kg, kau kena adjust lifestyle.
Kalau masa 80 kg, you can take GC Plus only untuk turunkan berat, bila dah cecah 70 kg, you kena top up dengan bantuan lain. Maybe ambil GC Plus DAN stop sugar. Start with this dulu. See if ada perubahan. Selalunya, ada.
“Dalam keadaan apa yang bila dah makan GC Plus, dah exercise, dah buat IF, tapi badan masih tak berubah berat?”
Selalunya kalori. Kalori masih tak berkurang. Ramai rasa macam dah makan sikit. Tapi bila kira betul-betul, rupanya masih lebih dari keperluan badan.
Ada yang bagitahu aku dorang dah kurangkan nasi. Ya, nasi memang dah kurangkan tapi kau top up dengan lauk tambah, kan? Lauk bergoreng punyalah banyak.
Ada gak yang kata jajan hanya makan snek yang healthy macam kacang, granola, overnite oat, roti wholemeal. Ya, betul jajan tu semua healthy, TAPI kau OVEREAT.
Lagi satu yang kata buat IF (intermittent fasting). Dorang pelik kenapa makan GC and top up dengan IF berat masih statik. Susah betul nak turunkan berat bila makin hampir dengan ideal weight katanya.
Dengar sini aku bagi pencerahan. IF tu cuma time restriction, bukan jaminan defisit kalori. Kau kau buat IF tapi time buka puasa makan macam takde besok, celah mana nak turunnya?
Kena faham biology badan manusia. Masa kau overweight, badan ada high metabolic rate. Selalunya orang yang overweight melampau, once dia start kurangkan sugar intake, berat boleh turun dengan cepat. Ini memang kejadian biasa. Tapi lama-lama bila berat badan dia dah stop kat satu angka, dah liat sikit nak turun. Masa tu kau takleh kekal dengan diet yang sama. Kena top up dengan stop tepung pulak.
Samada berdiet atau bersenam, lama-kelamaan badan become resistant dengan method yang kita guna. Hat inilah yang orang kata "immune", padahal berat badan masih boleh turun cuma perlu sikit adjustment.
Kesan yang sama berlaku bila kita buat satu jenis senaman saja, contohnya jogging. Awal-awal memang berat laju turun, but it start to get more and more difficult to lose weight.
Tak pelik bila ada yang kata "4 kali seminggu saya jogging tapi berat statik. Saya tambah ke 6 kali seminggu. Berat masih turun sikit sangat".
Salah cara tu.
Bila berat tak berganjak, JANGAN increase amount of time bersenam tetapi tukar cara bersenam. Kita tak boleh guna the same method sepanjang hayat.
Masa umur awal 20an, semester break, aku turunkan berat badan dari 54kg to 41kg dengan hanya makan biskut Hup Seng and teh O. Tiga bulan hadap itu je. Duduk rumah hari-hari ambil bau masakan Mak Aji je, sikit aku tak sentuh nasi, punyalah nak kuruskan badan.
Tapi sekarang, kalau makan biskut and teh O everyday, mau berkeliaran babat-babat aku. Because as we aging, metabolisme dah berubah. Cara badan bakar kalori dah tak sama macam dulu. Jangan terperanjat bila dulu kau amalkan nasi 2 kali sehari boleh turun 10 kg sebulan, now ambik bau nasi je berat kau naik 1 kg nangis. Sama juga bila ambil GC Plus. Maybe after 2 bulan pertama berat turun 7-8 kg. Kemudian berat jadi statik.
Aku bagi guide. Flownya macam ni. Ni bulan depan dah nak puasa kan? Yang beli GC Plus banyak-banyak hari tu follow guide aku ni:
1. Sebelum makan GC Plus, ukur lilitan pinggang dulu. Ambil bacaan. Set berapa kau aim. Maybe from 37 inch to 33 inch. Buat target yang mudah-mudah dulu.
2. Then start makan GC Plus. SELEPAS 2 MINGGU, ukur balik pinggang. Check berapa inci lost. Kalau ada pengurangan 1 inci, GOOD.
3. Teruskan dengan kekdah yang sama for another 2 weeks. Ukur balik. Repeat until capai target tadi (33inch).
Untuk perempuan, pinggang 30 inci ke bawah is normal weight. So start aim 30 inci pulak. Masa ni kau dah kena tukar lifestyle. Start makan GC Plus BERSERTA STOP SUGAR. Atau maybe kurangkan sugar. Buat kekdah yang sama macam point tadi. Ambil ukuran setiap 2 minggu sampailah tercapai 30 inci.
Proses ni takkan berlaku dengan cepat. Itu aku kena ingatkan and semua kena faham. Weight loss memang TAK AKAN berlaku dengan cepat kalau kita buat dengan cara yang sihat dan sustainable. Ramai orang terpedaya dengan janji-janji seller yang kata sebulan boleh turun sekian sekian angka. Jangan nak percaya sangat, ya.
Lagi satu ramai ingat angka atas penimbang kalau lagi laju turun lagi bagus. Ni pun salah. Badan kau bukan benda yang boleh direset overnight. Lemak terkumpul bertahun-tahun, ada sejarah hormon, tidur, stress, pemakanan, tabiat - semua ni ambik masa untuk berubah. Yang kata berat turun cepat tu bukannya lemak tapi air, glycogen, dan selalunya otot. Itu sebab orang yang crash diet selalu cepat rebound, malah naik lebih tinggi daripada berat asal.
Penurunan yang slow 0.5kg to 1kg seminggu jauh lebih stabil. Weight loss sebegini bagi masa pada badan untuk adapt. Kulit pun dapat mengecut perlahan-lahan. Hormon lapar & kenyang pun dapat re-balance, dan kau sendiri dapat develop new habit tanpa rasa terseksa. Kita nak fat loss, bukan sekadar turunkan angka berat pada penimbang.
Yang penting bukan seberapa cepat turunnya, tapi seberapa lama boleh maintain. Berat turun cepat tapi naik balik bukan success, ya. Berat turun perlahan tapi kekal bertahun-tahun baru betul success.
Bila kau ambil GC Plus, badan rasa kurang lapar. Kurang lapar bermakna kurang makan. Kurang makan bermakna kurang kalori masuk dalam badan. Bila badan kurang kalori, badan 'dipaksa' bekerja menggunakan setakat kalori yang ada saja.
Masa ni badan dalam mode survival. Badan hanya guna kalori untuk menjalankan fungsi mengepam darah ke jantung, fungsi otak, fungsi hadam makanan. Kerja-kerja bakar lemak dia tak buat dah sebab nak simpan tenaga supaya kau tak kebuluran. Once you have hit this point, berat sebenarnya masih turun tapi SANGAT SLOW. Kalau korang give up waktu ni, berat badan kau akan naik mendadak.
Sebab itu jangan giveup, teruskan saja tapi adjust dengan lifestyle yang baru. Kalau dulu GC PLUS only, now try GC PLUS + stop sugar. After beberap bulan top up pulak dengan GC PLUS + no sugar + no tepung. Bila berat dah sampai ideal weight atau lagi 4 kg nak cecah ideal weight, dah boleh stop GC PLUS. Kau maintan je dengan IF kau.
Kalau korang ada ambil birth control atau ubat-ubatan lain secara rutin, aku tak suggest ambil GC Plus sebab benda-benda tu semua akan slowkan metabolisme badan. Secara semula jadi badan slow burn fat.
Baru-baru ni ada customer nak ambil GC PLUS. Memandangkan dia ada ambil ubat darah tinggi, kita tak bagi ambil GC Plus. Tapi dia nak juga turunkan berat badan. Jadi kita suggest Nutrijuice. Tapi aku nak bagitahu Nutrijuice ni BUKAN untuk weight loss, but can help. Sebab, Nutrijuice menurunkan kolesterol. Trigliserida adalah salah satu komponen kolesterol yang ada kaitan dengan weight gain. Bila trigliserida tinggi, badan susah nak turun berat. Maka secara tak lansung Nutrijuice can help reduce weight bila trigliserida turun.